tag line

tag line

Sabtu, 4 Julai 2026

Pengorbanan yang tidak ternilai

Assalamualaikum...

Masih aku ingat dulu - masa muda mudi dan remaja, 

"Bestnya dah kawin, boleh aku nak buat apa sahaja"
"I need freedom where I can do whatever I wanna do" 
"I need to arrange my life by my own"
"I want to travel a lot since I got my own salary"
"I ....... and I........"

Namun, bila mana aku berada dalam keadaan yang aku bayangkan sesuatu yang aku inginkan dan aku akan dapat. Rupanya, makin bertambah angka umur semakin besar peranan dan tanggungjawab. Bayangkan masa hadapan yang aku bayangkan itu sesuatu yang indah dan cukup dewasa untuk diuruskan. Tetapi apa yang benar-benar berlaku adalah luar jangka dan sangat meleset. Impian dan hasrat tinggal begitu sahaja.

The real is, semakin meningkat umur semakin engkau faham bagaimana dunia ini berputar dan mempermainkan engkau. Aku mula faham, persimpangan syurga dan neraka ko semakin sempat. Setiap apa yang engkau buat menentukan langkah kanan atau langkah kiri. Sinar neraka atau sinar syurga. Semua pilihan sendiri. 



Berkata benarlah walaupun pahit. Terima sahaja kada' dan kada' yang ditetapkan oleh Maha Esa. Hargai sesiapa yang sahaja terutamanya yang telah membawa engkau ke dunia ini. Aku pernah dengar dalam satu ceramah agama, engkau sendiri memilih untuk menerima dan merasai dunia ini sebelum engkau dihidupkan. 

Kadang-kadang diam itu lebih baik kerana dengan kata-kata boleh menyakitkan hati. Syaitan berusaha menghasut engkau untuk kemungkaran. Adakah engkau mahu memegang tangan syaitan untuk ke Neraka? Mintak jauh. Diam itu sakit sangat, tapi sekiranya engkau balas dengan kata-kata, adakah engkau puas? Adakah dengan kata-kata engkau, pasti tidak menyakitkan hati orang lain. 

"Ya Allah Ya Hakim (Yang Maha Bijaksana),

*Kurniakanlah aku hikmah dan kekuatan untuk mengawal lidahku. Didiklah hatiku agar lebih memilih untuk berdiam diri daripada berkata-kata perkara yang sia-sia, dan peliharalah aku daripada keinginan untuk berbalas-balas kata semata-mata kerana mahu menang._

Ya Allah, jadikanlah diamku itu satu bentuk zikir dan muhasabah diri. Lapangkanlah dadaku apabila mendengar perkara yang tidak menyenangkan, dan hilangkanlah rasa ego atau amarah dalam diriku untuk membalasnya.  Peliharalah hubungan antara aku dan sesama manusia melalui lisan yang terjaga. Jika aku perlu berbicara, izinkan aku hanya berbicara perkara yang baik dan membawa kebaikan, dan jika tiada kebaikan, bantulah aku untuk diam dengan tenang. Amin Ya Rabbal Alamin."


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ سَمْعِي، وَمِنْ شَرِّ بَصَرِي، وَمِنْ شَرِّ لِسَانِي، وَمِنْ شَرِّ قَلْبِي

 "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan pendengaranku, daripada keburukan penglihatanku, daripada keburukan lidahku, dan daripada keburukan hatiku." (HR. Abu Daud & Tirmidzi)


Ini lah dugaan yang engkau kena redai dan terima. Hargai parent engkau sekiranya masih ada. Kalau dah kembali kepada Allah, sedekahkan Al Fatihah dan berbuat baik bagi pihak mereka. Moga mereka bersyukur kerana melahirkan engkau dan bahagia di sana.

"Ya Allah ya Rahman ya Rahim,

Ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku. Balaslah segala jasa, lelah, dan keringat yang telah mereka curahkan buatku. Ya Allah, gantikanlah setiap titisan air mata, tekanan emosi, dan keletihan fizikal yang mereka lalui demi membesarkanku dengan ketenangan jiwa yang tidak putus-putus.

Ya Allah, sesungguhnya aku sedang berusaha melakukan yang terbaik buat diriku, keluargaku, dan juga demi menjaga kebajikan mereka. Campakkanlah rasa reda, tenang, dan lapang dada ke dalam hati ibu bapaku terhadap segala tindakan dan keputusan yang aku ambil. Jadikanlah mereka faham dan percaya bahawa apa yang aku lakukan ini adalah demi kebaikan bersama.

Ya Muqallibal qulub (Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati), tautkanlah hati kami dalam keredaan-Mu. Jauhkanlah mereka daripada rasa kecewa, sedih, atau salah faham.

Akhir sekali ya Allah, kurniakanlah mereka kesihatan yang baik di dunia, dan tempatkanlah kedua-duanya di dalam syurga-Mu yang tertinggi tanpa hisab sebagai ganjaran atas segala pengorbanan luar biasa mereka. Amin Ya Rabbal Alamin."



Amin, ya Rabbal Alamin...

Isnin, 11 Mei 2026

Kenali dan memahami diri sendiri

 Bismillah....

Dalam kehidupan dunia ini, pasti akan ada persimpangan yang perlu kita pilih. Sebelah utara ke, selatan ke, timur ke, barat kah dan setiap pilihan itu adalah berbeza setiap individu walaupun jalan cerita yang sama. Setiap manusia telah tertulis jalan cerita nya tersendiri oleh Allah sebelum kita dihidupkan lagi. Namun, pilihan yang dibuat tidak semestinya tepat dan betul. Kadang-kadang laluan yang difikirkan itu betul, namun dalam perjalanan pilihan itu didapati salah. 

Tidak perlu lah kita menunding jari mencari salah orang lain dek kerana nasihat diorang atau pengalaman diorang. Sepatutnya salah kan diri sendiri kerana itu pilihan kita iaitu mendengar nasihat orang dan mengikut. Tetapi, itu bukan kegagalan. Kita perlu mengambil langkah untuk muhasabah diri dan yang penting reda dengan kesalahan tersebut dengan mengambil kira itu adalah proses pembelajaran dan pengalaman diri.


Kita tidak akan selesai dengan menyalahkan orang lain kerana cadangan pilihan yang diberi tersebut. Ungkit kisah lama. Bermasam muka. Impaknya diri sendiri. Stress, serabut, tertekan dan kalau melibatkan dosa, secara langsung dosa yang diterima.

Ingatlah, kita bukan hak siapa-siapa pun. Akhirat nanti, engkau akan dibogelkan oleh Allah untuk dihisab. Ketika itu, hanya kitab amalan dan anggota badan engkau sahaja menjadi saksi mempertahankan engkau. Ketika itu, kita tidak akan dapat memohon ampun dan maaf serta bantuan daripada kaum kerabat. Hanya diri sendiri dan amalan sahaja.

Wallahua'lam

Sabtu, 9 Mei 2026

Roda kehidupan

 Bismillah...

Alhamdulillah diberi ruang untuk berceloteh dalam blog yang dah lama ditinggalkan. Siapa sangka yang platform ini sahaja mampu mendengar celoteh dan perkongsian aku. Niat aku bukan untuk mengajar atau menegur mana-mana pihak, tapi hanya untuk kembangkan perasaan dan hati sendiri untuk membimbing supaya berubah kepada lebih baik. 

Orang kata, platform untuk bercerita dan mengembangkan otak adalah dengan cara menulis. Tapi orang kata lebih berkesan adalah dengan menulis tangan. Kalau zaman dahulu, sebuah DIARI. Di situ lah tempat untuk meluahkan perasaan yang lebih spesifik. Suka, benci, crush, pandangan dan lain-lain yang lebih spasifik. Tapi aku memilih platform ini untuk menegur diri sendiri dan mungkin boleh membantu orang yang membaca tulisan ringkas ini. Sekadar muhasabah diri melalui tindakan diri mahupun tindakan orang lain.

Kali ini aku scroll Tiktok dan dengar teguran daripada Ust Wadi Annuar berkenaan dengan RODA SEBUAH kehidupan. Let me share the Tiktok link: 

https://vt.tiktok.com/ZS9W7Hc5q/

Perkara ini disokong dengan ayat Al-Quran menyebut yang bermaksud :

"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya" - Surah Al-Zalzalah


Itu lah kehidupan, ada ketika kita akan terhasut dengan syaitanirrajim dan kadang kala, kita akan berfikiran waras dalam setiap tindak tanduk kita. Apa pun, ingat lah, setiap apa yang kita kerjakan sentiasa dicatat oleh Malaikat yang ditugaskan oleh Yang Maha Melihat untuk mencatat setiap amalan kita. Moga kita dijauhkan daripada melakukan sebarang perbuatan tidak elok.

Selasa, 28 April 2026

Kehidupan yang penuh dengan drama

 Bismillah,

Sedar tidak sedar, setiap kita akan mengharungi suka, duka, naik dan turun sebuah perjalanan kehidupan. Ada ketika, manis dan indah. Ada babak yang sedih dan meruntun jiwa. Tidak ketinggalan adegan yang mendebarkan. Itu lah kehidupan.

Dalam mendepani perjalanan ini, pastinya diri akan tercedera, pihak kedua terluka dan ada pihak yang terbunuh kerana beberapa pilihan perlu dibuat. Namun, timbang tara dan penilaian perlu dibuat segera dengan mengambil kira risiko-risiko tertentu bagi memastikan langkah sentiasa bergerak dek pergerakan masa yang tidak pernah dan tidak akan terhenti. Penilaian risiko yang telah dibuat pula adalah sangat minimum yang mungkin diisytiharkan terlalu mentah bukan kerana mengikut emosi, tetapi disebabkan kekangan masa yang singkat dalam membuat keputusan.


Disini timbul pula isu takut mengambil tanggungjawab. Perlu diingatkan bahawa, apa sahaja perbuatan mahupun tindakan yang dibuat oleh diri sendiri perlulah berani mengaku "Ye, saya salah dan saya mohon maaf" atau "Alhamdulilllah, betul tindakan aku itu".

Setiap perjalanan hidup, kisah akan berbeza, tindakan berbeza dan pastinya keputusan akan berbeza. Ini kerana kematangan dan sejarah yang dilalui atau diteladani daripada kisah hidup orang lain akan membantu dalam membuat keputusan.

Tapi apapun, diharapakan semoga setiap perjalanan dan keputusan yang telah dibuat mendapat reda Allah dan semoga Allah membantu kita membuat keputusan yang tepat. Sentiasa berdoa kepada Yang Maha Membuat Keputusan Paling Tepat untuk membimbing kita. InsyaAllah.

Sabtu, 6 Januari 2024

Azam dan resolusi tahun baharu

 Bismillah,

Good morning!

Tak terlabat rasanya kalau aku ucapkan Selamat Tahun Baharu 2024!

Normal dalam kalangan kita bercakap dengan azam dan resolusi atas dasar perubahan sesuatu sebagai contoh perubahan kepada persekitaran (pindah ke kawasan perumahan baharu), perubahan masa (azam tahun baharu), perubahan personal (daripada bujang kepada berkeluarga) dan perubahan-perubahan lain. Setiap azam yang diwujudkan itu berlandaskan kepada perkara yang positif dan yang boleh memberi impak yang baik kepada diri.

Dalam posting kali ini, aku just nak berkongsi azam yang biasa berlaku iaitu azam perubahan masa  - AZAM TAHUN BAHARU. Azam tahun baharu yang biasa kita dengar dan tetapkan adalah untuk kurus, kurang gula dalam diet seharian, perbanyakkan ibadah dan sebagainya. Sedar atau tidak, azam tersebut adalah sesuatu yang baik dan sangat baik. Namun tiada pengukuran yang boleh dibuat.

Post aku kali ini bukan untuk bercerita berkenaan azam yang tidak dipenuhi dan sebagainya. Itu biasa kita dengar. Namun, posting aku kali ini berkenaan perkara berikut;

  1. Adakah kita mempunyai pengukuran bagi azam kita pada tahun baharu (boleh diukur dan dikira)?
  2. Adakah penetapan azam kita itu menyeluruh merangkumi faktor dalaman (fizikal, rohani, spiritual) dan luaran?
  3. Adakah azam yang kita tetapkan realistik dan bukan impian?
Pandangan aku, perkara-perkara di atas perlu ambil peduli dan ambil kira. Masih belum terlambat untuk kita tetapkan azam dengan kriteria seperti di atas.

Sebagai konklusi, pandangan aku penetapan azam tu tak perlu banyak namun biar realistik dan boleh dicapai. Untuk berubah kita perlu jadikan amalan dan insyaAllah ia akan kekal menjadi tabiat. 

Penutup, pernah tak kita terfikir untuk menatapkan azam berikut:
  1. Brisk walk, at least 2 kali seminggu.
  2. Ganti solat wajib yang pernah ditinggalkan sebelum-sebelum ini at least 5 waktu untuk seminggu?
  3. Solat jemaah at least 5 kali sminggu
  4. Solat hajat, tahajjud dan taubat at least 1 kali seminggu
  5. Khatam Al-Quran 2 kali setahun
  6. Baca at least 2 buah buku setahun
  7. Bersedekah setiap kali jumpa tabung/ orang mohon at least RM1
Sama-sama kita fikir dan kita amalkan.

Rabu, 1 November 2023

Ego vs Sombong

Dengan nama Allah, aku mulakan kalam di platfom dalam talian ini...

One of my friend asked me, kenapa blog ko campur aduk; english and malay. Secara rakusnya aku menjawab, this is my blog and it is depend on me untuk berkarya. Namun, aku tidak cukup rakus lagi dalam berkata-kata. Dengan sopannya aku menjawab, "Aku rasa bebas untuk berkongsi apa yang aku rasa dan fikirkan untuk berkongsi. Tidak terikat untuk mencari dan mentafsirkan apa yang aku cuba sampai kan." Kata lain, kebebasan untuk berkarya kerana pada aku blog adalah salah satu kaedah berkarya dengan berkongsi cerita dan pengalaman untuk dijadikan pengajaran dan sekadar berkongsi pandangan apa yang aku rasa mungkin boleh membantu. 

Aku galakkan korang untuk komen bagi pandangan kerana pandangan dan idea adalah sangat subjektif yang boleh membetulkan point of view (POV) aku atau pembaca lain.

Let us focus on our sharing topic on this post.


Can you differentiate
 between 'ego' and 'sombong'? 
Pandangan aku, kedua-dua perkataan ini mempunyai pertalian saudara but it may bau bau bacan I can say. Persamaan adalah both are negative words. Namun ada yang menyamakan kedua perkataan ini dengan keyakinan. Pada padangan aku, yakin (confident) adalah berbeza dengan ego dan sombong. Visual mungkin nampak sama dengan keadaan mendabik dada atau mengambarkan betapa hebatkan engkau. Keyakinan boleh diselitkan dengan keikhlasan dan kerendahan diri. Orang yang mendengar atau pihak ketiga boleh merasakan what category you are. Even if you pretent to be confident pun 3rd party can sense it.

I have a buddy who are so arrogant and ego. She think she are perfect and no one can be strong as she. When she facing bad condition, no one understand her and rudely speak out with 'sharp' word. She totally lost respect to the person who really taking care of her. Dia selalu berkata, no one can feel what she facing now. Her buddy really trying hard to comfort her with positive and motivation sentence such as;

"sabar lah, mungkin ada rezeki yang tidak disangka". 
"Rezeki Allah luas, mungkin dia tak nak bagi lagi."
"Mungkin Allah rasa bukan masa lagi. InsyaAllah akan datang. Beza lambat dan cepat"
"Rezeki takkan pernah salah alamat"

and many more sentence used to advise her. The objective is to make sure she feel that her bestie are really love her and taking care of her. She still ego, arrogant, rude and loosing respect. Maybe in her life, apa yang dia plan dan dia hajatkan semua tercapai. One word I can say, MANJA dan LEMAH. Whatever it is, I really do hope she will change someday. Speak politely and share what she feel. 

Yes, memang orang lain takkan rasa apa yang dia rasa but at least, appreciate those yang concern about you. Her bestie may anger or giving sort of order sometimes, but the objective only one, because her bestie really love her and really taking care of her. Remember, ego dan sombong takkan ke mana selain merosakkan otak dan tindakan ko. Just be positif dan appreciate those yang concern about you. Kalau musuh ko, mungkin dia bertepuk tangan sebab ko dah mula lalai dengan perangai angkuh ko tu kerana objektif dia untuk menjatuhkkan ko.

DO YOU THINK YOU CAN LIVE ALONE? 

Think about it buddy!

Sabtu, 25 Julai 2020

Semalam by Aina Abdul (covered by Faez Zain)


Semalam, diri ini bagai daun gugur
Lemah tak berkaki tak dipeduli
Terus engkau pergi, tinggal 'ku sendiri
Ditemani jasad ini
Berkali-kali kucoba untuk pergi jauh darimu
Setiap langkahku terhenti kerna jasad ini
Engkau pergi jua, tinggal 'ku sendiri
Dengan seribu calar ungu
Semalam, diri ini bagai daun gugur
Lemah tak berkaki tak disayangi
Terus engkau pergi, biar 'ku sendiri
Hilang, sepi, tak berbunyi
Berkali-kali kucoba untuk pergi jauh darimu
Setiap langkahku terhenti kerna jasad ini
Engkau pergi jua, tinggal 'ku sendiri
Dengan seribu calar ungu
Mana pergi janji dulu
Mana cinta sayangmu
Mana semua itu
Mana pergi janji dulu
Mana cinta sayangmu…

----- End of Lyric ----

Serius, I really like this song and covered by Faez Zain. This song really deep and touch my heart. Yes, I realise that I am just human being given small heart and touched by anything related to whatever comes.

Thanks Faez Zain, you carry this song with sincerely and bring it really good.

Selasa, 14 Julai 2020

Ambience to study and work

Assalmualaikum dan salam sejahtera,

As we can see, banyak kedai hipster tumbuh bagai cendawan di seluruh Malaysia dengan pelbagai brand dengan pelbagai dekorasi yang bertujuan untuk menarik pelanggan untuk dijadikan lokasi meluangkan masa.

Pada masa yang sama, telah menjadi kegilaan manusia untuk menonjolkan diri dengan aktif nya ruang-ruang sosial media dengan gambar-gambar yang cantik dan indah dengan tujuan tersendiri seperti trend setter, tranding, branding dan apa sahaja tujuannya. Namun itu adalah niat masing-masing yang dirasakan yang boleh memuaskan diri sendiri dengan cara yang tersendiri.

Just a real picture, tiada niat nak promote 

Telah menjadi satu trending sekarang adalah dengan melepak di hipster shop atau kedai coffee sambil menyiapkan tugasan atau meluangkan masa bersama rakan-rakan serta keluarga.

It also happens to me, buying a cup of coffee, open Macbook and start doing work while listening to music. Very lovely and calm ambience.

Whatever it is, we have our own way of doing whatever we like. Bak kata kawan aku, life is too short to make yourself stress with problem and work.

Sabtu, 4 Julai 2020

Makanan 'berangin'

Assalamualaikum...

Most of us, in whatever race having some kind of believe and taboo in their life. Macam biasa itu tak boleh dan ini tidak boleh. Makan itu boleh jadik camni dan kalau makan ni boleh menyebabkan anda jadik begini. Even they may said your body are full of angin and what so not.

Masakan tiada angin kalau pokok bergoyang? Then some researcher do some research on makanan boleh menyebabkan perut berangin. Makanan yang tidak seimbang dan sesuai dengan perut menyebabkan perut berangin dan sendawa. Ia terjadi disebabkan oleh gas (angin) atau masalah penghadaman.



1. Makanan yang tinggi serat
Makanan yang tinggi serat mengandungi bahan yang tidak boleh dicerna oleh usus manusia. Terdapat beberapa bakteria dalam usus manusia yang boleh menghasilkan enzim yang berfungsi menguraikan makanan tersebut dan nutriennya diserap bakteria dan usus manusia. Dalam penguraian tersebut, gas terhasil yang menyebabkan perut berangin

2. Air berkarbonat
Meminum air jenis ini menyebabkan masalah gastrik dan GERD - menyebabkan perut berangin.

3. Makanan masam dan berasid
Makanan ini menyebabkan gastrik berlaku dan menghasilakan simptom perut berangin

4. Kafein
Boleh menyebabkan penghasilan asid dalam perut yang menjadi punca kepada gastrik dan GERD

Orang tua selalu bagi tau aku bahawa aku ni ada banyak angin. All listed food ni sangat sedap dan selalu aku makan kecuali air berkarbonat. Tapi yang betul-betul aku tak boleh tinggal adalah kafein a.k.a kopi. I really can not start work without having a cup of coffee.

Anyway, it just reminds you all and shares with you on what in found online. 


Sumber: https://www.maskulin.com.my/rupanya-4-makanan-yang-biasa-kita-makan-ini-boleh-menyebabkan-perut-berangin/

The power of Doa, prayer and patients


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Let me share with you all something which is happening to my own super best friend. 

It just happens and I am really grateful because it really happens to her. She always comes to me and telling me everything regarding her relationship and what so ever. As her super close friends, I am just sympathy with what happened to her.



I always tell her that always pray to Allah and ask Him everything since He is Maha Kaya, Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Petunjuk and all 99 names. Wake up at midnight pray to Him. Cry and sincerely ask Him to give the light and show the truth. I also praying to Allah to give her guide and show to her what should she know.

Subhanallah, Allahuakbar. 

Today Allah granted her doa and she calls me and cries telling me what was happened. What I can do is give some courage words now and plan something make her happy, forget what makes her sad. I ask her to Sujud Syukur because of this. Yes, you are in pain now and maybe this is the last pain you have to go thru. InsyaAllah you will find the right happiness!

Selasa, 30 Jun 2020

Koordinasi dalam tugasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Siapa tidak pernah kerja berkumpulan? whoever you are, you need an extra hand to assist you or help you to speed up the process. Even from school level. Every single level, our boss, teacher dan siapa sahaja encourage us to work in a team.

Namun, working in a team must have coordination and support. A leader needs support and subordinate need good coordination and guide.

In my case, bila ko dah bantu dalam pelaksanaan tugas tapi others department call tak angkat, msg tak reply and emel tak balas, ko rasa?

Please consider others factor, appreciate others work and help in whatever you can do without against the rule. Just remember jangan susahkan orang kalau tak nak bantu dan yakin lah bantu orang, kelak kerja ko akan dimudahkan dan yang pasti pahala berganda yang sangat berguna diakhirat kelak!

Isnin, 29 Jun 2020

Am I a multitasking person?

Assalamualaikum and hai!

Cam biasa, dalam resume/ CV even masa interview pun we are likely say
'I am a multitasking person'

My simple question is, are you sure that you are multitasking person and really understand what is multitasking? Do you realise what is the consequences of the multitasking person?

For me, you may become whatever you wanna be and make sure you understand the consequences to be like. Don't just say whatever without understand and consider all angle of the things you had been said.

Ahad, 28 Jun 2020

Embarking new way of work!

Assalamualaikum,

This posting just a simple one. Sharing with you all about working from home! 

As we all know since COVID-19 attacking world, we have forced our institution and ourself to work with new normal which is working from home a.k.a WFH.

For me, this is a new turning point to change the new method and environment of working. The question is are we or our environment or our technology ready embarking the new normal?


This is just my humble opinion on what is going on;

  1. Too depending on the facilities provided by our institution - we do not have proper devices to work at home.
  2. Bad internet connection - when all of us not step on any inch from our house, we have a competitive internet network, effected those who are not really good on the internet connection at their house.
  3. Not a conducive environment - for families, they may be distracted by other factors such as kids, house duty and others. for single, distracted by pets, family demanding and others.
Three items listed is just a general example and just what I had faced. 

Whatever it is, for me this is a good step to really embark the new nature of work. It will always happen when we want to change!


WELCOME NEW WORLD! WELCOME TO NEW WAY OF WORK!


Disclaimer:
Ini hanya pandangan aku sahaja dan pandangan ini adalah berdasarkan apa yang aku hadapi dan apa yang aku lihat. Tidak menggambarkan keseluruhanya. Tiada niat atau maksud untuk mewakili mana-mana pihak. Sekiranya sama, ia nya adalah secara kebetulan sahaja.

Jumaat, 26 Jun 2020

Real story : Holiday at Semporna, Sabah

Bismillahirrahmanirrahim,

Let me write disclaimer dulu : 
Tujuan penulisan ini sekadar berkongsi pengalaman hidup dan menjadi pengajaran serta peringatan pada diri sendiri dan seluruh manusia a.k.a pembaca blog ini. Tiada niat untuk mengaibkan atau menjatuhkan mana-mana pihak. Cerita ini banyak diringkaskan kerana kisah itu telah aku lupakan dan aku telah maafkan semua pemain watak tersebut. Ending of this post, will share some what we will learn and I am encourage reader to take more positive view that might not see by me. Thanks. 

Selamat membaca!

1. I am Universiti Malaysia Sabah's student. Ramai tanya aku kenapa pilih UMS as your place to study? Tapi dalam posting ni aku tak nak jawab sebab aku nak cerita benda lain. Nak tau, nanti aku ada masa aku cerita so stay tune. hahahah.

2. Since aku dekat Sabah, I should explore more place. Orang kata time belajar la nak explore. As routine budak semenanjung belajar kat Sabah ni, kalendar akademik adalah sangat penting. Super penting. Kerana 2 helai kalendar akademik itu yang menentukan penjalanan aku sepanjang 6 bulan a.k.a 1 semester akademik. 

3. Ada apa dengan kalender akademik? Itu lah kami yang semenanjung nak BELI TIKET FLIGHT BALIK! hahaha. Kerana perancangan itu ada sub perancangan lain antaranya travel Sabah.

4. Cerita bermula kalau tak silap aku pada tahun 2 pengajian. 7 orang sekawan termasuk aku telah beli tiket awal-awal untuk balik semenanjung and we got banyak masa untuk travel. One of my friend suggest to go to SEMPORNA. We all know Semporna adalah tempat pelancongan and of coz all costing to travel there to agak mahal (masa tu student and bergantung penuh pada PTPTN).

5. Selepas berbincang panjang, we come out conclusion travel to SEMPORNA since one of our team bagi tau she have a friend there and willing bagi stay umah family and have a boat/ferry untuk hopping island! Kami dah memang berbunga gila masa tu and bermula la perancangan untuk travel. Study nak masuk island pe, kumpul duit, kosongkan space camera digital dan sebagainya.

6. Kami memang tak nak drive sebab nak travel from KK to Semporna orang kata makan masa more than 8 hours untuk travel using car termasuk berhenti dan sebagainya. So we plan using bas. My friend's friend bagi tau her uncle have a friend boleh bagi diskaun untuk tiket bas. Kalau tak silap aku, RM15 murah daripada harga tiket biasa.

7. Titik permulaan bad story happen. Nak dijadikan cerita masa tengah tunggu bas kat KK nak ke Semporna tu, tiba-tiba bas yang sepatutnya kami naik tu penuh and naik bas lain dan harga tidak seperti yang dijanjikan. We still positif and keep pujuk hati 'maybe this just unlucky day for us to get more lucky coming'. Bila sampai dekat bas, myself super shock! Condition bas yang sangat naif. Still positif, naik bas and unlucky again, aku duduk sebelah mak cik yang sangat berisi. Dah la seat tu sempit and worse mak cik tu bawak 2 orang anak; dia pangku and sorang lagi dalam umur 8 tahun. Korang bayangkan, seat saiz yang daily bas tu duduk 4 orang! 

8. Still take it positif sebab tengok family tu kesian jugak. Tapi sampai Semporna tu, perkh Allah je tahu betapa tak boleh tidur aku dalam bas, betapa tersiksanya dalam bas. Banyak benda berlaku dalam bas. Dengan anak dia buat hal, makanan aku pun aku bagi kat dia dan many more.

9. Sampai semporna tu waktu subuh, we pray subuh kejap. Pastu bila nak p rehat umah kawan tu, we plan ambik van je sbb tak nak susahkan family dia. Jam 5 pagi sampai. Sampai je umah family dia, kami diarahkan untuk senyap dan jangan pasang lampu. Yup we understand semua orang tengah tidur. Lelaki semua rehat di surau rumah berkenaan dan girl stay dalam 1 bilik. I take that opportunties untuk betul-betul rest!

10. Around 9 am, aku terjaga because rumah bising sbb semua orang dah sedar and they nak pegi pasar to buy ikan untuk lunch. Aku pun join skali. Sampai kat pasar aku tengok macam-macam jenis ikan ada dengan pelbagai warna. Kami dah terbayang-bayang makan ikan yang ada warna hijau, merah, biru dan sebaginya.

11. Tiba waktu makan tengah hari, unlucky devil things happend! Ada dua meja makan; satu meja penuh dengan lauk yang kami follow beli tadi dan satu lagi hanya ada ikan kering dan kicap. Guess what? kami kena duduk kat meja yang akan ikan kering dan kicap! Itu lah makanan tengah hari kami. Kami super shock and sedih gila, tapi lapar punya pasal makan je la with out 1 patah pun keluar.

12. Petang tu kami borak di laman rumah berkenaan dan meluahkan macam-macam cerita. My friend yang suggest stay sini pun menangis dan sedih; rasa bersalah mungkin. Kami pujuk; esok dah pergi pulau da, kita pejam mata je buat tak tau. Tetiba dapat jemputan daripada mak dan bapak sedara friend's friend.

13. Mula-mula ragu-ragu sbb takut happen again. Tapi kami pergi jugak since dapat jemputan. Rumah nya tak jauh sangat lebih kurang 1km. Kami berjalan ke sana and Alhamdulillah disambut baik dan dilayan sebagai tetamu. Macam-macam kami dijamu. Borak dan makan hingga matahari tenggelam. Kami dipelawa stay umah dia, tapi kami rasa tak elok stay umah tu sbb nanti apa pulak kata owner yang kami stay dah. Dengan berat hati melangkah juga kembali ke rumah tempat kami tidur.

14. Dipendekan cerita, esok nak pergi pulau dengan ferry family ini. Kami dah siap dengan barang-barang kat tangga dan tetiba-tiba hujan renyai-renyai. Terkejutnya perkataan yang keluar daripada mak cik dia yang stay rumah tu, "kereta semua baru basuh, ferry tak leh nak gerak sbb cuaca tak mengizinkan". Bayangkan 5 bijik kete tersergam indah di garaj parkir. Pak cik dia panggil van tapi kena bayar sendiri! Tak pe kami reda.

15. Bila van sampai, kami bersalam untuk keluar daripada rumah tu dan kami nampak daripada rauk wajah nenek dan atuk my friend's friend seolah-olah rasa bersalah and they say sorry if tak cukup.

16. Dalam van, kami tanya pemandu hotel atau boat yang boleh kami sewa nak kepulau esoknya. Driver bagi tau kenapa tak naik ferry owner umah tu, kami ckp alasannya cuaca. He said, ferry besar dan xde masalah alasan cuaca kecuali bot. Kami terkejut gila and driver tu nampak muka kami terkejut and my friend terus menangis. 

17. Bila sampai town, pemandu mintak maaf dengan kami dia tepaksa charge lebih sabab pak cik dia bagi tau untuk charge lebih sbb ada portion untuk pak cik dia. Bayangkan betapa sedihnya kami. My friend call one of senior kami untuk stay, and she willing bagi stay, tapi dia kata umah dia kecik je and we ok je.

18. The best part is, bila sampai umah senior kami tu, parent dia jamu makanan sedap and both parent kata dia akan stay umah anak dia kat area Semporna sebab rumah diorang kecik and nak bagi kami selesa. AllahuAkhbar! sangat berbeza dengan rumah yang kami duduk sebelum ini.

19. Kawan aku mintak maaf dengan kami semua and we said nothing to sorry since benda nak berlaku. Then kami enjoy sepanjang berada di Semporna.

Moral of the story:
1. Layan lah temu anda sebaik mungkin. Even Nabi pun mintak kita memuliakan tetamu.
2. Jangan berbuat jahat dan mengambil kesempatan terhadap kesusahan orang lain.
3. Peringatan : Langit tidak sentiasa cerah dan laut tidak sentiasa tenang.
4. Always take positif side even benda boleh menyebabkan kita sakit kerana Allah bersama orang yang sabar.
5. Tidak semua orang berperangai buruk.

Cerita ini telah diringkaskan dan tidak diperincikan kerana mungkin menimbulkan perasaan marah yang tinggi serta tidak menggambarkan keseluruhan komuniti tetapi perangai individu yang ada disemua tempat.

Lalai dengan kebahagian dan keseronokan dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Kita selalu perkatakan bahawa indahnya dunia ini dengan pelbagai keseronokan yang ada menyebabkan insan yang lemah seperti kita ini hanyut dan semakin lalai dengan fitrah sepatutnya. Sebenarnya kita alpa dengan keindahan yang 1 juta lebih baik daripada dunia yang kita hadapi iaitu SYURGA yang kekal abadi.

2. Kerana itu kita diberi nama manusia. Lemah dan mudah terpedaya dengan godaan syaitan kerana kita sedang menghadap betapa indahnya dunia yang kita duduki. Seronok dan bahagia selalu diungkapkan melalui mulut yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa.

3. Bagaimana kita nak mengejutkan diri yang terkena jampi dunia ini? Setiap orang mempunyai kaedah yang tersendiri yang hanya mampu sedarkan diri sendiri. 

4. Sama-sama kita mencari kaedah dan cara yang tersendiri supaya sinar yang sebenarnya kita nampak dihujung jalan itu adalah destinasi kita dan kita tidak tersasar menuju jalan selain ke arah cahaya sinar itu.

Sabtu, 26 Ogos 2017

yes or no?

Dalam perjalanan hidup, pilihan adalah sesuatu yang pasti. Pada pandangan kita, dua atau lebih pilhan yang ada kadang-kadang kita nampak ia adalah sagat baik dan bagus untuk diri dan keluarga sehingga sukar untuk membuat keputusan. Kalau dalam peribahasa lain, telan mati mak, luah mati bapak
Apa pun pilihan adalah mesti dibuat dan seharusnya tempat untuk mengadu adalah pada Yang Maha Esa. Secara ringkasnya sesuatu keputusan ditentukan oleh beberapa langkah.

1) Menggunakan akal.
Langkah ini adalah langkah yang biasa yang dilakukan oleh kita semua. Biasanya pada peringkat ini, pilihan yang ada adalah pilihan yang senang, ringkas dan tidak mengganggu gugat kehidupan diri dan masyarakat. Pada peringkat ini juga, sekiranya sukar untuk visualize kan pilihan yang ada, kita senaraikan dalam kertas pilihan yang ada kemudian senaraikan apa yang baik yang dapat diperoleh dan apa yang tidak baik atau kurang baik sekiranya kita pilih pilihan berkenaan.

2) Berdoa serta memohon agar mendapat pilihan yang terbaik
Sekiranya peringkat akal tidak cukup yakin, seharusnya kita berdoa dan memohon agar pilihan yang tersenarai yang bakal kita pilih adalah pilihan yang terbaik. Bagi umat Islam khususnya, Istikarah adalah adalah terbaik. Sentiasa buat istikarah agar pilihan yang akan di pilih adalah yang direstui dan dirahmati oleh Allah. Berdoa adalah salah satu cara untuk mendapatkan petunjuk agar pilihan yang dibuat adalah terbaik. Pilih lah waktu-waktu berdoa paling munajat antaranya waktu di antara dua khutbah jumaat, sewaktu bulan puasa dan sebagainya (sila rujuk waktu yang betul. ini adalah sekadar apa yang penulis dengar daripada ustaz atau mana-mana tempat yang mengajar Islam).

3) Tawakkal
Setelah kita membuat pertimbangan dan senantiasa berdoa kepada yang Maha Esa, tindakan seterusnya tawakkal. Yakin lah ujian atau pilihan yang diberi oleh Allah kerana Dia tahu kita mampu menangani dan boleh membuat keputusan yang sangat baik. Setelah segala usaha dibuat untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Persediaan fizikal, minda dan akal sudah disiap siagakan kini tinggal peringkat bertawakal. Ingat lah setiap apa yaang kita usahakan pasti di lihat oleh Yang Maha Esa, kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha

4) Terima ketetapan
Bila kita telah membuat keputusan, tiba-tiba kita rasa keputusan yang kita buat adalah salah tetapi sedarkah kita bahawa, semua yang berlaku adalah ketetapan Tuhan yang Maha Menentu dan Maha Esa. Apa yang berlaku adalah ujian bagi memberikan yang lebih baik dan yang terbaik kepada kita.

Apa pun pilihan yang ada, berusahalah untuk memilh yang terbaik. Ya, memang setiap apa yang berlaku adalah ketetapan Allah, tetapi kita sebagai hambaNya seharusnya berusaha untuk membuat pemilihan dan menentukan jalan yang difikirkan yang terbaik, Bak kata remaja, hidup baru lah rock kalau ada cabaran!

Jumaat, 25 Ogos 2017

Matang kah kita?

Tahun lepas 2016, sekarang 2017. Masa tidak pernah menunggu kita dan tidak pernah membenarkan kita menghentikan masa yang sentiasa bergerak. Banyak pepatah mengatakan 'Masa Itu Emas', 'Masa Itu Ibarat Pedang' dan sebagainya. Semua perumpamaan ini menunjukkan betapa pentingnya masa. Namun, kesedaran yang diberikan oleh manusia tidak pernah ditanam dan disumbat ke hati nurani kerana kita masih leka dengan syurga dunia yang sementara.

Persoalannya, adakah dengan masa yang sentiasa berdetik bermakna kita telah matang? Adakah masa sebagai kayu ukur kematangan? atau mungkin penanda aras kematangan di nilai dari segi rupa paras?

Pada aku, cara kita berfikir dan cara kita bertindak menujukkan kematangan yang ada pada diri kita. Terkadang tindakkan yang dibuat oleh kita dipengaruhi oleh emosi. Adakah ini dikira sebagai matang?


Setiap manusia mempunyai pemikiran masing-masing dan boleh memberikan definisi yang tersendiri tentang kematangan. In real case, she is unfollow me and unfriend me because member dia jelus? Adakah ini patut? Surprisingly when I ask who is your friend, she said ' I can't reveal who she is.' What the !@#$%&%*! Since she request for that, I am fulfill her request!

Rasional, I am still open to her if she still want me as he friend, add me back. Consequences are our relationship maybe not as current.
 
Adakah tindakan ini matang? 

Khamis, 24 Disember 2015

Deep inside, what is that? Want or don’t want?

Assalamualaikum,

Perkembangan dunia pada hari ini adalah selari dengan perkembangan generasi manusia yang tumbuh bagai cendawan. Sama ada secara reda, kemahuan, kehendak atau secara paksa ia pasti berkembang dan memenuhi dunia ini. Kalau secara paksa atau rela pastinya akan menyusahkan dan menghuru-harakan individu tersebut atau generasi seterusnya. Kesannya manusia semakin dan bertambah kejam dengan berlakunya pembunuhan kononnya untuk kesejahteraan ‘generasi’ seterusnya.

Sudah pasti insan ini tidak mahu tergolong dalam kalangan ‘pembunuh’ kerana insan ini mempunyai Islam sebagai agama yang menjaga gender yang kontra dengan insan ini. Namun dalam sudut hati insan ini, ada kemahuan untuk menambah generasi seterusnya secara reda dan mendapat pahala. Walau pun jiwa ini telah dimiliki dan telah dengan relanya menyerahkan kepada gender yang kontra yang memahami apa yang terbuku dan terkandung di dalam atau pun yang terpampang secara fizikal. Tapi perasaan dan hasarat ini terpaksa dipendam dan ditanam sedalam-dalamnya demi mendapatkan keredaan dan pahala yang berganda kerana destinasi akhir semua hamba Nya adalah akhirat yang bekalnya hanyalah pahala. Sakit dan pedih hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Memahami.

Dalam keadaan itu, beberapa perkataan telah dikeluarkan bagi mendapatkan restu namun ditentang dek kerana keberadaan gender tersebut. Insan ini terfikir juga apakah makna ini? Adakah keberadaan gender yang berbeza itu mempengaruhi seluruh keadaan dan situasi kehidupan insan ini sehingga boleh mengganggu gugat tanggungjawab insan ini kepada pengeluarnya?

Jauh disudut hati, insan ini sangat memerlukan gender yang bertentangan bagi melengkapkan kehidupan serta bagi memenuhi perasaan yang dinamakan cinta dan sayang kerana setiap makhluk dimuka bumi ini. Setiap orang pasti memerlukan perasaan itu bagi melengkapkan syurga dunia ini. Persoalan yang sering timbul, perlukan insan ini mengikut apa yang hati kecil berkata atau perlu mengikut apa dikehendaki oleh perestu?

Mungkin mereka mula memahami perasaan ini dengan memperbanyakkan kerja dengan perkara-perkara yang insan ini tidak mohon dengan menyua pelbagai benda. Namun hati kecil ini masih kuat dan utuh dengan perasaan perbezaan gender yang keberadaannya bukan di sini. Hanya Engkau sahaja tahu apa kesudahan cerita ini kerana insan ini sudah tidak sabar untuk melangkah ke syurga dunia tetapi masih tetap teguh ditentang oleh perestu.

‘Ya Allah, insan ini menyerahkan sepenuhnya hati ini kepada Mu bagi menentukan siapakah gender bertentangan terbaik buat insan ini walau pun deep inside only she is in mine!’

...Wallahuallam...

Selasa, 22 Disember 2015

5 Gelaja Diabetes yang sering tidak disedari

 


Selain tanda-tanda yang kerap dialami dan jelas seperti haus, kerap membuang air kecil atau kebas pada tangan atau kaki, gelaja-gejala yang menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada kadar gula darah ialah:

  1. Kulit berubah menjadi warna kehitaman terutama di belakang leher, siku atau buku-buku jari;
  2. Penglihatan berubah menjadi lebih tajam;
  3. Gatal-gatal pada bahagian tangan, kaki atau tapak kaki disebabkan kulit kering;
  4. Pendengaran terganggu; dan
  5. Berdengkur di mana lebih separuh penghidap diabetes berdengkur akibat gangguan pernafasan.

Sumber : iSihat | Oktober 2015 | Bil.96 | m/s : 16

Sabtu, 12 Disember 2015

Kenali Sifat Lelaki


Women, please take note, this is secret of men. Please do understand, but men also need to understand the other side which is women to make life better for Adam and Hawa's ancestry!

Sumber :
Majalah Maskulin | Vol. 169 | Oktober 2015