tag line

tag line

Isnin, 17 November 2008

JEMBAL dalam lipatan sejarah.

Pengenalan
• Negeri Kelantan terletak di pesisir Pantai Timur Semenanjung.
• Menjadi tumpuan pedagang berulang alik dari timur dan barat.
• Kedudukannya yang strategik (wujudnya kerajaan yang besar yang mengawal aliran perdagangan dan politik)
• Salah sebuah kerajaan yang masyhur di abad ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.

Sejarah Awal Kelantan
• Sejarah awal Kelantan sukar dikesan.
• Ada pendapat mengatakan Kelantan sudah wujud diabad yang pertama lagi dengan panggilan ‘Medang Kemulan’.
• Dalam abad ke 5, Kelantan dikenali dengan nama’Kalatana’ atau ‘Tanah Kala’.
• Catatan Shen Yao (414 – 512) ada menyebut negeri ‘Ho-lo-tan’ atau ‘Kou-lo-tan’.

Kelantan Abad Ke 15
• Tahun 1411 Kelantan diperintah oleh Raja Kumar (Islam).•Menjalinkan hubungan dengan negeri Cina.
• Sultan Iskandar memerintah sehingga tahun 1465.
• Tahun 1465 Sultan Mansur menggantikan ayahyandanya yang mangkat.
• Tahun 1477, Kelantan diserang oleh Melaka di bawah Sultan Mahmud Syah.
• Sultan Mahmud Syah akhirnya berkahwin dengan puteri Sultan Mansur.
• Tahun 1526 Raja Gombak menggantikan Sultan Mansur.

Kelahiran Cik Siti Wan Kembang
• Cucu Raja Gombak iaitu Raja Ahmad berkahwin dengan Cik Banun Puteri Sri Nara D’Raja iaitusepupu Raja Hussin.
• Baginda dikurniakan seorang puteri bernama Cik Wan Kembang.
• Sultan Ahmad mangkat ketika Cik Wan Kembang berusia 4 tahun.
• Raja Hussin dari Johor dilantik sebagi pemangku raja.

Kerajaan Cik Siti Wan Kembang
• Tahun 1610, Raja Hussin mangkat.
• Cik Wan Kembang ditabal menjadi raja.
• Pusat Pentadbiran di Gunung Cinta Wangsa, Ulu Kelantan.
• Kerajaan Cik Wan Kembang sangat masyhur.
• Ramai pedagang datang berniaga, termasuk dari Arab.
• Orang-orang Arab memanggil baginda dengan panggilan ‘Paduka Cik Siti’.
• Dari situ baginda lebih dikenali dengan nama ‘Cik Siti Wan Kembang’.

{ bersambung.....}

[ daripada group friendster]

Budak kelantan

Tanggal 17 Nov 08, aku ngan kawan ku keluar p KK. Walaupun pada waktu itu, kami sedar jam telah mencecah 5 ptg (kalau kat KK jam 5 ptg keadaannya cam 6 ptg kat semenanjung). Objektif kami hanya satu nak tengok wayang. Plan nak tengok kat cathay. Sebabnya kami sevey via internet, cathay ada tayangan. P sana, diorang cakap tak ditayangkan. Sedihnya kami ni. Tapi nasib baik akak kat kaunter bagitau kat GSC ada ditayangkan. Laju je kami jalan ke sana. Sampai saje kat sana, g kat kaunter, dia cakap dah start 20 minit dah. Tapi kami beli jugak sebab itu adalah objektif kami kluar kk semalam.


Komen:
Secara umumnya, movie ni ok. Tapi ada sedikit kaku sebab ape, pelakon baru. Biasalah tu. Plot ceritanya agak tidak paham, sedikit kecelaruan. Tapi bila hayati btol-betol baru paham macam mane pergerakan cerita sebenar. Tapi paling tak best adalah ending cerita ni. Tak paham. Macam konklusi yang teruk. Aku sebagai penonton, tak leh agak macamne kesudahan terhadap hero dan awek dia. I giv 3 star over 6 star..

Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Minggu ini aku agak happy, kerna apa, nak tahu? huhu...Member aku yang telah gaduh berjaya aku damaikan. Syukur pada tuhan. Tapi itu baru satu pihak. Yang payahnya satu pihak lagi. InsyaAllah, aku cuba leraikan secepat mungkin. Tapi itu bukan janji. Cubaan sahaja. Bukan apa, aku tak mahu tengok kawan-kawan aku bermasam muka, bukan setakat sahabat, malah satu rumah. Boleh trauma. hehehe. Apa-apa hal, aku happy dengan apa yang berlaku. Aku bersyukur pada tuhan yang telah melembutkan hati kedua-dua belah pihak.

Khamis, 13 November 2008

Keturunan Raja Jembal.

LOGO PERTUBUHAN RAJA JEMBAL

AImarhum Haji Nik Mat bin Raja Banjar adalah daripada keturunan Raja Jembal yang memerintah negeri Kelantan dalam kurun ke- 16. Keturunan Raja Jembal ini masih ramai lagi di negeri Kelantan, terutama sekali di Kedai Lalat, Pulau Melaka dan beberapa buah kampung lain di dalam jajahan Kota Bharu.


Sejarah Raja Jembal telah ditulis oleh Almarhum Dato' Perdana Menteri Kelantan, Nik Mahmud bin Nik Ismail (ayah Dato' Ahmad Nik Kamil) sebelum Perang Dunia Kedua. Buku sejarah Raja Jembal yang ditulisnya itu telah dijadikan buku bacaan ilmu tawarikh bagi sekolah-sekolah Melayu di Kelantan sebelum Perang Dunia Kedua. Antara ahli kerabat Raja Jembal yang terkenal ialah Puteri Saadung, anak angkat Cik Siti Wan Kembang yang memerintah di bahagian Hulu Kelantan pada waktu ltu. Asal-usul atau salsilah keturunan Raja Jembal ini bermula daripada seorang kerabat diraja Kedah bernama Raja Bersiong yang telah singgah lalu kemudiannya terus menetap di Kedat Lalat, kira-kira 10 kilometer dari Kota Bharu. Raja Bersiong ini dikatakan membawa dua orang anak angkat yang bernama Raja Sakti dan seorang lagi bernama Tuan Puteri Mani Kemian. Ada cerita yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu berasal dari 'buluh betung' dan Tuan Puteri Mani Kemian itu terbit dari 'buih'. Dan ekoran daripada cerita dongeng itulah menyebabkan anak cucu Raja Jembal tidak memakan sayur buluh betung yang menjadi makanan kegemaran orang Melayu sejak dulu hingga sekarang. Tetapi saya telah diberitahu bahawa cucu-cicit Raja Jembal zaman sekarang menyifatkan cerita itu sebagai dongeng dan sudah tidak percaya lagi dengannya.


Cikgu Tuan Mat bin Raja Kecil, seorang guru bersara yang arif tentang sejarah Raja Jembal berkata bahawa sekarang ini tidak ada lagi orang daripada keturunan Raja Jembal itu yang percaya dengan dongeng yang mengatakan asal-usul nenekmoyang mereka dari buluh betung dan buih. "Cerita yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu keluar dari buluh betung dan Tuan Puteri Mani Kenilan itu keluar dari buih hanyalah rekaan dan khayalan penulis sejarah yang tidak begitu arif tentang sejarah dan salsilah Raja jembal," kata Cikgu Tuan Mat. Walau bagaimanapun, Cikgu Tuan Mat mengakui bahawa ada wasiat daripada Raja Bersiong yang tidak membenarkan anak cucunya memakan sayur buluh betung dan tidak membenarkan anak cucunya membuat alat-alat rumah atau alat-alat pertanian dan lain-lainnya daripada buluh betung. Menurut Cikgu Tuan Mat lagi, anak-anak cucu Raja Jembal juga tidak digalakkan memakan sejenis ikan bernama ikan sekacang.


Sejarah keturunan Raja Jembal itu bermula daripada perkahwinan Raja Sakti dengan Puteri Mani Kemian, kedua duanya anak angkat Raja Bersiong. Setelah kemangkatan Raja Bersiong, Raja Sakti telah dilsytiharkan sebagai raja yang berdaulat di sekitar Kedai Lalat dan beberapa daerah lain di Kelantan. Hasil daripada perkahwinan Raja sakti dengan Puteri Mani itu lahirlah Raja Loyur, Raja Omar, Raja Bahar dan beberapa orang putera dan puteri lagi. Keturunan Raja Jembal yang ada sekarang ini ialah cucu cicit kepada Raja Sakti dan Puteri Mani Kemian itu. Menurut Cikgu Tuan Mat, pemerintahan Raja Jembal di Kelantan berakhir setelah kemangkatan RajaKecil Sulung pada tahun 1725.


Setelah kemangkatan Raja Kecil Sulung satu rebutan kuasa telah berlaku antara putera-puteranya iaitu Raja Abdul Rahman dengan kekandanya, Raja Pah. Akibat daripada perebutan kuasa itu, Raja Abdul Rahman tersingkir daripada takhta pemerintahan keturunan Raja Jembal ini dan suami kepada Raja Pah, Tuan Besar (atau lebih dikenali sebagai Long Bahar) mengambil alih pemerinta-han daripada keturunan Raja Jembal. Perpecahan telah berlaku dalam kerabat keturunan Raja Jembal lni kerana Tuan Besar (Long Bahar) yang mengambil alih pemerintahan itu berasal dari Patani. Sepatutnya Raja Abdul Rahman yang mewarisi takhta bagi meneruskan kuasa keturunan Raja Jembal ini kerana Tuan Besar atau Long Bahar itu bukan daripada keturunan Raja Jembal. Walaupun pemerintahan Raja Jembal telah berakhir, namun kesan sejarahnya masih wujud dengan adanya makam Raja Loyor, makam Raja Omar dan makam Raja Bahar yang telah dibaiki dan dibina semula oleh pihak Muzium Negara dalam tahun 1970an. Makam-makam ini terletak di sekitar Kedai Lalat. Sebuah sekolah menengah di Kedai Lalat telah diberi nama Sekolah Menengah Raja Sakti dan sebuah sekolah rendah di pekan yang sama diberl nama Sekolah Kebangsaan Raja Bahar.


Saya telah diberitahu bahawa kerabat keturunan Raja Jembal yang sekarang berada di sekitar Kedai Lalat, Pulau Melaka, Sering dan di daerah-daerah lain di Kelantan masih lagi menggunakan bahasa diraja atau bahasa lstana dalam pertuturan antara sesama mereka. Perkataan 'ku', 'patik', 'kanda', 'bonda', 'ayahanda', 'berangkat', 'cerat', 'mangkat' dan sebagainya masih digunakan oleh keturunan Raja Jembal walaupun kini mereka hanyalah rakyat biasa yang tinggal di beberapa buah kampung di Kelantan. Ini bererti bahawa pengaruh diraja dan istana masih tebal di kalangan cucu-cicit Raja Jembal yang masih hidup sekarang walaupun mereka telah dipisahkan dari istana sejak tiga abad yang lalu. Cikgu Tuan Mat memberitahu saya, Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal telah pun ditubuhkan dan mendapat restu daripada Persatuan Kerabat Diraja Kelantan. Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal sekarang diketuai oleh Raja Mahmud bin Raja Mamat, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan dan Naib Ketuanya ialah Cikgu Tuan Mat bin Raja Kechik.


Saya juga diberitahu bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah dilantik sebagai penasihat kepada Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal ltu. Pihak Kerabat Diraja Kelantan telah diberitahu tentang perlantikan itu. Buku ini tidak bermaksud untuk mengulas secara panjang lebar tentang kisah dan sejarah Raja Jembal, tetapi hanya sekadar untuk mengaitkan serba sedikit riwayat tentang datuk nenek Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dan keluarganya sebagai berketurunan daripada Raja Jembal yang masyhur dalam sejarah negeri Kelantan. Datuk sebelah bapa kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz masih lagi menggunakan panggilan 'raja', iaitu Raja Banjar. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz mengingati suatu perkara tentang almarhum datuknya ini. Raja Banjar bukanlah orang kaya walaupun memiliki banyak tanah. Mengikut Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, datuknya suka merantau. “Kadang-kadang datuk saya meninggalkan rumah sehingga satu atau dua minggu. Apabila beliau pulang, dikerjakannyalah tanah dengan menanam kelapa dan getah secara bersungguh-sungguh bagaikan menggantikan masa kerjanya yang telah terbuang disebabkan merantau itu,” kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.
[dipetik dari Raja Jembal Group dalam friendster]

GOD!!

Satu ungkapan yang akan di ukir dari bibir apabila sangat tertekan. Bila saje something bad terjadi, masa tu lah kita akan ingat tuhan yang mencipta kita. Sedangkan apabila kita bersenang-senang tidak pula kita ingat pada Tuhan. Itu lah lumrah manusia. Tengah berduka baru ingat semua pada Yang Maha Pencipta. Kata-kata ini bukan ditujukan kepada sesiapa pun, malah kepada diri saya sendiri.

Mana taknya, bila tak leh nak jawab exam, baru lah semua teringat, segala doa dibaca. Nak dijadikan cerita, tiga hari lepas, aku menghadapi 2 kertas. Pada 11 oktober 08, jam menunjukkan jam 7.30 pagi. Aku sedar semua senjata aku belum diasah, tetapi dengan pedang dan peluru yang tidak cukup aku redah dengan berani. Dengan ayat lain, berani mati lah!!. Dah ler ari tu aku ada 2 paper lagi. Sebelah pagi dan sebelah petang. Sebelah pagi paper Math Lanjutan 1 dan sebelah petang pengoptimuman. Tetapi antara kedua-dua paper, secara jujurnya agak hancur. Soalan yang dikelurkan adalah sangat susah. tanya pasal konsep yang perlu dihafal, proving dan banyak kearah konsep yang kita sendiri cari sendiri kat lib atau ayat lain kena paham sendiri. Bukan tak nak study, tapi aku sibuk dengan tesis yang melambak. Baru saje habis tensen buat tesis, datang pulak tensen final exam.

Kesedihan bukan setakat itu sahaja, tetapi esoknya pula aku ada paper yang boleh diklasifikasikan agak susah. Untuk paper ini, lain pulak ceritanya. Bila masa ada 15 minit lagi nak tamat, baru aku fikir, sepatutnya kena tolak or kena tambah?Masa terus berdetik, yang aku dah buat tu tambah. Kalau sepatutnya tolak, maksudnya 40 markah aku buang macam tu sahaja. What should i do? aku dengan tanpa berfikir panjang, aku ubah, tapi tidak sempat nak mengubahnya semua. Hanya titisan air sungai yang jatuh ditengah lautan. Yang aku berjaya ubah markahnya lebih jurang 5 markah sahaja. Aku hantarnya dengan harapan aku dapat markah dengan konsep yang aku keluarkan. Dalam hati terus berdoa. Tapi bila keluar dari dewan, aku tanya kawan-kawan yang lain, dia cakap betol lah ape yang aku buat tu. Aku bersyukur dengan maha Esa. Alhamdulillah...

Begitu lah cerita masa aku exam.Tetapi yang aku sedihnya, sem ini aku dapat rasakan hidup aku agak kucar-kacir. Apa pun friday next week aku ada 1 paper lagi, final paper. Apa yang senior bagitau, soalan dia adalah soalan yang unsangkaable (tak leh nak jangka). Buat ler aku takut. Ape-ape hal aku ada seminggu untuk aku study, tebuskan kembali kekecewaan aku pada tiga paper yang lepas. KAWAN-KAWAN DOAKAN AKU!!

Isnin, 10 November 2008

Dinding telah roboh!!

Assalamualikum....


"Sejauh mana pun kau pusing cerita pun, aku seorang ahli sains dan juga sebagai saintis tetap aku cuba untuk selongkarnya." Itu adalah cara kami ahli sains di ajar. Bagaimana? Kenapa? dan banyak lagi persoalan yang mesti kami wujudkan bagi membuktikan sesuatu perkara. Kami akan hanya akan percaya kepada bukti-bukti dan bukan kepada andaian.

Itu adalah ayat yang aku ungkapkan kepada pengkritik yang hebat. Awal-awal aku percaya kepada seorang rakan yang boleh dianggap seorang sahabat. Tetapi mati-mati dia tipu aku. Manusia mana yang tidak marah. Hari ini, pada waktu diantara maghrib dan sebelum isyak, segala topeng atau tabir yang digunakan untuk menyembunyikan diri yelah terbongkar dan pecah.


Awalnya aku agak kesian dan bersimpati dengan segala cerita dogeng yang diwujudkan. Tetapi dia menipu aku bulat-bulat. Secara jujurnya cerita yang di wujudkan adalah logik. Malangnya banyak lubang pada topeng yang tidak menutupi semua muka sehingga dapat mengenal pasti, pemakai sedang senyum atau marah. Topeng yang dipakai menujukkan senyuman yang lebar dan sangat baik. Tetapi di sebalik topeng yang dipakai, tertunjuk muka bengis dan muka penipu!!.




Tetapi aku berterima kasih dengan apa yang telah apa yang di lakukan. Moga tuhan saje yang membalas segalanya. TERIMA KASIH!!

Jumaat, 7 November 2008

What the problem here??

Persoalan disini, KENAPA? Penulis bukan saje-saje nak wujudkan satu persoalan di sini. Tetapi penulis sangat kecewa dengan apa yang berlaku kepada penulis pada pagi yang indah dan tenang tadi.

Jam menunjukkan tepat jam 4.30pagi. Penulis bangun dan melakukan amalan yang wajib pada pagi ini, iaitu sujud pada yang maha Esa. Walaupun penulis kecewa dengan diri penulis sendiri kerana tidak mencapai objektif penulis semalam (X study, tido awal!!), tapi penulis sedar, itu adalah ketetapan yang maha Esa yang penulis sendiri tidak tahu perancangannya dan penulis berazam, akan meneruskan objektif semalam yang telah tinggal 1 per 3 sahaja dan ditambah objektif pada hari ini.


Pagi ini, penulis yang tengah bersiap untuk meneruskan perjuangan, tetiba ada insan bernama manusia menghantar SMS kepada penulis, awal-awal tu penulis tidak kisah, kerana 2/3 SMS nya berbau nasihat. Penulis bangga ada yang perhatikan gerak geri penulis dan secara jujurnya penulis benar-benar berterima kasih kerana sanggup menasihati diri penulis ini. Penulis sedar tiada manusia yang sempurna yang wujud dalam dunia ini. Tetapi, SMS yang seterusnya penulis agak panas, kerana SMS yang seterusnya berbau tuduhan yang tanda usul periksa dan berbau hasutan!!

Persoalan ini yang timbul, kenapa dia menuduh penulis cuba memecah-belahkan ukuwah persahabatan seorang sahabat penulis. Bukan itu sahaja, insan yang diutuskan oleh Allah ini, telah menuduh kami yang satu rumah ini berhati busuk dan jahat. Kami sedar siapalah kami, tetapi jika sekadar teguran dan nasihat, penulis masih lagi boleh terima tetapi sekarang tuduh kami yang satu rumah mengkhianati masing-masing. Baguskah macam ini? Hanya Tuhan yang tahu. Bila penulis menanya siapa yang penulis ber SMS ini, Hamba Allah ini tidak mahu bagitahu. SO, WHAT THE PROBLEM HERE???????

Apa pun penulis pasrah, mungkin ini ujian yang Allah bagi kepada penulis sebagai sandaran kepada penulis untuk menghapuskan dosa penulis? atau pun mungkin latihan kepada penulis samada penulis dah cukup sedia dan cukup matang untuk hidup di dunia dewasa ini? Sama-sama kita fikirkan!!

Selasa, 4 November 2008

Berehat sebentar di Kundasang dan Ranau.

Assalamualaikum....

Sem ini adalah sem paling penat dan sangat-sangat penat. Tapi apa boleh buat dah namanya pelajar, maka penat tu terpaksa diketepikan. Tetapi sebagai manusia tensen tetap ada. Kami 9 orang mahasiswa/i Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Matematik dengan Ekonomi telah bersepakat untuk mengurangkan tensen kami dengan melawat PEKAN KUNDASANG dan RANAU. Lama sudah penulis tak berjalan-jalan. Sebenarnya perancangan penulis dan rakan-rakan sudah lama, tetapi selalu sahaja tergendala dan terpaksa ditunda atas faktor-faktor kekangan dengan pelajaran dan individu.

Detiknya 26 Oktober 2008 jatuh pada hari Ahad. Penulis bersama dengan 8 rakan yang lain, Arif, Fadzli, Faizal, Vivian, Lilian, Harvinder, Tina dan Mon telah bertolak dari Kolej Kediaman Indah Permai. Sebenarnya Arif tidak mahu mengikuti rombongan kami, tetapi dengan kuasa dan desakan yang digunakan oleh Fadzli, akhirnya Arif sertai rombongan kami. Kami menggunakan 2 buah kereta dengan 3 orang pemandu. Sebuah kancil dipandu oleh penulis dan sebuah lagi dipandu oleh Faizal dan Fadzli. Semua urusan kumpul duit dan urusan kenderaan, Vivian yang uruskan (TQ!!).


Kami bertolak seawal jam 8 pagi dari Kolej Kediaman Indah Permai. Perjalanan kami memakan masa 2 jam 30 minit. Ini adalah disebabkan oleh faktor hujan rintik-rintik yang melanda Kota Kinabalu sudah beberapa hari. Penumpang dalam kenderaan yang penulis pandu terdiri daripada 5 orang termasuk penulis, Vivian, Harvinder, Lilian dan Arif. Kenderaan penulis pandu agak ramai. Kenderaan yang satu lagi adalah lebih ringan kerana hanya terdiri daripada Faizal, Fadzli, Mon dan Tina sahaja. Banyak kelengkapan yang kami bawa termasuk lah rice cooker. Tujuan adalah untuk memasak disana. Kami rancang akan bermalam di Ranau.


Destinasi pertama kami ialah Kinabalu Park. Yuran yang dikenakan untuk masuk Kinabalu Park hanyalah RM3 Kerana kami masih lagi pelajar. Kinabalu Park merupakan pintu masuk kepada pendaki yang ingin mendaki Gunung Kinabali. Kami kesana adalah hanya untuk melawat kawasan-kawasan sana. Kerana apa yang kami maklum bayaran untuk mendaki RM3++. Selain daripada itu, tiket yang dikenakan kepada kami, boleh digunakan sebagai tiket masuk untuk memasuki Poring.

Kemudian, kami meneruskan perjalanan. Masing-masing perut berbunyi, lapar pulak. Kami merancang makan di Pekan Nabalu sambil membeli sayur-sayuran yang segar disana untuk hidangan yang bakal kami masak nanti. Disana kami makan di sebuah kedai makan di Pekan Nabalu. Kami mencari lauk pauk untuk santapan kami nanti. Tetapi malangnya, Lauk pauk tiada di jual disana. Nasib kami masih tidak malang, kerana kami bakal menuju kearah Pekan Ranau. Jadi rancang beli disana.


Kemudian kami meneruskan perjalanan kami sehingga sampai satu pekan, iaitu Pekan Ranau. Di sana kami telah memborong fish ball, fish cake dan sebagainya. Apa yang best, kami merancang untuk menyambut hari jadi untuk Tina dan Mon (Belated bithday). Tapi kami tak bagitau diorang berdua. Kiranya buat kejutan lah. Kami beli 2 jenis kek. Murffin dan sebijik kek.


Perjalanan diteruskan. Destinasi seterusnya ialah Ladang Teh di Ranau. Kami akan bermalam di sana. Ingin merasa perasaan warga atau penduduk sabah, maka kami telah memilih untuk bermalam di Rumah Panjang Rungus. Bayaran untuk sebilik ialah RM75. Dalam sesebuah bilik ada 3 buah katil. Kami telah menyewa 2 buah bilik, satu untuk lelaki dan 1 bilik untuk perempuan.
Untuk menjimatkan masa, kami letak beg kami dan bersalin untuk persiapan untuk ke Poring. Sebelum itu, kami meraikan hari jadi Mon dan Tina. Ekspresi muka mereka agak terkejut dan amat terharu dengan sambutan yang kami wujudkan ini. Awalnya kami keluarkan Maffin untuk diorang, bila dorang makan sikit, kami keluarkan kek yang besar. Mereka benar-benar terharu. Dari muka tina, macam ada sedikit merah ingin menagis kerana sangat terharu. Bila aktiviti sambutan hari lahir bersiap, kami bersiap menuju ke Poring.
Poring merupakan satu kawasan pelancongan. Poring adalah bukan sahaja kawasan air panas air terjun ada jugak. Kami mandi puas-puas sampai jam 7 malam. Pada malam itu, kami telah memasak tomyam. Lilian jadi chef pada malam itu, yang lain goyang kaki!! Bila aje selesai, kami terus serbu. Makan-makan dan terus makan. Walaupun agak pedas, tetapi tetap sedap (tahniah Lilian). Bila semua kekenyangan, macam biasa, kami jadi ular, kenyang je tdo.
27 Oktober 2008 kami meneruskan aktiviti kami dengan melawat di ladang teh sambil bergambar. Unyuk sarapan pagi, kami makan masakan semalam yang tidak habis. Keluar dari ladang teh, kami menuju ke Pekan Nabalu. Kami terus masuk War Memorial. Kemudian Kami terus ke 'New Zealand' Malaysia. Kiranya ladang lembu. disana banyak lembu susu. Seakan-akan kami berada di Negara New Zealand. Tapi malang memang selalu wujud, kami tidak dibenarkan masuk kerana sedikit renovation. Tapi atas dasar dah sampai, gambar tetap di ambil walaupun tidak dapat masuk. Kemudian dalam perjalanan turun dari ladang lembu, kami singgah di taman bunga. Bukan nak beli bunga, tetapi sekadar bergambar sahaja.
Nampaknya semua kepenatan, kami terus pulang ke kolej kediaman masing-masing, walaupun penat tetapi hati kami sangat gembira. Ini adalah saat yang tidah boleh kami lupakan. Kami benar-benar gembira. Segala tensen yang ada berjaya dikurangkan dan dihilangkan. Masa akan datang, kami merancang untuk melancong tetapi tak pasti tempatnya, pepehal TUNGGU.......

Isnin, 3 November 2008

Jadual Exam ku!!

Isnin
10 November 2008
14:00-17:00
BZ20203 (MAKROEKONOMI)
DKP A1; DKP A2; DKP B1; DKP B2
MOHD FAHMY ABDULLAH

Rabu
12 November 2008
9:00-12:00
SM20303 (MATEMATIK LANJUTAN I)
DKP B1
AINI JANTENG

Rabu
12 November 2008
14:00-17:00
SM30703 (PENGOPTIMUMAN)
BK 2 (SST)
NORAINI ABDULLAH

Khamis
13 November 2008
9:00-11:30
SJ30103 (EKONOMETRIK)
BK 2 (SST)
ZAINODIN B HAJI JUBOK

Jumaat
21 November 2008
14:30-17:30
SJ20103 (MATEMATIK KEWANGAN)
DKP 7
NORAINI ABDULLAH

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN...


ASSALAMUALAIKUM...
Tesis projek 1 aku dah dah abes dah. Skarang tinggal nak final Exam. Aku start exam lambat lagi lah. aku start exam 10 nov. Saje je singgah nak wish kat sape-sape yang bakal exam nanti, Selamat menduduki ujian.

Sekrang lah masanya anda muntahkan segala ilmu yang di curahkan. ini lah masanya anda buktikan kepada lecterer yang telah mengajar anda selama ini tidak sia-sia. Pada waktu ini lah anda bukti kan kepada sekeliling anda bahawa anda layak berada di tempat anda duduk dan belajor skrng. Dan yang paling penting, anda mesti buktikan kepada parent anda bahawa anda berpisah sementara dan wang yang dilaborkan kepada anda adalah sangat-sangat berbalaoi.

Saya doakan anda semua berjaya dengan bangganya. GUD LUCK!!

Sabtu, 1 November 2008

yahoooooooooo!!!!!

Assalamualaikum......

Korang nak tahu aku dah habis buat untuk projek 1. Detik 19:50:23 pada tarikh 2 november 2008 aku dengan bangganya telah siapkan projek 1 yang terdiri daripada bab 1, bab 2 dan bab 3. Nampaknya aku memang mampu lakukan. Projek 1 aku ada 48 muka surat. Termasuklah rujukan. Ape pun exam masih lagi belum bermula. Skrang Kena start untuk exam.

K lah, aku nak gerak dulu. Nak siap kan Model untuk tesis aku dan nak siapkan final assignment aku. see you nanti.