tag line

tag line
Memaparkan catatan dengan label InFoRmAsI....... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label InFoRmAsI....... Papar semua catatan

Sabtu, 4 Julai 2020

Makanan 'berangin'

Assalamualaikum...

Most of us, in whatever race having some kind of believe and taboo in their life. Macam biasa itu tak boleh dan ini tidak boleh. Makan itu boleh jadik camni dan kalau makan ni boleh menyebabkan anda jadik begini. Even they may said your body are full of angin and what so not.

Masakan tiada angin kalau pokok bergoyang? Then some researcher do some research on makanan boleh menyebabkan perut berangin. Makanan yang tidak seimbang dan sesuai dengan perut menyebabkan perut berangin dan sendawa. Ia terjadi disebabkan oleh gas (angin) atau masalah penghadaman.



1. Makanan yang tinggi serat
Makanan yang tinggi serat mengandungi bahan yang tidak boleh dicerna oleh usus manusia. Terdapat beberapa bakteria dalam usus manusia yang boleh menghasilkan enzim yang berfungsi menguraikan makanan tersebut dan nutriennya diserap bakteria dan usus manusia. Dalam penguraian tersebut, gas terhasil yang menyebabkan perut berangin

2. Air berkarbonat
Meminum air jenis ini menyebabkan masalah gastrik dan GERD - menyebabkan perut berangin.

3. Makanan masam dan berasid
Makanan ini menyebabkan gastrik berlaku dan menghasilakan simptom perut berangin

4. Kafein
Boleh menyebabkan penghasilan asid dalam perut yang menjadi punca kepada gastrik dan GERD

Orang tua selalu bagi tau aku bahawa aku ni ada banyak angin. All listed food ni sangat sedap dan selalu aku makan kecuali air berkarbonat. Tapi yang betul-betul aku tak boleh tinggal adalah kafein a.k.a kopi. I really can not start work without having a cup of coffee.

Anyway, it just reminds you all and shares with you on what in found online. 


Sumber: https://www.maskulin.com.my/rupanya-4-makanan-yang-biasa-kita-makan-ini-boleh-menyebabkan-perut-berangin/

Selasa, 22 Disember 2015

5 Gelaja Diabetes yang sering tidak disedari

 


Selain tanda-tanda yang kerap dialami dan jelas seperti haus, kerap membuang air kecil atau kebas pada tangan atau kaki, gelaja-gejala yang menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada kadar gula darah ialah:

  1. Kulit berubah menjadi warna kehitaman terutama di belakang leher, siku atau buku-buku jari;
  2. Penglihatan berubah menjadi lebih tajam;
  3. Gatal-gatal pada bahagian tangan, kaki atau tapak kaki disebabkan kulit kering;
  4. Pendengaran terganggu; dan
  5. Berdengkur di mana lebih separuh penghidap diabetes berdengkur akibat gangguan pernafasan.

Sumber : iSihat | Oktober 2015 | Bil.96 | m/s : 16

Sabtu, 12 Disember 2015

Kenali Sifat Lelaki


Women, please take note, this is secret of men. Please do understand, but men also need to understand the other side which is women to make life better for Adam and Hawa's ancestry!

Sumber :
Majalah Maskulin | Vol. 169 | Oktober 2015

Jumaat, 11 Disember 2015

Pulau di Malaysia yang tidak popular namun cantik


PULAU RAWA, JOHOR


Merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah Laut China Selatan di pesisiran laut Johor. Terletak kira-kira 16 km di luar pesisiran laut Johor dan berdekatan dengan beberapa pulau lain seperti Pulau Besar. Pulau Rawa mempunyai pantai berpasir putih dan aie yang jernih

PULAU BANGGI, SABAH


Terletak di timur laut Kudat, Sabah dengan keluasan 440.7 km persegi yang merupakan pulau yang terbesar di Malaysia, diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

PULAU LANG TENGAH


Pulau kecil yang terletak di antara Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Perjalanan mengambil masa selasa 30 minit dari Jeti Merang. Nama Lang Tengah diambil sempena nama 'Lang' atau burung helang dan tengah. Oleh itu, Lang Tengah bermaksid helang yang berehat di pertengahan pulau.

PULAU BERAS BASAH, LANGKAWI


Terletak di sebelah barat Langkawi, Pulau ini menawarkan percutian menenangkan dengan pantai bersih dan hutan hijau yang indah. Untuk ke pulau ini, pengunjung perlu mengikuti lawatan empat jam ke pulau, termasukPulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting.

PULAU AUR, JOHOR


Terletak kira-kira 60 km dari timur Mersing di Johor dan merupakan satu dari kawasan Taman Marin Johor. Memiliki banyak spesis hidupan marin dalam air. Ia juga dijadikan tempat berhenti para nelayan. Pulau Aur mempunyai banyak lokasi yang sesuai untuk aktiviti menyelam dan snorkeling.

PULAU TIMBA-TIMBA, SABAH


Terletak di Semporna Sabah yang memiliki hidupan laut yang amat jarang dijumpai seperti blue ribbon ells, barracudas dan banyak lagi.

PULAU KAPALAI, SABAH


Hanya terletak lebih kurang 15 km dari Pulau Sipadan, Pulau Kapalai ini boleh dikatakan syurga bagi penggemar sukan snorkeling dan skuba. Ia juga merupakan sebuah pulau terindah yang telah diterokai sejak 200 tahun yang lalu, namun kini ia lebih popular dengan kecantikan pasir pantainya yang putih bersih.

PULAU TENGGOL, TERENGGANU


Terletak di luar pantai Terengganu dan lokasinya terletak di perairan Laut China Selatan. Memiliki 20 tempat menyelam cantik dan menarik. Diantaranya Teluk Air Tawar tempat terbaik untuk melihat penyu. Batu Tokong Laut pula turut menarik bagi melihat ikan selar berkumpulan.


Banyak lagi tempat-tempat menarik yang perlu kita jelajah. Kalau kita bercuti luar negara, pastinya orang bertanya tempat mana yang menarik yang ramai tidak tahu. Ini lah antara jawapanya. Walau pun aku tak pernah menjejak kaki lagi kesemua tempat-tempat yang disenaraikan ini. InsyaAllah, kalau ada ruang, wang dan peluang semua tempat ini akan aku jelajah!

Rujukan :
Maskulin | Vol. 169 | Oktober 2015 | m/surat : 24 & 25

Rabu, 12 Ogos 2015

10 Perkara yang anda tidak tahu tentang pembersih wajah anda!

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat and hello guys!

Kali ini aku nak berkongsi dengan sahabat semua tentang pembersih wajah. Ramai yang menggunakan pembersih muka, tetapi ramai yang tidak tahu cara  yang betul menggunakan pembersih wajah. Baru-baru ini aku terbaca satu artikel berkenaan perkara ini dan aku nak berkongsi dengan sahabat semua.


Masa adalah segalanya
Kebanyakan individu mencuci muka dengan terlalu cepat. Sepatutnya pembersihan hendaklah perlahan bagi membolehkan pembersih wajah menyerap masuk ke dalam kulit untuk memecahkan minyak dan juga sebum.

Pastikan tangan anda bersih sebelum mencuci
Halang bakteria dan kotoran daripada tangan merebak ke wajah anda dengan membasuh tangan terlebih dahulu. Kemudian, pastikan sabun dibilas dengan bersih sebelum meneruskan proses mencuci muka. Bahan kimia daripada sabun akan menyebabkan iritasi kulit pada wajah anda.

Pembersih wajah berubah mengikut jenis kulit dan musim
"Biasanya kulit akan lebih berminyak pada musim panas dan lebih kering pada musim sejuk, jadi saya cadangkan untuk tukar pembersih wajah mengikut perubahan musim" kata Davis Bank, Pakar Dermatologi dan Pengasas Pusat Dermatologi, Kosmetik & Pembedahan Laser di New York.

Cara menggosok keterlaluan
"Ada segelintir individu yang gemar mencuci muka secara kuat dan kasar dengan harapan agar segalanya masalah kulit boleh hilang dengan cepat tetapi sebenarnya ia boleh memburukkan keadaan" kata Pakar Dermatologi Vermen Verallo-Rowell. Beliau menambah, lakukan urutan secara lembut, bukan menggosok dengan kasar.



Membersih seluruh wajah
Cuci muka termasuk bahagian leher, dada dan bahu anda. Bukan hanya pada muka semata-mata.

Teknik urutan yang betul
"Lakukan gerakan hujung jari anda dalam gerakan memusing di seluruh wajah dan leher anda. Penting untuk membuat pergerakan secara perlahan dan lembut supaya kulit tidak menjadi iritasi. Dengan urutan sebegitu di wajah anda, ia mampu merangsang perjalanan darah dan oksigen dengan baik," jelas Bank

Jangan lupa bilas
"Bilas pembersih wajah di muka anda dengan air suam. Sentiasa bilas pembersih wajah anda, jangan biarkan begitu sahaja. Krim pembersih wajah yang biasa sering meninggalkan sisa pada kulit yang boleh menghalang bahan-bahan dari serum dan pelembap untuk menyerap dengan baik ke dalam kulit," kata Pakar Kecantikan Selebriti, Renee Rouleau.

Pembersih wajah boleh bersihkan berus mekap
"Berus mekap adalah lubuk bakteria, jadi bersihkan sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan anda boleh melakukan dengan pembersih wajah anda! Pembersih wajah adalah musuh kepada berus mekap yang lebih semula jadi," terang Grustas.

Garam, bahan biasa digunakan
"Kandungan garam (sodium klorida) sering terdapoat dalam produk seperti syampu, pencuci dan pembersih wajah. Produk-produk ini dibuat dengan menggabungkan surfactants khusus yang bertindak sebagai agen berbuih dan biasanya melibatkan garam untuk mencapai tahap kelikatan yang ingin dicapai," kata Cacilia Wong, Pakar Kecantikan New York.

Alga turut digunakan
Selain itu, Wong memberitahu, Diatomaceous earth atau dikenali sebagai alga mati juga digunakan dalam pembersih wajah dan pengelupasan. Warna hijau dan berlendir, sesuaitu yang anda boleh dapati dibahagian bawah akuarium ikan!


Sekadar berkongsi. Semoga dengan perkongsian ini sahabat semua dapat menggunakan pembersih muka secara optimum!

sumber :
iSihat | Disember 2014 | Bil.86 | m.s : 64-65

Isnin, 31 Disember 2012

Thirty8 Restaurant & Lounge, Grand Hyatt Hotel, KL


Sesuatu yang baru! Banyak yang aku dengar dengan Thirty8 Restaurant kat Grand Hyatt Hotel. Itu dan ini, apa pun aku berazam untuk mencuba makanan kat sana. Itu yang aku rasa 3 bulan yang lepas.

Suatu petang yang tidak disangka-sangka, kebetulan member aku memenuhi kereta comel dan cantik aku itu, terdetik untuk menjejakkan kaki ke suatu laman yang diimpikan beberapa bulan lepas. Dengan kelajuan kereta ku yang canggih itu, menuju ke arah bangunan yang bernama KLCC. Korang tau lah, KL ni bukan senang nak carik parking. Ye tak yer, parking KLCC lah mangsanya. Tu pun kebetulan destinasi kitorang sekitarnya.

Walaupun agak jauh berjalan anggaplah sebagai senaman dimalam hari. Kitorang yang berkaraktor macam orang terencat akal ini (kecuali aku!) berjalan sepanjang Jalan Penang. Dalam hati ni punya la nerves. Maklumlah nak masuk tempat mahal, tempat yang orang kaya je masuk.

Apa pun aku anggap ini sebagai pengalaman. Bukan senang nak dapat pengalaman yang terindah ini. Kami tergamam seketika menghadap hotel bernama GRAND HYATT HOTEL

 Ah! aku menggagahkan kaki yang kaku seketika masuk ke dalam untuk mencuba sesuatu yang mahal! Masuk sahaja dalam hotel ini terus ke lobi. Apa yang istimewa hotel ini adalah, lobi berada di aras 38 bangunan!

Sekali lagi bila sampai sahaja aras 38 bangunan bernama Hotel Grand Hyatt ini, aku kembali tergamam. SubhanAllah, cantik sangat-sangat. kami membuat keputusan menghadap dengan bangunan KLCC. Of course akan menghadap kesana sebabnya lampu yang bergemerlapan dan menghadap KLCC Lake Symphony Fountain. Pearkh!! cantik tahap gaban kot!


Korang tengok la sendiri cantik tak KLCC time malam hari? maaf ler, tak terambik lak gambar KLCC Lake Symphony Fountain. Tambah lak, diorang ada band kat restaurant tu. Nyanyian yang sangat merdu!

 
While waiting drink and food will serve, aku macam biasa melayan telefon sanggih manggih aku. Muka member-member aku dah tak ingat dunia dah. snap situ snap sini. Jakun tahap gaban! tapi gambar-gambar diorang gak aku tapaunya. hahaha.


 Ini dia THIRTY8 signature cake sesuatu yang sangat lain! Disebabkan handphone member aku yang tak canggih masa tu, aku ada curik skit gambar pada blog rebeccasaw (http://www.rebeccasaw.com) nak korang tengok lebih jelas.


Opened with a flourish, the light fog cleared to reveal a tall chocolate dessert. Hot caramel was poured into the middle of the cylindrical creation, sinking the middle ever so slightly. Some of the caramel drizzled over to the sides and my hand itched to “cut” it open to see the flowing effect!

What can I can say is, sangat sedap hingga menjilat ibu jari kaki! (Just joke!) with RM 25 per dish, you can have a delicious cake! sangat worth! Tapi jangan selalu kalau dah tau diri tu pokai. Jarang-jarang takpe. Ambik pengalaman orang kata.

Apa yang aku sangat tak puas hati di sini, diorang lambat nak serve! bagi korang yang nak mengejar masa, tak payah lah membazir datang sini. P lah kedai lain, kat KLCC berlambak kedai makan. Tapi kalau korang just for the leisure time xpelah. Kitaorang ambik masa setengah jam menunggu untuk di serve makanan.

About place, suitable for those who are in honeymoon time. Mengadap KLCC yang berlimpahan cahaya dengan dialunkan dengan muzik yang sangat mendayu dan merdu. Anyway just sharing with you a beautiful dan relax moment! Next time kalau ada pengalaman lain, I will share. Bak kata orang SHARING IS CARING! (is thare related? whatever!)

Sabtu, 24 November 2012

Air Traffic Controller (ATC) SPA first stage

Mula taipan ini dengan nama Mu ya Allah. Sudah berkurun rasanya otak ini membeku dan blog ini bersarang dengan post yang berkurun lamanya. Walaubagaimana pun hari ini dan ketika ini, aku mengenakan jari-jemari ini supaya tidak segan dan silu untuk menyentuh keyboard ini. Dah-dah, cukup lah dengan madah menda yang aku kalutkan ini.

Topic that I choose about ATC, stand for Air Traffic Controller. I am pretty sure that not many of us ever heard this field of job. The funniest thing is, " Is that the same function to Police Traffic?". What ever it is, in my mind, that is really interesting job, i guess. Base on my read, ATC are the people who expedite and maintain a safe and orderly flow of air traffic in the global air traffic control system.

Gempak beb! bila aku baca je definisi ATC, aku jadi bergitu teruja! Bukan takat tu je, berdasarkan pegawai kerajaan yang tertentu dan boleh dipercayai, pekerjaan ini sangat memerlukan seseorang yang sangat tinggi daya fokus dan seorang yang sangat tekun dengan kerjanya.


Dengan ketetapan Tuhan yang Maha Esa, Alhamdulillah April  2012 yang lalu, aku menerima sepucuk surat dan serangkai emel menjemput aku untuk menduduki peperiksaan ATC. Sebenarnya aku dijemput untuk menghadiri peperiksaan di Terengganu. Disebabkan komitmen kerja sekarang, aku dengan kerjasama one of officer in my office membuat permohonan pertukaran pusat peperiksaan ke PICC. Dengan alasan yang diterima pakai, Aku dibenarkan untuk menukar pusat peperiksaan ke PICC.

28 April 2012, aku menjejakkan kaki ke PICC dengan penuh debaran. I really sure that reader will ask, what is my preparation?. Since I am working at ministry, than I think I have many bos to ask. Than they advice me this and that. Gathering information took around 2 week. Pretty long right? You know, because of tired working with guarantee nothing, I have to do something for better future. This is not for other people, this is for myself.

Within 2 week, I gain a lot of scope to study. About MAS, AirAsia, fleet, DCA, MOT, Bearing, latest issues, airport and many more. The important thing is, I should prepare second language better. You all know what, ATC job is all about communicate! communicate with pilot all over the world. ENGLISH!


Sampai sahaja di dewan yang megah dan indah di PICC yang serba canggih, aku tengok semua orang membuka buku yang tebal dan kusyuk membaca berkaitan dengan jawatan, kerajaan, isu terkini dan sebagainya. Walhal aku sendiri jujurnya hanya so so je. At that time, aku reda dan berserah pada Tuhan sepenuhnya. Menjawab peperiksaan dengan berbekalkan pengetahuan didada dan ilmu yang di ceduk sekadar mampu sahaja dan seterusnya bertawakkal.

Hari demi hari aku menunggu keputusan, dalam minda dan hati aku, aku tidak mengharapkan apa-apa kerana dek beribu-ribu orang dipanggil untuk menduduki peperiksaan, mungkinkah aku terpilih? Nak terlalu mengharap takut mungkin impian yang aku bina itu jatuh tersungkur sehingga aku tidak mampu berdiri. Harapan aku, hanya sekadar 55% sahaja dapat.

Berkat daripada doa umi abah, adik beradik, mek ayoh dan sahabat dan rakan semua, Alhamdulillah, satu emel diterima oleh aku daripada SPA mengucapkan TAHNIAH, ANDA LULUS PEPERIKSAAN! sesuatu yang di luar jangka!  kemudian aku sujud pada Mu! Alhamdulillah...

< < BERSAMBUNG > >

p/s : maaf ler, dah lama tidak menulis, agak huru hara jugak la. By the way, i will improve it day by day! InsyaAllah.

Selasa, 31 Julai 2012

Gaya rambut

Pernahkan anda terfikir, terutamanya bagi lelaki kaum Adam? Berapa jenis gaya rambut yang terkini? Baru-baru ini aku terbaca majalah Maskulin dan terungkai beberapa jenis gaya rambut yang terkini.

1. GAYA PEAKED SIDE CROP



2. GAYA INDIE




3. GAYA ROCKABILLY



4. GAYA SLEEK SLICK




Yang ini jenis yang tersenarai dalam Maskulin Ogos 2012 m/s 56 dan bila mana membelek internet, sebenarnya banyak lagi jenis dan gaya rambut terkini. Mungkin ini adalah jenis yang glamour dan terkini di Malaysia atau menjadi pilihan rakyat Malaysia. Anyway, sekadar berkongsi ilmu yang terjumpa!

Link lain : http://au.askmen.com/fashion/trends_700/727_mens-hairstyles-2012.html



Selasa, 24 Julai 2012

Abbey Library St. Gallen

stgallen.jpg

Abbey Library St. Gallen terletak di Switzerland merupakan salah sebuah perpustakaan terbesar dan tercantik di dunia.

Sumber : Maskulin, Vol. 131, Ogos 2012, m/s :  18

10 Orang Manusia Terkaya di Dunia



1. CARLOS SLIM & KELUARGA

Nilai kekayaan       : USD 69.0 billion
Asal                         : Maxico
Sumber Kekayaan : Telmex, America Movil, Grupo Carso


2. BILL GATES

Nilai kekayaan       : USD 61.0 billion
Asal                         : Amerika Syarikat
Sumber Kekayaan : Microsoft


3. WARREN BUFFETT

Nilai kekayaan       : USD 44.0 billion
Asal                        : Amerika Syarikat
Sumber Kekayaan : Berkshire Hathaway


4. BERNARD ARNAULT

Nilai kekayaan       : USD 41.0 billion
Asal                         : Perancis
Sumber Kekayaan : LVMH Moet Hennessy, Louis Vuitton



5. AMANCIO ORTEGA

Nilai kekayaan       : USD 37.5 billion
Asal                         : Sepanyol
Sumber Kekayaan : Inditex Group



6. LAWRENCE ELLISON

Nilai kekayaan       : USD 36.0 billion
Asal                        : Amerika Syarikat
Sumber Kekayaan : Oracle Corporation



7. EIKE BATISTA

Nilai kekayaan       : USD 30.0 billion
Asal                         : Brazil
Sumber Kekayaan : EBX Group


8.STEFAN PERSSON

Nilai kekayaan       : USD 26.0 billion
Asal                         : Sweden
Sumber Kekayaan : H&M



9. LI KA-SHING

Nilai kekayaan       : USD 25.5 billion
Asal                         : China
Sumber Kekayaan : Cheung Kong Holding



10. KARL ALBRECHT

Nilai kekayaan       : USD 25.4 billion
Asal                         : Jerman
Sumber Kekayaan : Aldi



sumber : Maskulin, Vol.131/Ogos 2012, m/s16

Jumaat, 20 Julai 2012

Minyak wangi



MINYAK wangi bagi lelaki adalah identiti mereka. Mereka jarang menukar haruman berbanding wanita yang mempunyai rangkaian wangian yang pelbagai. Kaum Adam percaya pada satu haruman yang cukup kuat bertindak sebagai simbol kehadiran mereka. Paling banyakpun, lelaki akan menyimpan tiga jenis minyak wangi untuk acara berbeza. Memilih minyak wangi yang sempurna bagi tubuh anda merupakan proses eksperimen berbentuk peribadi. Ia memerlukan kesabaran namun selepas menemui yang bertepatan dengan selera, ia amat berbaloi.

Saintis minyak wangi bagi Procter & Gamble (P&G) berpangkalan di Geneva, Switzerland, Will Andrews menyatakan bagi mencari haruman yang sesuai, seseorang itu wajar memahami kecenderungan olfaktori (saraf hidu) sendiri. Pengaruh deria bau telahpun wujud dalam diri sejak individu itu dilahirkan. Faktor ini mendorong seseorang menggemari bau yang telah sebati dengan diri. Tambah Andrews, sesiapa sahaja perlu membeli minyak wangi yang disukai secara telus dan bukan dipengaruhi pujukan jurujual atau cuba mengikuti trend.

“Ketika anda mencuba haruman di kedai minyak wangi, anda akan mengetahui sama ada ia sesuai atau tidak. Pastikan ia disembur pada kulit sendiri daripada menghidu pada kertas yang diberi jurujual kerana kesannya mungkin berbeza.

“Mereka yang baru berjinak-jinak dengan minyak wangi disarankan membeli haruman berdasarkan personaliti diri. Pertama sekali cari jenama yang digemari dan dipercayai. Selepas itu, pencarian minyak wangi berpandukan personaliti bermula.
“Individu yang arif tentang minyak wangi sudah tentu memiliki haruman kegemaran dan percubaan menukar minyak wangi pasti dipengaruhi kecenderungan deria terhadap bau yang terdapat pada minyak wangi terdahulu. Kenal pasti kandungan haruman baharu bagi mencipta kelainan,” ujar Andrews.

Sementara itu, sekiranya anda bersin serta-merta selepas menghidu minyak wangi, jangan anggap ia sebagai alergi kerana ia hanya respons deria kepada reseptor hidung untuk sementara. Jelas Andrews, alergi haruman selalunya melibatkan ruam pada kulit. Bagi mengenal pasti kandungan apa yang menyebabkan masalah itu, lakukan ujian kulit. Berdasarkan keputusan ujian, anda boleh mengelak daripada membeli minyak wangi yang mengandungi bahan yang sama. Berbeza pula dengan bau badan, lelaki yang mengalami permasalahan itu perlu mengerti bahawa minyak wangi bukan alternatif bagi menutup kelemahan tersebut.

“Minyak wangi berfungsi sebagai produk kecantikan dan memberi si pemakai kelebihan untuk beremosi, sama seperti aksesori mewah yang lain.

“Jejaka yang berdepan dilema bau badan boleh mencuba haruman jenis oriental kerana kandungan kompleks yang disediakan minyak wangi ini dapat membantu mereka,” tutur Andrews.


Menyentuh soal cita rasa minyak wangi berdasarkan usia pula, Andrews menyifatkan subjek itu tidak pernah wujud. Kata beliau, kesukaan haruman tidak dibatasi usia dan pengelasan minyak wangi berdasarkan umur hari ini dilakukan sendiri oleh masyarakat. Contoh ketara ialah wangian sitrus dan kayu-kayan yang sering dilabelkan untuk jejaka berusia yang bersifat matang manakala minyak wangi energetic tertumpu pada lelaki muda.

Seorang lagi saintis P&G yang berpangkalan di Singapura, Mimi Kumar menasihatkan agar seseorang itu menyembur wangian pada jarak enam hingga tujuh sentimeter (cm) daripada kulit. Mitos bahawa tidak boleh menggosok minyak wangi selepas disembur juga boleh diaplikasi kerana kaedah itu tidak merosakkan tekstur wangian tersebut. Ia sebaliknya membantu membebaskan bahan peringkat atasan (top notes) lebih pantas.

“Bagi membuatkan haruman bertahan lama, semburkan minyak wangi pada sesuatu seperti kot, lengan atau rambut.

“Jika anda menggunakan haruman jenis eau de toilette (EdT), sembur setiap enam jam bagi mengembalikan bau. Kalau mahu menukar haruman, pastikan anda mandi terlebih dulu bagi mendapat kesan terbaik,” jelas Mimi.

Lelaki juga perlu bijak membezakan wangian berdasarkan kandungan minyak. Industri haruman menggunakan terma Eau Fraîche atau Eau de Cologne (EdC), EdT dan Eau de Parfum (EdP) yang diklasifikasikan mengikut kandungan minyak pada produk akhir. Eau Fraîche atau EdC mengandungi lima hingga lapan peratus minyak, EdT dengan lapan hingga 12 peratus manakala EdP mencatatkan minyak tertinggi iaitu 18 hingga 25 peratus. Baki peratusan dalam wangian tersebut ialah pelarut (selalunya etanol) bersama kuantiti kecil air. Peratusan minyak yang rendah bagaimanapun cukup mencipta satu haruman yang kuat. Ujar Mimi, kesemua jenis minyak wangi direka dengan bau yang sama. Bezanya, hanya amaun minyak dan kekuatan harumannya.

“Apabila memilih minyak wangi, kaji keseluruhan haruman terlebih dahulu agar ia mampu memenuhi keinginan diri. Kebanyakan wangian lelaki terutama dalam kumpulan sitrus dan aromatik lebih tertumpu pada kandungan minyak yang rendah seperti EdT.

“Lelaki yang menggunakan wangian sebagai rejimen harian mahukan bau yang tidak terlalu menyerlah dan cukup sekadar menyenangkan diri dan orang sekeliling. Mereka tidak mahu haruman yang dipakai melampaui batas deria bau,” tutur Mimi ketika ditemui pada majlis pengenalan haruman terbaharu Hugo Boss, Boss Bottled. Sport. (BBS) baru-baru ini.

Sementara itu, model lelaki ternama negara, Wilson Tan beranggapan bahawa minyak wangi penting dalam membentuk keyakinan dan membebaskan ekspresi dalaman seorang lelaki. “Saya pakai minyak wangi mengikut kesesuaian majlis dan mood. Haruman buah-buahan dan flora menjadi kesukaan kerana ia lebih lembut dan menenangkan. “Setakat ini saya mempunyai lebih lima wangian kegemaran dan setiap haruman tidak mempunyai bau yang terlampau kuat,” ujar Wilson yang melihat minyak wangi sebagai bau signatur seseorang jejaka.

Isnin, 13 Februari 2012

7 Cara Kempiskan Perut Buncit

Perlukan begini?

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.

Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa. Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:


1. Minum air masak yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba!

Sumber:

http://dunialelakimaskulin.net/2012/02/05/7-cara-kempiskan-perut-buncit/

Florida USA - 12 Rabiul'awal 1433


Peristiwa ini berlaku pada 5 Febuari 2012 bersamaan 12 Rabiul'awal 1433 hijrah. Ia suatu fenomena yang pelik bukan bagi kita di Malaysia sahajaa, bahkan orang Amerika yang berada di pantai Florida pada ketika itu turut merasa pelik.

Juruterbang helikopter Mike Schaeffer telah membuat lawatan udara apabila dia melihat fenomena cuaca yang luar biasa di sepanjang pantai Panama City Beach, Fl. pada hari Ahad 5hb Febuari 2012. Sebaik sahaja beliau mendarat, beliau memberi amaran kepada Panhandle Helikopter pemilik JR Hott "gelombang bentuk awan," dan bersama-sama mereka pergi untuk mendapatkan paparan yang lebih baik.


Kabus yang bergerak dengan cepat dalam keadaan cuaca yang sangat indah sebenarnya yang sedang berlaku. Manakala komuniti dalam talian telah menggelarkannya "tsunami awan," Hott tidak bersetuju dengan julukan ini.

Saya tidak akan memanggil "tsunami awan." Istilah tsunami membayangkan bencana alam. Suasana semasa kejadian membentuk dengan cepat, bergerak lembut dan perlahan-lahan memanjat bangunan dengan lembut. Ia bukan sesuatu yang berlaku dengan lebih daripada bayu yang lembut.

Manakala imej kelihatan tidak mengancam, sebagai juruterbang yang berpengalaman, Hott telah dilatih untuk melalui semua kabus dan awan seolah-olah mereka adalah objek padu. Dia dan Schaeffer sangat berhati-hati menghampiri ruang di udara untuk mendapatkan pandangan yang lebih baik. Mujurlah, kerana lokasi daripada kondominium, mereka mampu untuk mendekati gelombang awan dari sebelah dan tidak meletakkan diri mereka di jalan yang langsung di lalui oleh kabus itu.

Dari sudut sains, fenomena ini berlaku apabila udara luar pesisir sangat hampir pada titik tepu, dengan suhu yang berhampiran 20ºC dan titik embun kira-kira 19,5ºC. Di dalam udara pada suhu ini hanya boleh memegang jumlah wap air yang tertentu sahaja, dan berapa banyak ia boleh memegang bergantung kepada keadaaan suhu di situ dan pada masa itu. Jika anda menambah lebih air ke dalam udara, awan akan membentuk, tetapi anda juga boleh mendapatkan awan bentuk dengan menyejukkan udara. Menggugurkan suhu, dan ia tidak lama boleh mengadakan seberapa banyak wap air, sehingga ada yang akan memeluwap dan awan akan terbentuk.

Hott akan melihat ini berlaku satu atau dua kali setahun, tetapi penglihatan Ahad ini adalah jelas dan dia mampu untuk merakam semua gambar-gambar ini hanya lima minit! Dia lebih kagum memerhatikan gambar-gambar, berbanding dengan fenomena itu sendiri.

Namun di sudut yang bukan sains pula perkara ini di lih

at segelintir pemikir Islam sebagai suatu peringatan dari Allah swt. Nabi saw sendiri pernah menyebut perkara-perkara aneh dan pelik yang akan berlaku pada akhir zaman. Dan akhir zaman yang di maksudkan itu ialah sekarang.

Tetapi mengapa ianya berlaku pada 12 Rabiul'awal?

Sebenarnya ada beberapa peristiwa yang berlaku pada 12 Rabiul'awal. Nabi Muhammad saw di lahirkan pada 12 Rabiul'awal. Baginda saw wafat pun pada 12 Rabiul'awal. Baginda sampai di Yathrib di Madinah dalam peristiwa hijrah itu pun 12 Rabiul'awal juga. Dan satu lagi yang Tok Wan nak tambah bahawa ketiga-tiga peristiwa ini berlaku pada hari isnin.

Dan yang peliknya kenapa fenomena ini tidak berlaku di pantai-pantai lain seperti contoh pantai Carribean?

Nama Florida dalam bahasa Latin bermaksud 'ketibaan bomoh'. Bomoh bagi mereka termasuklah tukang sihir dalam bahasa kita. Jadi pantai Florida ini juga merupakan pantai yang mula-mula pasukan pelayar yang datang dari benua Eropah mendarat. Banyak juga peperangan dengan penduduk 'Red Indian' yang berlaku di pantai ini. Ramai yang di bunuh di pantai ini sekitar 200 tahun dahulu.

Namun pada hari ini pantai Florida ini lebih masyur dengan pantai untuk muda-mudi bertelanjang sambil menjemur batang tubuh kepada matahari. Dalam erti kata lain maksiat di pantai ini lebih dasyat dari pantai-pantai lain di dunia.

Bertepatan dengan waktu tengahari di Florida (hari ahad sewaktu kejadian) adalah jhari isnin kita di Malaysia dan lain-lain negaraa Asia. Kenapa hari isnin? Ruko'lah dan bersujudlah pada Allah swt dan dalam solat itu bertanyalah dalam hati apakah semua ini. Dengan izin Allah swt anda akan mendapat jawapannya.
Marilah sama-sama kita tingkatkan ketaqwaan kita terhadap Allah swt supaya hidup dan mati kita tetap pada jalan yang Allah swt redha'i. Selawat serta ssalam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw serta keluarga Baginda saw.

Sumber:

Rabu, 25 Januari 2012

Mood belajar mengikut jenis darah!



Boleh caya ke ni? itu persoalan yang timbul. Nasihat aku, jgn lah percaya sgt yer. Jadikan ciri-ciri ini sebagai cermin penilik, kalau positif alhamdullillah, kalau negatif, jadikan ia positif!