Kali ini, penulis ingin menwarwarkan perjalanan penulis ke satu daerah di peta Negeri Sabah. Nama kampung tersebut adalah Kampung Matopang. Kampung ini terletak di Daerah Ranau. Ranau terletak selepas kaki Gunung Kinabalu dan juga berada di atas sedikit dari Poring, kolam air panas dan air terjun di Sabah.
Perjalanan ini bermula dari jam 9.45 pagi. Penulis ditemani oleh tiga orang sahabat serumah. Tujuan dan misi perjalanan kami ini adalah untuk melancarkan perjalanan satu program yang akan bakal dilaksanakan oleh salah seorang sahabat penulis. Bagi penulis, perjalanan penulis kali ini adalah untuk merasai bagaimana kehidupan warga sabah, bagaimana kehidupan mereka, bagaimana keadaan mereka dan macam-macam lagi, dimana penulis ingin belajar dari segala pengalaman yang penulis bakal kutip nanti.
Perjalanan ke Matopang ini, agak susah dengan jalan yang berbukit-bukau dan juga jalan yang sangat tidak rata disebabkan permukanan muka bumi Sabah. Sampai di Pekan Ranau, kami singgah untuk membeli buah tangan kepada ketua kampung dan juga untuk mengisi perut yang telah berbunyi dari pagi lagi. Penulis jangkakan, makanan disana adalah sangat mahal kerana disana adalah kawasan pelancongan dan kondisi yang sangat sejuk kerana berada di kawasan kaki Gunung Kinabalu. Tanggapan penulis adalah salah sama sekali. makanan di satu restoren disana adalah sangat murah dan sangat sedap berbanding di Kota Kinabalu. Perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Kami tiba pada jam 11.15 pagi. Kami disambut oleh seorang ketua kampung disana. Kami dijemput minum air nescafe panas. Kami disambut dan dilayan dengan penuh mesra.
Kami dibawa oleh ketua kampung ke sebuah surau yang berdekatan dengan rumah beliau. Keadaan surau itu adalah sangat daif, serba kekurangan. Bekalan elektrik pula dicatu. Penggunaannya hanya pada waktu malam sahaja iaitu dari jam 6 petang hingga 6 pagi sahaja. Bekalan air pula menjadi salah satu masalah. Surau itu terletak ditepi muara sungai yang telah ditimbus pasir dan batu. Tetapi air sungai tidak dapat digunakan kerana sangat kotor. Sebenarnya batu dan pasir, dimana pembinaan surau dibuat adalah dari sekolah yang berdekatan.
Ketua kampung menceritakan bagaimana susahnya untuk membina sebuah surau yang kecil itu. Kawasan itu diminati oleh Pihak Gereja. Perebutan kawasan yang didirikan surau itu dengan Pihak Gereja. Pihak Kristian inginkan tempat berkenaan untuk mendirikan gereja. Beliau seorang sahaja berani melawan Pihak Kristian yang berpuluh-puluh orang didepannya dalam mempertahankan pembinaan sebuah surau. Beliau nekad untuk meneruskan perjungan untuk membina surau yang satu-satunya berada di kampung bernama Matopang. Ketua kampong menggunakan pihak polis untuk meleraikan kekusutan yang timbul. Akhirnya pihak polis mengishtiharkan tanah yang ditimbus itu bakal dibina surau untuk umat islam disana. Betapa bangganyanya penulis lihat dari air muka ketua kampung tersebut. Dengan kecetekan ilmu Agama Islam yang dianutinya, beliau sanggup untuk mempertahankan kedaulatan Agama Islam yang suci lagi bersih itu. penulis sangat menghormati beliau seadanya.Beliau juga menceritakan, betapa ramainya umat islam disana bertukar agama disebabkan oleh ketiadan ustaz atau ustazah untuk mengajar penduduk islam disana. Penulis amat-amat sedih dengan kisah yang diceritakan oleh beliau. Selain faktor ketiadan imam disana, faktor kemudahan di dalam surau juga menjadi dinding yang kukuh sekukuh tembok besar di China. Ketiadaan benda asas untuk surau seperti kipas, sejadah, Al-Quran dan sebagainya. Yang paling membanggakan penulis, penghasilan surau itu adalah hasil daripada kutipan derma dan usaha warga islam kampung tersebut memungut derma dan memohon wang dari Jabatan Agama Islam (JAIS) dan MUIS Negeri Sabah. Lagi membanggakan apabila, ketua kampung mengkhabarkan bahawa 90% daripada isi dan wang untuk mendirikan sebuah surau yang kecil itu datangnya dari pihak UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS).
Setelah selesai perbincangan dengan ketua kampung itu, kami perlahan-lahan menundur diri disebabkan oleh kekangan waktu yang sangat-sangat tidak mengizinkan. Kami pulang pada jam 3 ptg. Dalam perjalanan pulang, kami singgah banyak tempat untuk menikmati keindah ciptaan Allah sambil bergambar.
Kami juga beristighfar pada yang Maha Esa dengan kekuatan yang diberikan kepada ketua kampung untuk mempertahankan Agama Islam yang penulis sendiri anuti seorang diri. Kami juga amat bangga dengan kekuatan ketua kampung tersebut. Disini penulis sedar dan insaf betapa nikmat dan bersyukurnya penulis dilahirkan di negeri yang islamnya dijaga. Hanya perlukan kekuatan diri sahaja untuk menjaga iman dalam diri. akhir kata, tepuk dada tanya imam. Kuatkan iman anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan