Assalamualaikum...
Hari ini penulis sangat-sangat gembira. Kita bakal menyambut hari raya aidilfitri lebih kurang 5 hari lagi. Manusia yang bernama insan mana yang tidak gembira kiranya berjumpa dengan keluarga yang tercinta. Tajuk penulis adalah agak melampau tapi itu adalah kenyataan bagi penulis. Penulis sudah tidak sabar-sabar nak peluk umi dan abah penulis dan juga jumpa dengan keluarga yang penulis cintai.
Hari ini sudah mencecah 25 September 2008. Hari yang agak bersejarah pada tahun 2008. Kerana penulis akan balik ke kampung berjumpa dengan keluarga yang penulis rinduikan. Penulis adalah salah seorang mahasiswa yang terawal balik. Tetapi ada yang lebih awal daripada penulis, bukan awal 1 atau 2 hari, tetapi seminggu awal daripada penulis. tiada masalah as long as dia happy.
Penulis bertolak dari Kolej Kediaman Indah Permai jam 5.30 pagi. Salah seorang kawan penulis ambil penulis di kolej penulis. Kemudian penulis bertukar kenderaan di kolej AB untuk terus ke terminal 2 KK. Penulis tiba di terminal 2 KK dalam jam 6.15 pagi. tiba sahaja penulis di sana, penulis dan rakan penulis terus check-in. Dalam hati penulis dah tak sabar-sabar nak tidur di rumah penulis. Penerbangan penulis pada jam 7.25 pagi dan dijangkakan sampai jam 10 pagi.
Alhamdulillah penerbangan kami tidak tertunda walaupun beberapa minit. Penerbangan kami dijangkakan 2 jam 35 minit. Dalam kapal terbang penulis agak bosan, maka terus buka laptop tengok cerita. Tak sampai setengah jam tengok cerita, ngantuk pula. Penulis nak off laptop, tapi kawan penulis ingin terus menontonnya. penulis benarkan. Tapi malangnya penulis tidak dapat tidur, kawan penulis kacau. (jahat btol!!)
Jam tangan menunjukkan 9.50 pagi, tiba-tiba pramugari mengumumkan, penerbangan kami tiba lebih awal dan akan mendarat tidak lama lagi. Penulis terus kemas-kemas barang yang berada di atas kerusi sebelah penulis. Kebetulan sebelah penulis tiada orang.
Penerbangan penulis ke Kota Bharu jam 6.35 petang di KLIA. Penulis bakal naik MAS. Awal perancangan penulis ingin terus ke KLIA tapi fikir punya fikir tak best pulak kerana tiada teman untuk penulis di KLIA nanti. Maka penulis lepak bersama-sama kawan di LCCT sampai jam 3 petang. Kawan-kawan penulis balik Terengganu dengan menaiki kapal terbang AIRASIA pada jam 3.30 (penulis lupa lah-lebih kurang lah).
Maka bermula lah perjalan penulis ke KLIA berseorangan. Penulis menaiki bas dengan tambang RM 1.50 dari LCCT ke KLIA. Bas yang penulis naik mendaftarkan nama sebagai City Linear. dari LCCT ke KLIA lebih kurang 15-25 minit sahaja.
Tiba sahaja balai berlepas, penulis cari plug untuk menulis warkah ini. Penerbangan penulis dijangka dari KLIA ke Kota Bharu pada jam 6.35 petang. Bila dapat sahaja plug, penulis download tugasan dan nota kuliah ekonometrik.
Nanti penulis akan check in. Penulis sebenarnya tidak mahu memberi tahu keluarga bahawa penulis akan balik pada jam 6.35 petang tetapi atas desakan keluarga, penulis terpaksa memberi tahu juga. Mungkin tiada rezeki penulis ingin buat kejutan kepada keluarga penulis.
Penulis dijagka akan sampai jam 7.35 petang. Penulis tidak sabar nak jumpa keluarga. Sekarang penulis masih lagi berada di KLIA dan terus menulis warkah untuk dikongsi bersama dengan pembaca sekalian.
Sekarang dah jam 4.45 petang, nampak nya penulis mestilah check in supaya tidak terlepas penerbangan. Akhir kalam penulis ingin memohon maaf zahir dan batin kiranya ada tersalah kata dan perbuatan yang penulis telah lakukan. Penulis doakan kebahagian pembaca sekalian insyaAllah. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan