tag line

tag line

Jumaat, 22 Julai 2011

Cityliner yang teruk!



2 Hari sebelum balik KB

"Cik, boleh saya dapatkan tiket dari KT ke KB untuk hari selasa malam?" dengan sopan dan baik aku bertanya. Dengan tidak memandang aku yang beratur di depan kaunter Transnational terus berkata, " Tanya abang tu" sambil tangan menunjuk ke arah seorang lelaki dalam kontena yang sama. Aku selangkah kebelakang dengan tangan tergaru-garu di kepala. Dalam hati terdetik, kenapa akak ni tak bagitau je, tiket ada ke tak ada. Ah! lantak ar, janji selasa malam aku nak balik KB. Bila didepan abg tu, "Abang tiket balik KB ada ke tak?". "Ada dik, ada" sambil muka memandang akak yang mula-mula aku tanya tadi dan senyum sinis. Diorang ni ada skandal ke ape? Ah! lantak ar, janji aku nak balik KB. " Saya naik kat Batu 6, agak-agak 8.30 mlm sampai kat Batu 6 kan?" aku bertanya. "Tak dik, dalam 8.15 mlm, bas akan sampai sana, paling lewat 8.30 mlm".

Hari kejadian

Bilamana abang kaunter tu cakap bas akan tiba dalam 8.15 mlm, aku bersama 2 lagi sahabat aku bersolat maghrib di Batu 6, dengan harapan tak nak menyusahkan menyusahkan mana-mana pihak. Jam ditangan jelas menunjukkan 8.30 mlm. Setelah 1 jam menunggu, masih tidak menampakkan bayang. 8.45 mlm baru nampak bas cityliner. Bila tiba depan mata aku macam tidak percaya dengan bas yang tiba itu. Aku tunjukkan tiket bas kepada pemandu bas, "Masuk-masuk" kata pemandu bas dan pemandu kedua. Dalam hati aku, biar betol aku naik bas ni. Menyesal giler aku tak naik bas S.P. Bumi. Aku rasa bas S.P. Bumi seribu kali lebih baik berbanding bas ni.

Bayangkan bas yang kotor, berbau busuk dan sangat teruk giler. Sangat teruk! Dah ler penumpang dalam tu penuh sampai berdiri. Yang ada tempat duduk pun kongsi. Tempat duduk dua orang jadik 3 orang, tempat duduk 5 orang jadik 8 orang. Kesian aku tengok budak-budak yang kongsi. Tak kira yang berdiri lagi, ada 6 orang berdiri. Bayangkan macam mana keadaan mereka setelah 2 jam berdiri. Kompem sangat seksa. Bila di selidik, budak-budak tu naik bas dengan tambang RM20! Padahal tiket ke KB dari KT hanya RM14.40!RM5 pak cik bas tu makan. Memang pelahap giler. Kalu tak silap aku penumpang yang lebih ada dalam 10 orang. Ini bermakna duit haram pak cik tu dapat RM50. Macam mane pak cik tu bagi makan kat anak-anaknya. Tak terfikir ke? Dari makanan akan jadi daging.

Yang baik nya pemandu bas beri peluang kepada pemilik tiket untuk duduk. Yang menjadi lebih bingung adalah nombor tempat duduk adalah 1D, tapi kami duduk belakang sekali. Bila duduk kerusi pulak buat hal, tak leh nak tegak. Memang sial lah bas ni! Aku tak kisah sangat la, lagi condong lagi bagus, tapi macam mana penumpang yang berhimpit dikerusi paling belakang? (tempat duduk 5 orang, 8 orang duduk) Tidakkah ini menyiksakan? Rasanya ini adalah kali terakhir akan aku naik bas cityliner yang paling teruk pernah aku naik bas. Kalau bas bandar tu aku tak kisah sangat lah, dah memang macam tu skop tugasnya.

P/S:
Segala tercatat dan luahan dalam blog ini hanya lepas geram sahaja dan pandangan seorang penumpang dan pelanggan sahaja demi untuk keselesaan bersama! Diharapkan moga perubahan ini dapat dilakukan. Maaf sekiranya kata-kata dalam blog ini terlalu kasar. Tapi itu adalah hakikat yang dapat digambarkan keadaan bas tu.

Tiada ulasan: