tag line

tag line

Isnin, 25 Ogos 2008

Perjalanan Ke Matopang, Ranau.

Sepanjang percutian untuk Pesta Konvo Tamu Gadang Ke-10 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini, penulis tak berkesempatan untuk memperbaharui isi blog ini, sekali lagi penulis mohon maaf. Ini adalah kerana 3 kekangan utama, masa, pelajaran dan kemudahan internet yang kurang memberangsangkan. Apa pun, terima kasih kepada sesiapa yang membaca blog yang penulis curahkan ini.

Kali ini, penulis ingin menwarwarkan perjalanan penulis ke satu daerah di peta Negeri Sabah. Nama kampung tersebut adalah Kampung Matopang. Kampung ini terletak di Daerah Ranau. Ranau terletak selepas kaki Gunung Kinabalu dan juga berada di atas sedikit dari Poring, kolam air panas dan air terjun di Sabah.
Perjalanan ini bermula dari jam 9.45 pagi. Penulis ditemani oleh tiga orang sahabat serumah. Tujuan dan misi perjalanan kami ini adalah untuk melancarkan perjalanan satu program yang akan bakal dilaksanakan oleh salah seorang sahabat penulis. Bagi penulis, perjalanan penulis kali ini adalah untuk merasai bagaimana kehidupan warga sabah, bagaimana kehidupan mereka, bagaimana keadaan mereka dan macam-macam lagi, dimana penulis ingin belajar dari segala pengalaman yang penulis bakal kutip nanti.

Perjalanan ke Matopang ini, agak susah dengan jalan yang berbukit-bukau dan juga jalan yang sangat tidak rata disebabkan permukanan muka bumi Sabah. Sampai di Pekan Ranau, kami singgah untuk membeli buah tangan kepada ketua kampung dan juga untuk mengisi perut yang telah berbunyi dari pagi lagi. Penulis jangkakan, makanan disana adalah sangat mahal kerana disana adalah kawasan pelancongan dan kondisi yang sangat sejuk kerana berada di kawasan kaki Gunung Kinabalu. Tanggapan penulis adalah salah sama sekali. makanan di satu restoren disana adalah sangat murah dan sangat sedap berbanding di Kota Kinabalu. Perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Kami tiba pada jam 11.15 pagi. Kami disambut oleh seorang ketua kampung disana. Kami dijemput minum air nescafe panas. Kami disambut dan dilayan dengan penuh mesra.
Kami dibawa oleh ketua kampung ke sebuah surau yang berdekatan dengan rumah beliau. Keadaan surau itu adalah sangat daif, serba kekurangan. Bekalan elektrik pula dicatu. Penggunaannya hanya pada waktu malam sahaja iaitu dari jam 6 petang hingga 6 pagi sahaja. Bekalan air pula menjadi salah satu masalah. Surau itu terletak ditepi muara sungai yang telah ditimbus pasir dan batu. Tetapi air sungai tidak dapat digunakan kerana sangat kotor. Sebenarnya batu dan pasir, dimana pembinaan surau dibuat adalah dari sekolah yang berdekatan.
Ketua kampung menceritakan bagaimana susahnya untuk membina sebuah surau yang kecil itu. Kawasan itu diminati oleh Pihak Gereja. Perebutan kawasan yang didirikan surau itu dengan Pihak Gereja. Pihak Kristian inginkan tempat berkenaan untuk mendirikan gereja. Beliau seorang sahaja berani melawan Pihak Kristian yang berpuluh-puluh orang didepannya dalam mempertahankan pembinaan sebuah surau. Beliau nekad untuk meneruskan perjungan untuk membina surau yang satu-satunya berada di kampung bernama Matopang. Ketua kampong menggunakan pihak polis untuk meleraikan kekusutan yang timbul. Akhirnya pihak polis mengishtiharkan tanah yang ditimbus itu bakal dibina surau untuk umat islam disana. Betapa bangganyanya penulis lihat dari air muka ketua kampung tersebut. Dengan kecetekan ilmu Agama Islam yang dianutinya, beliau sanggup untuk mempertahankan kedaulatan Agama Islam yang suci lagi bersih itu. penulis sangat menghormati beliau seadanya.

Beliau juga menceritakan, betapa ramainya umat islam disana bertukar agama disebabkan oleh ketiadan ustaz atau ustazah untuk mengajar penduduk islam disana. Penulis amat-amat sedih dengan kisah yang diceritakan oleh beliau. Selain faktor ketiadan imam disana, faktor kemudahan di dalam surau juga menjadi dinding yang kukuh sekukuh tembok besar di China. Ketiadaan benda asas untuk surau seperti kipas, sejadah, Al-Quran dan sebagainya. Yang paling membanggakan penulis, penghasilan surau itu adalah hasil daripada kutipan derma dan usaha warga islam kampung tersebut memungut derma dan memohon wang dari Jabatan Agama Islam (JAIS) dan MUIS Negeri Sabah. Lagi membanggakan apabila, ketua kampung mengkhabarkan bahawa 90% daripada isi dan wang untuk mendirikan sebuah surau yang kecil itu datangnya dari pihak UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS).

Setelah selesai perbincangan dengan ketua kampung itu, kami perlahan-lahan menundur diri disebabkan oleh kekangan waktu yang sangat-sangat tidak mengizinkan. Kami pulang pada jam 3 ptg. Dalam perjalanan pulang, kami singgah banyak tempat untuk menikmati keindah ciptaan Allah sambil bergambar.
Kami juga beristighfar pada yang Maha Esa dengan kekuatan yang diberikan kepada ketua kampung untuk mempertahankan Agama Islam yang penulis sendiri anuti seorang diri. Kami juga amat bangga dengan kekuatan ketua kampung tersebut. Disini penulis sedar dan insaf betapa nikmat dan bersyukurnya penulis dilahirkan di negeri yang islamnya dijaga. Hanya perlukan kekuatan diri sahaja untuk menjaga iman dalam diri. akhir kata, tepuk dada tanya imam. Kuatkan iman anda.

Rabu, 13 Ogos 2008

Malam penghargaan Debat Alam Sekitar 2008.


Buat kalian yang selalu membaca Blog penulis, penulis amat berterima kasih tidak terhingga kepada pembaca sekalian. Sebarang komen, penulis amat alu-alukan. Pertama sekali, penulis amat kesal kerana sudah seminggu blog penulis tidak di isi dengan maklumat terbaru, ini adalah kerana, penulis amat sibuk dengan urusan akademik penulis yang perlu di lakukan dengan seberapa segera yang boleh termasuk lah tesis.

Kembali kepada tajuk perbincangan yang utama, iaitu mengenai Malam penghargaan Debat Alam Sekitar 2008. Setelah 2 minggu berlalu, pihak Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah (HEP UMS) telah mengadakan Malam Penghargaan dan BBQ buat pengurusan pelajar (AJK) Debat Alam Sekitar 2008 bertempat di Dataran Anjung Siswa pada tarikh 13 Ogos 2008 pada jam 7.30 malam.

Antara jemputan pada malam tersebut ialah TNC HEPA, Prof. Dr. Amran Ahmed, Penolong Pendaftar HEP dan ramai lagi. Tapi malangnya, yang ingin dirai, AJK debat agak tidak ramai. Tetapi yang penting, majlis pada malam itu masih lagi berjalan dengan jayanya dan AJK yang datang pada malam tu sangat gembira kerana mereka diberi peluang untuk makan dengan banyaknya. Terima Kasih AJK yang tidak datang pada malam tersebut!! Aktiviti pada malam tersebut ialah berkaraoke, potong kek dan sesi bergambar bersama VIP (TNC HEPA).

Pada malam itu, macam biasa, ucapan penghargaan oleh En. Latif (Pengarah Debat Alam Sekitar 2008) dan Ucapan oleh Prof. Dr. Amran Ahmed (TNC HEPA UMS). Kemudian makan-makan bermula. Kami AJK pada malam itu, sangat gembira kerana dapat makan dengan kenyangnya, makannya pula sangat-sangat sedap ditambah lagi ayam dan ikan yang dibakar, perh!! sedap geng!! Sambil kami makan, dendangan lagu oleh para VIP berkumandang, termasuklah TNC HEPA UMS!!. Bukan sahaja makan ikan bakar dan ayam bakar, sosej, fish ball, crab, meehon goreng, nasi goreng dan banyak lagi yang penulis tidak mampu senaraikan semuanya.

AJK pada malam itu turut berkaraoke. Kami dibenarkan 'melalak' sampai jam 11 malam sahaja. kemudian, karaoke di hentikan sekejap kerana beri laluan kepada pemotongan kek. Kek coklat yang sangat sedap ini di sponser oleh sebuah syarikat. Juga penyampaian Sijil kepada AJK yang terlibat dengan Debat Alam Sekitar (DAS) 2008. (Afiq je sebagai wakil). Kemudian Sesi bergambar bersama VIP yang datang pada malam tersebut.

Setelah urusan rasmi siap, aktiviti karaoke diteruskan kembali. Ramai yang berkaraoke. Macam-macam jenis lagu di nyanyikan dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris, dari lagu rentak slow kepada dangdut, dari lagu dulu hingga lagu moden. Yang menariknya, bukan sahaja AJK yang mendendangkan lagu, malahan VIP yang lain turut berkaraoke. Tambahan lagi, semua VIP telah balik, tinggal kami sahaja. Lagi lah melalak. Bukan sahaja melalak, penari latar pun ada. Macam-macam gaya mereka tarikan.
Apabila semua selesai, kami diarahkan untuk menyusun kembali semua kerusi dimana kerusi itu diambil. kata orang malang memang tidak berbau, salah seorang AJK yang terlibat hampir-hampir pengsan kerana penat mengangkat kerusi. Bukan kepenatan, tapi sebab penyakit lelahnya datang. kemudian En. Hasmi telah menghantar ke hospital. Apabila semua selesai dan clear, kami pulang dengan pengagkutan yang telah disediakan oleh pihak HEP UMS

kami happy!!

Moral of the story, hati-hati dijalan yang licin dihadapan anda, supaya anda tidak tertidur di hospital!!

Khamis, 7 Ogos 2008

tesis oh tesis part 2...

Disertasi atau tesis telah di bahagikan kepada dua bahagian, dan dipanggil projek 1 dan projek 2. Ia dilakukan selama setahun iaitu pada tahun akhir. Projek 1 dibuat pada semester satu tahun akhir. Manakala projek 2 di buat pada semester dua tahun akhir. Pada projek 1 adalah untuk proposal; pendahuluan, methodologi dan objektif. Bagi projek 2, data analisis dan keputusan.
Tanggal 23 - 25 Julai 2008, kami mahasiswa/i Matematik Dengan Ekonomi dan juga Matematik Dengan Komputer Grafik diarahkan untuk membentang proposal di depan pensyarah-pensyarah matematik yang lain untuk diberi komen sebelum pembentangan yang sebenar. Pada hari tersebut, 10% akan diambil sebagai 'carry mark'. 90% lagi pembentangan yang sebenar pada akhir semester. Penulis di jadualkan untuk membentangkan proposal pada 25 Julai 2008 iaitu hari Jumaat. Pada masa pembentangan yang penulis lakukan, ada 5 pensyarah yang bakal dan akan komen proposal yang akan dibentangkan oleh penulis. Pada masa itu, agak gugup jugak lah, bayangkan 5 'senapang' yang menghala kearah penulis yang berada di depan. Tunggu masa untuk memuntahkan peluru sahaja.


Penulis cuba beranikan diri sahaja. Penulis cuba yakinkan diri bahawa " I'm the best!!" Dalam hati hanya tuhan yang tahu, macam-macam terfikir. Pada awalnya, hanya 3 pensyarah sahaja, tetapi, sedang pembentangan dilakukan, 3 pensyarah lagi masuk, yang memberi komen hanya 5 orang dan yang sorang lagi hanya melihat kerana, penulis punya tesis adalah dalam bidang statistik. Penyarah yang seorang tu adalah dalam bidang Matematik Tulen. Bila habis sahaja pembentangan, salah seorang daripada 5 orang pensyarah telah "memuntahkan" peluru yang boleh dikatakan 'peluru mati'. Kerana segala persoalan yang dilontarkan kepada penulis adalah berdasarkan data yang telah diberikan oleh syarikat kepada penulis. Penulis telah menyenaraikan 5 pembolehubah tak bersandar dan 1 pembolehubah bersandar dan dilabelkan sebagai Y. Y adalah Friability atau kerapuhan. Manakala pembolehubah tak bersandar ialah X. X ialah diameter, ketebalan, LOD (kandungan air) dan 2 lagi. (penulis lupalah).

Pensyarah tersebut bertanya, macam mana diameter diukur? Bagaimana menentukan kandungan air? Ubat ini untuk orang dewasa atau untuk kanak-kanak? bagaimana nak ukur ketebalan dan sebagainya. Pada masa tersebut, penulis hanya bersedia untuk menjawab berkenan method yang penulis gunakan. Penulis tidak tahu ape yang mahu dijawab. Maka penulis hanya mampu menjawab " saya telah menerima data yang tersenarai semua pembolehubah dan saya hanya akan menganalisis data-data yang telah diberiakan".

Disini penulis tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, memang adab pembentangan, mana-mana tempat pun pelbagai soalan akan diajukan. Disini penulis ingin merakamkan berjuta-juta terima kasih kepada pensyarah yang komen dan secara langsung penulis dapat belajar dimana, bila pembentangan dilakukan, tidak boleh hanya melihat dari satu segi sahaja, tapi seluruh bahagian mestilah dipertimbangkan bukan sahaja kepada method yang digunakan, bahkan data mesti di kaji. TERIMA KASIH SEMUA!!

Rabu, 6 Ogos 2008

Kelebihan sujud dari segi kesihatan badan!!

Asasnya sujud mempunyai dua jenis iaitu sujud fizikal. Sujud fizikal ini seperti yang dilakukan sewaktu solat, kepala di bawah, buntut di atas dan menghadap kearah kiblat (bagi Malaysia kearah matahari naik). Sujud spiritual pula adalah berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya.

Manakala dari segi perubatannya, umat islam diwajibkan sekurang-kurangnya lima kali sujud sehari.
1. mengelakkan pening kepala (migraine).
2. menyegarkan otak serta menajamkan fikiran seterusnya menguatkan mentality.
3. melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing).
4. mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan:
1. membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya (Dr. Mohd Osman Nasir).
2. membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen bandwomb). (Dr. Mohd Osman Nasir).
3. melegakan sakit hernia.
4. mengurangkan sakit senggugut ketika haid bagi seorang wanita.
5. melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan (high parts of the lungs).
6. mengurangkan kesakitan pada pesakit appendiks@spleen(limpa).
7. kedudukan sujud yang paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
8. meringankan bahagian pelvis.
9. memberi dorongan untuk mudah tidur.
10. menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut dan punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
11. gerakan otot-otot itu membuatkan otot lebih kuat dan elastic secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).
12. buah dada lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit dada (bagi wanita).
13. mengurangkan obesity.
14. memudahkan wanita bersalin dan organ peranakan akan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelembong perut (convulsions).
15. otak akan menerima bekalan darah yang baik (oksigen).
16. mengajar umat islam supaya rendah diri dihadapan Pencipta serta mengikis sifat sombong, riak, dan takabbur (secara psikologi).
17. elakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut (elak penyakit seperti Apoplexia Rupture of Blood Vessels dan Arte Ioseclerosis of Cerebrum) .

Begitu besar dan indahnya kuasa Yang Maha Esa. Dia menyuruh umatnya melakukan sesuatu bukan secara sia-sia. Jika dikaji banyak lagi faedah-faedahnya.

berjimat cermat itu amalan yang sangat-sangat baik!!

Universiti Malaysia Sabah juga dikenali sebagai UMS adalah sebuah universiti yang terulung dan telah dinobatkan sebagai sebuah universiti tercantik di Asia Tenggara. Secara tidak langsung UMS telah membawa nama Malaysia seiring dengan kejayaan yang dibawa oleh UMS. Maka, bagi terus melonjakkan nama Malaysia khasnya kemata dunia, UMS telah menambah pelbagai fasilitis seperti lampu, pokok-pokok dan sebagainya bagi mencantikkan lagi UMS.

Isu sekarang adalah DEBAT ALAM SEKITAR 2008. Kali ini penulis nak back up UMS. Penulis dapati ramai pendebat-pendebat dari 22 universiti yang terlibat dengan Debat Alam Sekitar tidak puas hati dengan banyak hal semasa UMS menjadi tuan rumah Debat Alam Sekitar (DAS). Sebagai mahasiswa UMS dan juga AJK dalam menjayakan Debat Alam Sekitar 2008, penulis terpanggil untuk menjawab segala persoalan yang dilontarkan oleh para pendebat sekalian.


Dari segi kediaman, penulis agak berpuas hati dengan UMS yang meletakkan semua pendebat dibawah satu bumbung. Ini adalah kerana memudahkan pendebat berinteraksi dan juga mengajar para pendebat menjadi seorang yang BERJIMAT!!.


Makanan pula, biasalah, mana-mana makanan bukannya murah, tambah lagi minyak yang melambong naik. that is normal. Lagi pun pendebat-pendebat dari semenanjung atau dengan ayat lain peniaga menganggap pendebat-pendebat yang petah berkata-kata ini adalah pelancong, maka ini adalah peluang mereka untuk mengaut lebih keuntungan.


Pengangkutan lambat???wujudkah persoalan itu?UMS telah membelanjakan banyak masa, tenaga dan wang demi kemudahan pendebat-pendebat sekalian. Macam pendebat-pendebat sekalian tak pernah alami kes yang seperti ini di setiap universiti. Yang penulis perhatikan dan lihat, pendebat sepatutnya bersyukur dengan kemurahan yang UMS berikan kepada kalian. Bagi warga UMS, kami menerima sedikit kesan daripada DAS.


Secara konklusinya disini, pendebat sekalian mestilah sedar dengan ekonomi sekarang. Penulis melihat seseorang pendebat sebagai seorang yang tahu semua isu-isu semasa dan juga perkembangan terkini mengenai isu-isu semasa dunia amnya dan Malaysia khasnya. Lagi pun sebagai warga negara Malaysia, kita mestilah menyokong dasar-dasar baru kerajaan bagi mengurangkan pengaliran wang keluar.

Selasa, 5 Ogos 2008

Tesis oh tesis part 1

semua orang tahu, untuk mendapatkan segulung ijazah maka, mestilah menyelesaikan disertasi. Disertasi tu dalam Bahasa Malaysia bagi tesis. aku pun secara tidak langsung terlibat dalam pembikinan sebuah buku yang digelar TESIS.


Tajuk yang aku pilih ialah Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penghasilan Pil Dengan Menggunakan Kaedah Kepelbagaian Regrasi (Multiple Regression). Semua orang pelik kenapa matematik berkaitan dengan Pil? Apa hubungannya? disini terjawablah semua persoalan yang terbuku di dalam benak fikiran semua yang masih lagi keliru dengan subjek matematik atau kursus matematik yang diambil oleh mana-mana insan yang bergelar ahli matematik.


Matematik adalah sesuatu bidang yang sangat-sangat luas. Sains boleh masuk, bukan sains pun boleh masuk. Dari segi bidang pekerjaan pula, sangat lah luas. Bahagian industri, perubatan, kejuruteraan dan banyak lagi yang tak mampu disebutkan.


Berbalik kepada tesis tadi, tanggal 18 Julai 2008, anak-anak kepada supervisor meminta untuk bentang proposal tesis depan supervisor (termasuk aku tu) untuk superviser komen sebelum di komen oleh pensyarah-pensyarah lain pada hari pembentangan yang sebenar. Yang membanggakan pada hari itu, supervisor memuji slide show dan juga isi kandungan dalam proposal yang aku punya. Agak ler bangga ckit.


Adik beradik aku yang lain banyak ler kena komen. Ada yang kurang slide, ada yang tak cukup isi, ada yang objektif yang overlap dan banyak lagi. Ape pun aku happy!!

Debat Alam Sekitar 2008!!

kali ini, Debat Alam Sekitar ke-18 berlangsung di Universiti Malaysia Sabah. Debat Alam Sekitar ini di taja oleh Jabatan Alam Sekitar. Ia berlangsung di UMS pada 25-29 Julai 2008. Secara tidak langsung, aku terlibat walaupun aku bukan seorang pendebat. Aku diberi tanggungjawab sebagai pengarah Pengangkutan Bahagian Pelajar.


Jujurnya aku agak risau dengan pertama kali ambik jawatan ini. sebab aku diberitahu kebanyakkan pendebat IPT Malaysia ni ada sedikit lebih permintaannya. Yang menyebabkan aku risau ialah tanggungjawab yang aku anggap agak berat kali ini. Tapi atas nama Universiti Malaysia Sabah dan juga atas permintaan seorang sahabat, maka aku beranikan diri dengan tanggungjawab ini.


Masa 1st meeting, aku di arahkan ke bilik meeting eksekutif di anjung siswa, lagi-lagilah aku berdebar-debar. mana taknya, calang-calang manusia je yang dapat masuk bilik meeting tu. Masa tu aku hanya seorang yang amat-amat kerdil, tengok depan semua pegawai UMS, tengok sebelah kiri dan kanan, semua pendebat yang agak hebat jugak.


25 Julai 2008, hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Pada awal tarikh, aku agak tidak terlibat kerana ada urusan yang harus aku lakukan terlebih dahulu. tapi takpe, aku difahamkan bahagian sambutan telah mengambil tanggungjawab sementara. lega lah kiranya, tapi petang tu, aku terpaksa stay kat sana, sebab aku difahamkan ada taklimat kepada AJK dan juga pendebat semua di Dewan Bankuasi, Dewan Censelor. maka bermula lah tugas pertama ku. Tetiba hujan renyai-renyai pulak!! sakit hati betul. tapi tak pe, aku akan uruskan dengan sebaik mungkin. malam itu, 2 bas disediakan kepada pendebat, 1 bas kepada hakim-hakim dan satu bas kepada AJK.




26 Julai 2008, hari yang kedua, pertandingan debat di buat di SKTM (Sekolah Kejuruteraan & Teknologi Maklumat). Semua agak berjalan lancar. Sama juga lah dengan hari yang ketiga, 27 Julai 2008. tempat yang sama.


28 Julai 2008, hari isnin, maka bertukar tempat. pertandingan diadakan di SSMP (Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan). Di SSMP, berlangsungnya suku akhir. disini lah berlakunya kekalahan UMS.


Dari segi pengangkutan selepas habisnya pertandingan suku akhir, agak kelam kabut dengan ada yang AJK terpaksa bergerak awal untuk persediaan tempat ke SMK Likas dengan SMK All Saints. Kedua sekolah ini adalah tempat dimana separuh akhir akan berlangsung. Kerana ketidak cukupan bas kepada peserta untuk bergerak ke dua-dua sekolah. aku terpaksa membuat keputusan untuk tunggu bas yang satu lagi, nak gerakkan satu dulu, nanti yang tak dapat bas dengki dan juga untuk keselesaan pendebat-pendebat yang bakal menjadi penonton nanti.


Hari yang terakhir, 29 Julai 2008 berlangsungnya Pertandingan Akhir Debat Alam Sekitar ke-18 yang berlangsung di Dewan Resital, UMS. Di sini pun pening jugak lah, sebab ada yang hakim akan balik, pendebat pun sama.


Agaknya 30 Julai boleh lah aku tenangkan hati, tapi malangnya terpaksa uruskan pendebat dan hakim untuk diorang hantar ke airport. pening btol!!


Tapi takpe, tiada masalah, disini aku belajar banyak benda, yang paling utama ialah, macam mana nak munguruskan sesuatu benda dengan cepat tanpa membazirkan sumber yang 'mahal'. aku juga belajar macam mana nak menjaga hati orang lain dan bagai mana nak menguruskan tetamu. banyak lagi aku belajar.


Jika diberi peluang, aku masih lagi mahu terlibat dengan sebarang aktiviti because i'm enjoy to handle it!!