tag line

tag line

Rabu, 10 September 2008

11 hari berpuasa...

assalamualaikum...

Kali ini penulis sekadar nak berkongsi cerita suka duka 11 hari berpuasa. Penulis sudah 3 tahun berpuasa tanpa keluarga yang tercinta di sisi, rasa macam banyak je kosong dalam hidup ini. Tapi sebagai memenuhi tuntutan agama dan juga demi keluarga, penulis tempuhinya dengan penuh reda dan pasrah.

Awal Ramadan, penulis dikejutkan dengan masalah kesihatan yang boleh di anggap agak teruk. Keadaan yang sangat teruk yang dimaksudkan oleh penulis ialah mata penulis sangat merah dan sangat gatal. Sudah dua kali penulis ke klinik tetapi ubat yang diberikan semakin teruk. Akhirnya 5 hari lepas penulis akhirnya memutuskan untuk merujuk ke Hospital Queen Elizabath (QEH). Disana pun beri ubat titis tetapi sekali titis terus sembuh. Tetapi agak sakit jugak lah. Hari ini, penulis baru dapat merasakan kehidupan yang benar-benar sihat. Alhamdulillah....

Setelah seminggu berpuasa pula, dua orang sahabat penulis bergaduh sampai sekarang tidak bercakap. Penulis agak risau dengan perkembangan yang berlaku kepada diorang. Masalahnya ego diorang meninggi langit, hingga niat penulis nak membantu terpaksa dibatalkan kerana ego dan prinsip yang entah apa di pegang oleh diorang berdua. Tetapi insyaAllah, penulis akan cuba satukan kembali. Mana manusia mahu melihat sahabat mereka bergaduh sampai begitu sekali. Jika sorang makan, sorang lagi duk dalam bilik. Adakah mereka lupa akan prinsip yang dibawa islam bahawa, semakin ramai bersahabat, maka pintu rezeki akan terbentang semakin luas dan jika hilangnya seorang sahabat makin tertutup pintu rezeki.

Tinggal beberapa hari lagi penulis akan pulang beraya di kampung berjumpa keluarga yang penulis cintai. Penulis masih ingat sewaktu hari raya pertama pada tahun lepas. Penulis menghadap kedua ibubapa penulis bersalam cium tangan mereka, cium pipi mereka dan memohon maaf kepada mereka. Penulis sangat rindu akan saat-saat macam tu.

Ini baru sahaja hampir 2 minggu berpuasa, tapi macam-macam hal yang berlaku, tapi penulis tidak mahu salahkan sesiapa. Mungkin ini adalah sekadar ujian yang diberikan kepada pencipta yang mahu penulis bersabar dan cuba membantu penulis menambah pahala. Akhir kalam selamat melakukan ibadah dalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini. Wassalam....

Tiada ulasan: