tag line

tag line

Khamis, 4 September 2008

Tahun 3 yang penat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari ini hari jumaat dalam bulan Ramadan. Maksudnya, kita berada di raja segala bulan dan secara tidak langsung raja segala hari. Hari ini, penulis mengambil kesempatan ini untuk menukilkan sedikit di dalam blog ini. Tujuan nukilan pada kali ini, adalah nak berkongsi bersama pembaca sekalian bagaimana penatnya menjadi pelajar universiti untuk mendapatkan segulung ijazah. Memang bukan senang.
Semester-semester yang lepas, ramai senior yang nasihatkan penulis supaya kalau boleh kurangkan jam kredit untuk tahun 3. Tetapi penulis yang kononnya suka akan kesibukan. Tidak disangka-sangkakan bahawa kesibukan yang dimaksudkan oleh senior itu adalah sangat-sangat-sangat sibuk. Kalau diwujudkan level atau kalau boleh dirankingkan daripada 5, penulis sekarang berada di level yang ke 6. Maksudnya memang sangat penat. Sekarang penulis ambil enam subjek dan ke enam-enam subjek bertindak dengan cara yang memberikan tugasan yang sangat banyak.
Belum sempat penulis siapkan tugasan, tugasan yang lain pula diberikan. Kadang-kadang penulis hantar satu tugasan, sampai pula tiga tugasan yang baru. Hingga wujudnya persoalan dalam minda penulis, adakah pensyarah tidak mahu pelajarnya diberi masa untuk istirehat? tidak berperikemanusiaankah pensyarah sekarang?. Tapi ada juga pensyarah yang bertindak sedemikian dengan memberikan lebih 3 tugasan dari bab yang sama, itu yang menyebabkan penulis sukakannya. Maksudnya kita akan faham dengan jelas subjek yang diajarnya.
Apa pun sebagai seorang pelajar yang inginkan ilmu dari seorang pensyarah atau digelar sebagai sebatang lilin, penulis reda dan pasrah dan menganggap pensyarah itu mempunyai agenda yang tersendiri untuk pelajarnya. Manakan guru atau cikgu mahu melihat kehancuran pelajarnya. Mereka semua lakukan demi kebaikan pelajarnya. Cuma pelajar itu sendiri tidak faham akan agenda yang dibawakan oleh pensyarah mereka. Akhir kata, "KUATKAN SEMANGATMU DEMI ALLAH, AGAMAMU, KELUARGA MU DAN TERUTAMA DIRI MU SENDIRI!!"

Tiada ulasan: