tag line

tag line

Isnin, 11 Mei 2026

Kenali dan memahami diri sendiri

 Bismillah....

Dalam kehidupan dunia ini, pasti akan ada persimpangan yang perlu kita pilih. Sebelah utara ke, selatan ke, timur ke, barat kah dan setiap pilihan itu adalah berbeza setiap individu walaupun jalan cerita yang sama. Setiap manusia telah tertulis jalan cerita nya tersendiri oleh Allah sebelum kita dihidupkan lagi. Namun, pilihan yang dibuat tidak semestinya tepat dan betul. Kadang-kadang laluan yang difikirkan itu betul, namun dalam perjalanan pilihan itu didapati salah. 

Tidak perlu lah kita menunding jari mencari salah orang lain dek kerana nasihat diorang atau pengalaman diorang. Sepatutnya salah kan diri sendiri kerana itu pilihan kita iaitu mendengar nasihat orang dan mengikut. Tetapi, itu bukan kegagalan. Kita perlu mengambil langkah untuk muhasabah diri dan yang penting reda dengan kesalahan tersebut dengan mengambil kira itu adalah proses pembelajaran dan pengalaman diri.


Kita tidak akan selesai dengan menyalahkan orang lain kerana cadangan pilihan yang diberi tersebut. Ungkit kisah lama. Bermasam muka. Impaknya diri sendiri. Stress, serabut, tertekan dan kalau melibatkan dosa, secara langsung dosa yang diterima.

Ingatlah, kita bukan hak siapa-siapa pun. Akhirat nanti, engkau akan dibogelkan oleh Allah untuk dihisab. Ketika itu, hanya kitab amalan dan anggota badan engkau sahaja menjadi saksi mempertahankan engkau. Ketika itu, kita tidak akan dapat memohon ampun dan maaf serta bantuan daripada kaum kerabat. Hanya diri sendiri dan amalan sahaja.

Wallahua'lam

Sabtu, 9 Mei 2026

Roda kehidupan

 Bismillah...

Alhamdulillah diberi ruang untuk berceloteh dalam blog yang dah lama ditinggalkan. Siapa sangka yang platform ini sahaja mampu mendengar celoteh dan perkongsian aku. Niat aku bukan untuk mengajar atau menegur mana-mana pihak, tapi hanya untuk kembangkan perasaan dan hati sendiri untuk membimbing supaya berubah kepada lebih baik. 

Orang kata, platform untuk bercerita dan mengembangkan otak adalah dengan cara menulis. Tapi orang kata lebih berkesan adalah dengan menulis tangan. Kalau zaman dahulu, sebuah DIARI. Di situ lah tempat untuk meluahkan perasaan yang lebih spesifik. Suka, benci, crush, pandangan dan lain-lain yang lebih spasifik. Tapi aku memilih platform ini untuk menegur diri sendiri dan mungkin boleh membantu orang yang membaca tulisan ringkas ini. Sekadar muhasabah diri melalui tindakan diri mahupun tindakan orang lain.

Kali ini aku scroll Tiktok dan dengar teguran daripada Ust Wadi Annuar berkenaan dengan RODA SEBUAH kehidupan. Let me share the Tiktok link: 

https://vt.tiktok.com/ZS9W7Hc5q/

Perkara ini disokong dengan ayat Al-Quran menyebut yang bermaksud :

"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya" - Surah Al-Zalzalah


Itu lah kehidupan, ada ketika kita akan terhasut dengan syaitanirrajim dan kadang kala, kita akan berfikiran waras dalam setiap tindak tanduk kita. Apa pun, ingat lah, setiap apa yang kita kerjakan sentiasa dicatat oleh Malaikat yang ditugaskan oleh Yang Maha Melihat untuk mencatat setiap amalan kita. Moga kita dijauhkan daripada melakukan sebarang perbuatan tidak elok.

Selasa, 28 April 2026

Kehidupan yang penuh dengan drama

 Bismillah,

Sedar tidak sedar, setiap kita akan mengharungi suka, duka, naik dan turun sebuah perjalanan kehidupan. Ada ketika, manis dan indah. Ada babak yang sedih dan meruntun jiwa. Tidak ketinggalan adegan yang mendebarkan. Itu lah kehidupan.

Dalam mendepani perjalanan ini, pastinya diri akan tercedera, pihak kedua terluka dan ada pihak yang terbunuh kerana beberapa pilihan perlu dibuat. Namun, timbang tara dan penilaian perlu dibuat segera dengan mengambil kira risiko-risiko tertentu bagi memastikan langkah sentiasa bergerak dek pergerakan masa yang tidak pernah dan tidak akan terhenti. Penilaian risiko yang telah dibuat pula adalah sangat minimum yang mungkin diisytiharkan terlalu mentah bukan kerana mengikut emosi, tetapi disebabkan kekangan masa yang singkat dalam membuat keputusan.


Disini timbul pula isu takut mengambil tanggungjawab. Perlu diingatkan bahawa, apa sahaja perbuatan mahupun tindakan yang dibuat oleh diri sendiri perlulah berani mengaku "Ye, saya salah dan saya mohon maaf" atau "Alhamdulilllah, betul tindakan aku itu".

Setiap perjalanan hidup, kisah akan berbeza, tindakan berbeza dan pastinya keputusan akan berbeza. Ini kerana kematangan dan sejarah yang dilalui atau diteladani daripada kisah hidup orang lain akan membantu dalam membuat keputusan.

Tapi apapun, diharapakan semoga setiap perjalanan dan keputusan yang telah dibuat mendapat reda Allah dan semoga Allah membantu kita membuat keputusan yang tepat. Sentiasa berdoa kepada Yang Maha Membuat Keputusan Paling Tepat untuk membimbing kita. InsyaAllah.

Sabtu, 6 Januari 2024

Azam dan resolusi tahun baharu

 Bismillah,

Good morning!

Tak terlabat rasanya kalau aku ucapkan Selamat Tahun Baharu 2024!

Normal dalam kalangan kita bercakap dengan azam dan resolusi atas dasar perubahan sesuatu sebagai contoh perubahan kepada persekitaran (pindah ke kawasan perumahan baharu), perubahan masa (azam tahun baharu), perubahan personal (daripada bujang kepada berkeluarga) dan perubahan-perubahan lain. Setiap azam yang diwujudkan itu berlandaskan kepada perkara yang positif dan yang boleh memberi impak yang baik kepada diri.

Dalam posting kali ini, aku just nak berkongsi azam yang biasa berlaku iaitu azam perubahan masa  - AZAM TAHUN BAHARU. Azam tahun baharu yang biasa kita dengar dan tetapkan adalah untuk kurus, kurang gula dalam diet seharian, perbanyakkan ibadah dan sebagainya. Sedar atau tidak, azam tersebut adalah sesuatu yang baik dan sangat baik. Namun tiada pengukuran yang boleh dibuat.

Post aku kali ini bukan untuk bercerita berkenaan azam yang tidak dipenuhi dan sebagainya. Itu biasa kita dengar. Namun, posting aku kali ini berkenaan perkara berikut;

  1. Adakah kita mempunyai pengukuran bagi azam kita pada tahun baharu (boleh diukur dan dikira)?
  2. Adakah penetapan azam kita itu menyeluruh merangkumi faktor dalaman (fizikal, rohani, spiritual) dan luaran?
  3. Adakah azam yang kita tetapkan realistik dan bukan impian?
Pandangan aku, perkara-perkara di atas perlu ambil peduli dan ambil kira. Masih belum terlambat untuk kita tetapkan azam dengan kriteria seperti di atas.

Sebagai konklusi, pandangan aku penetapan azam tu tak perlu banyak namun biar realistik dan boleh dicapai. Untuk berubah kita perlu jadikan amalan dan insyaAllah ia akan kekal menjadi tabiat. 

Penutup, pernah tak kita terfikir untuk menatapkan azam berikut:
  1. Brisk walk, at least 2 kali seminggu.
  2. Ganti solat wajib yang pernah ditinggalkan sebelum-sebelum ini at least 5 waktu untuk seminggu?
  3. Solat jemaah at least 5 kali sminggu
  4. Solat hajat, tahajjud dan taubat at least 1 kali seminggu
  5. Khatam Al-Quran 2 kali setahun
  6. Baca at least 2 buah buku setahun
  7. Bersedekah setiap kali jumpa tabung/ orang mohon at least RM1
Sama-sama kita fikir dan kita amalkan.

Rabu, 1 November 2023

Ego vs Sombong

Dengan nama Allah, aku mulakan kalam di platfom dalam talian ini...

One of my friend asked me, kenapa blog ko campur aduk; english and malay. Secara rakusnya aku menjawab, this is my blog and it is depend on me untuk berkarya. Namun, aku tidak cukup rakus lagi dalam berkata-kata. Dengan sopannya aku menjawab, "Aku rasa bebas untuk berkongsi apa yang aku rasa dan fikirkan untuk berkongsi. Tidak terikat untuk mencari dan mentafsirkan apa yang aku cuba sampai kan." Kata lain, kebebasan untuk berkarya kerana pada aku blog adalah salah satu kaedah berkarya dengan berkongsi cerita dan pengalaman untuk dijadikan pengajaran dan sekadar berkongsi pandangan apa yang aku rasa mungkin boleh membantu. 

Aku galakkan korang untuk komen bagi pandangan kerana pandangan dan idea adalah sangat subjektif yang boleh membetulkan point of view (POV) aku atau pembaca lain.

Let us focus on our sharing topic on this post.


Can you differentiate
 between 'ego' and 'sombong'
Pandangan aku, kedua-dua perkataan ini mempunyai pertalian saudara but it may bau bau bacan I can say. Persamaan adalah both are negative words. Namun ada yang menyamakan kedua perkataan ini dengan keyakinan. Pada padangan aku, yakin (confident) adalah berbeza dengan ego dan sombong. Visual mungkin nampak sama dengan keadaan mendabik dada atau mengambarkan betapa hebatkan engkau. Keyakinan boleh diselitkan dengan keikhlasan dan kerendahan diri. Orang yang mendengar atau pihak ketiga boleh merasakan what category you are. Even if you pretent to be confident pun 3rd party can sense it.

I have a buddy who are so arrogant and ego. She think she are perfect and no one can be strong as she. When she facing bad condition, no one understand her and rudely speak out with 'sharp' word. She totally lost respect to the person who really taking care of her. Dia selalu berkata, no one can feel what she facing now. Her buddy really trying hard to comfort her with positive and motivation sentence such as;

"sabar lah, mungkin ada rezeki yang tidak disangka". 
"Rezeki Allah luas, mungkin dia tak nak bagi lagi."
"Mungkin Allah rasa bukan masa lagi. InsyaAllah akan datang. Beza lambat dan cepat"
"Rezeki takkan pernah salah alamat"

and many more sentence used to advise her. The objective is to make sure she feel that her bestie are really love her and taking care of her. She still ego, arrogant, rude and loosing respect. Maybe in her life, apa yang dia plan dan dia hajatkan semua tercapai. One word I can say, MANJA dan LEMAH. Whatever it is, I really do hope she will change someday. Speak politely and share what she feel. 

Yes, memang orang lain takkan rasa apa yang dia rasa but at least, appreciate those yang concern about you. Her bestie may anger or giving sort of order sometimes, but the objective only one, because her bestie really love her and really taking care of her. Remember, ego dan sombong takkan ke mana selain merosakkan otak dan tindakan ko. Just be positif dan appreciate those yang concern about you. Kalau musuh ko, mungkin dia bertepuk tangan sebab ko dah mula lalai dengan perangai angkuh ko tu kerana objektif dia untuk menjatuhkkan ko.

DO YOU THINK YOU CAN LIVE ALONE? 

Think about it buddy!

Sabtu, 25 Julai 2020

Semalam by Aina Abdul (covered by Faez Zain)


Semalam, diri ini bagai daun gugur
Lemah tak berkaki tak dipeduli
Terus engkau pergi, tinggal 'ku sendiri
Ditemani jasad ini
Berkali-kali kucoba untuk pergi jauh darimu
Setiap langkahku terhenti kerna jasad ini
Engkau pergi jua, tinggal 'ku sendiri
Dengan seribu calar ungu
Semalam, diri ini bagai daun gugur
Lemah tak berkaki tak disayangi
Terus engkau pergi, biar 'ku sendiri
Hilang, sepi, tak berbunyi
Berkali-kali kucoba untuk pergi jauh darimu
Setiap langkahku terhenti kerna jasad ini
Engkau pergi jua, tinggal 'ku sendiri
Dengan seribu calar ungu
Mana pergi janji dulu
Mana cinta sayangmu
Mana semua itu
Mana pergi janji dulu
Mana cinta sayangmu

----- End of Lyric ----

Serius, I really like this song and covered by Faez Zain. This song really deep and touch my heart. Yes, I realise that I am just human being given small heart and touched by anything related to whatever comes.

Thanks Faez Zain, you carry this song with sincerely and bring it really good.

Selasa, 14 Julai 2020

Ambience to study and work

Assalmualaikum dan salam sejahtera,

As we can see, banyak kedai hipster tumbuh bagai cendawan di seluruh Malaysia dengan pelbagai brand dengan pelbagai dekorasi yang bertujuan untuk menarik pelanggan untuk dijadikan lokasi meluangkan masa.

Pada masa yang sama, telah menjadi kegilaan manusia untuk menonjolkan diri dengan aktif nya ruang-ruang sosial media dengan gambar-gambar yang cantik dan indah dengan tujuan tersendiri seperti trend setter, tranding, branding dan apa sahaja tujuannya. Namun itu adalah niat masing-masing yang dirasakan yang boleh memuaskan diri sendiri dengan cara yang tersendiri.

Just a real picture, tiada niat nak promote 

Telah menjadi satu trending sekarang adalah dengan melepak di hipster shop atau kedai coffee sambil menyiapkan tugasan atau meluangkan masa bersama rakan-rakan serta keluarga.

It also happens to me, buying a cup of coffee, open Macbook and start doing work while listening to music. Very lovely and calm ambience.

Whatever it is, we have our own way of doing whatever we like. Bak kata kawan aku, life is too short to make yourself stress with problem and work.