tag line

tag line

Jumaat, 7 Ogos 2009

Influenza A / H1N1 / Selsema Babi



Pengenalan
“H” bermaksud Hemagglutinin (Influenza hemagglutinin (HA) or haemagglutinin (British English) is a type of hemagglutinin found on the surface of the influenza viruses. It is an antigenic glycoprotein. It is responsible for binding the virus to the cell that is being infected. The name "hemagglutinin" comes from the protein's ability to cause red blood cells (erythrocytes) to clump together ("agglutinate") in vitro protein). “N” bermaksud Neuraminidase protein (Neuraminidase enzymes are glycoside hydrolase enzymes which cleave the glycosidic linkages of neuraminic acids. Neuraminidase enzymes are a large family, found in a range of organisms). Selsema Babi adalah penyakit pernafasan dan selsema berpunca dari virus selsema jenis A yang biasanya menjangkiti babi. Selsema babi boleh menyebabkan kesakitan yang teruk dan kematian kepada babi. Penyakit ini (type A H1N1 virus) buat pertama kalinya dikesan menjangkiti babi pada tahun 1930. Selsema Babi adalah penyakit pernafasan dan selsema berpunca dari virus selsema jenis A yang biasanya menjangkiti babi. Selsema babi boleh menyebabkan kesakitan yang teruk dan kematian kepada babi. Penyakit ini (type A H1N1 virus) buat pertama kalinya dikesan menjangkiti babi pada tahun 1930. Virus baru ini mula diketahui menjangkiti manusia di Amerika Syarikat pada April 2009 dan semakin banyak negara melaporkan kes selesema ini.

Penyebab
viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia. Oleh kerana ia adalah virus yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati.

Tanda-tanda penyakit
Untuk mengesan jangkitan selsema babi jenis A, spesimen pernafasan perlu diambil di antara 4 hingga 5 hari pertama dijangkiti. Tapi bagi sesetengah orang khususnya kanan-kanak virus hanya boleh dikesan pada hari ke-10 jangkitan. Spesimen pernafasan perlu dihantar ke makmal bagi menentukan samada terdapat jangkitan atau tidak.

day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah makan ubat)
day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 - sakit dada yg teruk
day 5 and above lung collapse @ koma

Antara tanda-tanda amaran yang memerlukan rawatan segera bagi kanak-kanak termasuk:-
* Bernafas dengan cepat atau kesukaran bernafas.
* Kulit menjadi kebiru-biruan
* Tidak minum air yang secukupnya
* Tidak bangun dan tidak berinteraksi
*Jangkitan selsema semakin baik namun berganti dengan demam dan batuk yang teruk
* Demam dengan ruam

Antara tanda-tanda amaran yang memerlukan rawatan segera bagi orang dewasa termasuk:-
* Kesukaran bernafas atau nafas menjadi pendek -pendek
* Sakit dan tekanan pada dada.
* Letih secara tiba-tiba
* Keliru
* Kekerapan muntah

Cara-cara merebak
Secara ringkas, selsema babi merebak melalui 2 cara:-
* Terdedah dengan babi yang dijangkiti atau persekitaran yang mempunyai virus selsema babi.
* Melalui orang lain yang telah dijangkiti selsema babi.
Cara penyebaran penyakit selsema babi diantara manusia dengan manusia sama dengan penyebaran selsema biasa iaitu bersin atau batuk. H1N1 merebak melalui udara, titisanrembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara ataupun melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus influenza. virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi. Selsema babi merebak melalui pemindahan virus dari babi kepada manusia dan manusia kepada babi. Manusia lebih mudah dijangkiti selsema babi sekiranya mereka berdekatan dengan babi yang dijangkiti sebagai contoh penternak babi ataupun mereka yang tinggal berhampiran dengan kawasan penternakan babi. Perpindahan virus melalui sesama manusia juga boleh berlaku. Sama seperti selsema biasa ia boleh berjangkit melalui batuk atau bersin orang yang dijangkiti selsema babi. Kita juga boleh dijangkiti sekiranya tangan kita tersentuh virus tersebut dan kemudian kita menyentuh hidung atau mulut sendiri.

Rawatan
Ubat yang disarankan adalah seperti Amantadine, Rimantadine, Oseltamivir danZanamivir. Kebanyakan kes influenza yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan anitviral. Belum ada vaksin dihasilkan bagi melindungi manusia daripada jangkitan influenza H1N1.

Berisiko kepada
1. orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
2. perempuan yg mengandung
3. orang yg ada astmatic
4. orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)

Langkah-langkah pencegahan
1 - golongan2 yg berisiko, elakkan daripad kesesakan ( kawasan yg padat dengan orang ramai)
2 - menjaga kebersihan diri, kebersihan rumah dan persekitaran
3 - elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
4 - jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 - jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang-kurangnya 3 ply mask)
6 - untuk orang yang sihat, elakkan diri kawasan yg padat.
7 - jika ada simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 - jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9 - tak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat influenza. jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat tersebut terlebih awal.
10 - tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu.

langkah-langkah elakkan penyebaran kuman selesema
Jika anda batuk atau bersin:
1. Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan
2. Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah
3. Basuh tangan Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan. Elakan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.
4. Jika anda sakit kerana selsema, duduk rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripadamenyentuh mata, hidung atau mulut anda.Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit in isetelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti selsema Babi.

Situasi semasa di Malaysia
(Setakat 7 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)
Kes-kes Baru : 33
Kes-kes Import : 0
Kes Jangkitan tempatan : 33
Kes kematian : 1

Jumlah kes : 1525 dengan jumlah kematian 15 orang.

574 (38%) merupakan kes import dan 951 (62%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,434 kes (94%) telah sembuh. Bilangan kes jangkitan influenza A(H1N1) yang masih berada di Unit Rawatan Rapi adalah 14 orang. Seramai 44 pesakit sedang menerima rawatan antiviral di wad isolasi manakala 33 orang menerima rawatan pesakit luar. Daripada 14 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 5 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (2), post -delivery (1) dan bayi (2).Merujuk kepada kes kematian ke-15, kes adalah seorang lelaki obes berumur 40 tahun yang telah dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2009 kerana mengalami sesak nafas dan telah meninggal dunia pada 5 Ogos 2009 kerana Acute Coronary Syndrome with Cardiogenic Shock. Kes mengalami demam dan batuk sejak 28 Julai 2009 dan telah mendapat rawatan di klinik swasta pada 31 Julai 2009 dan hospital swasta pada 2 Ogos 2009 sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur. Kes disahkan positif influenza A(H1N1) pada 6 Ogos 2009, sehari selepas kematian.

Tiada ulasan: