tag line

tag line

Isnin, 9 Februari 2009

Fuh.....Selamat!!!

Peristiwa ini berlaku di Indah Permai pada dua hari yang lepas. Waktu itu menunjukkan jam 7.30 malam. Aku bersama dengan rakanku,Arif keluar dari Kolej Kediaman Indah Permai ke Indah permai untuk mendapatkan makan malam. Aku bukan ape, kat kolej tu bukan takde kedai makan, tapi sangat mahal dan makanan berat je seperti nasi. Aku tak nak makan makanan yang berat. Bila makan makanan yang berat kompem lah ngantuk. Jadi aku ngan Arif decide naksahaja. Kalau kat dalam Kolej Kediaman Indah Permai, burger daging yang kosong hanya RM2.50!!. makan burger. Tapi burger yang kat depan kinabalu tutup awal atas alasan takde burger. So aku ngan arif jalan ke kedai burger dekat farmasi Aslam. Aku beli burger ayam+telur hanya RM3

Dalam perjalanan untuk balik ke bilik untuk meneruskan perjuangan dalam pelajaran, aku dan arif nak masuk melalui pintu belakang, malangnya jam menunjukkan 9.15 malam. Maka aku melalui jalan tangga di depan kedai basuh kereta. Awal-awal tu aku dah nampak line clear. Sebab sepanjang aku duk di negeri bawah bayu ini, Indah permai adalah merupakan salah satu daripada black area. Then, bila sahaja aku melangkah satu anak tangga, aku ternampak lembaga. Aku tak pasti ape benda. Sebab pada waktu itu, aku tak pakai spek. Bila kaki aku melangkah anak tangga yang kedua, baru lah aku dapat kompem kan lembaga tersebut adalah manusia yang memakai pakaian serba hitam. Aku dapat rasakan dia merenung kami yang berjalan. Sebab kitorang berada di bawah dan lelaki tersebut berada di hujung tangga atas. Aku buat tak nampak je laki tu. Aku kononnya sedang berbual-bual dengan arif. Pada hal pada masa tu there is no point to discuss. Dalam hati ini hanya tuhan sahaja yang tahu betapa bergeloranya hari ini. Risau yang teramat sangat. Risau mana tahu apa yang bakal dan apa yang akan berlaku.

Aku dapat rasakan bahawa lelaki ini tu merenung kitorang dari bawah sehingga kami sampai diatas. Bila sahaja aku searas dengan lelaki itu, aku melihat pada lelaki itu dan mata kami berlanggar, terbukti lelaki itu memang memerhatikan kami dari kami berada dibawah lagi sehingga kami diatas. Dah ler mata dia merah sangat. "yes?" lelaki tersebut menegur aku, jantung aku mula berdegup kencang. Aku dapat rasakan degupan jantung aku mula menggegarkan baju yang aku pakai pada waktu itu. Aku buat-buat tak dengar dengan teguran lelaki berkenaan. "Dik-dik sini kejap" lelaki berkenaan memanggil kami yang berjalan. Lagi lah jantung aku kalut dan kuat berdenyut. 'mati lah aku!!' itu sahaja yang terfikir dalam minda aku.

Aku lantas bersuara anak mengajak aref supaya berjalan laju-laju. Agak jauh jugak daripada lelaki berkenaan, aku menoleh kebelakang dan fuh. SELAMAT.

Alhamdulillah, segalanya selamat dan aku bersyukur bahawa tuhan masih lagi sayang kepada aku. Aku pelik kenapa pintu pagar KKIP ditutup jam 9 malam?Bila difikirkan hubung kait dengan situasi, mungkin UMS mengagak bahawa pelajarnya takkan keluar lewat malam atas alasan nak masuk balik kena jalan jauh. Sedangkan mana-mana manusia yang lapar, pasti akan keluar jugak. Tapi mungkin UMS berusaha untuk mengurangkan kemungkinan yang negatif.

Aku pernah jugak dengar bahawa security KKIP tak buat apa-apa atau dengan ayat kasar sikit, hanya tengok sahaja seorang pelajar UMS atau lebih spesifik pelajar KKIP di belasah dengan teruk tanpa mengambil tindakan di depan pintu pagar depan KKIP!!. Adakah ini dinamakan menjaga keselamatan? Mungkin fizikal dan mentality security patut kita kemaskan? Sama-sama kita fikirkan....

1 ulasan:

NIVYANFAZZA berkata...

jam 9 ditetapkan adalah for our safety...selepas jam 9 mlm, they know banyak jenayah berlaku...so kalau nak pergi makan kat luar, u have to stand on ur own feet kalau berlaku apa2!
security hanya kawal inside the hostel only, cannot outside.....
if they tolong pun not bcoz of their job but as a concern citizen..

*don't underestimate person before know everything*
by the way, safety first\
HUHU......wahaha