Bismillahirrahmanirrahim....
Bila? Itu adalah satu persoalan yang masih belum
lagi dirungkaikan oleh institusi ini. Bukan apa, banyak benda yang perlu diuruskan seperti penginapan, makan, minum, tiket dan banyak lagi. Apa yang sangat menyedihkan adalah bukan insan ini sahaja yang akan kesana, tetapi satu airbus yang akan ikut, bak kata Prof. Dr. Zainodin Hj. Jubok sewaktu aku melawat balik ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada satu ketika dahulu.
Pada ketika itu, kira-kira beberapa bulan yang lepas aku menghabiskan banyak duit, tujuan aku bukan untuk makan angin tetapi untuk mencapai beberapa objektif yang aku gariskan (
cewah!! bermadah nampak - tandanya tak berapa puah hati ni...mmm~~~). Objektif yang pertama adalah untuk mendapatkan transkrip sementara dek kerana tuntukan dan keperluan untuk memohon kerja. Aku pernah ditawarkan satu kerja tetapi institusi itu perlukan transkrip walaupun transkrip sementara sudah cukup memadai tetapi pelbagai alasan dan serangan balas aku terima. Alasan adalah cukup mudah, kena tunggu mesyuarat senat!. Alasan lapuk la. Jujur nya masing-masing ada sejarah dan pengalaman. Aku ada juga contact beberapa orang senior untuk mengetahui samada transkrip sementara dapat dikeluarkan atau tidak sebelum aku membuat keputusan untuk terbang balik. Mereka akui mereka pernah memohon transkrip sementara dan tiada masalah terus dapat. Jadi di sini, sape bersalah dan harus dipersalahkan? Sendiri mulut sendiri jawab.
Objektif yang kedua adalah untuk mengetahui tarikh konvo ke-12 yang TEPAT!. Tapi malangnya objektif ke-2 pun tidak berjaya di penuhi. Secara logik di fikirkan, untuk tiba ke bumi Sabah adalah dengan penerbangan, dah ler tak bagi orang kerja dulu pastu lambat-lambat pulak nak bagi tarikh konvo, lain lah kalau ada insan yang bermurah hati untuk sponser tiket aku dan keluarga ku!!
Objektif ke-3, adalah untuk mengetahui keputusan Latihan Industri (LI) aku. Point adalah pengalaman, sejarah dan destinasi yang dituju adalah sama, tak dapat dikeluarkan kerana tunggu keputusan senat. Is that, there is no strong ground except 'senat'? Tapi aku cuba cara lain iaitu bertemu dengan pensyarah yang uruskan LI dan dia memberi kata putus bahawa aku dapat A.
Tapi bagi aku yang pernah kerja dan ditempatkan di satu-satu institusi, hitam putih adalah sangat penting. Objektif ke-3 separuh tercapai.
Objektif ke-4, menziarah para pensyarah dan rakan-rakan. Tetapi objektif ini aku hanya dapat separuh juga dek kerana kekangan masa yang sangat terhad kerana menghabiskan masa untuk menggapai objektif ke-1, ke-2 dan ke-3. Aku sempat jumpa beberapa orang pensyarah dan beberapa orang rakan kerana mereka sangat sibuk dengan persediaan untuk peperiksaan. Bagi aku sudah cukup kiranya aku dapat berjumpa dua insan yang cukup aku kagumi dan hormati iaitu Puan Noraini Abdullah dan Prof. Dr. Zainodin Hj. Jubok (terima kasih prof dan puan atas motivasi dan pandangan yang diberikan). Kepada insan-insan yang tidak berkesempatan aku temui, aku mohon ampun dan maaf. Objektif ke-4 tercapai (setelah ditambah dan ditolak).
Objektif ke-5 ini adalah objektif yang tidak dirancang iaitu makan angin!. Objektif ini terpaksa di buat setelah objektif pertama, ke-2 dan ke-3 tidak tercapai sepenuhnya. Sekurang-kurang nya perasaan kecewa dapat ditinggalkan ditempat aku lawati!!
Moral of the story, setiap apa yang dirancang tidak semua akan tercapai tetapi usaha mestilah dilipat gandakan untuk mencapainya. Selain daripada itu, back-up plan mestilah ada, sekurang-kurangnya perasaan sedih atau kecewa tidak lah membuku dalam hati yang boleh mengganggu emosi dan orang lain!. Ini adalah sekadar luahan, pendapat dan pengalaman diri ini untuk di kongsi dengan para pembaca sahaja. Tidak bermaksud untuk mengutuk atau memerli mahupun menghina mana-mana pihak. Sekadar meninggalkan saki-baki kecewa di laman ini. Ada kaki, jalan. Ada mulut, tapis-tapis. Ada tangan, gerak-gerak. Ada hati, timbang-timbang dan ada otak fikir-fikirkan dan akhir sekali buat keputusan untuk bertindak!!