Minggu lepas, antivirus laptop aku buat hal. Tak dapat nak update. Geram betol. Pagi yang indah pada hari isnin kalau tak silap aku lah, aku bawak laptop ke library, kononnya nak buat assignment perhitungan berangka yang mesti dihantar pada esok harinya bersama-sama rakan yang lain. Tetiba aku nampak faizal, salah seorang rakan ku yang dari matrik lagi. Dia tu boleh di klasifikasikan hebat gak dalam bab membuang virus. Aku pun ape lagi suh dia buang virus. Lima minit kemudian, aku tengok laptop aku balik. Pelik bin ajaib, ada window yang suh aku install SPSS. Pelik gak, biasanya aku guna SPSS ok je. Tapi ini asyik keluar je. Kemudian aku try restart laptop aku, tetiba laptop tak leh nak masuk window sebabnya ada file missing. Mingkin faizal silap delete kot. Aku ape lagi call pak cik faizal tanya ape solution yang perlu aku buat supaya aku dapat setel up my work. Dia janji esok dia akan setelkan tapi dengan syarat aku mesti pergi bilik dia. Tapi masalahnya aku ada kelas dari pagi sampai petang, so aku tak bawak laptop. Aku tanya faizal samada dia datang library ko tak. Dia cakap tak mau datang. Alih-alih nampak dia kat library. Geram btol pak cik ni. Cakap berbelit-belit. Dia janji datang IP nak setel up kan my laptop sambil-sambil bincang assignment lab modelling.
Malam tu faizal dan diana datang, pak cik faizal install window kat aku punya laptop, tapi masih lagi kluar benda tu. Laptop boleh masuk window. Lastly aku terpaksa buat keputusan untuk format laptop aku. Aku risau, laptop aku ni pelik daripada laptop orang lain susah nak format. Tapi ye takye kena buat gak sebab aku nak buat tesis aku dan juga assignment aku. Malam tu faizal dan diana tidak sempat balik UMS, jadi faizal tidur di bilik aku dan diana di rumah kema. Malam tu jugak aku dan faizal format laptop aku. Malangnya kitorang tertidur. Bangun pagi esok macam tu jugak. Then aku buat keputusan untuk pergi format laptop aku kat UMTP. Malangnya technition UMTP cakap, diorang tidak sediakan service format laptop. Dia cakap, dia boleh tolong sekiranya dirang tidak sibuk. Hari tu diaorang agak sibuk. Jadi aku terpaksa hantar laptop aku kat kedai untuk format. Aku hantar laptop aku kat IP kat Kedai Warisan2u. Bayaran untuk format laptop hanya RM30 sahaja. Naw i have no choice then terpaksa hantar kat sana lah. Kebetulan kedai tu orang kelantan punya. Diorang bagi jaminan petang tu akan siap dan akan contect aku sekiranya siap. Petang tu aku punya tunggu panggilan diorang, tapi tiada jugak. Dah ler hari tu hari khamis. Esoknya hari jumaat, kedai tu tak bukak. Then aku sabar je lah menunggu. Hari sabtu baru aku pergi ambik. Rupanya benda tu dah siap lama, cuma diorang tunggu aku pergi ambik! Ni yang aku makin geram ni.
Tapi ape pun Laptop Compaq yang aku sayangi berjaya diselamatkan dan dirawat dengan baik. TQ WARISAN2U!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan