tag line
Khamis, 24 Disember 2015
Deep inside, what is that? Want or don’t want?
Jumaat, 11 Disember 2015
Sesuatu yang subjektif
Dalam hidup ini, kadang-kadang apa yang kita jangka atau kita rancangkan tidak semua akan berjaya dan mengikut apa yang dihasratkan. Ia boleh berjaya dan boleh tidak berjaya. Dengan kejayaan yang dirancangkan kita akan rasa sangat gembira, sangat bangga. Namun dalam banyak-banyak perancangan pastinya kita akan menemui kegagalan.
Hasil daripada jangkaan atau perancangan ini akan timbul satu keadaan yang menghantui dan mengganggu gugat emosi serta badan a.k.a kesihatan yang dikenali PERASAAN.Perasaan ini adalah terlalu subjektif yang sukar difahami dan tidak boleh diukur. Tetapi kita sedar ia wujud dalam setiap makhluk dalam dunia ini tidak kira manusia, haiwan, tumbuhan atau apa sahaja yang wujud dan bernyawa di dunia ini.
Bila kita berjaya, kita akan gembira. Bila terluka, kita akan sedih sehingga menyebabkan air jernih dan bersih keluar di celah pancaindera penglihatan. Bila ia berlaku diluar kebiasaan, wujudnya perasaan malu. Sebagai contoh seorang jejaka cuba mendekati seorang wanita yang dianggap sebahagian daripada dirinya iaitu tulang rusuknya pasti perasaan itu menjamah diri dan apabila sudah mula diterima, pastinya timbul satu lagi perasaan ego.Dengan kepelbagaian perasaan dan timbulnya pelbagai emosi ini menunjukkan variasi dalam diri makhluk ciptaan terbaik Allah ini yang sangat unik. Sedar lah dalam kepelbagaian ini, kita perlu wujudkan satu perasaan lain yang boleh menenangkan emosi-emosi lain iaitu KETENANGAN dan MEMAHAMI.
Kedua-dua perasaan ini perlu ada dalam diri seseorang manusia supaya tidak timbul serta wujudnya satu perasaan yang negatif dan tidak sihat iaitu MARAH. Namun perasaan-perasaan negatif ini pasti dan perlu wujud dalam dalam diri agar tidak digelar sebagai manusia yang tiada perasaan tetapi kewujudan perasaan ini hendak lah di kawal supaya tidak menyelubungi nafsu yang boleh menjadi lebih parah yang boleh berjangkit kepada orang lain.
Dalam keadaan diri yang mempunyai 1001 perasaan ini, sebagai seorang Muslim senantiasa ingat pada Allah. Sentiasa menerima kada dan kada yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa ini kerana kita perlu sediar setiap apa yang berlaku ada hikmah dan sebab musabab. Percayalah Allah tidak akan menguji hambanya sekiranya hambanya tidak mampu.
Sabtu, 24 November 2012
Air Traffic Controller (ATC) SPA first stage
Khamis, 17 Februari 2011
Cikgu yang tak payah bayar gaji!
Memang susah. Memang susah. Betul lah kata orang nak dapatkan seringgit susah giler. Kalu nak membelanjakan 2 ringgit senang je. Sekali masuk kedai dah habis da. Itu adalah lumrah hidup, kalu tak lalui nya memang kita tidak sedar. Aku ingat lagi masa aku belajar dulu umi pesan, kalu nak makan, beli je selagi perut mampu menerima. Kalau tak cukup duit mintak je. Nasib baik aku masih ada duit pinjaman. Rasanya dalam 7 sem aku berada di universiti, sem 1 je aku mintak duit ngan umi. Mana taknya, mula-mula x tau cara nak beli tiket kapal terbang. Seingat aku masa tu tiket RM 800+ pergi dan balik dari KK-KL-KB-KL-KK!Jumaat, 14 Januari 2011
Soal Jawab Remeh-temeh tentang isu semasa tapi anda malu bertanya
13 Januari 2011 hari tu, aku ke airport Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Tujuan aku adalah nak p Kuala Lumpur untuk melihat dan melawat sambil meraikan hari lahir anak sedara aku yang pertama berumur 1 tahun. Aku pergi awal kat airport, jadual penerbangan aku dijangkakan pada jam 7.15 malam tetapi aku tiba di airport jam 5.15 petang, alasan datang awal adalah masalah sikit so kena datang awal. Boring giler aku kat airport tu, jadik aku pusing2 satu airport dan singgah di salah satu gerai buku kat ruang utama airport tersebut. Intai punya intai ternampak buku yang agak menarik minat aku ni bertajuk Soal Jawab Remeh-temeh tentang isu semasa tapi anda malu bertanya. Aku mula baca tu dari jam 6.00 petang sampai dalam kapal terbang. Sempat jugak aku menghabiskan setengah lebih.Buku ini memang menarik. Buku ini berkonsepkan keagamaan, iaitu Islam. Apa yang tidak pernah difikirkan pun dibincangkan. Contohnya wanita mempunyai 3 jenis darah yang keluar daripada 'saluran' yang sama dan banyak lagi. Nak tau kena lah baca. Selepas aku baca tu, baru aku betol2 faham.
Selamat membeli dan selamat mengkhatam!
Rabu, 12 Januari 2011
Aku = Ashraf Muslim?
Rabu, 8 Disember 2010
Terima Kasih Prof. Hamid...
Selasa, 7 Disember 2010
Final Presentation Internship Programme..
Kepada SME Corp. terima kasih terutama kepada En. Aminuddin, En. Roslan, En. Rozlan, Kak Su dan semua yang terlibat kerana menerima pelbagai alasan dan sebagainya. Biasalah menjadik orang tengah kepada SME Corp. dan pelajar ni, kena banyak sikit idea menipu ni. Maaf lah yer! Terima kasih atas hadiah yang terakhir En. Rozlan!
Kepada pelajar Internship, I will miss you all. Remember, jangan jadik macam ni lagi kerana masa depan yang jauh lagi sukar daripada sekarang. Satu lagi jangan menyusahkan orang! (gurau jelah..hahaha).
Satu lagi, sebelum terlupa kepada ISME, UMK. Terima kasih kerana mempercayai insan ini bagi menguruskan internship dan juga memberikan pengalaman yang tidak akan dilupakan.
Rabu, 20 Oktober 2010
BeRtUkAr!

Apa pun aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya detik 10 oktober 2010 aku telah berubah status atau dengan ayat lain bertukar! Sekarang aku perlu fokus adalah mencari kerja. Setakat ni apa yang aku rancang adalah kerja, kumpul duit pastu nak sambung master! Doakan supaya apa yang aku impikan ini menjadi kenyataan!
Selasa, 21 September 2010
My new digital camera Olympus µ-5010
Begini lah rupa kamera digital yang baru aku beli. Harga RM 699 (promotion) + RM 51 (cover protector) = RM 750. Kempem yang akan tanya ape yang free kan?1. voucher Kamdar RM 50
2. Extra battery
3. Memory SD 4G
4. Tripod
5. Mug company
Agak banyak ler. Kalu nak tau detail pasal kamera ni tengok la website olympus ni. Alhamdulillah akhirnya aku berjaya membeli kamera baru untuk konvo aku nanti.
Khamis, 9 September 2010
SELAMAT HARI RAYA 2010
pihak terasa hati atau terguris dengan kata-kata berbentuk tulisan ini. Segala yang tertulis ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggalkan kita jauh. Kalau ada pun mungkin untuk dijadikan tatapan dan peringatan kepada diri ini juga kepada pembaca blog ini sekalian.Aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN kepada para pembaca blog ini yang sangat setia. Tidak lupa juga kepada para pensyarah yang sentiasa dalam ingatan ini, Prof. Dr. Zainodin Hj. Jubok, Puan Noraini Abdullah, Cik Khadizah, Puan Darmesah, Puan Suzielawati, Prof. Dr. Amran Ahmed, Prof. Madya Dr. Ho Chong Mun, Prof. Madya Dr. Jumat Sulaiman dan semua pensyarah Matematik dengan Ekonomi dan Matematik dengan Komputer Grafik Universiti Malaysia Sabah. Kepada rakan-rakan: Hilal Azmi, Mohd Arif Lokman Bin Azman, Faizal Rizmin, Faizal Suksis, Diana Desa, Ana, Izzi Khairani, Ida, Asma' Fathonah, Faqimi sepia, Hafiz Rashid sekeluarga dan semua rakan-rakan yang mengenali insan ini. Tidak dilupakan rakan pejabat sekalian, Puan Suhaila, Noriman Jaafar, Ahmad Saufi Mohd Nawi, Hasifah, Jibah, Linda, Hafizi, Baihaqi dan semua kakitangan ISME, FKP dan semua warga Universiti Malaysia Kelantan termasuk Prof. Madya Abdul Aziz Ab. Latif, Prof. Abdul Hamid Mohamed dan Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohd Nawi Ab. Rahman.
Diharap kita dapat lagi bertemu dan masuk ke ladang buah yang sangat lebat ini (bulan Ramadan) tahun depan 2011 atau bersamaan 1432H. InsyaAllah tahun depan usaha akan ditingkatkan untuk mengutip buah-buahan yang sangat lebat dipohon dalam ladang yang Allah sediakan kepada kita semua ini. INSYAALLAH....AMeEn....
Khamis, 26 Ogos 2010
Alhamdulillah...

Tapi apa pun aku tidak sabar menantikan hari yang dijangkan itu. Aku mohon semuanya berjalan dengan lancar walaupun perancangan yang aku buat adalah tidak ler seperfect yang diinginkan. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat aku yang bakal menerima segulung ijazah di Konvo ke-12 nanti,TAHNIAH. Manakala kepada rakan-rakan yang masih belum konvo dan akan dijangkan konvo ke-13, tak pe mungkin rezeki korang lambat sikit sekarang, mana tau someday rezeki korang lagi melimpah daripada kami. Pepe pun teruskan usaha yang anda lakukan selagi semuanya dibawah restu ibu dan ayah.
Sabtu, 10 April 2010
Tiada isu....
Assalamualaikum....
ISU....ISU...mm...Rasanya kali ini tiada isu yang berbangkit. Asyik ada isu je. Kali ini, aku sekadar nak pos kan ape yang terlintas di kepala. Nak relaxkan otak. Huhuh...
Baru-baru ini aku agak sibuk dengan aktiviti buku prof. bertajuk “CONTEMPORARY READINGS ON ENTREPRENEURSHIP AND SMALL BUSINESS MANAGEMANT”. Buku ini adalah kumpulan jurnal-jurnal yang penah P.M. Abd. Aziz buat tak kira lah berseorangan atau pun berkumpulan. Buku ini bakal di lancarkan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan jika tiada arang melintang akan di pasarkan ke negara luar. Masih belum print lagi. Banyak lagi yang perlu dilakukan. Jujurnya agak susah nak mengeluarkan buku. Kerja aku adalah menyusun semua jurnal dari segi format dan kedudukan. Harapan aku agar buku tu berjaya di keluarkan, dipasarkan dan laku bak goreng pisang.
Hari ini, 10 April 2010 aku ke Rosmadi Optimitris, tempat buat spek. Aku plan nak buat spek, sebab power mata dah naik skit. Bukan saja-saja sebab ada kesan, asyik sakit kepala sangat-sangat. Kalu tiada halangan spek aku siap hari selasa atau paling lewat hari rabu. Tak sabar rasanya nak pakai spek baru. Habis la jugak RM 3++.
15 April 2010 aku akan ke Kuala Lumpur bersama nenek aku. 18 April 2010 pula aku akan ke Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Tidak sabar rasa nya nak kesana jumpa rakan-rakan dan para pensyarah yang di rindui. 22 April 2010 aku balik ke Kuala Lumpur dan 25 April 2010 aku akan balik ke Kota Bharu. Semua pergerakan dengan kapal terbang. Setakat ni aku plan nak uruskan konvo sahaja, yang lain belum dirancang lagi. Rakan-rakan jumpa di sana!!
Konvo masih lagi belum tahu tarikh. Aku dah tanya Prof. Zainodin iaitu salah seorang 'bapa' ku (pensyarah UMS). Apa yang diberitahu adalah belum di tetapkan lagi tarikh konvo ke-12. Apa yang aku tahu adalah tarikh yang dicadangkan adalah 9 Oktober 2010 hingga 11 Oktober 2010. Tapi tarikh tetap masih belum ditentukan lagi. Rakan-rakan yang tahu harap memamklumkan kepada saya dengan segera untuk urusan yang selanjutnya.
Rasa itu sahaja yang dapat aku coretkan. Apa-apa isu atau sekiranya aku berlapangan, aku akan cuba corekan apa yang patut. Terima kasih kepada pembaca blog ini. Harap anda tidak pernah jemu dengan blog yang sangat simple ini.
TERIMA KASIH...
Jumaat, 15 Januari 2010
Nik Aisyah Aliya???





Selasa, 10 Februari 2009
My new pendrive...


