tag line

tag line

Ahad, 2 Ogos 2009

Semester yang agak teruk...

Assalamualaikum...

Memang tak sangka, semester ini adalah semester akhir bagi aku. Itu adalah sesuatu yang boleh aku gambar bahawa aku adalah gembira. Tapi seperti biasa, laut yang tenang jangan sangka akan terus tenang, geloranya pasti akan datang. Lambat dan cepat itu adalah persoalannya. Dalam keadaan yang aku boleh kelaskan dalam keadaan yang gembira bertimbun-timbun gelora yang datang;


GELORA PERTAMA
Pada awal semester buka, aku diuji dengan kesukaran untuk mendaftar kursus. Entah apa yang berlaku, aku tak pasti. Ini bukan salah pihak lain sahaja, tetap salah aku jugak. Biasalah manusia tidak akan digelar manusia sekiranya tidak melakukan sebarang kesilapan. Dalam masa seminggu, aku dapat setelkan masalah aku ni.


GELORA KEDUA
Kelas yang bertembung. Masalah ini aku dah kemukakan kepada pihak yang bertanggungjawab, tetapi yang menjadi masalah adalah kedua-dua pihak tidak mahu bekerjasama hingga ada pihak yang memaksa aku menambah satu semester lagi semata-mata ambil subjek yang bertembung. Kalau lah aku ni seorang yang sangat kaya dan keluarga aku mampu menanggung tambang kapal terbang dan juga yuran yang boleh di katakan antara yang termahal, itu tidak menjadi masalah. Tapi ia berlaku sebaliknya. Sebagai penyelesaian, aku mengambil langkah aku sendiri dan aku anggap masalah aku ini dah berjaya diselesaikan tetapi dengan cara aku sendiri.


GELORA KETIGA
Kolej kediaman. Bagi aku yang datang daripada keluarga yang tidak cukup kaya ini, menjadi satu masalah. Ramai rakan dan sahabat menasihatkan aku bahawa, jangan mintak kolej kediaman sebabnya aku hanya ada satu semester lagi, jangan menyusahkan diri jumpa orang tu, jumpa orang ni untuk dapatkan kolej kediaman. Bagi aku, sebelum aku mendapat segulung ijazah, sekurang-kurangnya aku tidak mengkhianati UMS. Aku nak mintak secara halal. Tapi masalah ini masih tergantung. If i have no choice, it will be. Becouse the is no choice. I have to.


GELORA KEEMPAT
Kalkulus. Ini juga menjadi masalah. Tapi aku anggap masalah yang kecil dan boleh diatasi sekiranya aku rajin. Kalkulus Pemboleh ubah Kompleks adalah salah satu subjek yang aku ambil semester akhir ini. Untuk pengetahuan pembaca blog aku sekalian, subjek yang aku nyatakan tadi telah habis di ajar!. Ini bermakna, mulai hari ini dan hari yang seterusnya kelas sudah tiada lagi. Bayangkan kelas yang sepatutnya habis dalam masa 14 minggu habis dalam masa 4 minggu sahaja!! Bagi aku itu tak menjadi masalah yang sangat besar. Masalah kecil yang hanya bergantung kepada kekuatan mental diri sendiri.


GELORA KELIMA
Rakan yang berhutang. Ini menjadi salah satu masalah bagi aku. Berhutang dengan salah seorang rakan baik aku dengan menggunakan nama aku. Memang aku tak kisah membantu insan yang dalam kesusahan. Tapi masalahnya bila insan yang dulunya susah dan sekarang senang dan tak kenal manusia yang telah membantunya tika dia mengharungi hari yang sukar memang agak terkejut lah. Sekarang nak berhubung untuk mendapatkan hutang RM200+, LOST!! Aku tak tau macam mane. Takkan aku nak ganti duit aku. Dah ler aku tengah-tengah tidak cukup duit ni. Memang tak patut.


Sebenarnya aku ada banyak gelora-gelora yang belum aku ceritakan dan tak termampu aku ceritakan. Ini adalah antara gelora yang aku tidak dapat lupakan. Bagi aku benda yang dah lepas tetap akan berlalu dan aku anggap gelora yang melanda diri insan yang lemah ini dapat aku jadikan pengajaran dan pengalaman kepada diri sendiri. Hanya pengalaman yang aku alami ini mampu mengarahkan jalan yang insyaAllah lebih baik nanti. Ameen....

2 ulasan:

miashuhada berkata...

salam..

sedey nyer baca...adoi banyak nya masalah...Ingatkan su jak yang ada masalah...rupanya masalah ko lagi banyak + berat dari su..

apa2 pun i wish u gudluck..tangani segala masalah dengan cara + tindakan terbaik..+ jangan sesekali patah semangat..

Pasal kolej kediaman if lum settle lagi bagitau ar...insyaallah su leh tolong..

p/s: selalu mengingati ALLAH...insyaallah masalahmu akan dipermudahkan...

master mazeen berkata...

insyaAllah. terima kasih su. pasal kolej kediaman tu, masih dalam usaha. InsyaAllah ok kot. hope so. Apa2 pun terima kasih.