Assalamualaikum...
Semenjak H1N1 atau lebih menggerunkan, digelar SELESEMA BABI menular di sekitar kampus utama Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini, aku menjadi semakin risau. Sebabnya semakin hari
semakin ramai yang demam dan tidak sihat. Secara tidak sengaja, pada suatu malam aku dapat merasakan diri semakin tidak sihat. Demam yang sangat kuat. Maka, aku ambil keputusan untuk tidur awal bagi menghilangkan demam. Aku cuba berfikiran positif dengan menganggap demam yang aku alami adalah demam biasa sahaja. Alhamdulillah esoknya aku kembali sihat. Memang tak sangka. Sebagai langkah pencegahan, UMS atau lebih jelas lagi Sekolah Sains dan Teknologi (SST) telah memberikan mask atau topeng percuma kepada para pelajarnya bagi mengelakkan menularan H1N1 di kalangan warga mahasiswa UMS. Ini adalah langkah yang sangat baik yang dimulakan oleh pihak UMS. Tahniah!!
Satu lagi kes yang jelas sekarang adalah masalah JEREBU, dalam minggu ni jerebu yang kurang jelas kelihatan dulu semakin jelas dan nyata. Dulunya pada waktu siang, daripada kampus utama UMS, puncak Gunung Kinabalu jelas kelihatan. Tetapi sekarang, tidak kelihatan dek kerana dilitupi dengan 'kabus' yang digelar jerebu yang sangat membahayakan kesihatan
sejagat. Aku pun dapat rasakan dan menerima tempias daripada kesan jerebu. Kadang-kadang aku dapat rasakan kesukaran untuk menarik nafas, sakit kepala, pening-pening dan sebagainya.
Usaha SST dalam melancarkan atau mengedar topeng muka dikalangan mahasiswanya adalah langkah yang sangat baik dan patut dipuji. Ini adalah kerana selain mengelakkan penularan jangkitan Selesema babi juga membantu mahasiswanya menerima impak daripada jerebu. TAHNIAH DAN TERIMA KASIH!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan