Semenjak aku kerja RA (research Assistant) ni, banyak kerja kena buat hinggakan blog ni pun tidak sempat untuk aku canaikan. Memang orang kata waktu kerja adalah waktu yang sangat sibuk. Ada yang senior dulu kata bahawa waktu belajar adalah waktu yang sangat bahagia, maka gunakan kesempatan semasa belajar sebaik nya. Kini aku sedar bahawa aku terpaksa mengiyakan atau membenarkan kata-kata itu. Aku ada juga plan nak sambung Master, tetapi setelah ditimbang tarakan dan ditanya-tanya terutama kepada umi, abah, keluarga ku lain dan juga ibu (Pn. Noraini) dan bapaku (Prof. Zainodin). Aku tangguhkan hasrat dan niat aku itu.
Minggu lepas aku dapat dua tawaran RA dan RO di UMK, awalnya aku plan nak ambik je kerja RO (research officer) tu disebabkan oleh gaji dan perasaan ingin belajar benda baru. Tetapi tiba-tiba RO 'bertukar' menjadik RA dengan serta-merta aku tolak tawaran 'RO'. Sekarang aku masih lagi kekal dengan RA di Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME), UMK. Lama juga aku nak buat keputusan tu, akhirnya dengan izin Allah dan di sokong oleh umi, abah dan kak long, aku gagah memberi keputusan dengan menolak 'RO'. Aku bukan tolak mentah-mentah tetapi aku berusaha mendapatkan pengganti dek kerana pensyarah berkenaan sangat-sangat memerlukan pembantu nya seberapa segera mungkin. Aku promote rakan kepada rakan aku untuk jawatan yang aku telah tolak itu. Aku harap budak itu tidak memalukan aku. budak itu adalah pelajar UiTM yang baru tamat pengajian dalam bidang statistik dan mendapat keputusan yang lagi bagus daripada aku. Walaupun aku berat hati membuat keputusan itu dek kerana bidang kajian yang ingin dibuat adalah berkaitan dengan bidang yang aku minat iaitu statistik. Tetapi mungkin masih bukan rezeki aku lagi sana. Mungkin ada rezeki yang lebih besar?
Minggu lepas juga, aku menerima satu panggilan temuduga di Kelantan. Jawatan yang ditawarkan adalah Pegawai Kawalan Kualiti (QC) seperti yang tertulis dalam internet. Tetapi jawatan yang ditawarkan semasa wakil syarikat tersebut buat panggilan adalah Pegawai Penganalisis Ekonomi (lebih kurang lah, aku lupa). Entah ler, aku sebenarnya tidak mengharap sangat sebab aku tidak tahu bidang tugas dan skop tugas yang dijalankan. Tetapi esok (20 Mei 2010; 10:30 pagi) aku akan pergi temuduga yang telah dinyatakan. Apa yang difahamkan, hanya 3 orang sahaja yang akan ditemuduga (seperti dalam panggilan). Dapat atau tidak jawatan yang ditawarkan itu, aku tidak pasti. Sekiranya dapat alhamdulillah, kalau tak dapat masih tiada rezeki, tetapi usaha akan tetap dijalankan.
mmmm....Macam-macam berlaku dalam dua tiga bulan ini, kadang-kadang aku pening nak buat keputusan, tetapi aku tetap dan terpaksa membuat keputusan. Harapan aku dengan keputusan yang aku berikan ini tidak menyakitkan mana-mana pihak dan diharap juga semoga Allah memberkati dan meredai segala keputusan yang telah aku buat. Ameen...
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan