tag line

tag line

Isnin, 27 Disember 2010

al-kisah nya alya....

Adus! kelakau lah dengan budak-budak ni. Al-kisah berlaku pada anak sedara aku punya family. mmm~~~Lebih kurang keluarga akak aku lah. Begini kisahnya~~~

Di satu hari yang sangat tenang dan sangat aman, dengan deruman angin kipas KDK dengan 5 kelajuan berputar mengerakkan udara di sekitarnya bagi menyamankan warga penghuni salah satu rumah di Bandar Seri Putra. Satu keluarga yang terdiri daripada ayah, ibu dan anaknya yang diberi nama Nik Aisyah Alya sedang enak menjamah makanan tengah hari (kalau tak silap ar). Ketika itu si anak hanya br berumur lebih kurang 7 bulan. Si ibu baru menyudahkan sisa-sisa nasi dalam pinggan untuk menyuapkan makanan kepada si anak yang kelaparan. Selesai si anak memberi makan kepada anaknya, si ibu merungut " kenapa la papa tu makan lambat sangat?".

Si anak dengan berbekalkan sepasang tangan dan sepasang kaki merangkak ke menuju meja makan. "dah! dah! dah!". Si ibu tergamam dan kemudian riuh satu rumah ketawa. Boleh ler alya ni buat lawak. Rupa-rupa nya alya suh papa nya menyudahkan makan tengah hari mereka!


Rabu, 15 Disember 2010

7 makanan LELAKI untuk seks yang sihat!

Baru-baru ni aku ada terbaca satu majalah keluaran Karangkraf. Ada satu artikel yang agak menarik dan sesuai dijadikan guide kepada golongan maskulin diluar sana. 7 MAKANAN LELAKI UNTUK SEKS YANG SIHAT.

1. BIJIRIN
Biasanya kita ketahui bahawa bijirin merupakan diet yang terpenting dalam konteks kesihatan jantung serta otot-otot. Contoh bijirin yang biasa diwar-warkan adalah oat dan barli, dimana kedua-dua makanan tersebut sangat kaya dengan serat dan vitamin B. Pengambilan serat bersama air kosong dalam kuantiti yang disyorkan dapat membantu proses pencernaan.

2. TIRAM
Dikatakan kaya dengan zink yang sangat diperlukan dalam pembinaan sel dalam badan. Pengambilan zink yang cukup dikatakan mampu menyelamatkan kerosakan sel iaitu penyebab kepada kenser prostat. Selain daripada itu, mampu meningkatkan jumlah sperma dan fungsi seksual dalam sistem reproduktif lelaki!

3. BROKOLI
Dapat melindungi pemakan daripada penyakit kanser dan jantung. Selain daripada itu, dapat mengurangkan tahap 'homocycteine', asid amino dan peningkatan strok. Contoh lain seumpama brokoli adalah, kobis, bok choy, bunga kubis dan brussels.

4. SOYA
Mampu menyihatkan prostat. Tahukah kamu dengan mengambil 25 gram soya setiap hari dapat membantu merendahkan kolestrol selain mengurangkan risiko sakit jantung!

5. LEMAK IKAN
Menjadi perkara penting dalam memastikan pengaliran darah, imunisasi dan jantung yang sihat. Juga mampu mengurangkan risiko kenser prostat. Vitamin D yang terkandung dalam lemak ikan dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi, kanser dan diabetis!
6. PISANG
Potassium dalam pisang mampu meningkatkan tenaga dalam tubuh, mengurangkan risiko strok, mengawal tekanan dan menambah sel darah merah. Selain pisang, tomato, jus oren dan susu juga mampunyai tahap potessium yang tinggi.

7. SAYURAN
Sayuran dari jenis merah-jingga mengandungi anti-oksida yang dapat mengekalkan kesihatan kulit. Kandungan vitamin C membantu menghasilkan kologen manakala beta-carotene pula bertindak memulihkan sel-sel kulit yang rosak akibat pendedahan yang terlampau kepada cahaya matahari.

Sumber:
Remaja, 1 April 2010, Bil: 567, m/s: 115


1 liter tears...


Baca daripada tajuk pun bleh agak lah camne 1 liter tears. Mesti ramai yang tergambar-gambar menangis sahaja. Jawapan nya YA!. Tetapi, bukan sekadar tengok sahaja cerita ini, banyak mesej yang positif yang boleh kita ambil pengajaran dan boleh dijadikan contoh tauladan. Kisah ini adalah merupakan kisah yang sebenar yang berlaku di dalam kisah hidup seseorang yang telah dilakonkan kembali oleh beberapa orang pelakon yang begitu syahdu penghayatannya. Benar-benar menjadiklah!

Apa yang boleh aku kupas disini adalah, semangat yang kental yang tidak pernah mengalah dengan penyakit yang dialaminya. Walaupun dia tau pengakhiran hidupnya bukan hari ini, tetapi mungkin esok atau lusa. Semangat yakin pada kebolehan dan kemampuan yang ada pada diri membawa kepada semangat yang tidak akan mengalah. Apa yang aku boleh tabik dalam kisah ini adalah, tema " KALAU TAK MAHU SUSAH, JANGAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN". Dia jenis yang tidak kisah dengan apa yang orang kata sehingga dia alaminya sendiri. Kadang-kadang diri akan mengalami murung, kecewa dan sedih tetapi ingat semua itu bukan akan selamanya ada kisah yang lebih baik akan berlaku. Cuma kita tidak sangka dan tidak akan tau apa kisah penutupnya.

Walaupun dirinya boleh diklasifikasikan sebagai OKU, tetapi perjuangan yang ingin membantu golongan yang susah menebal dalam diri. Bercita-cita menjadi seorang doktor dengan niat membantu orang tidak berdaya secara tidak sengaja mengheret orang sekelilingnya untuk terus berjuang dalam skop bidang dan perjuangan masing-masing. Gambar paling atas adalah gambar pesakit atau watak yang sebenar. Gambar disebelah adalah kisah yang dilakonkan kembali.

Aku menyarankan semua orang lihat, hayati dan ambil semangat dan perjuangan perwatakan ini. Sesuatu yang diluar jangkaan. Mula-mula tengok memang agak boring sebenarnya, tetapi selepas beberapa episod ditatap dan dihayati, berbillion-billion nasihat dan semangat cuba di sampaikan kepada penonton. Memang memberi kesan yang sangat bagus dan sangat baik kepada penonton. SELAMAT MENONTON!

Rabu, 8 Disember 2010

Terima Kasih Prof. Hamid...

Key-chain yang cantik daripada prof. Hamid

Mesti ada yang tertanya-tanya siapa kah insan yang bernama Prof. Hamid ini? Meh sini aku jawab. Prof. Hamid ini sekarang Timbalan Pengarah, Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana, Universiti Malaysia Kelantan. Kat UMK jugak, dia ada mengajar. Kalau x salah aku lah subjek Marketing. Sebenarnya dia nampak je dingin, tetapi sangat-sangat-sangat-sangat baik. Beberapa minggu lepas dia ada gak pusing dunia, ke Paris, London dan beberapa buah negara lain. Hari selasa, sebelum tahun baru Hijrah dan sebelum balik daripada pejabat, dia ada datang kepada aku, emay dan kak su. Dia suh kitorang pick salah satu daripada tangan dia. Kitaorang ambik ar. Untungnya aku yang paling cantik. Bangganya! Bestnya kalu aku dapat pusing dunia camtu kan. Takpe, selamat kumpul duit ye!

Selasa, 7 Disember 2010

Final Presentation Internship Programme..

Hampir setahun rasanya aku terlibat dengan Internship Programme. Buat panggilan, susun masa, hubungi company dan sebagainya. Memang penat menguruskan budak-budak ni. Akhirnya 6 Disember 2010, semuanya telah berakhir. Bertempat di Dewan Mesyuarat Perdana, UMK satu pembentangan telah dijalankan dengan melibatkan 5 kumpulan bagi Internship Programme. Programme ini dibiayai sepenuhnya oleh SME Corp. yang dulunya SMIDEC dimana pelajar yang terlibat memperoleh RM1800 sebagai elaun kepada mereka yang menjayakan program ini.

Kepada SME Corp. terima kasih terutama kepada En. Aminuddin, En. Roslan, En. Rozlan, Kak Su dan semua yang terlibat kerana menerima pelbagai alasan dan sebagainya. Biasalah menjadik orang tengah kepada SME Corp. dan pelajar ni, kena banyak sikit idea menipu ni. Maaf lah yer! Terima kasih atas hadiah yang terakhir En. Rozlan!
Terima kasih En. Rozlan atas hadiah nie...

Kepada pelajar Internship, I will miss you all. Remember, jangan jadik macam ni lagi kerana masa depan yang jauh lagi sukar daripada sekarang. Satu lagi jangan menyusahkan orang! (gurau jelah..hahaha).

Satu lagi, sebelum terlupa kepada ISME, UMK. Terima kasih kerana mempercayai insan ini bagi menguruskan internship dan juga memberikan pengalaman yang tidak akan dilupakan.

TERIMA KASIH SEMUA!

Khamis, 2 Disember 2010

Not again!

Adus! harapan tinggal harapan orang kata. Sekali lagi berlaku walaupun pelbagai usaha dilakukan. Benda yang tidak disangka berlaku. Ah..biar lah dah xde rezeki orang kata. Sekali lagi Kedai Runcit Tuan Hj. Mustapa mengalami kerugian. Bukan dimasuki oleh orang, tetapi tong gas (LPG) hilang!

Mula-mula macam nak gelak gak, bodoh btol pencurik ni, xde keje lain ke nak mencurik. Dah ler curik tong gas yang berat nak mampus. Kalu aku kompem lah aku x sanggup nak curik benda yang berat dan menyusahkan. Memang lah tong gas tu harga dia RM50 setong, tapi bagi aku dengan nilai tu tak patut orang nak curik dengan berat tong tu dan berapa kilo dah.

Tak pe, someday kita akan tau sape pencurik tu. Kalu x jumpa pun, Tuhan akan balas. Tu lah orang kata kalu tak di dunia, di akhirat pasti kena. So, sape2 nak melakukan kesalahan, pikir lah 10 kali (ape kaitan dengan cite curik tong gas ni - lantak ar! hahahaha).

Selasa, 30 November 2010

Berfikiran positif la....

Akhirnya setelah beberapa hari, kalau tak silap hampir dua minggu streamyx kat rumah ni tak hidup entah kenapa aku tak mengetahui nya. Dah complain dah kat 100. Pastu jadik kejap, 2 hari kalau tak silap. Semalam technician TM datang dan repair telefon rumah dan streamyx. Kena bayar RM10 sebab tukar connector. Tak pelah benda tu semua dan lepas dah. Sekarang apa yang penting semuanya dah kembali normal.

Beberapa minggu ini, aku ngan member2 maahad telah rancang untuk anjurkan REAL B-4 (Reunion AMAL Batch 2004) yang mana melibatkan 3 buah sekolah bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan. AMAL adalah merupakan organisasi yang menguruskan lepasan2 3 buah sekolah iaitu Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Muhammadi Perempuan dan Maahad Pasir pekan dan kini AMAL telah diwartakan dan menjadi salah satu NGO di Malaysia.

Apa yang terkilan adalah salah seorang rakan kami, dah ler x nak tolong bagi menjayakan usaha murni kami, dia bagi pulak tanggapan negatif. Tak berjaya lah, susah la dan macam-macam lagi. Semua nya negatif, bleh dikatakan apa je pendapat dia bagi semua negatif.

Hasil daripada pendapatnya yang negatif, kami warga kerja telah bersungguh-sungguh. Setakat ni, kami telah hampir berjaya melaksanakan program yang dirancang. Tinggal 10% sahaja.

Kami ubah negatif tadi ke arah yang lebih baik dan jadikan bara bagi menjayakan rancangan yang baik ini. Itu sekiranya kepada insan yang mempunyai semangat yang tidak kental cam aku ni. Mula-mula aku cam nak putus asa, tetapi dengan committee yang tidak pernah patah semangat, aku mula bersemangat dan jadikan semangat nagatif sebagai batu loncatan untuk berjaya!

Rabu, 3 November 2010

Konvokesyen UMS ke-12...

Baru nak post la. Maaf banyak-banyak ler kepada member2 yang baca blog aku nie. Bukan ape, dah sebulan berlalu br nak post n story2 pasal konvo. Kalau orang lain, bila abes je konvo terus cerita sbb time tu lah org kata fresh dan semua nya ingat lagi peristiwa apa yang telah berlaku sepanjang konvo. Skarang ni dah kira berkarat dah. Tapi ada aku kesah?hahaha

Detik 10-10-10 dipagi yang hening di Kota Kinabalu, hati ini mula rasa tidak selesa macam ajal atau malapetaka yang akan muncul (ada ke patut pk camtu). Tapi pada masa tu hati mula~dup dap~dup dap~. Mungkin kerana ini adalah kali pertama aku melalui pengalaman yang sebegini?. Aku cuba tenteramkan perasaan yang gundah-gelana ini. Maklumlah pertama kali naik pentas yang berprestige katakan. Pagi tu aku rancang nak p UMS nak tgk studio tok ambik gambar untuk dijadikan kenangan abadi selamanya. Intai2 jumpalah satu tempat yang aku kira murah la berbanding tempat lain. Kemudian aku balik rumah kak da dimana tempat aku menginap untuk ambik umi+abah+mek+ayoh untuk menghadiri konvo aku.

Setibanya aku di UMS atau lebih spesific tiba di dewan yang bakal melakar sejarah dalam hidup aku nanti, Dewan Canselor aku jumpa dengan best fren aku ajie, tetiba suh berkumpul untuk perarakan graduan masuk dewan. Masa tu ada lah jam 11 pagi atau 10.30 pagi camtu ar, aku lupa. Br plan nak masuk studio dulu sblm berpeluh2 dan berbau peluh. Terpaksa lah aku beratur nak masuk dewan bagi perarakan graduan dah ler time tu jubah x pakai langsung lg. Adus! Nasib baik sempat semuanya. Dalam hati ni dup dap dup dap dah.

Semasa diumumkan " PERARAKAN MASUK GRADUAN" perasaan ni dengan bangga nya berjalan masuk kedalam Dewan Canselor bagi mendapatkan segulung ijazah setelah 3 tahun 1/2 berjuang bermati-matian. Masa berjalan masuk dalam dewan, mata ni liar mencari dimana umi+abah+ayoh+mek berada. Jumpa ayoh+mek+abah kat luar dewan sebab diorang pergi tandas. Jumpa umi sahaja dalam dewan setelah aku dipanggil.

Lain pulak ceritanya masa atas pentas, debaran langsung tidak terasa cam biasa je. Perasaan ketika itu hanya, x sabar nya nak berada di tengah pentas untuk mendapatkan segulung ijazah yang diimpikan itu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Di kesempatan yang ada ini, aku ingin mengucapkan terima kasih yang teramat kepada kak long yang menyokong sekeras nya untuk aku berjuang jauh di perantauan. Umi dan Abah, terima kasih kerana sanggup melepaskan anak mu ni dan sentiasa mendoakan kejayaan diri ini. Jasa kalian hanya Tuhan sahaja yang mampu balas. InsyaAllah insan ini tidak akan sia-siakan penat lelah yang di sumbangkan. TERIMA KASIH!

Perlu ke saudara-mara?

Sekarang ni dalam otak asyik fikir nak kerja dan nak carik kerja je. Yang lain tak terlintas pun (ye ke?). Tapi aku ada gak ler apply beberapa kerja kosong, tapi yang hampeh nyer, soalan terakhir yang soalan tu tanya adalah, "ADAKAH ANDA MEMPUNYAI SAUDARA-MARA YANG BEKERJA DI INSTITUSI INI?". Aku yang mula-mula dengan semangat nak berbakti kepada institusi itu, mulai layu bak bunga yang seminggu tak di simbah air.

Persoalan disini, perlu ke ada saudara-mara yang bekerja di sesuatu di institusi itu? Membangun ke institusi itu, kalau ambik pekerja yang ada saudara-mara? dan persoalan yang pedas dan panas adalah, institusi tu yang bapak hang yang buat ke? sama-sama kita fikirkan. Persoalan ini sekadar pendapat dan pandangan diri sahaja untuk sama-sama kita fikir-fikir dan timbang-timbangkan.

Rabu, 20 Oktober 2010

BeRtUkAr!


Jangan ingat ultraman je pandai bertukar. Manusia pun pandai bertukar jugak. Yang membezakan hanyalah saiz badan, objektif bertukar dan pakai ngan tak pakai topeng je. Detik 10 Oktober 2010 (10-10-10) aku telah bertukar daripada seorang PELAJAR kepada PENCARI KERJA! Hidup pun mulai berubah daripada menghafal buku kepada mengaplikasi buku. Sekarang ni aku bekerja sebagai pembantu penyelidik di Universiti Malaysia Kelantan dan akan menamatkan kontak pada 14 Disember 2010.

Apa pun aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya detik 10 oktober 2010 aku telah berubah status atau dengan ayat lain bertukar! Sekarang aku perlu fokus adalah mencari kerja. Setakat ni apa yang aku rancang adalah kerja, kumpul duit pastu nak sambung master! Doakan supaya apa yang aku impikan ini menjadi kenyataan!

Khamis, 30 September 2010

Fakta mengenai KAABAH


Kaabah dilitupi kain hitam yang dikenali sebagai KISWA dan ditukar setiap tahun. Terdapat sebuah syarikat khas yang dipertangungjawabkan untuk menyiapkan KISWA sepanjang 658 meter persegi yang diperbuat daripada 670 kg warna celupan hitam-perak, 120 kg benanf emas tulen dan 50 kg benang perak yang tertulis ayat-ayat suci Al-Quran di permukaannya!

Rujukan:
Maskulin, Julai 2008, vol: 82, m/surat: 15

Selasa, 21 September 2010

My new digital camera Olympus µ-5010

Begini lah rupa kamera digital yang baru aku beli. Harga RM 699 (promotion) + RM 51 (cover protector) = RM 750. Kempem yang akan tanya ape yang free kan?

1. voucher Kamdar RM 50
2. Extra battery
3. Memory SD 4G
4. Tripod
5. Mug company

Agak banyak ler. Kalu nak tau detail pasal kamera ni tengok la website olympus ni. Alhamdulillah akhirnya aku berjaya membeli kamera baru untuk konvo aku nanti.

Isnin, 20 September 2010

Nik Aisyah Alya

suka sembur-sembur burrrrr~~

Ni salah satu gambar di ambil setelah anak sedara aku yang sulung ni berumur 8 bulan. Time raya puasa 9 - 14 September 2010.

what happen on september and coming oktober

Bismillahirrahmanirrahim.....

Aduh! bersarang dah blog nie. 2 minggu lepas bertungkus lumus buang sarang labah-labah kat umah sebab nak raya puasa. Sekarang aku bertungkus lumus membuang sarang labah2 kat blog nie pulak. Di sebabkan mata ni masih tidak mahu tutup lagi, maka aku dengan semangat yang rajin ni nak bercerita lah ckit ape kebenda nyer yang aku buat dalam bulan ni dan akan berlaku di bulan depan. Maksudnya apa yang aku rancang la tu.


SEPTEMBER
Bulan yang boleh dikatakan agak penat dengan kehadiran satu persidangan di bawah seliaan ISME. Maka secara langsung nyer aku pun terlibat lah. Dulu muka aku nipis2 je. Skrang terpaksa tebalkan muka ini untuk mencari peserta persidangan ni. Adus! susah beb nak carik peserta ni. Bayangkan nak kumpulkan 300 orang peserta. Buat call jangan cakap ar, rasanya telinga aku sebelah kanan dah besar dah. Hujung jari dah besaq dan kembang da buat dail number. Lagi menyakitkan, raya ketiga orang lain kalut nak p open house la, nak p jalan2 jumpa geng2 sek/uni/sek rendah. Aku pulak kalut2 nak p pejabat nak keje dah ler cuti raya 1 hari sblm raya, ada ke patut. Buat keje pun main keluar arahan je. Cam pegawai je, padahal RA je. xpe yang penting gaya ada. Biarlah ape yang telah berlaku itu aku simpan dalam kotak besi pengalaman yang tidak aku dapat kat mana2.

OKTOBER
Happy perkataan yang dapat aku keluarkan untuk bulan oktober ni. Bukan pe, setelah berpenat lelah selama bertahun-tahun akhirnya aku berjaya di anugerahkan segulung ijazah dan yang membuatkan aku lagi hepi adalah tarikh dan sidang konvo aku iaitu 10-10-10 dan sidang petang. Mesti tertanya-tanya, ape yang hepi sangat dengan sidang petang. Orang kata sidang petang boleh baling2 topi. Entah ler aku xde lah xcited sangat dengan sidang petang ni. Tu cnior aku aku yang cakap. Tapi yang btol2 yang buat aku hepi adalah tarikh keramat ni 10-10-10.

Biasalah bila ada je hepi mesti ada je masalah. Masalah yang aku hadapi setakat ni nak mendapatkan kereta sewa. Wadus! camne ni. Until now, i'm still don't hav any transport for konvo event. But i believe, usaha tangga kejayaan tapi tanpa usaha yang sangt gigih impian akan berkubur dalam tanah merah. Yang lain insyaAllah semua nya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

Ah! biarlah ape yang telah berlaku dan yang akan berlaku nanti. Apa yang penting, aku yakin dan percaya Tuhan telah rancang terbaik kepada hamba nya. Kerja hamba nya pula berusaha apa yang yang dirancang pastu berdoa dengan harapan apa yang kita rancang berjalan dengan lancar seterusnya bertawakkal. Hasil daripada itu kita harus terima kerana Allah buat yang terbaik kepada kita. Someday we will realize it!

Khamis, 9 September 2010

SELAMAT HARI RAYA 2010

Di kesempatan yang penuh berkat ini, saya Tuan Mohd Nizam Bin Tuan Mustapa ingin memohon ampun dan maaf kiranya blog ini menyebabkan mana-mana pihak terasa hati atau terguris dengan kata-kata berbentuk tulisan ini. Segala yang tertulis ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggalkan kita jauh. Kalau ada pun mungkin untuk dijadikan tatapan dan peringatan kepada diri ini juga kepada pembaca blog ini sekalian.

Aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN kepada para pembaca blog ini yang sangat setia. Tidak lupa juga kepada para pensyarah yang sentiasa dalam ingatan ini, Prof. Dr. Zainodin Hj. Jubok, Puan Noraini Abdullah, Cik Khadizah, Puan Darmesah, Puan Suzielawati, Prof. Dr. Amran Ahmed, Prof. Madya Dr. Ho Chong Mun, Prof. Madya Dr. Jumat Sulaiman dan semua pensyarah Matematik dengan Ekonomi dan Matematik dengan Komputer Grafik Universiti Malaysia Sabah. Kepada rakan-rakan: Hilal Azmi, Mohd Arif Lokman Bin Azman, Faizal Rizmin, Faizal Suksis, Diana Desa, Ana, Izzi Khairani, Ida, Asma' Fathonah, Faqimi sepia, Hafiz Rashid sekeluarga dan semua rakan-rakan yang mengenali insan ini. Tidak dilupakan rakan pejabat sekalian, Puan Suhaila, Noriman Jaafar, Ahmad Saufi Mohd Nawi, Hasifah, Jibah, Linda, Hafizi, Baihaqi dan semua kakitangan ISME, FKP dan semua warga Universiti Malaysia Kelantan termasuk Prof. Madya Abdul Aziz Ab. Latif, Prof. Abdul Hamid Mohamed dan Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohd Nawi Ab. Rahman.

Diharap kita dapat lagi bertemu dan masuk ke ladang buah yang sangat lebat ini (bulan Ramadan) tahun depan 2011 atau bersamaan 1432H. InsyaAllah tahun depan usaha akan ditingkatkan untuk mengutip buah-buahan yang sangat lebat dipohon dalam ladang yang Allah sediakan kepada kita semua ini. INSYAALLAH....AMeEn....

Jumaat, 3 September 2010

Fakta lelaki...


Nisbah antara lelaki dan wanita yang mempunyai IQ tahap genius adalah 8:1!

Wujud persoalan dalam diri ini, WAW! tapi kenapa dekat IPTA bilangan lelaki lebih sedikit berbanding dengan wanita? Kepada diri ini dan khas kepada kaum Adam, muhasabah diri dengan fakta yang keluar ini.


Rujukan:
Maskulin, sept 2010, vol 108, m/s 12

Jumaat, 27 Ogos 2010

Al-kisah Ramadan...

Di petang jumaat yang sangat tenang ini setenag air di lautan..cewah!! tetiba aku terimbau kembali masa ramadan kecik-kecik dulu. Bukan ape, orang kata masa kecik adalah masa yang sangat gembira. Kalau ada mesin masa dalam laci macam nobita tu kan best. Boleh aku balik masa aku umur 10 atau 11 tahun.

Ada satu kisah yang tidak boleh aku lupakan pada ramadan 15+ tahun yang lepas. setiap kali aku kesana aku pasti akan imbau kembali suka duka. tapi sekarang bangunan tu sudah berubah menjadi sangat cantik. Begini al-kisahnya.....

Seperti biasa aku dengan hepi nya berpuasa pada satu tahun di dalam bulan ramadan pada ketika itu. kalu tak silap aku pada masa tu aku masih sangat kecik lebih kurang dalam umur 9-11 tahun. biasalah time tu dah mula belajar puasa cukup. tak de dah makna puasa yok2. Malam tu aku g solat di madrasah belakang umah aku (masa tu belakang, skarang dah jadik depan umah da). Madrasah itu buat 20 rakaat tapi bacaan surah kecik2 je. awal2 tu hepi lah gak smyg penuh 20+3. pastu menjelang 13 ramadan dan keatas, masa kiam tu tuhan saje yang tahu. Berat je, asyik nak tutup je mata ni. kadang-kadang tu aku masih sujud yang pertama, sedar-sedar dah iman baca doa. Aduh!! kelakau lah masa tu.

aku pun berfikir macamne nak elakkan daripada mengantuk, tapi aku nak sembahyg penuh untuk 30 hari. otak aku ligat berfikir pada masa tu, padahal imam tengah smyg kat depan! tetiba imam bagi salam " assalamualikum warah matuAllah" ting!! idea datang. aku akan praktikkan esok. untuk malam ni kompem dah ilang ngantuk sebb idea dah ada cuma tak laksanakan. Dalam hati ni riang dan tak sabar-sabar nak menjalankan misi yang di peroleh masa smyg yang tak kusyuk tadi.

Esoknya......

orang x azan isyak lagi aku dah sampai dah kat surau. dalam hati ini melonjak2 gembira kerana nak try teknik terbaru yang di ilhamkan oleh otak yang bergeliga ini. hahaha. bila selesai sahaja solat isyak, aku bangun dari sof yang terakhir dan aku duduk di belakang sekali dekat dengan pintu masuk keluar. Masa tu budak2 xde. aku dan adik2 aku di golongkan dalam golongan yang 'jurus'. hahaha. mana tak nyer solat 5 waktu kat surau beb! Imam mula bangun untuk solat terawikh. aku dan adikku yang berada d blakang skali bersebelahan dengan pintu keluar masuk yang berwarna hijau bangun untuk solat tewarikh, tapi bukan bersama-sama sof lain tapi paling belakang (kompem xde orang masa tu).

bila imam mula membaca surah al-fatihah, jari-jemari kaki ku mula cuba merangkak ke depan kemudian 10 jari kaki ku mula menarik badan ini. Aktiviti ini berulang-ulang sehingga imam rukuk, kiam, sujud dan bangun kembali. Rakaat yang kedua: aku sambung balik aktiviti yang tidak berfaedah itu sehingga imam rukuk, kiam, sujud dan salam. dimana aku berhenti untuk rukuk kali kedua disitu lah aku duduk dan memulakan solat kedua. seterusnya aktiviti yang tidak bermoral itu di sambung kembali sehingga aku sampai ke sof terakhir.

yang paling tak tahan adalah siap berlumba-lumba sape sampai dulu ke saf terakhir dengan adik-adik aku. Adik-adik aku tak pelah diorang budak2 lagi masa tu. aku paling sulung yang buat onak dan duri ini. Aktiviti ini diteruskan sehingga solat witir selesai.

hahaha.....bila ingat kembali rasa cam bodoh lak. tapi itu lah aku masa kecik2 ada je idea yang bodoh2. Tapi ape yang paling penting, teori yang aku cipta ini terbukti dapat menghilangkan perasaan mengantuk! TAHNIAH!!

Khamis, 26 Ogos 2010

Alhamdulillah...


Aku rasa dah berbulan-bulan dah aku tunggu, akhirnya tarikh untuk konvo telah pun keluar. Alhamdulillah seperti yang dijangka HS08 (Matematik dengan Ekonomi), SST akan jatuh pada 10-10-10 iaitu sidang 4 pada sebelah petang. Tapi aku masih bingung dan sangat terkial-kial mengenai kenderaan dan penginapan aku di sana nanti. Orang kata serba tidak kena je. Banyak lagi nak kena fikirkan. Kerja dan keperluan konvo. Dah ler sekarang bulan puasa, jap lagi dah nak raya. Baju raya kompem aku tak sempat beli. Tahun lepas lah jawapannya.

Tapi apa pun aku tidak sabar menantikan hari yang dijangkan itu. Aku mohon semuanya berjalan dengan lancar walaupun perancangan yang aku buat adalah tidak ler seperfect yang diinginkan. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat aku yang bakal menerima segulung ijazah di Konvo ke-12 nanti,TAHNIAH. Manakala kepada rakan-rakan yang masih belum konvo dan akan dijangkan konvo ke-13, tak pe mungkin rezeki korang lambat sikit sekarang, mana tau someday rezeki korang lagi melimpah daripada kami. Pepe pun teruskan usaha yang anda lakukan selagi semuanya dibawah restu ibu dan ayah.

Rabu, 11 Ogos 2010

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..

Pejam celik dan pejam celik, kini tiba Bulan Ramadan 1431 hijrah bersamaan tahun 2010. Kejap sangat masa berlalu. Aku ingin mengambil kesempatan yang terluang ini untuk mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA kepada pembaca blog ini, cpah, hilal azmi, arif lokman, burhan dan kepada semua pembaca blog ini sekalian. Ucapan ini juga tidak ketinggalan ditujukan kepada rakan pejabat aku saufi, emay, kak su, hafizie dan baihaqi. Kepada para pensyarah Matematik dengan Ekonomi (ME), UMS ; Pn. Noraini Abdullah, Prof. Dr. Zainodin Hj. Jubok, Prof. Dr. Amran Ahmed, Miss Khadizah dan semua pensyarah ME sekalian. Buat umi, abah, kak long, abe yus, alya, mak ju dan syakir. Pesanan ini ditujukan kepada diri ini dan kepada semua, ambillah peluang keemasan yang diberikan Allah kepada kita sebaik mungkin. Setahun hanya 30 hari sahaja. Ambil lah peluang ini sebaik mungkin. Jadikan Ramadan 1431 H lebih baik daripada sebelum ini.

Isnin, 5 Julai 2010

<<<--Welcome-->>>

Sebenarnya blog ni telah berwajah baru beberapa hari yang lepas. Sekarang baru
sempat untuk mengwar-warkan kepada pembaca sekalian untuk melihat blog yang sangat simple ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca blog yang sangat ringkas ini kerana mengikuti dan memberi pendapat mengenai blog ini. Diharap komen-komen dapat pembaca berikan agar blog ini menjadi semakin berisi, cantik dan ingin dibaca.

Ahad, 4 Julai 2010

Fakta mengenai kereta

sekadar hiasan sahaja...

Sebuah kereta mampu menghasilkan gas karbon dioksida (CO2) sebanyak empat kali ganda dari beratnya setiap tahun. Manakala secara puratanya, sebuah rumah menghasilkan 50 tan karbon dioksida saban tahun!!

Sabtu, 3 Julai 2010

Fakta mengenai tidur.....

Tidur adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Tapi sesetengah orang tidak ambil peduli mengenai tidur. Bagi yang hangat bercinta, waktu malam adalah sangat diperlukan kerana pada waktu itu adalah masa untuk meluah kan dan bergayut dalam telefon berjam-jam lamanya sehingga habis prepaid!

Dalam Al-Quran pada surah Al-Furqan ayat 47 Allah menyatakan bahawa, " Dan Dia menjadikan malam sebagai pakaian bagi mu dan tidur sebagai istiraeat, dan jadikannya siang untuk bertebaran (mencari rezeki)." Terbukti dengan ayat ini, bahawa Allah menghendakkan makhluknya memperuntukkan masa untuk istirehat iaitu tidur.

Baru-baru ini saya ada terbaca satu majalah iaitu Majalah Remaja bil 567 muka surat 42 yang menyatakan bahawa ada 4 kesan daripada kurang masa untuk tidur.


KESAN 1 : KEGEMUKAN
Apabila seseorang itu mendapatkan waktu tidur yang kurang, hormon yang menyebabkan seseorang itu lapar akan meningkat. Kesannya, nafsu makan akan membuak-buak, perut berbunyi-bunyi kelaparan dan pastinya diri akan makan. Selain itu, kurangnya waktu tidur menyebabkan tubuh sukar untuk mencerna protein, kolestrol dan makanan lain secara sempurna.

KESAN 2 : PEMARAH
Ini disebabkan keadaan kepala yang agak pening. Keadaan ini bakal meberi kesan dalam jangka masa yang panjang terhadap hubungan sosial dimana rakan-rakan akan menjauhi diri kerana menganggap diri adalah sangat 'moody'.

KESAN 3 : KURANG KESEIMBANGAN
Maksud kurang keseimbangan di sini adalah kerana jumlah oksigen yang akan masuk kedalam otak akan berkurangan sekiranya tidak cukup tidur. Otak tidak dapat oksigen yang cukup dan kesannya, minda akan sentiasa lesu, tubuh badan akan sentiasa lemah kerana otak adalah ketua segala tubuh badan.

KESAN 4 : WAJAH KUSAM
Sewaktu tidur, saraf-saraf kulit muka bekerja bagi mengeluarkan bakteria yang terdapat pada wajah. Ia perlukan waktu yang secukupnya untuk mengeluarkan bakteria tersebut sepenuhnya. Sekiranya aktiviti ini terbantut, kesannya adalah pada kulit wajah iaitu masalah jerawat!!

Itu lah kesan kurang nya waktu tidur. Cukup kan tidur anda kerana tidur adalah sangat penting sehingga dikatakan tidur adalah satu ibadat!!

Sumber :
1. Dewan Kosmik, Februari 2007 (m/s 9)
2. Remaja, April 2010 (m/s 42)

Selasa, 8 Jun 2010

Bila hujan nak turun??

Bismillahirrahmanirrahim....

Bila? Itu adalah satu persoalan yang masih belum lagi dirungkaikan oleh institusi ini. Bukan apa, banyak benda yang perlu diuruskan seperti penginapan, makan, minum, tiket dan banyak lagi. Apa yang sangat menyedihkan adalah bukan insan ini sahaja yang akan kesana, tetapi satu airbus yang akan ikut, bak kata Prof. Dr. Zainodin Hj. Jubok sewaktu aku melawat balik ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada satu ketika dahulu.

Pada ketika itu, kira-kira beberapa bulan yang lepas aku menghabiskan banyak duit, tujuan aku bukan untuk makan angin tetapi untuk mencapai beberapa objektif yang aku gariskan (cewah!! bermadah nampak - tandanya tak berapa puah hati ni...mmm~~~). Objektif yang pertama adalah untuk mendapatkan transkrip sementara dek kerana tuntukan dan keperluan untuk memohon kerja. Aku pernah ditawarkan satu kerja tetapi institusi itu perlukan transkrip walaupun transkrip sementara sudah cukup memadai tetapi pelbagai alasan dan serangan balas aku terima. Alasan adalah cukup mudah, kena tunggu mesyuarat senat!. Alasan lapuk la. Jujur nya masing-masing ada sejarah dan pengalaman. Aku ada juga contact beberapa orang senior untuk mengetahui samada transkrip sementara dapat dikeluarkan atau tidak sebelum aku membuat keputusan untuk terbang balik. Mereka akui mereka pernah memohon transkrip sementara dan tiada masalah terus dapat. Jadi di sini, sape bersalah dan harus dipersalahkan? Sendiri mulut sendiri jawab.

Objektif yang kedua adalah untuk mengetahui tarikh konvo ke-12 yang TEPAT!. Tapi malangnya objektif ke-2 pun tidak berjaya di penuhi. Secara logik di fikirkan, untuk tiba ke bumi Sabah adalah dengan penerbangan, dah ler tak bagi orang kerja dulu pastu lambat-lambat pulak nak bagi tarikh konvo, lain lah kalau ada insan yang bermurah hati untuk sponser tiket aku dan keluarga ku!!

Objektif ke-3, adalah untuk mengetahui keputusan Latihan Industri (LI) aku. Point adalah pengalaman, sejarah dan destinasi yang dituju adalah sama, tak dapat dikeluarkan kerana tunggu keputusan senat. Is that, there is no strong ground except 'senat'? Tapi aku cuba cara lain iaitu bertemu dengan pensyarah yang uruskan LI dan dia memberi kata putus bahawa aku dapat A. Tapi bagi aku yang pernah kerja dan ditempatkan di satu-satu institusi, hitam putih adalah sangat penting. Objektif ke-3 separuh tercapai.

Objektif ke-4, menziarah para pensyarah dan rakan-rakan. Tetapi objektif ini aku hanya dapat separuh juga dek kerana kekangan masa yang sangat terhad kerana menghabiskan masa untuk menggapai objektif ke-1, ke-2 dan ke-3. Aku sempat jumpa beberapa orang pensyarah dan beberapa orang rakan kerana mereka sangat sibuk dengan persediaan untuk peperiksaan. Bagi aku sudah cukup kiranya aku dapat berjumpa dua insan yang cukup aku kagumi dan hormati iaitu Puan Noraini Abdullah dan Prof. Dr. Zainodin Hj. Jubok (terima kasih prof dan puan atas motivasi dan pandangan yang diberikan). Kepada insan-insan yang tidak berkesempatan aku temui, aku mohon ampun dan maaf. Objektif ke-4 tercapai (setelah ditambah dan ditolak).

Objektif ke-5 ini adalah objektif yang tidak dirancang iaitu makan angin!. Objektif ini terpaksa di buat setelah objektif pertama, ke-2 dan ke-3 tidak tercapai sepenuhnya. Sekurang-kurang nya perasaan kecewa dapat ditinggalkan ditempat aku lawati!!

Moral of the story, setiap apa yang dirancang tidak semua akan tercapai tetapi usaha mestilah dilipat gandakan untuk mencapainya. Selain daripada itu, back-up plan mestilah ada, sekurang-kurangnya perasaan sedih atau kecewa tidak lah membuku dalam hati yang boleh mengganggu emosi dan orang lain!. Ini adalah sekadar luahan, pendapat dan pengalaman diri ini untuk di kongsi dengan para pembaca sahaja. Tidak bermaksud untuk mengutuk atau memerli mahupun menghina mana-mana pihak. Sekadar meninggalkan saki-baki kecewa di laman ini. Ada kaki, jalan. Ada mulut, tapis-tapis. Ada tangan, gerak-gerak. Ada hati, timbang-timbang dan ada otak fikir-fikirkan dan akhir sekali buat keputusan untuk bertindak!!

Isnin, 24 Mei 2010

Ditemuduga atau menemuduga?

Bismillahhirrahmanirrahim......

Persoalan disini, ada ke patut?mmm~~~, memang tak patut. Al-kisah nya begini......

Aku sebagai fresh graduate atau graduan yang baru tamat pengajian dalam bidang Matematik dengan Ekonomi dari Universiti Malaysia Sabah kononnya tidak lah bercadang untuk menanam anggur lebat sangat, jadi masa Latihan Industri (praktikal) di Universiti Malaysia Kelantan ada lah jugak intai-intai mana tau ada kerja kosong ke tak, malangnya UMK sekarang iaitu tahun 2010 tidak mengambil sebarang staf. Malang sungguh nasib ku. Tapi dengan hati yang bersemangat waja untuk tidak menanam anggur, aku pun mintak kerja kat jobsmalaysia dengan harapan aku dapat berkerja setelah tamat latihan industri.

Selang beberapa bulan kemudian, aku bukak lah balik portal jobsmalaysia kononnya nak tangok lah mana tau ada panggilan temuduga ke tak. Tup tup ada panggilan temuduga di satu syarikat di negeri Kelantan. Tidak perlulah aku war-warkan nama syarikat terbabit. Aku bukan main gumbira lagi sebab dapat panggilan temuduga. Pertama kali ni. Panggilan temuduga dalam jobsmalaysia pada 24 Mei 2010 dengan jawatan Penyelia Kawalan Kualiti. Lepas tu, selang beberapa hari, ada panggilan telefon dari syarikat berkenaan dan menyatakan mengenai temuduga yang akan dijalankan pada 24 Mei 2010. Tapi apa yang pelik adalah jawatan Penyelia Kawalan Kualiti bertukar menjadi Penganalisis Ekonomi. Ah..biar lah janji dapat kerja. Temuduga bertukar tarikh kepada 20 Mei 2010 pada hari Khamis jam 10.30 pagi.

20 Mei 2010 tepat jam 9.45 pagi, aku dengan keizinan bos aku, Cik Faidzah Shah Rum pergi temuduga yang telah dinyatakan. Siap pakai tie lagi. Yelah kerja penganalisis Ekonomi tu, ingat senang ape. Sampai sahaja di syarikat berkenaan, apa yang mengejutkan, hanya 2 orang sahaja datang untuk temuduga. Dalam hati ini, wah!! tinggi kemungkinan untuk aku dapat. Aku orang pertama sampai dan ditemuduga. Yang pelik nya, seorang lagi tu, pakaian biasa je, ah biarlah mungkin untuk jawatan lain? Mana lah tau.

Borang selesai diisi, kemudian aku dipanggil untuk ditemuduga. Aku dalam otak siap sedia dengan info pasal syarikat berkenaan dan jawatan Penyelia Kawalan Kualiti juga Penganalisis Ekonomi. Sedang temuduga itu berjalan, tiba-tiba penemuduga bertanya, " awak tau ke jawatan yang di pohon? dan ape bidang tugas syarikat ini?". Aku ape lagi jawab lah sebab aku dah siap sedia dengan jawapan tu, " Jawatan adalah Penganalisis Ekonomi. Syarikat ini berkecimpong dalam bidang binaan jambatan, jalan raya dan sebagainya". Tiba-tiba aku tengok muka penemuduga tu tercengang? Pelik? Nak tau jawapan penemuduga tersebut?

Jawatan yang ditawarkan adalah Pengurus Ladang Lembu dan syarikat yang menawarkan jawatan tu bukan syarikat yang tersiar dalam jobsmalaysia. Aku pun ape lagi xplain lah semua. pasal jobsmalaysia dan panggilan telefon Tup tup aku pulak bertukar menjadi penemuduga. Pelik~~pelik~~

Dalam kereta semasa balik ke pejabat aku terfikir, mungkin kah ini adalah satu taktik untuk memanggil orang untuk ditemuduga? Tidak mustahil, tapi tidak kisah lah. Janji aku ada pengalaman ditemuduga dan "menemuduga".

Rabu, 19 Mei 2010

Mana nak pilih nie....

Assalamualaikum....

Semenjak aku kerja RA (research Assistant) ni, banyak kerja kena buat hinggakan blog ni pun tidak sempat untuk aku canaikan. Memang orang kata waktu kerja adalah waktu yang sangat sibuk. Ada yang senior dulu kata bahawa waktu belajar adalah waktu yang sangat bahagia, maka gunakan kesempatan semasa belajar sebaik nya. Kini aku sedar bahawa aku terpaksa mengiyakan atau membenarkan kata-kata itu. Aku ada juga plan nak sambung Master, tetapi setelah ditimbang tarakan dan ditanya-tanya terutama kepada umi, abah, keluarga ku lain dan juga ibu (Pn. Noraini) dan bapaku (Prof. Zainodin). Aku tangguhkan hasrat dan niat aku itu.

