tag line

tag line
Memaparkan catatan dengan label mAtH iS bEaUtIfUl...... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mAtH iS bEaUtIfUl...... Papar semua catatan

Khamis, 9 Jun 2011

KEGEMMATAM 2011

Pendokong KEGEMMATAM 2011
(Fasilitator dan Urusetia)


Adalah merupakan singkatan kepada Kem Gerak Minda Matematik Tambahan 2011. Kem ini telah berlangsung pada 26 - 28 Mei 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jenagor, Hulu Terangganu anjuran Persatuan Siswazah Matematik (SISMAT), Jabatan Matematik, Universiti Malaysia Terengganu dengan kerjasama Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA), Pusat Sains dan Kreativiti Terangganu (PSKT), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Terengganu dan Majlis Pengetua-Pengetua Hulu Terengganu.

Kem ini telah berjaya menghimpunkan seramai 200 orang pelajar Matematik Tambahan tingkatan 5 dan 10 orang pelajar tingkatan 4 di sekolah menengah sekitar Hulu Terengganu. Objektif penganjuran kem ini adalah untuk meningkatkan motivasi pelajar bagi menguasai ilmu Matematik Tambahan dengan menanam sikap yang positif dan minat yang mendalam terhadap Matematik Tambahan. Atas alasan ini, SISMAT telah memilih pelajar 'galus' (antara gagal dan lulus) untuk membantu mereka dalam SPM yang akan datang.

Kem ini telah dirasmikan oleh YB Tn. Haji Zawawi bin Ismail, ADUN Kuala Berang dan dihadiri oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Dr. Aziz Deraman. Pelbagai aktiviti dijalankan, antaranya senamatik, burumatik dan perbincangan soalan Matematik Tambahan yang di selia oleh guru pakar, Cikgu Khairul Anuar.

Rata-rata peserta mula berubah persepsi terhadap Matematik Tambahan. Mereka mula bersemangat dan bermotivasi untuk meningkatkan pencapaian Matematik Tambahan.

Ahad, 13 Mac 2011

Math is beautiful 2

Sepertimana yang telah dijanjikan, kali ini blog ini akan menampilkan satu lagi bukti yang menyatakan bahawa matematik yang tidak digemari oleh beberapa pihak adalah sangat unik, cantik, indah dan banyak lagi yang baik-baik.


Tahun ini adalah tahun 2011, secara langsung kita akan berhadapan dengan beberapa tarikh yang sangat menarik perhatian. Contoh yang lepas adalah 1/1/11, 11/1/11 dan yang akan datang adalah 1/11/11 dan 11/11/11.

Then figure this out!

Korang ingat tak tahun korang lahir? Kalu korang tak ingat, SAH! dan SAH! korang kena masuk wad psikatri atau bahasa kasarnya adalah WAD GILE! Aku tau korang mesti ingatkan, mustahil tak ingat. Kalu tak mungkin korang tak dapat baca blog aku ni. Dah-dah, jangan duk merapu straight to the point. Aku ambik contoh:

1961 = 50 tahun (pada tahun sekarang - 2011)

ambik dua digit akhir tahun lahir anda
(61)
umur anda tahun 2011 adalah 50 tahun, tambah dengan dua digit akhir tahun anda lahir
(50 + 61)
hasilnya adalah:
111!!

Kalau korang tak percaya, cuba lah dengan tahun anda lahir. SELAMAT MENCUBA!

Khamis, 24 Februari 2011

Math is beautiful 1

Ish...ish...korunk ni. Nape ni? Apasal? Sebab bunyi matematik ke? Aku pun tak paham lah korunk ni. Ape ler salah si matematik ni. Dengar je nama matematik, ramai yang ketaq. Padahal matematik la yang best. Ada lecturer aku dulu penah kata, mathematics is beautiful. Mula-mula tu aku ada gak pertikai (dalam hati jek pun), ape yang cantik? Rupa memang takde, bentuk sah ler takde, tinggi mustahil lah pulak. Setelah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kep.) Matematik dengan Ekonomi dari Universiti Malaysia Sabah baru lah aku paham kenapa matematik ni cantik, berseri, cun, lawa, hensem, kacak, bergaya, macho dan segalanya (lebih-lebih lah pulak aku ni, padahal aku lebih kepada statistik).


Mesti korunk tak caya kan. Meh aku tunjukkan satu bukti. Korunk semuakan ada hanphone kan? Contoh:

012-3456789

Ambik 2 digit paling blakang skali
(89)
Pastu darab 2
(89 x 2 = 178).
Tambah ngan 5
(178 + 5 = 183).
Darab dengan 50
(183 x 50 = 9150).
Tambah dengan umur anda
(9150 + 25 = 9175).
Tambah dengan 365
(9175 + 365 = 9540).
Tolak dengan 615
(9540 - 615 = 8925)

Jadik last skali lepas kira-kira anda dapat 8925. Agak-agak, ape istimewa nombor ini. Kalu korunk tak paham, sah, memang sah, terbukti anda tak baca bismillah kan?

8925

89 - tu kan 2 digit akhir nombor handphone korunk kan??
25 - tu kan umur hang!

Jadik, korunk nak kata matematik ni mennyusahkan, berserabut dan menjengkilkan? Sendiri tanya, sendiri jawab lah yer.....

p/s : lupa nak kreditkan Mohanes. Thanks mon kerana share!!