tag line

tag line

Sabtu, 4 Julai 2026

Pengorbanan yang tidak ternilai

Assalamualaikum...

Masih aku ingat dulu - masa muda mudi dan remaja, 

"Bestnya dah kawin, boleh aku nak buat apa sahaja"
"I need freedom where I can do whatever I wanna do" 
"I need to arrange my life by my own"
"I want to travel a lot since I got my own salary"
"I ....... and I........"

Namun, bila mana aku berada dalam keadaan yang aku bayangkan sesuatu yang aku inginkan dan aku akan dapat. Rupanya, makin bertambah angka umur semakin besar peranan dan tanggungjawab. Bayangkan masa hadapan yang aku bayangkan itu sesuatu yang indah dan cukup dewasa untuk diuruskan. Tetapi apa yang benar-benar berlaku adalah luar jangka dan sangat meleset. Impian dan hasrat tinggal begitu sahaja.

The real is, semakin meningkat umur semakin engkau faham bagaimana dunia ini berputar dan mempermainkan engkau. Aku mula faham, persimpangan syurga dan neraka ko semakin sempat. Setiap apa yang engkau buat menentukan langkah kanan atau langkah kiri. Sinar neraka atau sinar syurga. Semua pilihan sendiri. 



Berkata benarlah walaupun pahit. Terima sahaja kada' dan kada' yang ditetapkan oleh Maha Esa. Hargai sesiapa yang sahaja terutamanya yang telah membawa engkau ke dunia ini. Aku pernah dengar dalam satu ceramah agama, engkau sendiri memilih untuk menerima dan merasai dunia ini sebelum engkau dihidupkan. 

Kadang-kadang diam itu lebih baik kerana dengan kata-kata boleh menyakitkan hati. Syaitan berusaha menghasut engkau untuk kemungkaran. Adakah engkau mahu memegang tangan syaitan untuk ke Neraka? Mintak jauh. Diam itu sakit sangat, tapi sekiranya engkau balas dengan kata-kata, adakah engkau puas? Adakah dengan kata-kata engkau, pasti tidak menyakitkan hati orang lain. 

"Ya Allah Ya Hakim (Yang Maha Bijaksana),

*Kurniakanlah aku hikmah dan kekuatan untuk mengawal lidahku. Didiklah hatiku agar lebih memilih untuk berdiam diri daripada berkata-kata perkara yang sia-sia, dan peliharalah aku daripada keinginan untuk berbalas-balas kata semata-mata kerana mahu menang._

Ya Allah, jadikanlah diamku itu satu bentuk zikir dan muhasabah diri. Lapangkanlah dadaku apabila mendengar perkara yang tidak menyenangkan, dan hilangkanlah rasa ego atau amarah dalam diriku untuk membalasnya.  Peliharalah hubungan antara aku dan sesama manusia melalui lisan yang terjaga. Jika aku perlu berbicara, izinkan aku hanya berbicara perkara yang baik dan membawa kebaikan, dan jika tiada kebaikan, bantulah aku untuk diam dengan tenang. Amin Ya Rabbal Alamin."


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ سَمْعِي، وَمِنْ شَرِّ بَصَرِي، وَمِنْ شَرِّ لِسَانِي، وَمِنْ شَرِّ قَلْبِي

 "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan pendengaranku, daripada keburukan penglihatanku, daripada keburukan lidahku, dan daripada keburukan hatiku." (HR. Abu Daud & Tirmidzi)


Ini lah dugaan yang engkau kena redai dan terima. Hargai parent engkau sekiranya masih ada. Kalau dah kembali kepada Allah, sedekahkan Al Fatihah dan berbuat baik bagi pihak mereka. Moga mereka bersyukur kerana melahirkan engkau dan bahagia di sana.

"Ya Allah ya Rahman ya Rahim,

Ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku. Balaslah segala jasa, lelah, dan keringat yang telah mereka curahkan buatku. Ya Allah, gantikanlah setiap titisan air mata, tekanan emosi, dan keletihan fizikal yang mereka lalui demi membesarkanku dengan ketenangan jiwa yang tidak putus-putus.

Ya Allah, sesungguhnya aku sedang berusaha melakukan yang terbaik buat diriku, keluargaku, dan juga demi menjaga kebajikan mereka. Campakkanlah rasa reda, tenang, dan lapang dada ke dalam hati ibu bapaku terhadap segala tindakan dan keputusan yang aku ambil. Jadikanlah mereka faham dan percaya bahawa apa yang aku lakukan ini adalah demi kebaikan bersama.

Ya Muqallibal qulub (Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati), tautkanlah hati kami dalam keredaan-Mu. Jauhkanlah mereka daripada rasa kecewa, sedih, atau salah faham.

Akhir sekali ya Allah, kurniakanlah mereka kesihatan yang baik di dunia, dan tempatkanlah kedua-duanya di dalam syurga-Mu yang tertinggi tanpa hisab sebagai ganjaran atas segala pengorbanan luar biasa mereka. Amin Ya Rabbal Alamin."



Amin, ya Rabbal Alamin...