tag line

tag line

Jumaat, 13 Februari 2009

Pengalaman....

Assalamualaikum...

Tadi aku terbaca blog salah seorang member aku yang masih belajar di UMS ini, ex-coursemate. Keadaan yang dia alamai sekarang aku pernah alami dulu. Waktu muda-muda dahulu. Aku ada komen sikit kat dia pasal isu ni. Ini adalah komen aku kat dia:
Mungkin benar kata-kata orang, sape yang masih tak bercouple dia mungkin seorang GAY. Tapi bagi aku, aku lebih suka fikirkan pelajaran. Sebagai seorang anak lelaki sulung, aku lebih utamakan pelajaran, dapatkan kerja dan sudaya upaya membalas jasa parent aku, walaupun aku sedar memang tak terbalas jasa mereka. jangan ambil kisah dengan kata-kata orang. Semakin kita melenting semakin cepat mulut tu bergerak. Jadi diam adalah cara bagi aku untuk menghentikan mulut yang bergerak ini. Biasalah tu, bila dah tidak diberi respond, lama-lama penat lah tu. Berenti jugak, cuma lambat dan cepat sahaja. Hanya diri sendiri sahaja tahu, bagaimana diri ini.

Memang tak dinafikan setiap manusia perlukan kasih sayang, cinta mencintai dan sebagainya. Cuma kita sahaja harus pandai meletak dan menyusun untuk dijadikan keutamaan dan yang tak penting letak kat bawah.kita tahu dan sedar sekarang seorang lelaki bersamaan 3 orang wanita (lebih kuranglah). So jangan risau, suatu hari nanti kita just pilih. As long as kita sedar dan tahu kita mempunyai saham dan kelebihan yang tersendiri.Apa yang penting bagi seorang lelaki adalah tanggungjawab. Utamakan yang lebih utama.

Aku sekadar memberi pandangan sahaja. Diterima atau ditolak bergantung kepada diri sendiri. Fikirkan dan ambil tindakan. Akhir sekali tetapkan pendirian. Sebab hidup ini mesti diteruskan. Jangan rosakkan diri atas alasan yang tidak munasabah. Teruskan makan keyang-kenyang, tidur dengan lena. Hidup mesti happy. Jangan buat Parent risau. Kalau fikirkan nak bencinta, bercintalah selagi tidak menggangu tanggungjawab yang lain. jadi Jangan kecewakan harapan diorang untuk meletakkan diri kita dihujung menara gading!

Itu adalah sekadar pandangan aku sahaja, bukan menyokong untuk bercinta mahupun menyokong untuk tidak bercinta. Sekiranya seseorang itu tidak pandai menyusun hidupnya, maka teruskan bercinta dan sekiranya tidak, lebih baik tidak bercinta. Aku bercakap berdasarkan kepada pengalaman diri sendiri.

Masa sekolah dulu-dulu. Aku pernah suka pada seorang budak perempuan yang baik dan cantik lagi, cinta aku pun turut terbalas setelah diluahkan. Kami saling suka-menyukai dan cinta-mencintai. Tetapi aku terlalu hanyut dengan syurga dunia sehingga pelajaran aku menyusut. Aku dimarahi oleh parent aku kerana kelalaian aku terhadap pelajaran aku. Aku membuat keputusan dan nekad untuk tidak bercinta buat sementara waktu sehingga aku mempu untuk membawa diri. Kerana aku sedar parent aku yang lebih penting daripada yang lain, selain daripada Allah dan agama. Aku ingin membalas jasa parent aku yang membesarkan aku dari aku kecil hingga aku dewasa dan masuk ke UMS ini. Aku sangat menyayangi mereka. Tanpa mereka siapalah aku dan tidak mungkin wujud aku didunia ini.

Buat umi dan abah ku TUAN MUSTAPA TUAN MOHAMMAD dan SARIMAH LATIF, aku sangat menyanyangi mu. Aku doakan mereka bahagia dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Tiada ulasan: