tag line

tag line

Isnin, 11 Mei 2026

Kenali dan memahami diri sendiri

 Bismillah....

Dalam kehidupan dunia ini, pasti akan ada persimpangan yang perlu kita pilih. Sebelah utara ke, selatan ke, timur ke, barat kah dan setiap pilihan itu adalah berbeza setiap individu walaupun jalan cerita yang sama. Setiap manusia telah tertulis jalan cerita nya tersendiri oleh Allah sebelum kita dihidupkan lagi. Namun, pilihan yang dibuat tidak semestinya tepat dan betul. Kadang-kadang laluan yang difikirkan itu betul, namun dalam perjalanan pilihan itu didapati salah. 

Tidak perlu lah kita menunding jari mencari salah orang lain dek kerana nasihat diorang atau pengalaman diorang. Sepatutnya salah kan diri sendiri kerana itu pilihan kita iaitu mendengar nasihat orang dan mengikut. Tetapi, itu bukan kegagalan. Kita perlu mengambil langkah untuk muhasabah diri dan yang penting reda dengan kesalahan tersebut dengan mengambil kira itu adalah proses pembelajaran dan pengalaman diri.


Kita tidak akan selesai dengan menyalahkan orang lain kerana cadangan pilihan yang diberi tersebut. Ungkit kisah lama. Bermasam muka. Impaknya diri sendiri. Stress, serabut, tertekan dan kalau melibatkan dosa, secara langsung dosa yang diterima.

Ingatlah, kita bukan hak siapa-siapa pun. Akhirat nanti, engkau akan dibogelkan oleh Allah untuk dihisab. Ketika itu, hanya kitab amalan dan anggota badan engkau sahaja menjadi saksi mempertahankan engkau. Ketika itu, kita tidak akan dapat memohon ampun dan maaf serta bantuan daripada kaum kerabat. Hanya diri sendiri dan amalan sahaja.

Wallahua'lam

Tiada ulasan: