tag line

tag line

Sabtu, 17 Januari 2009

Ahad, 18 Januari 2009.


Assalamualaikum...

Isu sekarang adalah tiada kaitan dengan mana-mana pihak samada yang baru lahir mahu pun yang tengah nazak bahkan yang telah meninggal dunia. Hari ini 18 Januari 2009 bersamaan dengan 21 Muharam 1430H, aku bangun dengan azam yang membuak-buak untuk mentela'h buku pelajaran yang telah lama tidak di sentuk dek kerana kesibukan dengan pelbagai tugasan yang diberikan dan juga pelbagai kelas ganti. Kelas-kelas ganti ini adalah merupakan kesinambungan daripada warga UMS yang berbangsa cina balik awal atas alasan menyambut perayaan tahun baru cina. Bukan alang-alang diorang balik, sebulan geng!!.Apa pun semoga mereka bahagian bersama keluarga yang tercinta semasa di kampung halaman. Padahal baru je balik ke sini seminggu.

Jam menunjukkan 8 pagi, aku dengan perasaan rajin yang berbaur malas telah mengajak rakan sebilik, merangkap rakan karib jugak se kursus dengan aku untuk ke perpustakaan UMS semata-mata untuk belajar bersama-sama. Jam 9 pagi kami berdua bersiap sedia untuk bergerak. Tetapi perasaan malas aku sudah meningkat semakin tinggi. Masa bangun tadi malas 40% je, tetapi sekarang meningkat kepada 65%. Tetapi dengan langkah yang susah dan payah, aku dan arif melangkah jugak untuk ke perpustakaan.

Seperti biasa hari hujung minggu dimana warga KKIP dan juga warga mana-mana tempat kerja pun bila hujung minggu adalah waktu rehat untuk tidur sepuas-puasnya. Tetapi aku dengan arif memaksa diri melangkah menuju ke gedung ilmu yang digelar PERPUSTAKAAN. Kami mengambil masa 30 minit untuk mendapatkan bas menuju ke kampus UMS. Lebih kurang 9.45 pagi, kami tiba di salah satu perhentian bas UMS dekat dengan PPIB (Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa). Bila mana kaki ini melangkah keluar bas dan mula perlahan-lahan menyentuh bumi UMS, perasaan aku yang berjuta kali malas semakin membuak-buak. Perasaan itu aku ketepikan malah akan aku tinggalkan jauh kebelakang.

Kami masuk ke perpustakaan UMS yang besar dan indah ini dengan satu tekad dan azam iaitu mendapatkan ilmu sebanyak yang mungkin. Jam terus berdetik dan berdetik, jam 10:12:46 aku mula menghidupkan komputer riba aku dengan satu tujuan iaitu melayari internet untuk melihat mana tau ada tugasan atau arahan daripada pensyarah untuk kami. Bila sahaja semua komputer riba aku siap sedia, jari-jemari aku mula pantas berdetik dan bergerak kencang melayari laman web Yahoo untuk melihat email. Tiada arahan daripada pesyarah kami. Tetapi jari-jeri ini masih lagi gatal-gatal untuk kemas kini blog ini. Semakin kencang taipan berbunyi di perpustakaan ini. Bukan sekadar blog dan email yang aku bukak, friendster pun aku tegok jugak.

Sedar tak sedar perut menyanyi-nyayi dengan kuat, aku lantas melihat jam tangan yang menunjukkan tepat jam 11.45 pagi. Arif mengajak aku untuk mengambil makan tengah hari kami di kafe perpustakaan. aku terus berkemas dan bergerak ke kafe berkenaan. Aku makan nasi sup ayam berharga RM3.50 + air minuman berharga RM1. Memang tak sedar pun sepanjang aku di perpustakaan aku hanya menggunakan kemudahan internet percuma sahaja. Objektif utama aku masih tidak berjalan. Aku cuma sekali lagi untuk membuat tekad mentelaah pelajaran yang berat aku pikul bersama-sama dengan komputer riba aku selepas makan.

1 tengah hari, aku dan arif naik untuk meneruskan perjungan yang masih lagi belum bermula. Seperti biasa macam pepatah kata gendang genduk tali kecapi, kenyang perut senang hati. Mata aku mula berat, mata arif lagi lah nampak ngantuk. Arif sempat lagi 'mengangguk' tanpa ditanya!!. aku ambik inisiatif melayari internet untuk mengelakkan ngantuk, padahal buku tak disentuh pun lagi!!. Pada waktu itu aku buka web MAS dan Airasia, mana tau ada tiket murah KL-KB-KL nanti aku balik nanti. Perh!! aku jumpa tiket balik KB naik Airasia dan balik KL, aku naik MAS. Tetapi tiket MAS masih lagi murah KL-KB RM42.50 dan KB-KL RM 39. Jadi total RM81.50. Jam menunjukkan 1.45 tengah hari, apa yang aku rancang dengan arif nak balik jam 2 petang. Hahaha... Usaha dan semangat aku tinggal sebagai semangat. Nak balik lewat ckit, nanti tiada bas nak balik IP. Lagi susahkan diri. Lantas terkuburlah cita-cita aku untuk mentelaah buku di perpustakaan yang sejuk dan senyap ini. Aku segera pergi solat dan bersiap sedia untuk balik. Dalam 2.15 petang aku akan berangkat pulang dengan arif sekejap lagi. APA NAK JADI NIE!!DOAKAN AKU NANTI BALIK IP, BIAR AKU DAPAT MENTELAAH DENGAN BAIK....

Tiada ulasan: