<< Assalamualaikum >>
Dalam hidup ini, kadang-kadang apa yang kita jangka atau kita rancangkan tidak semua akan berjaya dan mengikut apa yang dihasratkan. Ia boleh berjaya dan boleh tidak berjaya. Dengan kejayaan yang dirancangkan kita akan rasa sangat gembira, sangat bangga. Namun dalam banyak-banyak perancangan pastinya kita akan menemui kegagalan.
Hasil daripada jangkaan atau perancangan ini akan timbul satu keadaan yang menghantui dan mengganggu gugat emosi serta badan a.k.a kesihatan yang dikenali PERASAAN.Perasaan ini adalah terlalu subjektif yang sukar difahami dan tidak boleh diukur. Tetapi kita sedar ia wujud dalam setiap makhluk dalam dunia ini tidak kira manusia, haiwan, tumbuhan atau apa sahaja yang wujud dan bernyawa di dunia ini.

Dengan kepelbagaian perasaan dan timbulnya pelbagai emosi ini menunjukkan variasi dalam diri makhluk ciptaan terbaik Allah ini yang sangat unik. Sedar lah dalam kepelbagaian ini, kita perlu wujudkan satu perasaan lain yang boleh menenangkan emosi-emosi lain iaitu KETENANGAN dan MEMAHAMI.
Kedua-dua perasaan ini perlu ada dalam diri seseorang manusia supaya tidak timbul serta wujudnya satu perasaan yang negatif dan tidak sihat iaitu MARAH. Namun perasaan-perasaan negatif ini pasti dan perlu wujud dalam dalam diri agar tidak digelar sebagai manusia yang tiada perasaan tetapi kewujudan perasaan ini hendak lah di kawal supaya tidak menyelubungi nafsu yang boleh menjadi lebih parah yang boleh berjangkit kepada orang lain.
Dalam keadaan diri yang mempunyai 1001 perasaan ini, sebagai seorang Muslim senantiasa ingat pada Allah. Sentiasa menerima kada dan kada yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa ini kerana kita perlu sediar setiap apa yang berlaku ada hikmah dan sebab musabab. Percayalah Allah tidak akan menguji hambanya sekiranya hambanya tidak mampu.
<< Wallahuallam >>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan