tag line

tag line

Rabu, 12 Ogos 2009

Syukur alhamdulillah...

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah. Benar kata orang setiap apa yang berlaku ada hikmah yang kita sendiri tak tau dan tak faham. Semasa susah kita sentiasa berkata, ini tak adil dan itu tak adil. Walhal pada waktu yang senang-lenang kita lupa semua itu.

Awal semester ini, seperti yang telah di ceritakan dahulu banyak peristiwa pahit dan sangat sakit hati berlaku kepada aku. Aku sentiasa berdoa dan percaya bahawa Tuhan itu Maha Adil. Setiap apa yang telah berlaku, ada hikmah yang tersembunyi dan kita sendiri tidak tau dan tidak mengerti kepada semua ini terjadi.

Minggu ini adalah minggu yang penuh dengan kegembiraan. Banyak peristiwa yang baik dan membuatkan aku gembira. Apa yang aku ingat 7 perkara utama yang mengembirakan telah berlaku:

PERISTIWA PERTAMA
10 Ogos 2009: Tarikh yang agak mengejutkan aku. Pada pagi mentari yang terik, aku menerima satu panggilan daripada salah seorang pensyarah aku. Dia mengarahkan aku supaya aku menghantar surat rayuan permohonan kolej kepadanya sebagai sokongan untuk aku memperoleh kolej kediaman. Maka, aku dan 2 lagi rakan ku bergegas menyiapkan surat rayuan yang telah dinyatakan dan menghantar kepadanya. Lantas, aku laju menuju ke kolej kediaman yang telah dinyatakan.

12 Ogos 2009: Pada pagi yang penuh tenang dan damai, aku dan 2 rakan lagi pergi ke kolej kediaman E untuk meneruskan perjuangan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Dapat kunci dan pergi melihat bilik. Aku bersyukur kerana Allah telah menghantar Cik Khadizah dan Puan Darmesah untuk menolong kami yang dalam kesusahan ini. Terima kasih atas segalanya.

PERISTIWA KEDUA
Apa yang lebih mengembirakan adalah, kami diberi bilik double dan tinggal 1 rumah! Roomate aku pulak di katakan antara 'budak baik'. Aku harap dengan mendapat roomate yang di kelaskan sebagai 'budak baik' ini, dapat lah aku mengawal tingkah laku dan pertuturan aku demi masa hadapan.

PERISTIWA KETIGA
Sudah 2 minggu aku mencari formula UCL (upper control limit) dan LCL (lower control limit). Apa yang aku jumpa UCL dan LCL untuk time series sahaja. Aku tak jumpa untuk MR (multiple regrassion). Tetapi setelah beberapa minggu mencari, akhirnya terjawab persoalan.

PERISTIWA KEEMPAT
12 Ogos 2009: Aku mendapat satu berita gembira yang menyatakan aku telah diterima untuk Latihan Industri di suatu tempat yang akan aku nytakan nanti (bila UMS menerima surat balas daripada diorang). Aku juga di katakan bakal menerima elaun sepanjang tempoh Latihan Industri.

PERISTIWA KELIMA
11 Ogos 2009: Seorang rakan baik aku telah berjaya menerima segulung ijazah. Pada hari ini juga dia bakal naik atas pentas menerima ijazah. Tahniah FAQIMI SEPIA@SHAFIE.

PERISTIWA KEENAM
11 Ogos 2009: Aku menerima satu panggilan daripada seorang rakan yang sangat baik dengan aku dan menceritakan sesuatu yang sangat menarik. Aku tidak tidak dapat menceritakan kepada semua kerana amanah yang diberikan kepada aku untuk tidak menceritakan kepada sesiapa pun. Apa yang penting, tahniah dan semoga gembira dan bahagia itu yang aku doakan.

PERISTIWA KETUJUH
12 Ogos 2009: Jam 2 macam biasa, aku masuk kelas. Dek kerana mood aku sangat baik pada hari ini, aku mendengar penuh tekun dan kusyuk kuliah yang disampaikan. Pada akhir kuliah, pensyarah berkenaan mengumumkan untuk memanggil 1 lelaki dan 1 wanita tampil kehadapan. Nama yang bakal dipanggil adalah secara rawak. Macam biasa, hati yang tenang bak air tasik tetiba bergelora bak tengah lautan yang luas. Seorang wanita cina telah dipanggil tampil kehadapan. Tinggal lelaki yang masih belum dipanggil. Setiap belekan kertas kehadiran kebelakang semakin kuat gelora air laut.

"TUAN MOHD NIZAM TUAN MUSTAPA" itu lah nama yang muncul keluar daripada mulut pensyarah berkenaan. Aku apa lagi, terkejut beruk. Terus dalam minda aku terkial-kial apa yang bakal ditanya nanti? Sebab aku tak study apa-apa pun. Tetiba pensyarah berkenaan mengeluarkan dompet dan mengeluarkan RM 40. Aku pelik? Apa yang sedang dan akan berlaku? Adakah pensyarah berkenaan ingin aku dan budak cina tu belikan sesuatu? "Kamu ambil RM20 setiap seorang, beli tiket wayang dan bawa bersama seorang rakan. Saya tak sempat pergi beli tiket wayang. Have a nice movie!" Aku dan budak cina tu tercengang??? Apa yang telah berlaku sebenarnya? Apa pun, jujurnya he is a nice lecturer differ from other lecturer yang penah mengajar aku sebelum ini dari segi method pengajaran. Apa-apa hal, terima kasih.

Benarlah apa yang dikatakan bahawa setiap yang duka dan sedih yang berlaku dalam diri ini adalah kehendak Yang Maha Esa. Tuhan mahu menguji tahap kesabaran kita. Itu lah juga menunjukkan Tuhan amat sayang pada kita. Setiap yang sedih dan duka berlaku pasti sesuatu yang gembira akan kunjung. Yang bezanya cepat dan lambat sahaja. Alhamdulillah.....

Tiada ulasan: