
Tanggal 23 - 25 Julai 2008, kami mahasiswa/i Matematik Dengan Ekonomi dan juga Matematik Dengan Komputer Grafik diarahkan untuk membentang proposal di depan pensyarah-pensyarah matematik yang lain untuk diberi komen sebelum pembentangan yang sebenar. Pada hari tersebut, 10% akan diambil sebagai 'carry mark'. 90% lagi pembentangan yang sebenar pada akhir semester. Penulis di jadualkan untuk membentangkan proposal pada 25 Julai 2008 iaitu hari Jumaat. Pada masa pembentangan yang penulis lakukan, ada 5 pensyarah yang bakal dan akan komen proposal yang akan dibentangkan oleh penulis. Pada masa itu, agak gugup jugak lah, bayangkan 5 'senapang' yang menghala kearah penulis yang berada di depan. Tunggu masa untuk memuntahkan peluru sahaja.
Penulis cuba beranikan diri sahaja. Penulis cuba yakinkan diri bahawa " I'm the best!!" Dalam hati hanya tuhan yang tahu, macam-macam terfikir. Pada awalnya, hanya 3 pensyarah sahaja, tetapi, sedang pembentangan

Pensyarah tersebut bertanya, macam mana diameter diukur? Bagaimana menentukan kandungan air? Ubat ini untuk orang dewasa atau untuk kanak-kanak? bagaimana nak ukur ketebalan dan sebagainya. Pada masa tersebut, penulis hanya bersedia untuk menjawab berkenan method yang penulis gunakan. Penulis tidak tahu ape yang mahu dijawab. Maka penulis hanya mampu menjawab " saya telah menerima data yang tersenarai semua pembolehubah dan saya hanya akan menganalisis data-data yang telah diberiakan".
Disini penulis tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, memang adab pembentangan, mana-mana tempat pun pelbagai soalan akan diajukan. Disini penulis ingin merakamkan berjuta-juta terima kasih kepada pensyarah yang komen dan secara langsung penulis dapat belajar dimana, bila pembentangan dilakukan, tidak boleh hanya melihat dari satu segi sahaja, tapi seluruh bahagian mestilah dipertimbangkan bukan sahaja kepada method yang digunakan, bahkan data mesti di kaji. TERIMA KASIH SEMUA!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan