tag line

tag line

Jumaat, 27 Ogos 2010

Al-kisah Ramadan...

Di petang jumaat yang sangat tenang ini setenag air di lautan..cewah!! tetiba aku terimbau kembali masa ramadan kecik-kecik dulu. Bukan ape, orang kata masa kecik adalah masa yang sangat gembira. Kalau ada mesin masa dalam laci macam nobita tu kan best. Boleh aku balik masa aku umur 10 atau 11 tahun.

Ada satu kisah yang tidak boleh aku lupakan pada ramadan 15+ tahun yang lepas. setiap kali aku kesana aku pasti akan imbau kembali suka duka. tapi sekarang bangunan tu sudah berubah menjadi sangat cantik. Begini al-kisahnya.....

Seperti biasa aku dengan hepi nya berpuasa pada satu tahun di dalam bulan ramadan pada ketika itu. kalu tak silap aku pada masa tu aku masih sangat kecik lebih kurang dalam umur 9-11 tahun. biasalah time tu dah mula belajar puasa cukup. tak de dah makna puasa yok2. Malam tu aku g solat di madrasah belakang umah aku (masa tu belakang, skarang dah jadik depan umah da). Madrasah itu buat 20 rakaat tapi bacaan surah kecik2 je. awal2 tu hepi lah gak smyg penuh 20+3. pastu menjelang 13 ramadan dan keatas, masa kiam tu tuhan saje yang tahu. Berat je, asyik nak tutup je mata ni. kadang-kadang tu aku masih sujud yang pertama, sedar-sedar dah iman baca doa. Aduh!! kelakau lah masa tu.

aku pun berfikir macamne nak elakkan daripada mengantuk, tapi aku nak sembahyg penuh untuk 30 hari. otak aku ligat berfikir pada masa tu, padahal imam tengah smyg kat depan! tetiba imam bagi salam " assalamualikum warah matuAllah" ting!! idea datang. aku akan praktikkan esok. untuk malam ni kompem dah ilang ngantuk sebb idea dah ada cuma tak laksanakan. Dalam hati ni riang dan tak sabar-sabar nak menjalankan misi yang di peroleh masa smyg yang tak kusyuk tadi.

Esoknya......

orang x azan isyak lagi aku dah sampai dah kat surau. dalam hati ini melonjak2 gembira kerana nak try teknik terbaru yang di ilhamkan oleh otak yang bergeliga ini. hahaha. bila selesai sahaja solat isyak, aku bangun dari sof yang terakhir dan aku duduk di belakang sekali dekat dengan pintu masuk keluar. Masa tu budak2 xde. aku dan adik2 aku di golongkan dalam golongan yang 'jurus'. hahaha. mana tak nyer solat 5 waktu kat surau beb! Imam mula bangun untuk solat terawikh. aku dan adikku yang berada d blakang skali bersebelahan dengan pintu keluar masuk yang berwarna hijau bangun untuk solat tewarikh, tapi bukan bersama-sama sof lain tapi paling belakang (kompem xde orang masa tu).

bila imam mula membaca surah al-fatihah, jari-jemari kaki ku mula cuba merangkak ke depan kemudian 10 jari kaki ku mula menarik badan ini. Aktiviti ini berulang-ulang sehingga imam rukuk, kiam, sujud dan bangun kembali. Rakaat yang kedua: aku sambung balik aktiviti yang tidak berfaedah itu sehingga imam rukuk, kiam, sujud dan salam. dimana aku berhenti untuk rukuk kali kedua disitu lah aku duduk dan memulakan solat kedua. seterusnya aktiviti yang tidak bermoral itu di sambung kembali sehingga aku sampai ke sof terakhir.

yang paling tak tahan adalah siap berlumba-lumba sape sampai dulu ke saf terakhir dengan adik-adik aku. Adik-adik aku tak pelah diorang budak2 lagi masa tu. aku paling sulung yang buat onak dan duri ini. Aktiviti ini diteruskan sehingga solat witir selesai.

hahaha.....bila ingat kembali rasa cam bodoh lak. tapi itu lah aku masa kecik2 ada je idea yang bodoh2. Tapi ape yang paling penting, teori yang aku cipta ini terbukti dapat menghilangkan perasaan mengantuk! TAHNIAH!!

Khamis, 26 Ogos 2010

Alhamdulillah...


Aku rasa dah berbulan-bulan dah aku tunggu, akhirnya tarikh untuk konvo telah pun keluar. Alhamdulillah seperti yang dijangka HS08 (Matematik dengan Ekonomi), SST akan jatuh pada 10-10-10 iaitu sidang 4 pada sebelah petang. Tapi aku masih bingung dan sangat terkial-kial mengenai kenderaan dan penginapan aku di sana nanti. Orang kata serba tidak kena je. Banyak lagi nak kena fikirkan. Kerja dan keperluan konvo. Dah ler sekarang bulan puasa, jap lagi dah nak raya. Baju raya kompem aku tak sempat beli. Tahun lepas lah jawapannya.

Tapi apa pun aku tidak sabar menantikan hari yang dijangkan itu. Aku mohon semuanya berjalan dengan lancar walaupun perancangan yang aku buat adalah tidak ler seperfect yang diinginkan. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat aku yang bakal menerima segulung ijazah di Konvo ke-12 nanti,TAHNIAH. Manakala kepada rakan-rakan yang masih belum konvo dan akan dijangkan konvo ke-13, tak pe mungkin rezeki korang lambat sikit sekarang, mana tau someday rezeki korang lagi melimpah daripada kami. Pepe pun teruskan usaha yang anda lakukan selagi semuanya dibawah restu ibu dan ayah.

Rabu, 11 Ogos 2010

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..

Pejam celik dan pejam celik, kini tiba Bulan Ramadan 1431 hijrah bersamaan tahun 2010. Kejap sangat masa berlalu. Aku ingin mengambil kesempatan yang terluang ini untuk mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA kepada pembaca blog ini, cpah, hilal azmi, arif lokman, burhan dan kepada semua pembaca blog ini sekalian. Ucapan ini juga tidak ketinggalan ditujukan kepada rakan pejabat aku saufi, emay, kak su, hafizie dan baihaqi. Kepada para pensyarah Matematik dengan Ekonomi (ME), UMS ; Pn. Noraini Abdullah, Prof. Dr. Zainodin Hj. Jubok, Prof. Dr. Amran Ahmed, Miss Khadizah dan semua pensyarah ME sekalian. Buat umi, abah, kak long, abe yus, alya, mak ju dan syakir. Pesanan ini ditujukan kepada diri ini dan kepada semua, ambillah peluang keemasan yang diberikan Allah kepada kita sebaik mungkin. Setahun hanya 30 hari sahaja. Ambil lah peluang ini sebaik mungkin. Jadikan Ramadan 1431 H lebih baik daripada sebelum ini.

Isnin, 5 Julai 2010

<<<--Welcome-->>>

Sebenarnya blog ni telah berwajah baru beberapa hari yang lepas. Sekarang baru
sempat untuk mengwar-warkan kepada pembaca sekalian untuk melihat blog yang sangat simple ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca blog yang sangat ringkas ini kerana mengikuti dan memberi pendapat mengenai blog ini. Diharap komen-komen dapat pembaca berikan agar blog ini menjadi semakin berisi, cantik dan ingin dibaca.

Ahad, 4 Julai 2010

Fakta mengenai kereta

sekadar hiasan sahaja...

Sebuah kereta mampu menghasilkan gas karbon dioksida (CO2) sebanyak empat kali ganda dari beratnya setiap tahun. Manakala secara puratanya, sebuah rumah menghasilkan 50 tan karbon dioksida saban tahun!!

Sabtu, 3 Julai 2010

Fakta mengenai tidur.....

Tidur adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Tapi sesetengah orang tidak ambil peduli mengenai tidur. Bagi yang hangat bercinta, waktu malam adalah sangat diperlukan kerana pada waktu itu adalah masa untuk meluah kan dan bergayut dalam telefon berjam-jam lamanya sehingga habis prepaid!

Dalam Al-Quran pada surah Al-Furqan ayat 47 Allah menyatakan bahawa, " Dan Dia menjadikan malam sebagai pakaian bagi mu dan tidur sebagai istiraeat, dan jadikannya siang untuk bertebaran (mencari rezeki)." Terbukti dengan ayat ini, bahawa Allah menghendakkan makhluknya memperuntukkan masa untuk istirehat iaitu tidur.

Baru-baru ini saya ada terbaca satu majalah iaitu Majalah Remaja bil 567 muka surat 42 yang menyatakan bahawa ada 4 kesan daripada kurang masa untuk tidur.


KESAN 1 : KEGEMUKAN
Apabila seseorang itu mendapatkan waktu tidur yang kurang, hormon yang menyebabkan seseorang itu lapar akan meningkat. Kesannya, nafsu makan akan membuak-buak, perut berbunyi-bunyi kelaparan dan pastinya diri akan makan. Selain itu, kurangnya waktu tidur menyebabkan tubuh sukar untuk mencerna protein, kolestrol dan makanan lain secara sempurna.

KESAN 2 : PEMARAH
Ini disebabkan keadaan kepala yang agak pening. Keadaan ini bakal meberi kesan dalam jangka masa yang panjang terhadap hubungan sosial dimana rakan-rakan akan menjauhi diri kerana menganggap diri adalah sangat 'moody'.

KESAN 3 : KURANG KESEIMBANGAN
Maksud kurang keseimbangan di sini adalah kerana jumlah oksigen yang akan masuk kedalam otak akan berkurangan sekiranya tidak cukup tidur. Otak tidak dapat oksigen yang cukup dan kesannya, minda akan sentiasa lesu, tubuh badan akan sentiasa lemah kerana otak adalah ketua segala tubuh badan.

KESAN 4 : WAJAH KUSAM
Sewaktu tidur, saraf-saraf kulit muka bekerja bagi mengeluarkan bakteria yang terdapat pada wajah. Ia perlukan waktu yang secukupnya untuk mengeluarkan bakteria tersebut sepenuhnya. Sekiranya aktiviti ini terbantut, kesannya adalah pada kulit wajah iaitu masalah jerawat!!

Itu lah kesan kurang nya waktu tidur. Cukup kan tidur anda kerana tidur adalah sangat penting sehingga dikatakan tidur adalah satu ibadat!!

Sumber :
1. Dewan Kosmik, Februari 2007 (m/s 9)
2. Remaja, April 2010 (m/s 42)