tag line

tag line

Isnin, 11 Mei 2026

Kenali dan memahami diri sendiri

 Bismillah....

Dalam kehidupan dunia ini, pasti akan ada persimpangan yang perlu kita pilih. Sebelah utara ke, selatan ke, timur ke, barat kah dan setiap pilihan itu adalah berbeza setiap individu walaupun jalan cerita yang sama. Setiap manusia telah tertulis jalan cerita nya tersendiri oleh Allah sebelum kita dihidupkan lagi. Namun, pilihan yang dibuat tidak semestinya tepat dan betul. Kadang-kadang laluan yang difikirkan itu betul, namun dalam perjalanan pilihan itu didapati salah. 

Tidak perlu lah kita menunding jari mencari salah orang lain dek kerana nasihat diorang atau pengalaman diorang. Sepatutnya salah kan diri sendiri kerana itu pilihan kita iaitu mendengar nasihat orang dan mengikut. Tetapi, itu bukan kegagalan. Kita perlu mengambil langkah untuk muhasabah diri dan yang penting reda dengan kesalahan tersebut dengan mengambil kira itu adalah proses pembelajaran dan pengalaman diri.


Kita tidak akan selesai dengan menyalahkan orang lain kerana cadangan pilihan yang diberi tersebut. Ungkit kisah lama. Bermasam muka. Impaknya diri sendiri. Stress, serabut, tertekan dan kalau melibatkan dosa, secara langsung dosa yang diterima.

Ingatlah, kita bukan hak siapa-siapa pun. Akhirat nanti, engkau akan dibogelkan oleh Allah untuk dihisab. Ketika itu, hanya kitab amalan dan anggota badan engkau sahaja menjadi saksi mempertahankan engkau. Ketika itu, kita tidak akan dapat memohon ampun dan maaf serta bantuan daripada kaum kerabat. Hanya diri sendiri dan amalan sahaja.

Wallahua'lam

Sabtu, 9 Mei 2026

Roda kehidupan

 Bismillah...

Alhamdulillah diberi ruang untuk berceloteh dalam blog yang dah lama ditinggalkan. Siapa sangka yang platform ini sahaja mampu mendengar celoteh dan perkongsian aku. Niat aku bukan untuk mengajar atau menegur mana-mana pihak, tapi hanya untuk kembangkan perasaan dan hati sendiri untuk membimbing supaya berubah kepada lebih baik. 

Orang kata, platform untuk bercerita dan mengembangkan otak adalah dengan cara menulis. Tapi orang kata lebih berkesan adalah dengan menulis tangan. Kalau zaman dahulu, sebuah DIARI. Di situ lah tempat untuk meluahkan perasaan yang lebih spesifik. Suka, benci, crush, pandangan dan lain-lain yang lebih spasifik. Tapi aku memilih platform ini untuk menegur diri sendiri dan mungkin boleh membantu orang yang membaca tulisan ringkas ini. Sekadar muhasabah diri melalui tindakan diri mahupun tindakan orang lain.

Kali ini aku scroll Tiktok dan dengar teguran daripada Ust Wadi Annuar berkenaan dengan RODA SEBUAH kehidupan. Let me share the Tiktok link: 

https://vt.tiktok.com/ZS9W7Hc5q/

Perkara ini disokong dengan ayat Al-Quran menyebut yang bermaksud :

"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya" - Surah Al-Zalzalah


Itu lah kehidupan, ada ketika kita akan terhasut dengan syaitanirrajim dan kadang kala, kita akan berfikiran waras dalam setiap tindak tanduk kita. Apa pun, ingat lah, setiap apa yang kita kerjakan sentiasa dicatat oleh Malaikat yang ditugaskan oleh Yang Maha Melihat untuk mencatat setiap amalan kita. Moga kita dijauhkan daripada melakukan sebarang perbuatan tidak elok.