tag line

tag line

Rabu, 27 Julai 2011

Tidak tenang dan berserabut!!!

Kali ini entry mengenai tidak tenang. Entah apa yang berlaku pada aku beberapa minggu ini aku pun tak tau. Asyik rasa berdebar-debar. Macam akan berlaku sesuatu rasa sangat tidak tenang. Rasa seperti nak serah bulat-bulat kepada Tuhan. Tetapi kita harus berusaha dahulu kemudian baru boleh serah bulat-bulat pada Tuhan. Tanpa usaha dalam diri, diberi nama putus asa. Tuhan sangat membenci orang yang berputus asa. Tetapi Tuhan lebih suka kepada seseorang yang berusaha hingga titisan terakhir. Bila mana kita berusaha dahulu, kita akan sedar kenapa dan apa akan terjadi. Semua itu adalah ketatapan Tuhan Yang Maha Esa. Cantiknya islam.


Entah apa yang aku bebelkan ini. Bilamana otak tidak seiring dengan jiwa dan anggota badan, begini lah jadinya. Entah apa yang aku merapu aku pun tak paham. Yang sejujurnya aku tidak tenang dan sangat tidak tenang. Sebelum kemerapuan lain keluar, aku rasa aku patut ending entry kali ini.

p/s:
pembaca sekalian, bantu lah aku. Aku perlukan ketenangan. Ada sape2 yang baik hati nak bagi tips? amat dialu-alukan. Terima kasih!

Ahad, 24 Julai 2011

Zikir Munajat - Ustaz Asri..


Sekadar berkongsi dengan pembaca muslim. Moga hati yang keras dapat dilembutkan, hati yang gundah gulana dapat ditenangkan, hati yang alpa dapat di diingatkan....

>> SELAMAT BERZIKIR MUNAJAT <<

Buntu...

Allah Maha Besar, setiap masalah ada jalan penyelesaian, tetapi bagaimana jalannya, kita seharusnya fikir dan menentukannya. Memang Tuhan tentukan setiap langkah kita, tetapi kita yang harus mengambil langkah untuk memilih jalan yang difikirkan terbaik. Sekiranya kita diberi dua pilihan jalan, mungkin kedua-dua jalan menuju arah yang sama atau kesudahan yang sama, tetapi adakah mungkin jalan A lebih berliku dan penuh dengan cabaran berbanding dengan jalan B?

>>BUNTU<<


Oleh itu, setiap pilihan yang datang seharusnya di timbang tara sebaik mungkin. Senaraikan buruk dan baik setiap jalan. Mungkin dengan cara ini pilihan yang dibuat akan dirasakan rasional dan terbaik dari segi akal. Tetapi kadang-kadang setiap pilihan yang ada mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Mungkin salah satu adalah mendapat restu daripada ibu bapa dan satu lagi adalah difikirkan terbaik pada diri.

>>BUNTU<<

Kadang-kadang juga ada dua pilihan, satu adalah samar-samar dan satu lagi adalah sangat terang dan akan nampak penghujung. Tetapi sekiranya pilihan yang terlebih keyakinan menyebabkan tersepak batu kecil, tersadung dan patah kaki!

>>BUNTU LAGI!<<

Setiap langkah dimulakan dengan nama Allah, insyaAllah jalan itu akan direstui dan dirahmati oleh Yang Maha Penyayang. Semoga langkah yang disusun ini dirahmati dan diberkati Tuhan!

INSYAALLAH!

Sabtu, 23 Julai 2011

Terlalu mudah percaya....

Apa yang akan diceritakan ini adalah merupakan satu kisah benar yang berlaku pada tahun ini (2011) dan pada bulan ini (Julai). Tempat berlaku adalah dirahsiakan, tetapi umumnya di Negeri Kelantan Darul Naim.

Sepasang makhluk Tuhan yang bernama manusia yang berakal bermotosikal telah singgah di satu kedai runcit di tepi jalan. Rasanya dalam perjalanan menuju Pantai Irama, Banchok.

Lelaki : awak, tolong belikan saya air kotak satu. Saya dahaga la.
Wanita : ok!

Lantas lelaki itu mengeluarkan satu not bernilai RM5.00. Teman wanita nya turun dari moto dan melangkah dengan masuk ke kedai runcit berkenaan.

tiba-tiba........

Lelaki itu memecut laju motosikal yang ditunggangnya sebaik sahaja wanita meninggalkan beberapa langkah daripada motosikal yang diboncengnya. Perempuan itu lantas berpaling dan kelihatan sangat tergamam. Wanita berkenaan terkedu dalam 1 minit. Kemudian...

Wanita : Abang tolong saya.....tolong saya..... (dalam keadaan menangis).
Pekedai : Kenapa dik?
Wanita : Dia curi bag saya! tolong saya bang (menangis tersedu-sedu).

Pekedai berkenaan hanya mampu melihat wanita berkenaan menangis. Niat hati ingin membantu tetapi tiada apa yang dapat membantu wanita berkenaan.

Pekedai : Apa ada dalam bag tangan awak?
Wanita : semua ada, IC, kad bank, lesen dan duit.
Pekedai : duit ada brapa?
Wanita : dalam RM200.
Pekedai : Dia boyfriend awak ke?
Wanita : Belum lagi (masih tersedu-sedu menangis)
Pekedai : dah lama ke awak kenal lelaki tu?
Wanita : baru je. 3 hari lepas jumpa di *****

Dalam hati pekedai berkenaan "Giler, baru kenal 3 hari dah boleh ajak kluar da siap bonceng motor dan peluk rapat giler"

Wanita : Bang, boleh tak tolong hantar saya, saya nak balik rumah.
Pekedai : Awak tinggal kat ne?
Wanita : P******* ****A

Pekedai berkenaan intai jugak la, mana tau ada kawan-kawan yang lepak kat kedai makan sebelah boleh tolong hantar wanita berkenaan. Tapi memang tiada rezeki wanita berkenaan.

Wanita : Camne ni bang, saya tiada duit nak naik bas (makin kuat nangis budak pompuan tu).
Pekedai : Camni dik, abg dah try intai kot-kot ada member abg yang lepak kat mana/terlalu. Tapi takde lah. Camni lah, adik duduk dulu kalu ada orang nak lalu kampung adik, boleh tumpang.

Lama jugak gak wanita berkenaan tunggu. Akhirnya ada seorang nak ke P**************A. Dia pun sanggup menghantar wanita berkenaan.

Cuba bayangkan, baru kenal 3 hari dah boleh percaya dengan lelaki tu. Siap bonceng peluk rapat-rapat lagi. Macam dah laki bini dah. Itu lah keadaan remaja zaman sekarang, memang di akui lelaki sekarang tidak ramai berbanding dengan wanita. Tetapi ingatlah kaum hawa sekalian, lelaki amat tertarik dengan perwatakan wanita yang lemah lembut dan ada perasaan malu. Ini adalah nasihat seorang wakil kaum adam kepada semua kaum hawa!

Kenapa?!


Entah kenapa, bila aku bangun pagi yang sangat tenang pada hari ini, aku dapat rasakan satu ketenangan yang menyirap menusuk kalbu. Entah kenapa, perasaan ini juga berselang-seli dengan perasaaan bersalah dan berdebar-debar. Adakah aku ada buat silap? Adakah aku akan buat silap? Ya Tuhan, kenapa perasaan ini berbaur. Kejap tenang dan kejap risau dan berdebar-debar. Adakah sudah tiba masa kita bertemu? Ya Tuhan, aku belum bersedia untuk bertemu Mu. Izinkan aku bertemu dengan bulan yang penuh berkat terdahulu untuk mengutip segala rezeki yang telah Engkau taburkan kepada hambaMu. Tetapi sekiranya ini sudah tercatat pada ketentuanMu, aku reda dan pasrah kerana aku tahu Engkau sudah menyusun dan mengatur jalan terbaik buat hambaMu kerana engkau hanya akan menyambut hamba yang telah Engkau tetapkan bahawa bersedia untuk bertemu Mu!

Ya Allah, tenangkan aku, murahkan rezeki ku dan panjangkan umur ku!