Kembali kepada tajuk perbincangan yang utama, iaitu mengenai Malam penghargaan Debat Alam Sekitar 2008. Setelah 2 minggu berlalu, pihak Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah (HEP UMS) telah mengadakan Malam Penghargaan dan BBQ buat pengurusan pelajar (AJK) Debat Alam Sekitar 2008 bertempat di Dataran Anjung Siswa pada tarikh 13 Ogos 2008 pada jam 7.30 malam.
Antara jemputan pada malam tersebut ialah TNC HEPA, Prof. Dr. Amran Ahmed, Penolong Pendaftar HEP dan ramai lagi. Tapi malangnya, yang ingin dirai, AJK debat agak tidak ramai. Tetapi yang penting, majlis pada malam itu masih lagi berjalan dengan jayanya dan AJK yang datang pada malam tu sangat gembira kerana mereka diberi peluang untuk makan dengan banyaknya. Terima Kasih AJK yang tidak datang pada malam tersebut!! Aktiviti pada malam tersebut ialah berkaraoke, potong kek dan sesi bergambar bersama VIP (TNC HEPA).
AJK pada malam itu turut berkaraoke. Kami dibenarkan 'melalak' sampai jam 11 malam sahaja.
kemudian, karaoke di hentikan sekejap kerana beri laluan kepada pemotongan kek. Kek coklat yang sangat sedap ini di sponser oleh sebuah syarikat. Juga penyampaian Sijil kepada AJK yang terlibat dengan Debat Alam Sekitar (DAS) 2008. (Afiq je sebagai wakil). Kemudian Sesi bergambar bersama VIP yang datang pada malam tersebut.
Setelah urusan rasmi siap, aktiviti karaoke diteruskan kembali. Ramai yang berkaraoke. Macam-macam jenis lagu di nyanyikan dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris, dari lagu rentak slow kepada dangdut, dari lagu dulu hingga lagu moden. Yang menariknya, bukan sahaja AJK yang mendendangkan lagu, malahan
VIP yang lain turut berkaraoke. Tambahan lagi, semua VIP telah balik, tinggal kami sahaja. Lagi lah melalak. Bukan sahaja melalak, penari latar pun ada. Macam-macam gaya mereka tarikan.
Apabila semua selesai, kami diarahkan untuk menyusun kembali semua kerusi dimana kerusi itu diambil. kata orang malang memang tidak berbau, salah seorang AJK yang terlibat hampir-hampir pengsan kerana penat mengangkat kerusi. Bukan kepenatan, tapi sebab penyakit lelahnya datang. kemudian En. Hasmi telah menghantar ke hospital. Apabila semua selesai dan clear, kami pulang dengan pengagkutan yang telah disediakan oleh pihak HEP UMS
kami happy!!
Moral of the story, hati-hati dijalan yang licin dihadapan anda, supaya anda tidak tertidur di hospital!!
2 ulasan:
aku tak tau pun wujud nya blog kau, siap ada post pasal debat alam sekitar lagi!
haha
huhuh...
aku dah lama ada, cuma br nak panas kan balik..
ari tu, just buat, tapi tak buat ape2.
Catat Ulasan