Dulu penulis dapat rasakan penulisan tesis ini adalah sangat membosankan dan menyusahkan diri, tetapi bila penulis tidak mengerjakan kan tesis semester ini, rindu pulak akan petikan jari jemari pada laptop dan kesibukan yang melanda pada diri penulis sehingga penulis tidak sempat makan. Jujurnya penulis benar-benar gembira dan rindu akan kesibukan penulisan tesis. Bukan apa, setiap petikan dalam tesis mempunyai sumber yang sahih dan benar yang bersumberkan buku dan journal bukannya internet. Itu adalah bergantung kepada penyelia masing-masing. Bagi penyelia penulis, Prof. Dr. Zainodin Hj. Jubok, beliau menegaskan bahawa sumber daripada internet kebanyakannya adalah kurang benar. Maklumlah dunia sekarang yang penuh dengan teknologi yang sangat canggih sehinggakan fakta pun dapat diputar belitkan dan diubah sesuka hati. Sekarang penulis hanya perlu meneruskan projek 2 iaitu bab 4 sehingga bab 6. Masalahnya data penulis ada sedikit masalah dan telah pun penulis berbincang dengan penyelia penulis. Cuma penulis belum mula lagi mengarang. Penulis berazam minggu depan penulis akan mulakan penulisan tesis penulis. Doakan penulis supaya dapat menyiapkan tesis dengan baik dan cemerlang dengan jayanya!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan