tag line

tag line

Rabu, 12 Ogos 2015

10 Perkara yang anda tidak tahu tentang pembersih wajah anda!

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat and hello guys!

Kali ini aku nak berkongsi dengan sahabat semua tentang pembersih wajah. Ramai yang menggunakan pembersih muka, tetapi ramai yang tidak tahu cara  yang betul menggunakan pembersih wajah. Baru-baru ini aku terbaca satu artikel berkenaan perkara ini dan aku nak berkongsi dengan sahabat semua.


Masa adalah segalanya
Kebanyakan individu mencuci muka dengan terlalu cepat. Sepatutnya pembersihan hendaklah perlahan bagi membolehkan pembersih wajah menyerap masuk ke dalam kulit untuk memecahkan minyak dan juga sebum.

Pastikan tangan anda bersih sebelum mencuci
Halang bakteria dan kotoran daripada tangan merebak ke wajah anda dengan membasuh tangan terlebih dahulu. Kemudian, pastikan sabun dibilas dengan bersih sebelum meneruskan proses mencuci muka. Bahan kimia daripada sabun akan menyebabkan iritasi kulit pada wajah anda.

Pembersih wajah berubah mengikut jenis kulit dan musim
"Biasanya kulit akan lebih berminyak pada musim panas dan lebih kering pada musim sejuk, jadi saya cadangkan untuk tukar pembersih wajah mengikut perubahan musim" kata Davis Bank, Pakar Dermatologi dan Pengasas Pusat Dermatologi, Kosmetik & Pembedahan Laser di New York.

Cara menggosok keterlaluan
"Ada segelintir individu yang gemar mencuci muka secara kuat dan kasar dengan harapan agar segalanya masalah kulit boleh hilang dengan cepat tetapi sebenarnya ia boleh memburukkan keadaan" kata Pakar Dermatologi Vermen Verallo-Rowell. Beliau menambah, lakukan urutan secara lembut, bukan menggosok dengan kasar.



Membersih seluruh wajah
Cuci muka termasuk bahagian leher, dada dan bahu anda. Bukan hanya pada muka semata-mata.

Teknik urutan yang betul
"Lakukan gerakan hujung jari anda dalam gerakan memusing di seluruh wajah dan leher anda. Penting untuk membuat pergerakan secara perlahan dan lembut supaya kulit tidak menjadi iritasi. Dengan urutan sebegitu di wajah anda, ia mampu merangsang perjalanan darah dan oksigen dengan baik," jelas Bank

Jangan lupa bilas
"Bilas pembersih wajah di muka anda dengan air suam. Sentiasa bilas pembersih wajah anda, jangan biarkan begitu sahaja. Krim pembersih wajah yang biasa sering meninggalkan sisa pada kulit yang boleh menghalang bahan-bahan dari serum dan pelembap untuk menyerap dengan baik ke dalam kulit," kata Pakar Kecantikan Selebriti, Renee Rouleau.

Pembersih wajah boleh bersihkan berus mekap
"Berus mekap adalah lubuk bakteria, jadi bersihkan sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan anda boleh melakukan dengan pembersih wajah anda! Pembersih wajah adalah musuh kepada berus mekap yang lebih semula jadi," terang Grustas.

Garam, bahan biasa digunakan
"Kandungan garam (sodium klorida) sering terdapoat dalam produk seperti syampu, pencuci dan pembersih wajah. Produk-produk ini dibuat dengan menggabungkan surfactants khusus yang bertindak sebagai agen berbuih dan biasanya melibatkan garam untuk mencapai tahap kelikatan yang ingin dicapai," kata Cacilia Wong, Pakar Kecantikan New York.

Alga turut digunakan
Selain itu, Wong memberitahu, Diatomaceous earth atau dikenali sebagai alga mati juga digunakan dalam pembersih wajah dan pengelupasan. Warna hijau dan berlendir, sesuaitu yang anda boleh dapati dibahagian bawah akuarium ikan!


Sekadar berkongsi. Semoga dengan perkongsian ini sahabat semua dapat menggunakan pembersih muka secara optimum!

sumber :
iSihat | Disember 2014 | Bil.86 | m.s : 64-65

Isnin, 1 Jun 2015

Please be positif!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Selalu terlintas di benak kepala ini, kenapa perlu ada perasaan cemburu atau iri hati dalam jiwa dan sanubari manusia? Pada pandangan aku yang marhain ini, cemburu dan iri hati perlu wujud dalam diri manusia tetapi perasaan itu perlu di pupuk dan disemai ke arah positif bukan kepada ke arah negatif.
 
Cemburu dengan kenaikan pangkat seseorang, maka diri sendiri perlu muhasabah dan menilai diri kenapa aku tidak terpilih bukan mencanang-canang mengatakan ketua tidak memilih orang yang sepatutnya.
 
 
Sedar tidak sedar, kebanyakan kita suka memupuk semangat yang negatif di dalam diri sehingga mengganggu emosi dalam diri. Kadang-kadang sehingga merosakkan diri sendiri seperti memaki hamun, marah-marah sehingga jiwa tidak tenang malah sehingga ada yang membunuh diri!
 
Wahai sahabat yang berfikiran negatif, tolong lah berubah. Ubah pemikiran, pembawakan anda ke arah yang positif. Kenapa perlu rosakkan jiwa anda? kenapa memilih untuk jiwa bergelora?
 
Fikir-fikir kan lah sahabat....

Sabtu, 21 Mac 2015

Tersilap langkah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera para blog walker/frens,

Aku yakin, korang pernah tengok orang-orang yang berjaya dan tetiba syaitan datang menghasut mengatakan 'Ko ingat ko tu hebat?' atau 'Kenapa dia, tidak aku?'. Itu lah 2 contoh hasutan setan kepada kita bila mana kita happy, atau seronok tengok kejayaan seseorang.

Kadang-kadang dalam hidup kita diberi pilihan untuk membuat sesuatu dan pada akhirnya kita akan terdetik, kenapa aku tak pilih yang satu lagi? Pastinya kita terdetik 'Adakah aku telah membuat pilihan yang salah?'


Itu lah permainan yang membelunggu diri manusia. Tapi kita harus sedar setiap apa yang kita buat atau kita pilih hendaklah berpegang pada satu, meminta dengan Pencipta supaya pilihan yang dibuat adalah pilihan yang tepat dan tidak tersilap langkah.

Sekiranya pilihan yang dibuat pada akhirnya tersalah, yakin lah Tuhan mahu kita belajar dari kesilapan. Sedar lah setiap langkah kita mestilah muhasabah diri adakah apa yang aku buat ini betul atau salah? diredai atau tidak? Tuhan tak pernah kejam pada kita.

Yakin lah, setiap apa yang berlaku adalah qada' dan qadar Allah. Yakin pada Nya sahaja Insya-Allah hati akan tenang, jiwa akan tenteram dan kepala tak serabut. Pastinya itu adalah pilihan yang tepat!
 


Setiap dugaan akan mendewasakan kita

Bismillahhirrahmanirahim,

Bila mana hati tenang, mata dipejam seketika, oksigen disedut perlahan-lahan dengan tenang. Rasa longgar segala badan. Stress yang ditanggung selama ini mula memicit-micit badan, lenguh dan tegang. Apa pun, minda menjadi tenang. Ketika ini, minda sedar mula cuba untuk mengaktifkan jari jemari bagi mencoret sesuatu untuk tatapan rakan semua.

Perkh! Ayat aku memang tak boleh tahan kan? Ayat novel dah rasanya. Tapi beb, rasanya macam dah relak skit bila berehat di KL ni. Tetiba hati ini rindu kat kampung, nasib baik hari ini aku akan terbang balik ke KB. Yeah!

With proud showing to the front desk kat Golden Lounge that I having Enrich Gold untuk masuk dalam Golden Lounge, they give a smile to show welcome. That is very good attitude. Sejuk mata dan hati. Tahniah MAS! Keep it up!

Apa yang lagi menenangkan jiwa, bila aku duduk mengadap about a year old boy yang cute. Sometime he look at me an give him smile then he reply with an innocent smile and lough, rasa happy and tenang.

Back to the topic, semenjak dua menjak ni my life is totally busy with tonnes of work. Not only this year tapi dah 2 tahun rasanya. Tak sempat nak update blog tapi hari ini sambil perut dijamu dengan makanan dan mata dijamu dengan cutey baby and movement fleet, hati terpanggil untuk berkongsi what i feel after facing thousand problem.

" Masalah sentiasa akan menegur kita, tapi ingatlah tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Cuma cara dan pendekatan sahaja yang menentukan cepat dan lambat masalah akan diselesaikan"

Sebelum terlupa, terima kasih kepada pembaca blog yang biasa-biasanya ini. Macam mana aku tahu? Sebab aku dapat beberapa private massange dalam FB. Anyway, thank you sooooo much.

Jumaat, 20 Jun 2014

Jiwa kacau!


Bismilalah,

Di waktu petang Jumaat ini, entah kepada laju sahaja otak berfikir itu dan ini. Terkeluar persoalan kenapa, mengapa dan sebagainya. Dek kerana terlalu terfikir segala mood terganggu, timbul rasa ingin meracau, marah dan emosi tidak stabil. Pelbagai isu yang terkeluar dan cuba menjamah emosi yang meracau sehingga ketenangan mengganggu gugat hati yang cuba tenang. 

Entry kali ini bukan untuk bermadah, tetapi cuba mengeluarkan apa yang tersirat yang cuba membinasa ketenangan yang dicari. Masih mencari sesuatu yang pasti akan menenangkan jiwa. Orang kata untuk menyelesaikan masalah, cuba berkawan dengan masalah. Berkawan dalam konteks ini adalah cuba memahami masalah itu. Kemudian selidik kenapa masalah itu timbul dan insyaAllah masalah akan selesai.

Itu kata orang, tapi bila mana terkena batang hidung sendiri, aplikasi yang cuba diterapkan itu tidak menjadi seterusnya punah.

Tapi apa yang pelik, apabila sahabat memerlukan sesuatu pertolongan pasti idea dan nasihat akan mencurah-curah keluar. Ada yang berjaya menyelesaikan masalah dan ada juga yang sekurang-kurangnya dapat mengurangkan masalah yang dihadapi. Tapi 'hidung' ini masih tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri.


"Ya Allah, tenangkan hati yang resah ini. Sesungguhnya Engkau sahaja tahu apa yang berada di hati ini. Kekacauan apa yang berlaku ini telah ditentukan oleh Engkau untuk menjadikan aku ini bertambah kuat. Aku sedar Engkau tidak akan menguji hamba Engkau kalau hamba Mu itu tidak mampu menanggung. Tapi berikan sikit ruang penyelesaian masalah yang hamba Mu ini masih buntu dengan penyelesaian. Aku reda, aku pasrah dengan ketentuan yang telah Engkau tetapkan. Semoga aku makin kuat dan tabah menghadapi ujian yang aku anggap ini berat untuk aku hadapi dan pastinya menemui jalan penyelesaian yang terbaik buat Mu."

Amin.



Selasa, 11 Jun 2013

Tidak berkesudahan

Spray please...
Kain buruk please...

syok...syek...syok...syek..(bunyi mengelap)

Begini lah, time semangat nak berblog mula la nak spray bagai. Bukan pe, masa bukan ada pun, kalau ada masa pun baik aku tidur dan melihat movie yang melimpah ruah di dalam laptop aku yang mencecah 6 tahun ini! Ok, kita fokus kepada topik kita hari ni, eh! macam cikgu pulak.

Setiap yang berlaku di dalam alam yang fana ini bukan kita yang menetapkan. Kita hanya merancang tetapi Tuhan yang Maha Esa yang tentukan. Kadang-kadang apa yang ada di akal kita, kita sudah fikirkan lengkap, sempurna dan tiada cacat celanya, tetapi Tuhan Maha Mengetahui. Mungkin setiap yang berlaku adalah demi kesenangan dan kebahagian kita akan datang. Mungkin apa yang kita rancang itu adalah buruk untuk kita? Mungkin jugak yang berlaku kini adalah buruk sekarang tetapi suatu hari nanti adalah terbaik buat kita.

Langkah selamat, kita berdoa pada yang Tuhan agar apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku adalah terbaik buat kita. Sesungguhnya kita tidak mengawal apa yang ada di langit dan di bumi!


Sabtu, 23 Mac 2013

Dilema

Cukup mudah tajuk aku nak karang kali ini. DILEMA! Nak makan nasi atau nak makan mee? nak ke tasik atau nak ke pantai? nak joging atau nak rehat? Banyak lagi dilema yang akan dihadapi. Aku yakin dan percaya setiap manusia yang berada di atas muka bumi Allah ini pasti akan berhadapan dengan perasaan dilema. Dilema bukan sahaja untuk perkara yang besar tetapi untuk perkara yang kecil juga.

Entah kenapa kali ini aku cuba untuk menulis berkenaan dengan dilema? Adakah dilema yang aku hadapi ini terlalu besar berbanding dengan dilema yang aku hadapi sebelum ini? atau adakah dilema yang aku berdepan ini terlalu banyak dan sukar untuk aku pilih? Pelbagai persoalan yang timbul dalam benak aku yang kompleks ini. 


Apa pun aku akan cuba berdepan dengan dilema yang aku hadapi ini dengan tenang dan berhati-hati kerana setiap keputusan yang dibuat mungkin akan mengubah perjalanan hidup. Tak kira lah samada kesannya menyukarkan perjalanan atau pun meringkaskan perjalanan. Semoga keputusan yang akan dibuat adalah diredai olah Allah. Itu hendaknya.