tag line

tag line

Selasa, 28 April 2026

Kehidupan yang penuh dengan drama

 Bismillah,

Sedar tidak sedar, setiap kita akan mengharungi suka, duka, naik dan turun sebuah perjalanan kehidupan. Ada ketika, manis dan indah. Ada babak yang sedih dan meruntun jiwa. Tidak ketinggalan adegan yang mendebarkan. Itu lah kehidupan.

Dalam mendepani perjalanan ini, pastinya diri akan tercedera, pihak kedua terluka dan ada pihak yang terbunuh kerana beberapa pilihan perlu dibuat. Namun, timbang tara dan penilaian perlu dibuat segera dengan mengambil kira risiko-risiko tertentu bagi memastikan langkah sentiasa bergerak dek pergerakan masa yang tidak pernah dan tidak akan terhenti. Penilaian risiko yang telah dibuat pula adalah sangat minimum yang mungkin diisytiharkan terlalu mentah bukan kerana mengikut emosi, tetapi disebabkan kekangan masa yang singkat dalam membuat keputusan.


Disini timbul pula isu takut mengambil tanggungjawab. Perlu diingatkan bahawa, apa sahaja perbuatan mahupun tindakan yang dibuat oleh diri sendiri perlulah berani mengaku "Ye, saya salah dan saya mohon maaf" atau "Alhamdulilllah, betul tindakan aku itu".

Setiap perjalanan hidup, kisah akan berbeza, tindakan berbeza dan pastinya keputusan akan berbeza. Ini kerana kematangan dan sejarah yang dilalui atau diteladani daripada kisah hidup orang lain akan membantu dalam membuat keputusan.

Tapi apapun, diharapakan semoga setiap perjalanan dan keputusan yang telah dibuat mendapat reda Allah dan semoga Allah membantu kita membuat keputusan yang tepat. Sentiasa berdoa kepada Yang Maha Membuat Keputusan Paling Tepat untuk membimbing kita. InsyaAllah.