tag line

tag line

Jumaat, 13 Mei 2011

Dunia baru...

Alhamdulillah, setiap langkah yang diatur oleh insan bergelar makhluk Allah pasti akan menemui dunia yang asing dan lain daripada biasa. Tetapi dunia itu yang mengajar erti matang dan menambah kamus pengalaman yang boleh dikongsi pada generasi yang akan datang.

Dengan melangkah kedunia baru itu, pelbagai masalah yang dihadapi yang perlu diselesaikan segera. Sekiranya masalah itu ditangguhkan mungkin akan bertambah sehingga insan lemah ini tidak mampu untuk menanggungnya lagi. Maka hadapi masalah yang ditemui dengan berani dan tabah, kerana setiap masalah yang diterima mempunyai ilmu dan hikmah yang kita sendiri tidak memahami. Hanya sehingga ditunjukkan oleh Allah, baru lah kita sedar!