tag line

tag line
Memaparkan catatan dengan label IsLaMiK.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IsLaMiK.... Papar semua catatan

Isnin, 11 Mei 2026

Kenali dan memahami diri sendiri

 Bismillah....

Dalam kehidupan dunia ini, pasti akan ada persimpangan yang perlu kita pilih. Sebelah utara ke, selatan ke, timur ke, barat kah dan setiap pilihan itu adalah berbeza setiap individu walaupun jalan cerita yang sama. Setiap manusia telah tertulis jalan cerita nya tersendiri oleh Allah sebelum kita dihidupkan lagi. Namun, pilihan yang dibuat tidak semestinya tepat dan betul. Kadang-kadang laluan yang difikirkan itu betul, namun dalam perjalanan pilihan itu didapati salah. 

Tidak perlu lah kita menunding jari mencari salah orang lain dek kerana nasihat diorang atau pengalaman diorang. Sepatutnya salah kan diri sendiri kerana itu pilihan kita iaitu mendengar nasihat orang dan mengikut. Tetapi, itu bukan kegagalan. Kita perlu mengambil langkah untuk muhasabah diri dan yang penting reda dengan kesalahan tersebut dengan mengambil kira itu adalah proses pembelajaran dan pengalaman diri.


Kita tidak akan selesai dengan menyalahkan orang lain kerana cadangan pilihan yang diberi tersebut. Ungkit kisah lama. Bermasam muka. Impaknya diri sendiri. Stress, serabut, tertekan dan kalau melibatkan dosa, secara langsung dosa yang diterima.

Ingatlah, kita bukan hak siapa-siapa pun. Akhirat nanti, engkau akan dibogelkan oleh Allah untuk dihisab. Ketika itu, hanya kitab amalan dan anggota badan engkau sahaja menjadi saksi mempertahankan engkau. Ketika itu, kita tidak akan dapat memohon ampun dan maaf serta bantuan daripada kaum kerabat. Hanya diri sendiri dan amalan sahaja.

Wallahua'lam

Sabtu, 4 Julai 2020

The power of Doa, prayer and patients


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Let me share with you all something which is happening to my own super best friend. 

It just happens and I am really grateful because it really happens to her. She always comes to me and telling me everything regarding her relationship and what so ever. As her super close friends, I am just sympathy with what happened to her.



I always tell her that always pray to Allah and ask Him everything since He is Maha Kaya, Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Petunjuk and all 99 names. Wake up at midnight pray to Him. Cry and sincerely ask Him to give the light and show the truth. I also praying to Allah to give her guide and show to her what should she know.

Subhanallah, Allahuakbar. 

Today Allah granted her doa and she calls me and cries telling me what was happened. What I can do is give some courage words now and plan something make her happy, forget what makes her sad. I ask her to Sujud Syukur because of this. Yes, you are in pain now and maybe this is the last pain you have to go thru. InsyaAllah you will find the right happiness!

Jumaat, 26 Jun 2020

Lalai dengan kebahagian dan keseronokan dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Kita selalu perkatakan bahawa indahnya dunia ini dengan pelbagai keseronokan yang ada menyebabkan insan yang lemah seperti kita ini hanyut dan semakin lalai dengan fitrah sepatutnya. Sebenarnya kita alpa dengan keindahan yang 1 juta lebih baik daripada dunia yang kita hadapi iaitu SYURGA yang kekal abadi.

2. Kerana itu kita diberi nama manusia. Lemah dan mudah terpedaya dengan godaan syaitan kerana kita sedang menghadap betapa indahnya dunia yang kita duduki. Seronok dan bahagia selalu diungkapkan melalui mulut yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa.

3. Bagaimana kita nak mengejutkan diri yang terkena jampi dunia ini? Setiap orang mempunyai kaedah yang tersendiri yang hanya mampu sedarkan diri sendiri. 

4. Sama-sama kita mencari kaedah dan cara yang tersendiri supaya sinar yang sebenarnya kita nampak dihujung jalan itu adalah destinasi kita dan kita tidak tersasar menuju jalan selain ke arah cahaya sinar itu.

Sabtu, 26 Ogos 2017

yes or no?

Dalam perjalanan hidup, pilihan adalah sesuatu yang pasti. Pada pandangan kita, dua atau lebih pilhan yang ada kadang-kadang kita nampak ia adalah sagat baik dan bagus untuk diri dan keluarga sehingga sukar untuk membuat keputusan. Kalau dalam peribahasa lain, telan mati mak, luah mati bapak
Apa pun pilihan adalah mesti dibuat dan seharusnya tempat untuk mengadu adalah pada Yang Maha Esa. Secara ringkasnya sesuatu keputusan ditentukan oleh beberapa langkah.

1) Menggunakan akal.
Langkah ini adalah langkah yang biasa yang dilakukan oleh kita semua. Biasanya pada peringkat ini, pilihan yang ada adalah pilihan yang senang, ringkas dan tidak mengganggu gugat kehidupan diri dan masyarakat. Pada peringkat ini juga, sekiranya sukar untuk visualize kan pilihan yang ada, kita senaraikan dalam kertas pilihan yang ada kemudian senaraikan apa yang baik yang dapat diperoleh dan apa yang tidak baik atau kurang baik sekiranya kita pilih pilihan berkenaan.

2) Berdoa serta memohon agar mendapat pilihan yang terbaik
Sekiranya peringkat akal tidak cukup yakin, seharusnya kita berdoa dan memohon agar pilihan yang tersenarai yang bakal kita pilih adalah pilihan yang terbaik. Bagi umat Islam khususnya, Istikarah adalah adalah terbaik. Sentiasa buat istikarah agar pilihan yang akan di pilih adalah yang direstui dan dirahmati oleh Allah. Berdoa adalah salah satu cara untuk mendapatkan petunjuk agar pilihan yang dibuat adalah terbaik. Pilih lah waktu-waktu berdoa paling munajat antaranya waktu di antara dua khutbah jumaat, sewaktu bulan puasa dan sebagainya (sila rujuk waktu yang betul. ini adalah sekadar apa yang penulis dengar daripada ustaz atau mana-mana tempat yang mengajar Islam).

3) Tawakkal
Setelah kita membuat pertimbangan dan senantiasa berdoa kepada yang Maha Esa, tindakan seterusnya tawakkal. Yakin lah ujian atau pilihan yang diberi oleh Allah kerana Dia tahu kita mampu menangani dan boleh membuat keputusan yang sangat baik. Setelah segala usaha dibuat untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Persediaan fizikal, minda dan akal sudah disiap siagakan kini tinggal peringkat bertawakal. Ingat lah setiap apa yaang kita usahakan pasti di lihat oleh Yang Maha Esa, kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha

4) Terima ketetapan
Bila kita telah membuat keputusan, tiba-tiba kita rasa keputusan yang kita buat adalah salah tetapi sedarkah kita bahawa, semua yang berlaku adalah ketetapan Tuhan yang Maha Menentu dan Maha Esa. Apa yang berlaku adalah ujian bagi memberikan yang lebih baik dan yang terbaik kepada kita.

Apa pun pilihan yang ada, berusahalah untuk memilh yang terbaik. Ya, memang setiap apa yang berlaku adalah ketetapan Allah, tetapi kita sebagai hambaNya seharusnya berusaha untuk membuat pemilihan dan menentukan jalan yang difikirkan yang terbaik, Bak kata remaja, hidup baru lah rock kalau ada cabaran!

Jumaat, 11 Disember 2015

Sesuatu yang subjektif

<< Assalamualaikum >>

Dalam hidup ini, kadang-kadang apa yang kita jangka atau kita rancangkan tidak semua akan berjaya dan mengikut apa yang dihasratkan. Ia boleh berjaya dan boleh tidak berjaya. Dengan kejayaan yang dirancangkan kita akan rasa sangat gembira, sangat bangga. Namun dalam banyak-banyak perancangan pastinya kita akan menemui kegagalan.

Hasil daripada jangkaan atau perancangan ini akan timbul satu keadaan yang menghantui dan mengganggu gugat emosi serta badan a.k.a kesihatan yang dikenali PERASAAN.Perasaan ini adalah terlalu subjektif yang sukar difahami dan tidak boleh diukur. Tetapi kita sedar ia wujud dalam setiap makhluk dalam dunia ini tidak kira manusia, haiwan, tumbuhan atau apa sahaja yang wujud dan bernyawa di dunia ini.

Bila kita berjaya, kita akan gembira. Bila terluka, kita akan sedih sehingga menyebabkan air jernih dan bersih keluar di celah pancaindera penglihatan. Bila ia berlaku diluar kebiasaan, wujudnya perasaan malu. Sebagai contoh seorang jejaka cuba mendekati seorang wanita yang dianggap sebahagian daripada dirinya iaitu tulang rusuknya pasti perasaan itu menjamah diri dan apabila sudah mula diterima, pastinya timbul satu lagi perasaan ego.

Dengan kepelbagaian perasaan dan timbulnya pelbagai emosi ini menunjukkan variasi dalam diri makhluk ciptaan terbaik Allah ini yang sangat unik. Sedar lah dalam kepelbagaian ini, kita perlu wujudkan satu perasaan lain yang boleh menenangkan emosi-emosi lain iaitu KETENANGAN dan MEMAHAMI.

Kedua-dua perasaan ini perlu ada dalam diri seseorang manusia supaya tidak timbul serta wujudnya satu perasaan yang negatif dan tidak sihat iaitu MARAH. Namun perasaan-perasaan negatif ini pasti dan perlu wujud dalam dalam diri agar tidak digelar sebagai manusia yang tiada perasaan tetapi kewujudan perasaan ini hendak lah di kawal supaya tidak menyelubungi nafsu yang boleh menjadi lebih parah yang boleh berjangkit kepada orang lain.

Dalam keadaan diri yang mempunyai 1001 perasaan ini, sebagai seorang Muslim senantiasa ingat pada Allah. Sentiasa menerima kada dan kada yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa ini kerana kita perlu sediar setiap apa yang berlaku ada hikmah dan sebab musabab. Percayalah Allah tidak akan menguji hambanya sekiranya hambanya tidak mampu.

<< Wallahuallam >>

Sabtu, 21 Mac 2015

Tersilap langkah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera para blog walker/frens,

Aku yakin, korang pernah tengok orang-orang yang berjaya dan tetiba syaitan datang menghasut mengatakan 'Ko ingat ko tu hebat?' atau 'Kenapa dia, tidak aku?'. Itu lah 2 contoh hasutan setan kepada kita bila mana kita happy, atau seronok tengok kejayaan seseorang.

Kadang-kadang dalam hidup kita diberi pilihan untuk membuat sesuatu dan pada akhirnya kita akan terdetik, kenapa aku tak pilih yang satu lagi? Pastinya kita terdetik 'Adakah aku telah membuat pilihan yang salah?'


Itu lah permainan yang membelunggu diri manusia. Tapi kita harus sedar setiap apa yang kita buat atau kita pilih hendaklah berpegang pada satu, meminta dengan Pencipta supaya pilihan yang dibuat adalah pilihan yang tepat dan tidak tersilap langkah.

Sekiranya pilihan yang dibuat pada akhirnya tersalah, yakin lah Tuhan mahu kita belajar dari kesilapan. Sedar lah setiap langkah kita mestilah muhasabah diri adakah apa yang aku buat ini betul atau salah? diredai atau tidak? Tuhan tak pernah kejam pada kita.

Yakin lah, setiap apa yang berlaku adalah qada' dan qadar Allah. Yakin pada Nya sahaja Insya-Allah hati akan tenang, jiwa akan tenteram dan kepala tak serabut. Pastinya itu adalah pilihan yang tepat!
 


Selasa, 11 Jun 2013

Tidak berkesudahan

Spray please...
Kain buruk please...

syok...syek...syok...syek..(bunyi mengelap)

Begini lah, time semangat nak berblog mula la nak spray bagai. Bukan pe, masa bukan ada pun, kalau ada masa pun baik aku tidur dan melihat movie yang melimpah ruah di dalam laptop aku yang mencecah 6 tahun ini! Ok, kita fokus kepada topik kita hari ni, eh! macam cikgu pulak.

Setiap yang berlaku di dalam alam yang fana ini bukan kita yang menetapkan. Kita hanya merancang tetapi Tuhan yang Maha Esa yang tentukan. Kadang-kadang apa yang ada di akal kita, kita sudah fikirkan lengkap, sempurna dan tiada cacat celanya, tetapi Tuhan Maha Mengetahui. Mungkin setiap yang berlaku adalah demi kesenangan dan kebahagian kita akan datang. Mungkin apa yang kita rancang itu adalah buruk untuk kita? Mungkin jugak yang berlaku kini adalah buruk sekarang tetapi suatu hari nanti adalah terbaik buat kita.

Langkah selamat, kita berdoa pada yang Tuhan agar apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku adalah terbaik buat kita. Sesungguhnya kita tidak mengawal apa yang ada di langit dan di bumi!


Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadan 1433 H




Buat semua tak kira dari Blog reader, FB dan twitter sempena Ramadan Al - Mubarak ini, saya ingin mengucapkan SALAM RAMADAN.
Jom kita perbanyakkan amalan.
Jadikan Ramadan tahun 1433 H lebih baik daripada 1432 H!

Isnin, 13 Februari 2012

Florida USA - 12 Rabiul'awal 1433


Peristiwa ini berlaku pada 5 Febuari 2012 bersamaan 12 Rabiul'awal 1433 hijrah. Ia suatu fenomena yang pelik bukan bagi kita di Malaysia sahajaa, bahkan orang Amerika yang berada di pantai Florida pada ketika itu turut merasa pelik.

Juruterbang helikopter Mike Schaeffer telah membuat lawatan udara apabila dia melihat fenomena cuaca yang luar biasa di sepanjang pantai Panama City Beach, Fl. pada hari Ahad 5hb Febuari 2012. Sebaik sahaja beliau mendarat, beliau memberi amaran kepada Panhandle Helikopter pemilik JR Hott "gelombang bentuk awan," dan bersama-sama mereka pergi untuk mendapatkan paparan yang lebih baik.


Kabus yang bergerak dengan cepat dalam keadaan cuaca yang sangat indah sebenarnya yang sedang berlaku. Manakala komuniti dalam talian telah menggelarkannya "tsunami awan," Hott tidak bersetuju dengan julukan ini.

Saya tidak akan memanggil "tsunami awan." Istilah tsunami membayangkan bencana alam. Suasana semasa kejadian membentuk dengan cepat, bergerak lembut dan perlahan-lahan memanjat bangunan dengan lembut. Ia bukan sesuatu yang berlaku dengan lebih daripada bayu yang lembut.

Manakala imej kelihatan tidak mengancam, sebagai juruterbang yang berpengalaman, Hott telah dilatih untuk melalui semua kabus dan awan seolah-olah mereka adalah objek padu. Dia dan Schaeffer sangat berhati-hati menghampiri ruang di udara untuk mendapatkan pandangan yang lebih baik. Mujurlah, kerana lokasi daripada kondominium, mereka mampu untuk mendekati gelombang awan dari sebelah dan tidak meletakkan diri mereka di jalan yang langsung di lalui oleh kabus itu.

Dari sudut sains, fenomena ini berlaku apabila udara luar pesisir sangat hampir pada titik tepu, dengan suhu yang berhampiran 20ºC dan titik embun kira-kira 19,5ºC. Di dalam udara pada suhu ini hanya boleh memegang jumlah wap air yang tertentu sahaja, dan berapa banyak ia boleh memegang bergantung kepada keadaaan suhu di situ dan pada masa itu. Jika anda menambah lebih air ke dalam udara, awan akan membentuk, tetapi anda juga boleh mendapatkan awan bentuk dengan menyejukkan udara. Menggugurkan suhu, dan ia tidak lama boleh mengadakan seberapa banyak wap air, sehingga ada yang akan memeluwap dan awan akan terbentuk.

Hott akan melihat ini berlaku satu atau dua kali setahun, tetapi penglihatan Ahad ini adalah jelas dan dia mampu untuk merakam semua gambar-gambar ini hanya lima minit! Dia lebih kagum memerhatikan gambar-gambar, berbanding dengan fenomena itu sendiri.

Namun di sudut yang bukan sains pula perkara ini di lih

at segelintir pemikir Islam sebagai suatu peringatan dari Allah swt. Nabi saw sendiri pernah menyebut perkara-perkara aneh dan pelik yang akan berlaku pada akhir zaman. Dan akhir zaman yang di maksudkan itu ialah sekarang.

Tetapi mengapa ianya berlaku pada 12 Rabiul'awal?

Sebenarnya ada beberapa peristiwa yang berlaku pada 12 Rabiul'awal. Nabi Muhammad saw di lahirkan pada 12 Rabiul'awal. Baginda saw wafat pun pada 12 Rabiul'awal. Baginda sampai di Yathrib di Madinah dalam peristiwa hijrah itu pun 12 Rabiul'awal juga. Dan satu lagi yang Tok Wan nak tambah bahawa ketiga-tiga peristiwa ini berlaku pada hari isnin.

Dan yang peliknya kenapa fenomena ini tidak berlaku di pantai-pantai lain seperti contoh pantai Carribean?

Nama Florida dalam bahasa Latin bermaksud 'ketibaan bomoh'. Bomoh bagi mereka termasuklah tukang sihir dalam bahasa kita. Jadi pantai Florida ini juga merupakan pantai yang mula-mula pasukan pelayar yang datang dari benua Eropah mendarat. Banyak juga peperangan dengan penduduk 'Red Indian' yang berlaku di pantai ini. Ramai yang di bunuh di pantai ini sekitar 200 tahun dahulu.

Namun pada hari ini pantai Florida ini lebih masyur dengan pantai untuk muda-mudi bertelanjang sambil menjemur batang tubuh kepada matahari. Dalam erti kata lain maksiat di pantai ini lebih dasyat dari pantai-pantai lain di dunia.

Bertepatan dengan waktu tengahari di Florida (hari ahad sewaktu kejadian) adalah jhari isnin kita di Malaysia dan lain-lain negaraa Asia. Kenapa hari isnin? Ruko'lah dan bersujudlah pada Allah swt dan dalam solat itu bertanyalah dalam hati apakah semua ini. Dengan izin Allah swt anda akan mendapat jawapannya.
Marilah sama-sama kita tingkatkan ketaqwaan kita terhadap Allah swt supaya hidup dan mati kita tetap pada jalan yang Allah swt redha'i. Selawat serta ssalam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw serta keluarga Baginda saw.

Sumber:

Isnin, 9 Januari 2012

Sekilas renungan

Apabila Anda Benar : Anda tak perlu marah

Apabila Anda Salah : Anda tak boleh Marah

- Mahatma Gandhi -

Khamis, 1 Disember 2011

Akhir tahun

Setiap akhir tahun akan dan semestinya asyik persoalan yang sama, adakah azam tahun 2011 semua tercapai? Kalau tercapai alhamdulillah dan sekiranya tidak tercapai, tahun 2012 adalah mangsanya!
Kali ini aku nak semua orang menggunakan konSep berbeZa. Kerana apa? mungkin azam tahun 2011 akan berulang untuk tahun 2012. Setiap apa yang telah berlaku adalah berpadanan dengan kemampuan yang dimiliki. Jadi dengan cara begini anda pasti tidak nampak penambahbaikan yang anda lakukan.
Kali ini aku nak korang semua senaraikan semua pencapaian yang baik yang pernah korang lakukan sepanjang tahun 2011!
Sebagai contoh, tahun 2011 korang bagi setiap bulan kepada ibu bapa anda. Untuk tahun 2012 kenapa anda tidak tambah baik pembawakan ini? Contohnya, azam tahun 2012, dengan duit gaji yang diperoleh, aku berazam untuk memberi peruntukan kepada ibu bapa untuk menunaikan umrah!
Tetapi malang memang tidak berbau apa-apa, tengok-tengok November tahun 2012 anda hanya mampu mengumpulkan separuh daripada peruntukan umrah mereka! Ini bukan menjadi masalah, tahun 2012 anda 'sponser' separuh tambang ibu bapa untuk menunaikan umrah!
Bagi aku ini adalah lebih baik daripada anda bawakan azam yang sama kepada tahun seterusnya!
Entry kali ini sekadar membawa otak anda mengimbas kembali perkara positif yang pernah anda lakukan. Ini adalah penting kerana dengan pengimbasan ini melatih diri sendiri jugak CPU badan untuk berfikir dan bertindak secara positif!

Ahad, 24 Julai 2011

Zikir Munajat - Ustaz Asri..


Sekadar berkongsi dengan pembaca muslim. Moga hati yang keras dapat dilembutkan, hati yang gundah gulana dapat ditenangkan, hati yang alpa dapat di diingatkan....

>> SELAMAT BERZIKIR MUNAJAT <<

Sabtu, 16 Julai 2011

Ramadan 2011


Alhamdulillah, tahun ini kita masih mampu dan diberi peluang untuk menyambut satu bulan yang penuh dengan berkat. Bak kata salah seorang ustaz di salah satu surau satu ketika dahulu, Bulan Ramadan adalah kebun atau ladang yang dikatakan tumbuh dengan pelbagai jenis buah dari buah yang kecil sehingga buah sebesar nangka. Buahnya manis, sedap dan sangat segar. Segala buah yang wujud di dalam kebun itu sentiasa berbuah. Dikatakan setiap 1 Ramadan, pagar kebun itu terbuka luas, siap disediakan lori untuk mengangkut segala buah yang ada di kebun itu. Pada setiap 30 Ramadan, pagar kebun itu akan di tutup.

Begitu lah perumpamaan yang boleh dilambangkan dengan bulan Ramadan. Seharusnya kita tidak sabar-sabar untuk melangkah ke bulan yang di katakan bulan yang penuh dengan rahmat, bulan pengampunan, bulan penuh berkat, bulan yang murah dengan pahala dan banyak lagi perlambangan yang diberikan pada bulan Ramadan ini. Pada bulan ramadan, kita hanya akan bertarung dengan nafsu sahaja, kerana pada bulan ini, segala syaitan dan iblis laknatullah telah dirantai daripada mengganggu manusia sejagat dalam mengabdikan diri pada Yang Maha Mentadbir. Pada ketika ini lah masanya kita untuk mendidik nafsu agar mendengar arahan kita.

Sehingga kini kita diberi peluang oleh Yang Maha Kuasa untuk mengecapi keindahan dan rahmat untuk menjejak Bulan Ramadan ini, kita harus bangga, bersiap sedia dan tidak sabar-sabar untuk melangkah Bulan Ramadan Al-Mubarak.

.:: SALAM RAMADAN AL-MUBARAK ::.

Ahad, 5 Jun 2011

Manusia sekarang!

Pernahkah anda semua mendengar “Yang membezakan haiwan dan manusia adalah akal”? Saya yakin dan percaya anda pernah mendengarnya dan anda setuju dengan klausa yang telah dikeluarkan sejak nenek moyang lagi. Secara peribadi penulis sangat menyokong dan sangat bersetuju dengan klausa tajuk ini. Satu lagi klausa yang biasa kita dengar adalah “darah sama merah, kita adalah sama”.
Mesti ada yang tertanya-tanya kepada tetiba je dua klausa dikeluarkan oleh penulis di pagi yang panas ini. Jujurnya penulis adalah seorang pemerhati, suka melihat riaksi, tingkah laku dan perbuatan seseorang. Apa yang penulis perhatikan hari ini sebenarnya anda tidak menyokong klausa yang diberikan! Saya yakin anda akan cuba menafikan. Buktinya, ada yang saya perhatikan sesetengah manusia suka membandingkan darjat dan pangkat yang dimiliki. Contohnya, ada satu cerita yang boleh dikongsi dengan pembaca bukan untuk bergosip dan menghina, tetapi sekadar memberi peringatan kerana nanti kita akan berada ditanah jua.

Saya pernah pergi ke satu tempat (tak perlu rasanya di maklumkan dimana), saya ni macam biasalah panggil akak a.k.a kak pada seseorang, tetapi dengan pantas jawapan tersembur keluar “Saya lebih pangkat daripada awak!, jadi panggil saya cik?” saya agak terkesima dengan lontaran peluru yang di berikan. Kata menyokong klausa yang diberikan, tetapi tetap membezakan pangkat.

Banyak lagi cerita-cerita yang boleh dikongsi, tetapi biarlah satu cerita ini cukup memberi peringatan kepada semua. Ingat kita akan masuk rumah bertanah dan berkumpul di padang mahshar dalam keadaan yang sama kecuali orang yang mempunyai banyak amalan dan tidak ego dengan pangkat yang dimiliki semasa mengembara di dunia yang fana ini!

Jumaat, 1 April 2011

8 Pembohongan Ibu kepadaku!

Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua. Ambil iktibar dariapdanya dan hayatilah sebaiknya kera itulah ibuku!

PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA

Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik. Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat mak seperti itu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak. Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur. Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT

Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan. Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental. Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum. Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."

PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak. Anehnya, mak menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu. Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."

PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."

PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser. Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini. Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!

Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!

Sumber : iluvislam.com

Isnin, 24 Januari 2011

Tasik Tiberia / Laut Galilee

Akhir-akhir ni disebabkan pengangguran melanda aku ni, banyaklah majalah dan buku aku telaah. Ada yang boleh dikongsi, aku kongsikan dalam blog yang tak seberapa. Sekadar memperingatkan diri sendiri dan juga pembaca sekalian. Yang terbaru adalah mengenai tanda akhir zaman.

Nabi Muhammad SAW menceritakan pengalaman Tamim Ad-Dari yang belayar dengan rakan-rakan beliau dan terbabas di sebuah pulau. Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memperkenalkan dirinya sebagai pengintip. mereka bertemu dengan makluk berbadan besar yang memperkenalkan dirinya sebagai Dajal.

Dajal : Beritahu aku berkenaan pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih berbuah?
Tamim dan rakan : Ya
Dajal : Tidak lama lagi ia tidak berbuah

Dajal : Bagaimana dengan Tasik Tiberia, adakah masih dipenuhi air?
Tamim dan rakan : Ya, ia masih dipenuhi air
Dajal : Tidak lama lagi airnya akan kering

Dajal : Bagaimana dengan mata air di Zugara, adakah airnya masih digunakan bagi mengairi tanaman?
Tamim dan rakan : Ya!, Airnya masih banyak dan digunakan bagi mengairi tanaman.

Dajal : Bagaimana dengan keadaan Nabi Muhammad SAW yang ummi?
Tamim dan rakan : Baginda berhijrah ke Yathrib
(Daripada rekod Muslim)

Pada masa sekarang Tasik Tiberia dikenali sebagai Laut Galilee di Israel-sumber air bersih Israel. Reuters bertarikh 14 Ogos 2001, memaparkan sebuah artikel yang bertajuk "Kekeringan Air Laut Galilee di Israel Memerlukan Mukjizat Untuk Pulih". Mengikut artikel tersebut, air Laut Galilee sedang berada pada paras 214.04 meter. lebih rendah daripada paras bahaya ditetapkan.

Jelas pada tahun 2001 air laut paras air Laut Galilee telah berada diparas yang membimbangkan. Sekarang 2011 iaitu 10 tahun telah berlalu, ape yang jadi kepada air laut tersebut? Sama-sama kita hitung, kira dan timbangkan. Sedarlah kita berada di hujung penamatan. Jadi apa tindakan kita?

Bacaan lain yang berkaitan:
Tatkala keringnya Tasik Galilee, Turunlah Nasbi Isa ke Bumi (Benarkah Bakal Berlaku 40 tahun lagi)
Antara Dajjal dan Sai Baba

Sumber :
Dewan Kosmik, Mac 2007, 'Tangan Manusia Merosakkan Alam", m/s : 12

Ahad, 23 Januari 2011

Fakta mengenai hujan (rain)...


Pakar-pakar menganggarkan air hujan yang turun dari langit ke bumi mencecah 513 trilion tan setiap tahun tanpa sebarang perubahan. Hal ini disebutkan dalam Wikipedia Encyclopedia bersumberkan daripada NASA dan Perangkaan Geologi Amerika Syarikat.

Dalam Al-Quran Surah Al-Zukhruf ayat 11 yang bermaksud, " Dialah yang menurunkan air dari langit mengikut kadar, lalu kami hidupkan bumi yang mati daripada air itu......". WAW!Begitu hebatnya Al-Quran yang di turunkan Allah berjuta-juta tahun yang lalu!

Sumber :
Dewan Kosmik, Mac 2007, 'Tangan Manusia Merosakkan Alam", m/s : 10

Jumaat, 14 Januari 2011

Soal Jawab Remeh-temeh tentang isu semasa tapi anda malu bertanya

13 Januari 2011 hari tu, aku ke airport Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Tujuan aku adalah nak p Kuala Lumpur untuk melihat dan melawat sambil meraikan hari lahir anak sedara aku yang pertama berumur 1 tahun. Aku pergi awal kat airport, jadual penerbangan aku dijangkakan pada jam 7.15 malam tetapi aku tiba di airport jam 5.15 petang, alasan datang awal adalah masalah sikit so kena datang awal. Boring giler aku kat airport tu, jadik aku pusing2 satu airport dan singgah di salah satu gerai buku kat ruang utama airport tersebut. Intai punya intai ternampak buku yang agak menarik minat aku ni bertajuk Soal Jawab Remeh-temeh tentang isu semasa tapi anda malu bertanya. Aku mula baca tu dari jam 6.00 petang sampai dalam kapal terbang. Sempat jugak aku menghabiskan setengah lebih.

Buku ini memang menarik. Buku ini berkonsepkan keagamaan, iaitu Islam. Apa yang tidak pernah difikirkan pun dibincangkan. Contohnya wanita mempunyai 3 jenis darah yang keluar daripada 'saluran' yang sama dan banyak lagi. Nak tau kena lah baca. Selepas aku baca tu, baru aku betol2 faham.

Selamat membeli dan selamat mengkhatam!

Khamis, 9 September 2010

SELAMAT HARI RAYA 2010

Di kesempatan yang penuh berkat ini, saya Tuan Mohd Nizam Bin Tuan Mustapa ingin memohon ampun dan maaf kiranya blog ini menyebabkan mana-mana pihak terasa hati atau terguris dengan kata-kata berbentuk tulisan ini. Segala yang tertulis ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggalkan kita jauh. Kalau ada pun mungkin untuk dijadikan tatapan dan peringatan kepada diri ini juga kepada pembaca blog ini sekalian.

Aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN kepada para pembaca blog ini yang sangat setia. Tidak lupa juga kepada para pensyarah yang sentiasa dalam ingatan ini, Prof. Dr. Zainodin Hj. Jubok, Puan Noraini Abdullah, Cik Khadizah, Puan Darmesah, Puan Suzielawati, Prof. Dr. Amran Ahmed, Prof. Madya Dr. Ho Chong Mun, Prof. Madya Dr. Jumat Sulaiman dan semua pensyarah Matematik dengan Ekonomi dan Matematik dengan Komputer Grafik Universiti Malaysia Sabah. Kepada rakan-rakan: Hilal Azmi, Mohd Arif Lokman Bin Azman, Faizal Rizmin, Faizal Suksis, Diana Desa, Ana, Izzi Khairani, Ida, Asma' Fathonah, Faqimi sepia, Hafiz Rashid sekeluarga dan semua rakan-rakan yang mengenali insan ini. Tidak dilupakan rakan pejabat sekalian, Puan Suhaila, Noriman Jaafar, Ahmad Saufi Mohd Nawi, Hasifah, Jibah, Linda, Hafizi, Baihaqi dan semua kakitangan ISME, FKP dan semua warga Universiti Malaysia Kelantan termasuk Prof. Madya Abdul Aziz Ab. Latif, Prof. Abdul Hamid Mohamed dan Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohd Nawi Ab. Rahman.

Diharap kita dapat lagi bertemu dan masuk ke ladang buah yang sangat lebat ini (bulan Ramadan) tahun depan 2011 atau bersamaan 1432H. InsyaAllah tahun depan usaha akan ditingkatkan untuk mengutip buah-buahan yang sangat lebat dipohon dalam ladang yang Allah sediakan kepada kita semua ini. INSYAALLAH....AMeEn....

Rabu, 11 Ogos 2010

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..

Pejam celik dan pejam celik, kini tiba Bulan Ramadan 1431 hijrah bersamaan tahun 2010. Kejap sangat masa berlalu. Aku ingin mengambil kesempatan yang terluang ini untuk mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA kepada pembaca blog ini, cpah, hilal azmi, arif lokman, burhan dan kepada semua pembaca blog ini sekalian. Ucapan ini juga tidak ketinggalan ditujukan kepada rakan pejabat aku saufi, emay, kak su, hafizie dan baihaqi. Kepada para pensyarah Matematik dengan Ekonomi (ME), UMS ; Pn. Noraini Abdullah, Prof. Dr. Zainodin Hj. Jubok, Prof. Dr. Amran Ahmed, Miss Khadizah dan semua pensyarah ME sekalian. Buat umi, abah, kak long, abe yus, alya, mak ju dan syakir. Pesanan ini ditujukan kepada diri ini dan kepada semua, ambillah peluang keemasan yang diberikan Allah kepada kita sebaik mungkin. Setahun hanya 30 hari sahaja. Ambil lah peluang ini sebaik mungkin. Jadikan Ramadan 1431 H lebih baik daripada sebelum ini.