8 jan 2009 bermulanya semester baru aku di Universiti Malaysia Sabah atau di kenali UMS. Sepatutnya lebih awal tetapi memandangkan semua pendaftaran adalah secara online jadi tiada apa yang perlu dirisaukan. Aku sudah awal-awal lagi siap sedia dengan segala kemungkinan.
Pada awal-awal semester ini banyak benda yang sedih-sedih yang penulis dengar. Antara yang terpanas dan yang terhangat sekali di dunia ialah kekejaman Israel laknatullah terhadap Palestin. Banyak nyawa yang tidak berdosa melayang termasuk warga emas dan kanak-kanak terkorban. Banyak yang kita dengar demonstrasi jalanan dan pelbagai usul di jalankan untuk menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin. Yang terbaru adalah di negara kita yang tercinta, pada 13 Jan 2009, parlimen Malaysia sebulat suara menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan serta merta Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi mendakwa penjenayah perang Israel yang melakukan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.Desakan itu adalah antara 10 usul dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang kemudian dibahas dan disokong semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang yang diketuai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Seramai 201 Ahli Parlimen menghadiri sesi khas itu dengan 129 mewakili Barisan Nasional (BN), 70 dari Pakatan Rakyat dan dua ahli Bebas. Turut memerhatikan sidang khas itu ialah 32 perwakilan asing, termasuk dari Amerika Syarikat dan Britain. Bukan setakat negara islam sahaja membantah pencerobohan terhadap palestin tetapi rakyat negara bukan islam turut membantah keras kekejaman ini.
Hari ini, 18 Januari 2009, keluar berita bahawa Israel bersiap sedia untuk melaksanakan gencatan senjata sebelah pihak tetapi menegaskan tidak akan berundur dari Semenanjung Gaza selepas 22 hari membedil wilayah Palestin dan membunuh 1,199 orang, termasuk 410 kanak-kanak serta mencederakan 5,300 orang. 16 Januari 2009, di UMS atau lebih spesifik di Kolej Kediaman Indah Permai (KKIP), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS telah menayangkan kekejaman Israel terhadap warga Palestin. Bagi penulis ini adalah suatu langkah yang sangat baik dalam memberi kesedaran kepada mahasiswa supaya kita bersyukur dengan keamanan yang negara kita kecapi selama ini.
Seminggu selepas penulis sampai di negeri di bawah bayu ini untuk meneruskan perjuangan yang belum berpenghujung, salah seorang rakan karib penulis menceritakan kepada penulis tentang rompakan yang berlaku di kampung halamannya. Kejadian rompakan ini berlaku di kampung halaman rakan penulis, dimana rumah kejadian hanya tinggal sepasang suami isteri. Kesemua anak-anak mangsa sedang belajar di universiti. Tiba-tiba penulis terfikir, macam mana keadaan umi dan abah penulis? Mereka sedang buat apa? Sihat ke? Ada apa-apa yang berlaku ke? Banyak persoalan yang timbul yang menyebabkan penulis agak gusar dan sangat risau dengan kejadian yang berlaku.
Pada hari yang sama, bila sahaja penulis sampai sahaja di rumah penulis, penulis mendapat satu berita yang amat mengejutkan penulis. Penulis tidak sangka perkara sebegini terjadi. Tanpa penulis sedari kejadiaan yang berlaku tetap terjadi. Seperti dalam ayat Al-Quran, kun fayakun bermaksud lebih kurang, bila mana sahaja Allah menghendakkan kejadian itu berlaku, maka berlaku lah. Tak kiralah kita cuba mengelak sejauh mana pun. Semua adalah perancangan Allah yang Maha Esa dan Maha Mengetahui setiap sesuatu. Kejadian yang di maksudkan oleh penulis ialah salah seorang sahabat penulis dan merupakan rakan serumah penulis telah kemalangan dengan sebuah kereta di lampu isyarat jalan ke KKIP. Petang itu juga, penulis bersama-sama rakan serumah yang lain telah mengambil inisiatif dengan menyewa kereta untuk melawat rakan penulis itu. Tetapi malangnya penulis tidak dapat bertemu dengan mangsa keran kami diberitahu bahawa mangsa masih lagi berada di dalam bilik bedah. Kami hanya sempat bertemu dengan keluarga mangsa.

Seperti yang dinyatakan kepada pembaca sekalian, kun fayakaun, bila mana kejadian itu hendak berlaku, maka berlaku lah juga. Tetapi ingat setiap apa yang terjadi adalah ketentuan Allah. Allah tidak akan melakukan sesuatu dengan sia-sia, ini mempunyai maksud yang tersurat dan juga pengajaran supaya kita insaf dan sedar akan kesilapan yang berlaku. Ini yang dikatakan kita mesti percayakan kepada kado' dan kadar. Setiap yang berlaku dengan izin yang Maha Berkuasa ada maksud yang tersirat mahupun tersurat malah boleh dikatakan salah satu cara untuk menghapuskan dosa!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan