tag line

tag line
Memaparkan catatan dengan label KoMeN..... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KoMeN..... Papar semua catatan

Isnin, 11 Mei 2026

Kenali dan memahami diri sendiri

 Bismillah....

Dalam kehidupan dunia ini, pasti akan ada persimpangan yang perlu kita pilih. Sebelah utara ke, selatan ke, timur ke, barat kah dan setiap pilihan itu adalah berbeza setiap individu walaupun jalan cerita yang sama. Setiap manusia telah tertulis jalan cerita nya tersendiri oleh Allah sebelum kita dihidupkan lagi. Namun, pilihan yang dibuat tidak semestinya tepat dan betul. Kadang-kadang laluan yang difikirkan itu betul, namun dalam perjalanan pilihan itu didapati salah. 

Tidak perlu lah kita menunding jari mencari salah orang lain dek kerana nasihat diorang atau pengalaman diorang. Sepatutnya salah kan diri sendiri kerana itu pilihan kita iaitu mendengar nasihat orang dan mengikut. Tetapi, itu bukan kegagalan. Kita perlu mengambil langkah untuk muhasabah diri dan yang penting reda dengan kesalahan tersebut dengan mengambil kira itu adalah proses pembelajaran dan pengalaman diri.


Kita tidak akan selesai dengan menyalahkan orang lain kerana cadangan pilihan yang diberi tersebut. Ungkit kisah lama. Bermasam muka. Impaknya diri sendiri. Stress, serabut, tertekan dan kalau melibatkan dosa, secara langsung dosa yang diterima.

Ingatlah, kita bukan hak siapa-siapa pun. Akhirat nanti, engkau akan dibogelkan oleh Allah untuk dihisab. Ketika itu, hanya kitab amalan dan anggota badan engkau sahaja menjadi saksi mempertahankan engkau. Ketika itu, kita tidak akan dapat memohon ampun dan maaf serta bantuan daripada kaum kerabat. Hanya diri sendiri dan amalan sahaja.

Wallahua'lam

Sabtu, 9 Mei 2026

Roda kehidupan

 Bismillah...

Alhamdulillah diberi ruang untuk berceloteh dalam blog yang dah lama ditinggalkan. Siapa sangka yang platform ini sahaja mampu mendengar celoteh dan perkongsian aku. Niat aku bukan untuk mengajar atau menegur mana-mana pihak, tapi hanya untuk kembangkan perasaan dan hati sendiri untuk membimbing supaya berubah kepada lebih baik. 

Orang kata, platform untuk bercerita dan mengembangkan otak adalah dengan cara menulis. Tapi orang kata lebih berkesan adalah dengan menulis tangan. Kalau zaman dahulu, sebuah DIARI. Di situ lah tempat untuk meluahkan perasaan yang lebih spesifik. Suka, benci, crush, pandangan dan lain-lain yang lebih spasifik. Tapi aku memilih platform ini untuk menegur diri sendiri dan mungkin boleh membantu orang yang membaca tulisan ringkas ini. Sekadar muhasabah diri melalui tindakan diri mahupun tindakan orang lain.

Kali ini aku scroll Tiktok dan dengar teguran daripada Ust Wadi Annuar berkenaan dengan RODA SEBUAH kehidupan. Let me share the Tiktok link: 

https://vt.tiktok.com/ZS9W7Hc5q/

Perkara ini disokong dengan ayat Al-Quran menyebut yang bermaksud :

"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya" - Surah Al-Zalzalah


Itu lah kehidupan, ada ketika kita akan terhasut dengan syaitanirrajim dan kadang kala, kita akan berfikiran waras dalam setiap tindak tanduk kita. Apa pun, ingat lah, setiap apa yang kita kerjakan sentiasa dicatat oleh Malaikat yang ditugaskan oleh Yang Maha Melihat untuk mencatat setiap amalan kita. Moga kita dijauhkan daripada melakukan sebarang perbuatan tidak elok.

Selasa, 28 April 2026

Kehidupan yang penuh dengan drama

 Bismillah,

Sedar tidak sedar, setiap kita akan mengharungi suka, duka, naik dan turun sebuah perjalanan kehidupan. Ada ketika, manis dan indah. Ada babak yang sedih dan meruntun jiwa. Tidak ketinggalan adegan yang mendebarkan. Itu lah kehidupan.

Dalam mendepani perjalanan ini, pastinya diri akan tercedera, pihak kedua terluka dan ada pihak yang terbunuh kerana beberapa pilihan perlu dibuat. Namun, timbang tara dan penilaian perlu dibuat segera dengan mengambil kira risiko-risiko tertentu bagi memastikan langkah sentiasa bergerak dek pergerakan masa yang tidak pernah dan tidak akan terhenti. Penilaian risiko yang telah dibuat pula adalah sangat minimum yang mungkin diisytiharkan terlalu mentah bukan kerana mengikut emosi, tetapi disebabkan kekangan masa yang singkat dalam membuat keputusan.


Disini timbul pula isu takut mengambil tanggungjawab. Perlu diingatkan bahawa, apa sahaja perbuatan mahupun tindakan yang dibuat oleh diri sendiri perlulah berani mengaku "Ye, saya salah dan saya mohon maaf" atau "Alhamdulilllah, betul tindakan aku itu".

Setiap perjalanan hidup, kisah akan berbeza, tindakan berbeza dan pastinya keputusan akan berbeza. Ini kerana kematangan dan sejarah yang dilalui atau diteladani daripada kisah hidup orang lain akan membantu dalam membuat keputusan.

Tapi apapun, diharapakan semoga setiap perjalanan dan keputusan yang telah dibuat mendapat reda Allah dan semoga Allah membantu kita membuat keputusan yang tepat. Sentiasa berdoa kepada Yang Maha Membuat Keputusan Paling Tepat untuk membimbing kita. InsyaAllah.

Selasa, 30 Jun 2020

Koordinasi dalam tugasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Siapa tidak pernah kerja berkumpulan? whoever you are, you need an extra hand to assist you or help you to speed up the process. Even from school level. Every single level, our boss, teacher dan siapa sahaja encourage us to work in a team.

Namun, working in a team must have coordination and support. A leader needs support and subordinate need good coordination and guide.

In my case, bila ko dah bantu dalam pelaksanaan tugas tapi others department call tak angkat, msg tak reply and emel tak balas, ko rasa?

Please consider others factor, appreciate others work and help in whatever you can do without against the rule. Just remember jangan susahkan orang kalau tak nak bantu dan yakin lah bantu orang, kelak kerja ko akan dimudahkan dan yang pasti pahala berganda yang sangat berguna diakhirat kelak!

Isnin, 29 Jun 2020

Am I a multitasking person?

Assalamualaikum and hai!

Cam biasa, dalam resume/ CV even masa interview pun we are likely say
'I am a multitasking person'

My simple question is, are you sure that you are multitasking person and really understand what is multitasking? Do you realise what is the consequences of the multitasking person?

For me, you may become whatever you wanna be and make sure you understand the consequences to be like. Don't just say whatever without understand and consider all angle of the things you had been said.

Sabtu, 26 Ogos 2017

yes or no?

Dalam perjalanan hidup, pilihan adalah sesuatu yang pasti. Pada pandangan kita, dua atau lebih pilhan yang ada kadang-kadang kita nampak ia adalah sagat baik dan bagus untuk diri dan keluarga sehingga sukar untuk membuat keputusan. Kalau dalam peribahasa lain, telan mati mak, luah mati bapak
Apa pun pilihan adalah mesti dibuat dan seharusnya tempat untuk mengadu adalah pada Yang Maha Esa. Secara ringkasnya sesuatu keputusan ditentukan oleh beberapa langkah.

1) Menggunakan akal.
Langkah ini adalah langkah yang biasa yang dilakukan oleh kita semua. Biasanya pada peringkat ini, pilihan yang ada adalah pilihan yang senang, ringkas dan tidak mengganggu gugat kehidupan diri dan masyarakat. Pada peringkat ini juga, sekiranya sukar untuk visualize kan pilihan yang ada, kita senaraikan dalam kertas pilihan yang ada kemudian senaraikan apa yang baik yang dapat diperoleh dan apa yang tidak baik atau kurang baik sekiranya kita pilih pilihan berkenaan.

2) Berdoa serta memohon agar mendapat pilihan yang terbaik
Sekiranya peringkat akal tidak cukup yakin, seharusnya kita berdoa dan memohon agar pilihan yang tersenarai yang bakal kita pilih adalah pilihan yang terbaik. Bagi umat Islam khususnya, Istikarah adalah adalah terbaik. Sentiasa buat istikarah agar pilihan yang akan di pilih adalah yang direstui dan dirahmati oleh Allah. Berdoa adalah salah satu cara untuk mendapatkan petunjuk agar pilihan yang dibuat adalah terbaik. Pilih lah waktu-waktu berdoa paling munajat antaranya waktu di antara dua khutbah jumaat, sewaktu bulan puasa dan sebagainya (sila rujuk waktu yang betul. ini adalah sekadar apa yang penulis dengar daripada ustaz atau mana-mana tempat yang mengajar Islam).

3) Tawakkal
Setelah kita membuat pertimbangan dan senantiasa berdoa kepada yang Maha Esa, tindakan seterusnya tawakkal. Yakin lah ujian atau pilihan yang diberi oleh Allah kerana Dia tahu kita mampu menangani dan boleh membuat keputusan yang sangat baik. Setelah segala usaha dibuat untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Persediaan fizikal, minda dan akal sudah disiap siagakan kini tinggal peringkat bertawakal. Ingat lah setiap apa yaang kita usahakan pasti di lihat oleh Yang Maha Esa, kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha

4) Terima ketetapan
Bila kita telah membuat keputusan, tiba-tiba kita rasa keputusan yang kita buat adalah salah tetapi sedarkah kita bahawa, semua yang berlaku adalah ketetapan Tuhan yang Maha Menentu dan Maha Esa. Apa yang berlaku adalah ujian bagi memberikan yang lebih baik dan yang terbaik kepada kita.

Apa pun pilihan yang ada, berusahalah untuk memilh yang terbaik. Ya, memang setiap apa yang berlaku adalah ketetapan Allah, tetapi kita sebagai hambaNya seharusnya berusaha untuk membuat pemilihan dan menentukan jalan yang difikirkan yang terbaik, Bak kata remaja, hidup baru lah rock kalau ada cabaran!

Jumaat, 25 Ogos 2017

Matang kah kita?

Tahun lepas 2016, sekarang 2017. Masa tidak pernah menunggu kita dan tidak pernah membenarkan kita menghentikan masa yang sentiasa bergerak. Banyak pepatah mengatakan 'Masa Itu Emas', 'Masa Itu Ibarat Pedang' dan sebagainya. Semua perumpamaan ini menunjukkan betapa pentingnya masa. Namun, kesedaran yang diberikan oleh manusia tidak pernah ditanam dan disumbat ke hati nurani kerana kita masih leka dengan syurga dunia yang sementara.

Persoalannya, adakah dengan masa yang sentiasa berdetik bermakna kita telah matang? Adakah masa sebagai kayu ukur kematangan? atau mungkin penanda aras kematangan di nilai dari segi rupa paras?

Pada aku, cara kita berfikir dan cara kita bertindak menujukkan kematangan yang ada pada diri kita. Terkadang tindakkan yang dibuat oleh kita dipengaruhi oleh emosi. Adakah ini dikira sebagai matang?


Setiap manusia mempunyai pemikiran masing-masing dan boleh memberikan definisi yang tersendiri tentang kematangan. In real case, she is unfollow me and unfriend me because member dia jelus? Adakah ini patut? Surprisingly when I ask who is your friend, she said ' I can't reveal who she is.' What the !@#$%&%*! Since she request for that, I am fulfill her request!

Rasional, I am still open to her if she still want me as he friend, add me back. Consequences are our relationship maybe not as current.
 
Adakah tindakan ini matang? 

Khamis, 24 Disember 2015

Deep inside, what is that? Want or don’t want?

Assalamualaikum,

Perkembangan dunia pada hari ini adalah selari dengan perkembangan generasi manusia yang tumbuh bagai cendawan. Sama ada secara reda, kemahuan, kehendak atau secara paksa ia pasti berkembang dan memenuhi dunia ini. Kalau secara paksa atau rela pastinya akan menyusahkan dan menghuru-harakan individu tersebut atau generasi seterusnya. Kesannya manusia semakin dan bertambah kejam dengan berlakunya pembunuhan kononnya untuk kesejahteraan ‘generasi’ seterusnya.

Sudah pasti insan ini tidak mahu tergolong dalam kalangan ‘pembunuh’ kerana insan ini mempunyai Islam sebagai agama yang menjaga gender yang kontra dengan insan ini. Namun dalam sudut hati insan ini, ada kemahuan untuk menambah generasi seterusnya secara reda dan mendapat pahala. Walau pun jiwa ini telah dimiliki dan telah dengan relanya menyerahkan kepada gender yang kontra yang memahami apa yang terbuku dan terkandung di dalam atau pun yang terpampang secara fizikal. Tapi perasaan dan hasarat ini terpaksa dipendam dan ditanam sedalam-dalamnya demi mendapatkan keredaan dan pahala yang berganda kerana destinasi akhir semua hamba Nya adalah akhirat yang bekalnya hanyalah pahala. Sakit dan pedih hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Memahami.

Dalam keadaan itu, beberapa perkataan telah dikeluarkan bagi mendapatkan restu namun ditentang dek kerana keberadaan gender tersebut. Insan ini terfikir juga apakah makna ini? Adakah keberadaan gender yang berbeza itu mempengaruhi seluruh keadaan dan situasi kehidupan insan ini sehingga boleh mengganggu gugat tanggungjawab insan ini kepada pengeluarnya?

Jauh disudut hati, insan ini sangat memerlukan gender yang bertentangan bagi melengkapkan kehidupan serta bagi memenuhi perasaan yang dinamakan cinta dan sayang kerana setiap makhluk dimuka bumi ini. Setiap orang pasti memerlukan perasaan itu bagi melengkapkan syurga dunia ini. Persoalan yang sering timbul, perlukan insan ini mengikut apa yang hati kecil berkata atau perlu mengikut apa dikehendaki oleh perestu?

Mungkin mereka mula memahami perasaan ini dengan memperbanyakkan kerja dengan perkara-perkara yang insan ini tidak mohon dengan menyua pelbagai benda. Namun hati kecil ini masih kuat dan utuh dengan perasaan perbezaan gender yang keberadaannya bukan di sini. Hanya Engkau sahaja tahu apa kesudahan cerita ini kerana insan ini sudah tidak sabar untuk melangkah ke syurga dunia tetapi masih tetap teguh ditentang oleh perestu.

‘Ya Allah, insan ini menyerahkan sepenuhnya hati ini kepada Mu bagi menentukan siapakah gender bertentangan terbaik buat insan ini walau pun deep inside only she is in mine!’

...Wallahuallam...

Jumaat, 11 Disember 2015

Sesuatu yang subjektif

<< Assalamualaikum >>

Dalam hidup ini, kadang-kadang apa yang kita jangka atau kita rancangkan tidak semua akan berjaya dan mengikut apa yang dihasratkan. Ia boleh berjaya dan boleh tidak berjaya. Dengan kejayaan yang dirancangkan kita akan rasa sangat gembira, sangat bangga. Namun dalam banyak-banyak perancangan pastinya kita akan menemui kegagalan.

Hasil daripada jangkaan atau perancangan ini akan timbul satu keadaan yang menghantui dan mengganggu gugat emosi serta badan a.k.a kesihatan yang dikenali PERASAAN.Perasaan ini adalah terlalu subjektif yang sukar difahami dan tidak boleh diukur. Tetapi kita sedar ia wujud dalam setiap makhluk dalam dunia ini tidak kira manusia, haiwan, tumbuhan atau apa sahaja yang wujud dan bernyawa di dunia ini.

Bila kita berjaya, kita akan gembira. Bila terluka, kita akan sedih sehingga menyebabkan air jernih dan bersih keluar di celah pancaindera penglihatan. Bila ia berlaku diluar kebiasaan, wujudnya perasaan malu. Sebagai contoh seorang jejaka cuba mendekati seorang wanita yang dianggap sebahagian daripada dirinya iaitu tulang rusuknya pasti perasaan itu menjamah diri dan apabila sudah mula diterima, pastinya timbul satu lagi perasaan ego.

Dengan kepelbagaian perasaan dan timbulnya pelbagai emosi ini menunjukkan variasi dalam diri makhluk ciptaan terbaik Allah ini yang sangat unik. Sedar lah dalam kepelbagaian ini, kita perlu wujudkan satu perasaan lain yang boleh menenangkan emosi-emosi lain iaitu KETENANGAN dan MEMAHAMI.

Kedua-dua perasaan ini perlu ada dalam diri seseorang manusia supaya tidak timbul serta wujudnya satu perasaan yang negatif dan tidak sihat iaitu MARAH. Namun perasaan-perasaan negatif ini pasti dan perlu wujud dalam dalam diri agar tidak digelar sebagai manusia yang tiada perasaan tetapi kewujudan perasaan ini hendak lah di kawal supaya tidak menyelubungi nafsu yang boleh menjadi lebih parah yang boleh berjangkit kepada orang lain.

Dalam keadaan diri yang mempunyai 1001 perasaan ini, sebagai seorang Muslim senantiasa ingat pada Allah. Sentiasa menerima kada dan kada yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa ini kerana kita perlu sediar setiap apa yang berlaku ada hikmah dan sebab musabab. Percayalah Allah tidak akan menguji hambanya sekiranya hambanya tidak mampu.

<< Wallahuallam >>

Isnin, 1 Jun 2015

Please be positif!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Selalu terlintas di benak kepala ini, kenapa perlu ada perasaan cemburu atau iri hati dalam jiwa dan sanubari manusia? Pada pandangan aku yang marhain ini, cemburu dan iri hati perlu wujud dalam diri manusia tetapi perasaan itu perlu di pupuk dan disemai ke arah positif bukan kepada ke arah negatif.
 
Cemburu dengan kenaikan pangkat seseorang, maka diri sendiri perlu muhasabah dan menilai diri kenapa aku tidak terpilih bukan mencanang-canang mengatakan ketua tidak memilih orang yang sepatutnya.
 
 
Sedar tidak sedar, kebanyakan kita suka memupuk semangat yang negatif di dalam diri sehingga mengganggu emosi dalam diri. Kadang-kadang sehingga merosakkan diri sendiri seperti memaki hamun, marah-marah sehingga jiwa tidak tenang malah sehingga ada yang membunuh diri!
 
Wahai sahabat yang berfikiran negatif, tolong lah berubah. Ubah pemikiran, pembawakan anda ke arah yang positif. Kenapa perlu rosakkan jiwa anda? kenapa memilih untuk jiwa bergelora?
 
Fikir-fikir kan lah sahabat....

Sabtu, 21 Mac 2015

Tersilap langkah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera para blog walker/frens,

Aku yakin, korang pernah tengok orang-orang yang berjaya dan tetiba syaitan datang menghasut mengatakan 'Ko ingat ko tu hebat?' atau 'Kenapa dia, tidak aku?'. Itu lah 2 contoh hasutan setan kepada kita bila mana kita happy, atau seronok tengok kejayaan seseorang.

Kadang-kadang dalam hidup kita diberi pilihan untuk membuat sesuatu dan pada akhirnya kita akan terdetik, kenapa aku tak pilih yang satu lagi? Pastinya kita terdetik 'Adakah aku telah membuat pilihan yang salah?'


Itu lah permainan yang membelunggu diri manusia. Tapi kita harus sedar setiap apa yang kita buat atau kita pilih hendaklah berpegang pada satu, meminta dengan Pencipta supaya pilihan yang dibuat adalah pilihan yang tepat dan tidak tersilap langkah.

Sekiranya pilihan yang dibuat pada akhirnya tersalah, yakin lah Tuhan mahu kita belajar dari kesilapan. Sedar lah setiap langkah kita mestilah muhasabah diri adakah apa yang aku buat ini betul atau salah? diredai atau tidak? Tuhan tak pernah kejam pada kita.

Yakin lah, setiap apa yang berlaku adalah qada' dan qadar Allah. Yakin pada Nya sahaja Insya-Allah hati akan tenang, jiwa akan tenteram dan kepala tak serabut. Pastinya itu adalah pilihan yang tepat!
 


Rabu, 30 Mei 2012

Politik Pejabat


Bismillah awal bicara, sekadar berkongsi dengan semua pembaca blog yang cun melecun ini. Cewah! bangga aku. Orang kata masuk bakul angkat sendiri. Korang fikir lah, sape nak angkat korang kan? berat korang berapa? takat 5 dan 7 kilo aku bleh nak tolong angkatkan. haha


 Lama dah aku tak merapu dalam blog ini. Maaf buat semua kerana lama sudah tidak kemaskini blog ini. Sibuk kalahkan menteri bak kata kawan aku. Tapi tak pe, kali ini aku ambik ruang dan peluang yang ada untuk update blog ini.

Isu kali ini adalah politik pejabat. Korang ingat pentadbiran negara je ada politik? Pejabat pun ada politik jugak. Buat makluman semua aku bekerja memasuki tahun ke-2. Habis grad je aku keje ditempat aku praktikal. Isu sekarang adalah bukan history aku, isu sekarang adalah politik pejabat. Aku dah lama tak merapu ni korang kena lah paham. Time ni lah aku nak tulis semua.

Apa yang rasa kalau kawan anda asyik nak ambik hati bos je? apa yang aku cuba sampaikan, dia mintak tolong korang buat kerja, tetapi hingga akhir projek dia declare sebagai kerja yang dia buat ape yang korang rasa? Kalau aku, rasa nak sepak dan terajang je! Tapi tak pe, ingat satu je Tuhan itu Maha Adil dan Maha Berkuasa. Dia tahu semua apa yang berlaku kerana dia yang kawal dunia yang kita tinggal ini.

Korang ada idea tak macam mana nak menghapuskan budaya politik pejabat ini? Korang tahu tak kesan daripada politik pejabat ini lah, rakan kamcing mancing boleh menjadi musuh durjana? Disebabkan politik pejabat segala rahsia yang anda kongsikan dengan sahabat anda pecah? Disebabkan politik pejabat jugalah ada stress kerja? Disebabkan politik pejabatlah anda malas nak pergi bekerja?

Aku nak nasihatkan korang la. Buang jauh-jauh lah nak memenagi hati bos, nak naik pangkat cepat, nak disayangi bos dan sebagainya. Apa yang korang dapat? aku tau lah bos korang akan sayang lebih punya. Tapi ingat! KESANNYA SANGAT DALAM! korang akan xde member yang kamcing, terpaksa bermuka-muka, dibenci rakan sepejabat dan sebagainya.

Oleh itu, HAPUSKAN RASUAH POLITIK PEJABAT!

Joke tu joke jugak, yang baik kita ambil, yang tak baik tu kita buang jauh ketepi. ok?

Isnin, 9 Januari 2012

Rahsia Tarikh Lahir


Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagiaan diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6

Khamis, 1 Disember 2011

Akhir tahun

Setiap akhir tahun akan dan semestinya asyik persoalan yang sama, adakah azam tahun 2011 semua tercapai? Kalau tercapai alhamdulillah dan sekiranya tidak tercapai, tahun 2012 adalah mangsanya!
Kali ini aku nak semua orang menggunakan konSep berbeZa. Kerana apa? mungkin azam tahun 2011 akan berulang untuk tahun 2012. Setiap apa yang telah berlaku adalah berpadanan dengan kemampuan yang dimiliki. Jadi dengan cara begini anda pasti tidak nampak penambahbaikan yang anda lakukan.
Kali ini aku nak korang semua senaraikan semua pencapaian yang baik yang pernah korang lakukan sepanjang tahun 2011!
Sebagai contoh, tahun 2011 korang bagi setiap bulan kepada ibu bapa anda. Untuk tahun 2012 kenapa anda tidak tambah baik pembawakan ini? Contohnya, azam tahun 2012, dengan duit gaji yang diperoleh, aku berazam untuk memberi peruntukan kepada ibu bapa untuk menunaikan umrah!
Tetapi malang memang tidak berbau apa-apa, tengok-tengok November tahun 2012 anda hanya mampu mengumpulkan separuh daripada peruntukan umrah mereka! Ini bukan menjadi masalah, tahun 2012 anda 'sponser' separuh tambang ibu bapa untuk menunaikan umrah!
Bagi aku ini adalah lebih baik daripada anda bawakan azam yang sama kepada tahun seterusnya!
Entry kali ini sekadar membawa otak anda mengimbas kembali perkara positif yang pernah anda lakukan. Ini adalah penting kerana dengan pengimbasan ini melatih diri sendiri jugak CPU badan untuk berfikir dan bertindak secara positif!

Sabtu, 5 November 2011

Tekanan!


Semua orang nak gembira dan tidak mahu sebarang masalah yang akan timbul akan menyakitkan dan memeningkan kepala. Tetapi itu semua angan-angan mat jenin sahaja. Tidak nama kehidupan sekiranya tidak ada masalah yang akan timbul. Kerana dengan masalah kita akan mempelajari sesuatu tidak kiralah dari segi emosi, tindakan mahupun pemikiran. Tetapi apa yang sangat geram adalah sekiranya masalah yang datang itu mengganggu gugat jiwa dan raga ini. Tapi sebagai umat islam yang beriman pada Allah yang Maha Esa, aku pasrah, biarlah aku mengalah dengan situasi. Walaupun ia amat pedih dan luka berdarah demi kebahagiaan semua!

Isnin, 17 Oktober 2011

Adakah aku pentingkan diri sendiri?

Hanya aku mampu beristighfar setelah melihat berita jam 8.00 malam TV3 hari tu. Manusia hanya lalu dan lihat tanpa mengambil sebarang tindakan pun. Daripada sini kita dapat lihat betapa penting kan diri sendirinya umat kita sekarang. Mungkin ada yang berkata, kita tidak perlu menjaga tepi kain orang. Konsep tu betul, tetapi apa yang perlu kita sedar adalah, pembawakan konsep tu perlu betul. Perlu tengok 2 konteks, jenis dan pembawakan konsep. Satu, kena tengok kepada jenis disebalik kain tu, kalau boleh menyebabkan bergaduh kerana kedua-dua pihak cari pasal memang tak perlu campur lah, tapi kalau melibatkan pihak tidak bersalah itu perlu diambil kisah.



Sama-sama lah kita timbang tara kan. Kerana Tuhan telah mencipta manusia sebaik-baik makhluk dan makluk yang berakal!

Ahad, 24 Julai 2011

Buntu...

Allah Maha Besar, setiap masalah ada jalan penyelesaian, tetapi bagaimana jalannya, kita seharusnya fikir dan menentukannya. Memang Tuhan tentukan setiap langkah kita, tetapi kita yang harus mengambil langkah untuk memilih jalan yang difikirkan terbaik. Sekiranya kita diberi dua pilihan jalan, mungkin kedua-dua jalan menuju arah yang sama atau kesudahan yang sama, tetapi adakah mungkin jalan A lebih berliku dan penuh dengan cabaran berbanding dengan jalan B?

>>BUNTU<<


Oleh itu, setiap pilihan yang datang seharusnya di timbang tara sebaik mungkin. Senaraikan buruk dan baik setiap jalan. Mungkin dengan cara ini pilihan yang dibuat akan dirasakan rasional dan terbaik dari segi akal. Tetapi kadang-kadang setiap pilihan yang ada mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Mungkin salah satu adalah mendapat restu daripada ibu bapa dan satu lagi adalah difikirkan terbaik pada diri.

>>BUNTU<<

Kadang-kadang juga ada dua pilihan, satu adalah samar-samar dan satu lagi adalah sangat terang dan akan nampak penghujung. Tetapi sekiranya pilihan yang terlebih keyakinan menyebabkan tersepak batu kecil, tersadung dan patah kaki!

>>BUNTU LAGI!<<

Setiap langkah dimulakan dengan nama Allah, insyaAllah jalan itu akan direstui dan dirahmati oleh Yang Maha Penyayang. Semoga langkah yang disusun ini dirahmati dan diberkati Tuhan!

INSYAALLAH!

Sabtu, 23 Julai 2011

Kenapa?!


Entah kenapa, bila aku bangun pagi yang sangat tenang pada hari ini, aku dapat rasakan satu ketenangan yang menyirap menusuk kalbu. Entah kenapa, perasaan ini juga berselang-seli dengan perasaaan bersalah dan berdebar-debar. Adakah aku ada buat silap? Adakah aku akan buat silap? Ya Tuhan, kenapa perasaan ini berbaur. Kejap tenang dan kejap risau dan berdebar-debar. Adakah sudah tiba masa kita bertemu? Ya Tuhan, aku belum bersedia untuk bertemu Mu. Izinkan aku bertemu dengan bulan yang penuh berkat terdahulu untuk mengutip segala rezeki yang telah Engkau taburkan kepada hambaMu. Tetapi sekiranya ini sudah tercatat pada ketentuanMu, aku reda dan pasrah kerana aku tahu Engkau sudah menyusun dan mengatur jalan terbaik buat hambaMu kerana engkau hanya akan menyambut hamba yang telah Engkau tetapkan bahawa bersedia untuk bertemu Mu!

Ya Allah, tenangkan aku, murahkan rezeki ku dan panjangkan umur ku!