Minggu lepas aku dapat dua tawaran RA dan RO di UMK, awalnya aku plan nak ambik je kerja RO (research officer) tu disebabkan oleh gaji dan perasaan ingin belajar benda baru. Tetapi tiba-tiba RO 'bertukar' menjadik RA dengan serta-merta aku tolak tawaran 'RO'. Sekarang aku masih lagi kekal dengan RA di Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME), UMK. Lama juga aku nak buat keputusan tu, akhirnya dengan izin Allah dan di sokong oleh umi, abah dan kak long, aku gagah memberi keputusan dengan menolak 'RO'. Aku bukan tolak mentah-mentah tetapi aku berusaha mendapatkan pengganti dek kerana pensyarah berkenaan sangat-sangat memerlukan pembantu nya seberapa segera mungkin. Aku promote rakan kepada rakan aku untuk jawatan yang aku telah tolak itu. Aku harap budak itu tidak memalukan aku. budak itu adalah pelajar UiTM yang baru tamat pengajian dalam bidang statistik dan mendapat keputusan yang lagi bagus daripada aku. Walaupun aku berat hati membuat keputusan itu dek kerana bidang kajian yang ingin dibuat adalah berkaitan dengan bidang yang aku minat iaitu statistik. Tetapi mungkin masih bukan rezeki aku lagi sana. Mungkin ada rezeki yang lebih besar?

Minggu lepas juga, aku menerima satu panggilan temuduga di Kelantan. Jawatan yang ditawarkan adalah Pegawai Kawalan Kualiti (QC) seperti yang tertulis dalam internet. Tetapi jawatan yang ditawarkan semasa wakil syarikat tersebut buat panggilan adalah Pegawai Penganalisis Ekonomi (lebih kurang lah, aku lupa). Entah ler, aku sebenarnya tidak mengharap sangat sebab aku tidak tahu bidang tugas dan skop tugas yang dijalankan. Tetapi esok (20 Mei 2010; 10:30 pagi) aku akan pergi temuduga yang telah dinyatakan. Apa yang difahamkan, hanya 3 orang sahaja yang akan ditemuduga (seperti dalam panggilan). Dapat atau tidak jawatan yang ditawarkan itu, aku tidak pasti. Sekiranya dapat alhamdulillah, kalau tak dapat masih tiada rezeki, tetapi usaha akan tetap dijalankan.

mmmm....Macam-macam berlaku dalam dua tiga bulan ini, kadang-kadang aku pening nak buat keputusan, tetapi aku tetap dan terpaksa membuat keputusan. Harapan aku dengan keputusan yang aku berikan ini tidak menyakitkan mana-mana pihak dan diharap juga semoga Allah memberkati dan meredai segala keputusan yang telah aku buat. Ameen...

Sekian.

Sabtu, 10 April 2010

Tiada isu....

Assalamualaikum....

ISU....ISU...mm...Rasanya kali ini tiada isu yang berbangkit. Asyik ada isu je. Kali ini, aku sekadar nak pos kan ape yang terlintas di kepala. Nak relaxkan otak. Huhuh...

Baru-baru ini aku agak sibuk dengan aktiviti buku prof. bertajuk “CONTEMPORARY READINGS ON ENTREPRENEURSHIP AND SMALL BUSINESS MANAGEMANT”. Buku ini adalah kumpulan jurnal-jurnal yang penah P.M. Abd. Aziz buat tak kira lah berseorangan atau pun berkumpulan. Buku ini bakal di lancarkan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan jika tiada arang melintang akan di pasarkan ke negara luar. Masih belum print lagi. Banyak lagi yang perlu dilakukan. Jujurnya agak susah nak mengeluarkan buku. Kerja aku adalah menyusun semua jurnal dari segi format dan kedudukan. Harapan aku agar buku tu berjaya di keluarkan, dipasarkan dan laku bak goreng pisang.

Hari ini, 10 April 2010 aku ke Rosmadi Optimitris, tempat buat spek. Aku plan nak buat spek, sebab power mata dah naik skit. Bukan saja-saja sebab ada kesan, asyik sakit kepala sangat-sangat. Kalu tiada halangan spek aku siap hari selasa atau paling lewat hari rabu. Tak sabar rasanya nak pakai spek baru. Habis la jugak RM 3++.

15 April 2010 aku akan ke Kuala Lumpur bersama nenek aku. 18 April 2010 pula aku akan ke Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Tidak sabar rasa nya nak kesana jumpa rakan-rakan dan para pensyarah yang di rindui. 22 April 2010 aku balik ke Kuala Lumpur dan 25 April 2010 aku akan balik ke Kota Bharu. Semua pergerakan dengan kapal terbang. Setakat ni aku plan nak uruskan konvo sahaja, yang lain belum dirancang lagi. Rakan-rakan jumpa di sana!!

Konvo masih lagi belum tahu tarikh. Aku dah tanya Prof. Zainodin iaitu salah seorang 'bapa' ku (pensyarah UMS). Apa yang diberitahu adalah belum di tetapkan lagi tarikh konvo ke-12. Apa yang aku tahu adalah tarikh yang dicadangkan adalah 9 Oktober 2010 hingga 11 Oktober 2010. Tapi tarikh tetap masih belum ditentukan lagi. Rakan-rakan yang tahu harap memamklumkan kepada saya dengan segera untuk urusan yang selanjutnya.

Rasa itu sahaja yang dapat aku coretkan. Apa-apa isu atau sekiranya aku berlapangan, aku akan cuba corekan apa yang patut. Terima kasih kepada pembaca blog ini. Harap anda tidak pernah jemu dengan blog yang sangat simple ini.

TERIMA KASIH...

Selasa, 9 Mac 2010

Kenapa BAJU?

Assalamulaikum...

manusia tidak pernah cukup dan tidak pernah bersyukur dengan apa yang diterima”. Itu adalah ayat yang selalu aku dengar. Aku menjadi semakin faham dengan ayat ini. Kadang-kadang kejadian atau sesuatu peristiwa akan mematang diri yang semakin berumur ini. Kadang-kadang juga peristiwa yang boleh dianggap kecil itulah yang bakal mematangkan kita.

‘Baju’ adalah pakaian yang melambangkan kepada individu tersebut. Sama kes nya kepada pekerja pejabat. Baju yang diterima yang diberi oleh pejabat menjadi lambang atau tanda terima kasih kepada diri yang berkerja bertungkus lumus.

Pada aku pula lain kesnya. Aku yang bekerja bertungkus-lumus, tidak ambil kira duit, tenaga dan masa yang aku habiskan dengan bekerja. Hasil yang diperoleh adalah SIFAR atau dengan perkataan yang lebih jelas TIDAK DIHARGAI. Bukan sijil penghargaan yang dikejar, tetapi ucapan terima kasih yang dilambangkan dengan baju sudah cukup bagi aku. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa baju diambil sebagai contoh? Kisah nya begini....

Aku pernah menjalani Latihan Industri di sebuah Institusi awam dan alhamdulillah aku diserap sebagai pekerja sementara di institusi tersebut. Semasa aku menjalani Latihan Industri aku di ugut macam-macam seperti kalau aku tidak buat kerja itu, markah aku akan dipotong. Kadang-kadang aku bekerja dengan memaksa diri agar ikhlas. Kerana dengan ikhlas lah menyebabkan kita bekerja dengan gembira. Waktu aku bekerja pula tidak tentu. Kadang-kadang terpaksa mencecah jam 12 malam dan kadang-kadang sampai jam 8 malam. Kadang-kdang juga waktu hujung minggu aku terpaksa datang pejabat semata-mata atas arahan bos. Gaji atau dipanggil elaun dibayar adalah RM200! Mana cukup dengan kerja yang aku buat dengan bermacam-macam aku habis!

Sekarang aku menjadi pembantu penyelidik di institusi tersebut. Ini bermakna di jabatan yang aku bekerja sekarang mempunyai 2 orang pembantu penyelidik termasuk aku. Apa yang dapat diperhatikan oleh beberapa orang staf tempat aku bekerja dan perasaan aku sendiri, aku yang bekerja bagai nak gila tapi orang lain dihargai. INI TIDAK ADIL. Aku cuba tenangkan diri ini dengan menganggap benda ini adalah remeh. Tapi hati dan perasaan ini tidak dapat menerimanya. Kadang-kadang aku rasa nak berhenti kerja sahaja. Tapi mengingatkan objektif dan impian aku masih belum tercapai, maka aku terpaksa kuburkan nafsu untuk berhenti kerja kecuali ada tawaran daripada tempat lain. Hanya Tuhan yang tahu betapa peritnya hati ini. Sampai sahaja aku di rumah, aku terus menelefon kakak angkat aku bagi meluahkan segala yang terbuku dan terguris. Alhamdulillah kakak angkat aku berjaya menjahit luka tersebut walaupun masih lagi berdarah. Tetapi aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku berjaya mengurangkan perasaan yang kecewa ini.

Aku sedar biarlah perasaan yang kecewa ini aku bawa sendirian. Aku anggap mungkin Tuhan mahu menguji ketahanan aku untuk memberi yang lebih baik kepada aku. Aku juga akan ambil sebagai cabaran kepada diri ini agar maju setapak lebih jauh daripada sekarang. Wish me best of luck!!

Khamis, 25 Februari 2010

Akhirnya 'anggur' tidak sempat ditanam dan dijaga


Assalamualaikum.....

Salah seorang rakan ku bertanya " camne? dah nak start tanam anggur ke?". ' Anggur?' Kenapa anggur dijadikan sinonim dengan bakal graduan yang keluar universiti? Adakah disebabkan dengan bunyinya seakan-akan? Biarlah dia dan labu-labunya menjawab.

Bagi aku dan pada aku, rezeki menyebelahi aku. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana bila mana aku berjaya menghabiskan sisa-sisa Latihan Industri aku di Universiti Malaysia Kelantan, aku ditawarkan terus oleh Pengarah di Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME) untuk menjadi staf/kakitangan di institut tersebut, tetapi malangnya Universiti Malaysia Kelantan (UMK) membekukan penjawatan pada tahun 2010. Inisiatifnya, pengarah menawarkan aku menjadi Pembantu Penyelidik (sambilan) untuk salah satu geran kajiannya. Gred jawatan adalah adalah setaraf Q27. Gaji dibayar harian dimana gaji pokok adalah RM 52.37 sehari tambah dengan imbuhan tetap khidmat awam RM 6.95 sehari, tambah dengan bantuan sara hidup (cola) sebanyak RM 8.69 sehari. Jadi jumlah keseluruhan gaji untuk satu hari adalah RM 68.01 sehari!. Aku dilantik menjadi Pembantu Penyelidik (sementara) selama tiga bulan iaitu dari 14 Feb 2010 hingga 11 Mei 2010 di ISME.

Alhamdulillah, bagi itu adalah rezeki yang aku terima kini. Mungkin rezeki aku nanti akan lebih besar? Tuhan sahaja yang mempu menjawab persoalan ini. Tapi aku mohon pada Yang Maha Esa agar rezeki aku akan sentiasa melimpah ruah di masa-masa akan datang, itu hendaknya. Ameen....

Sabtu, 13 Februari 2010

GONG XI FA CAI

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada Prof. Madya Dr. Ho Chong Mun, See Jing Kai, Vivian dan semua rakan-rakan yang mengenali diri ini dengan ucapan:

~~IS SIN NIAN KUAI LE. HONG BAO NA LAI~~

Jumaat, 15 Januari 2010

Nik Aisyah Aliya???

Assalamualikum.....

Nik Aisyah Aliya Bt Nik Mohd Yusri? mmmm......Cantik tak tak nama ni? Ada cadangan nama lain? Sebab ini sekadar salah satu cadangan nama. Ini lah gambar anak sedara aku yang pertama buat tatapan adik ku, Tuan Mohd Syakir dan kepada semua pembaca setia blog ini.

Tengah pakaikan baju

Kasi dia tutup aurat..hahah

Berpempes je?haha

Aliya yang sihat wal'fiat

Mata yang hitam-legam (comel nyer!!)

Rabu, 13 Januari 2010

Aduh!!! Sakitnya...

Assalamualaikum.....

Sudah seminggu aku dan adik aku tinggal di rumah ini. Umi + abah aku pergi tengok cucu pertamanya iaitu anak sedara aku yang pertama. Bilalah diorang ni nak balik. 3 hari lepas, adik yang bongsu telefon aku dia cakap dia rindu nak balik rumah. Aku cakap kat dia, sabarlah bulan 4 ni dia dah habis. Aku faham sangat perasaan dia, sebab dia tidak pernah berpisah dengan umi + abah. Tup-tup dia berpisah dan tidak boleh berhubung. Apa yang menyanyatkan hati ini, dia pesan letak lah gambar anak sedara dia. Dia nak tengok. Pastu tunjuk-tunjuk lah gambar dia kat anak sedara. Nanti dia tidak kenal bapa saudara nya. InsyaAllah, aku akan merialisasikan impian dia. Nanti aku upload gambar dan letak dalam ni. Dengan cara ini, dia boleh tengok gambar melalui internet.

Tiga hari lepas juga, aku kena penyakit yang sangat pelik. Aku tak tau lah ape dia. Tetiba je tangan aku bengkak. Nak kata kena gigit dek sesuatu tak mungkin kerana tiada kesan gigitan. Awalnya dia tak bengkak, cuma lenguh-lenguh. Aku ingat sebab aku tertindih tangan waktu tidur. Lenguh-lenguhnya pelik gak sebab bermula hujung jari Scapula (tulang belikat/tulang kipas). Aku buat tak layan jelah. Lepas tu dia rasa sangat sakit, malam tu aku ambik minyak panas dan sapukan sedikit, sambil urut-urut. Bangun je pagi esok, aku tengok tangan aku bengkak sangat, sampai nak gerakkan tangan pun susah. Aku gagahkan diri untuk ke pejabat. Sampai pejabat semua orang terkejut dengan tangan yang bengkak ini. Malam tu aku rasa tak tahan sangat, rasa macam tangan ni di koyak-koyak dan di siat-siat mentah-mentah. Akhirnya aku dibawa oleh adik ku ke HRPZ II.

Doktor pun tak tau apa punca nya setelah x-ray. Mula-mula doktor ingat patah. Sebab cara bengkak macam patah. Aku hanya diberi ubat tahan sakit (diclofenac sodium), ubat bengkak (entah aku tidak tau nama ape-warna hijau) dan antibiotik (cloxacillin 250mg) sahaja. Doktor pesan jugak, kalau dalam 3 atau 4 hari ni masih lagi sakit dan bengkak masih tak tahan kena jumpa dia balik. Doktor bagi cuti sakit selama 2 hari. Tapi hari ke-2 aku kena balik pejabat kerana banyak kerja perlu di selesaikan. Tapi hari ini sakit dah semakin kurang dah. Tapi bengkak masih lagi ada.

Harap, aku cepat sembuh kerana banyak benda perlu aku selesaikan. Moga Tuhan makbulkan permintaan aku ini. Ameeenn.....