tag line

tag line

Selasa, 3 Februari 2009

Kaya dan miskin.

Dunia atau lebih spesifik dikenali sebagai bumi ini adalah terdiri daripada kehidupan dan bukan kehidupan. Kehidupan adalah seperti manusia, pokok, haiwan dan sebagainya. Manakala bukan kehidupan adalah terdiri daripada kereta dan benda rekaan manusia. Dalam dunia ini wujudnya pelbagai manusia dengan pelbagai warna kulit, pelbagai agama dan bangsa. Memang tak dinafikan dengan wujudkan kepelbagaian manusia ini, maka wujudlah pelbagai karenah dan tribulasi sesama manusia. Ada yang kaya dan tak kurang juga yang miskin. Benarlah kata hadith yang lebih kurang bunyinya, manusia masa akan datang kata Nabi, yang kaya mahu menjadi semakin kaya dan yang miskin akan terus miskin. Ini berlaku kerana wujudnya perasaan tamak haloba dalam diri manusia yang pada zaman nabi dahulu tidak wujud. Ini adalah salah satu tanda dunia yang penuh dengan suka-duka dan keriangan ini bakal berakhir.


Disini Penulis sekadar ingin berkongsi pengalaman penulis kepada para pembaca sekalian. Penulis bukan mahu mengatakan bahawa penulis betul dan pihak yang satu lagi adalah salah. Ini sekadar renungan yang sama-sama kita boleh ambil ikhtibar dan juga boleh dijadikan sebagai peringatan kepada penulis sendiri mahupun sahabat dan rakan pembaca sekalian. Penulis pernah mendapat pengalaman yang agak pahit semasa penulis dan rakan-rakan penulis menghabiskan masa kami semasa cuti tahun baru cina. Bagi penulis, pengalaman ini mengajar penulis erti kehidupan dan bagaimana mengatasi masalah ini secara berjemaah. Kami berasa seperti berada di tahanan. Bukan penulis nak mengutuk mana-mana pihak dan juga bukan nak sangat hartanya. Tetapi sedarkah manusia itu, segala hartanya datang dengan izin Allah. Cuma manusia sahaja yang sedar atau tak sedar sahaja. Penulis tak sangka perkara yang semacam ini boleh berlaku. Sepanjang penulis berada di sini iaitu di negeri dibawah bayu ini iaitu Negeri Sabah, bila sahaja tetamu menjejak kaki ke kawasan rumah mereka, lantas mereka menjemput dan meraikan dengan meriah, sampaikan penulis segan dan malu dengan sambutan yang mereka buat.

Tapi ini banyak peristiwa pada hari yang sepatutnya gembira yang penulis tidak dapat berkongsi di sini boleh dikelaskan sebagai menghalau tetamu dan tidak meraikan tetamu. Sedangkan tetamu yang datang rumah kita pun kita akan buat sesuatu sehingga tetamu yang kita gembira. Sebagai contoh, di rumah penulis di kelantan, waktu tetamu datang lah penulis dapat merasakan umi penulis buat masakan yang sedap-sedap yang pada hari biasa tidak mungkin penulis dapat rasa masakan tersebut. Banyak lagi peristiwa yang teruk berlaku sepanjang dua hari kami berada di rumahnya. Tapi penulis jadikan sebagai pengajaran. Nanti bila penulis mempunyai tetamu, penulis akan melayan tetamu penulis sebaik yang mungkin. INSYAALLAH...

Tiada ulasan: