tag line

tag line

Selasa, 29 September 2009

Humor boleh melawan penyakit!


kajian telah dilakukan oleh saintis dari Universiti Sains Norwegian dan Hospital St. Olav di Trondheim, Norway, mendapati sifat kelakar dan mudah ketawa boleh menyelamatkan penyakit. Mereka yang menghidap penyakit yang kronik mempunyai peluang yang cerah untuk hidup lebih lama sekiranya mereka mempunyai sikap mudah ketawa. Hasil kajian yang diterbitkan dalam the international Jurnal of Psychiatry in Medicine ini berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas kesemua pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang kronik di Hospital St. Olav. Sekiranya pesakit mempunyai sifat kelakar yang ada pada manusia maka mereka dikatakan mempunyai peluang untuk hidup sebanyak 31 peratus melebihi pesakit yang lain. Perbandingan ini bergantung pada ciri kesihatan yang sama antara pesakit yang diuji. Kajian terkini juga mendapati bahawa ketawa memberikan kesihatan yang baik pada jantung. Dalam kajian yang dilakukan oleh pakar kardiologi di Universiti Pusat Perubatan Maryland, Baltimore, mendapati mereka mengesan tahap penyakit jantung berkurangan sebanyak 40 peratus dalam kalangan yan suka ketawa dalam pelbagai situasi berbanding dengan mereka yang tidak mengalami sakit jantung pada usia yang sama!

sumber:
Dewan Kosmik, Januari 2007,M/S:32

Ahad, 27 September 2009

SELAMAT HARI RAYA...

Assalamualaikum....

Mula-mula nak wish SELAMAT HARI RAYA kepada semua rakan dan sahabat taulan semua terutama yang membaca blog ini. Sekiranya saya ada melakukan salah dan silap, saya dengan rendah hati ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Harap permohonan maaf ini dapat diterima. (Maaf kerana lambat wish dek kerana kena jaga datuk kat hospital from 1st day raya hingga 26hb).

Terima kasih......

Rabu, 2 September 2009

Aku ada pasangan ku sendiri...


Bila seronok, aku cari.
Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya....

Tapi kalau Mak sudah tiada.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berkorban untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Jika disudut hati kecil anda, anda berasa insyaf,
buatlah sesuatu yang bermenfaat demi penjagamu/ibumu
yang anda sanjungi dan sayangi. Ambilah peluang ini,
terutama selagi masa masih lagi menyebelahi anda.

SAYANGILAH IBU ANDA SEPERTIMANA DIA MENYAYANGI ANDA ...


dipetik daripada email:
Prof. Dr. Zainodin Hj Jubok

Selasa, 1 September 2009

Puasa si miskin...

Sekadar renungan, peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang.

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?". Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya. Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?" "Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..". "Bapak kerja apa?" "Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ". Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu. "Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.." Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat. " Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?" "Cuma RM3.00 sehari." "Ayahnya bekerja macam mana" "Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari." Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.. Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?

Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Di petik daripada e-mail:
Prof. Dr. Zainodin Hj. Jubok

Jumaat, 28 Ogos 2009

Jom naik Flight....


Attention to all passangers RAMADHAN AIR FLIGHT 1430 H.

The flight schedule to take off immediately from the start of Azan Maghrib 22 August 2009. On behalf of Al-Malik Jallajalah, Syaidina RasulAllah welcoming us on board with his very special salam.

Please remain seated in your ibadah and fasten your belly belt. A lean and mean food will serve at choice when ever is permitted. You are advice to remain seated in ibadah at all time during this flight. Time to destination will take approximately 30 days. Have a nice flight. Salam Ramadhan...

Jumaat, 21 Ogos 2009

Ahlan Wasah lan Ya Ramadan...

Assalamualaikum...
Sempena bulan Ramadan yang mulia, saya ingin mengucapkan Selamat Mneyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak. Semoga bulan yang di janjikan oleh Allah adalah bulan yang paling diberkati dan dirahmati ini menjadikan kita hampir kepada yang Maha Esa. Sesungguhnya usia kita semakin meningkat membuktikan semakin hampir dengan yang Maha Esa.
Saya juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada pembaca dan juga rakan-rakan terasa dengan tingkah laku dan tulisan saya ini. Semoga Allah memberkati kita hendaknya. Juga ambillah peluang yang diberikan oleh Allah ini beramal dan beribadat sebanyak yang mungkin. Ameen.....

Jumaat, 14 Ogos 2009

Airasia...


Semalam 14 Ogos 2009, aku menerima satu SMS yang menyatakan bahawa penerbangan ibu+bapa ku dari 10.20pm kepada 11.20pm. Aku agak terkejut dengan penangguhan selama sejam. Kemudian, aku mendapat satu lagi SMS yang menyatakan penerbangan umi+abah aku di lewatkan lagi kepada 11.50pm. Aku menjadi semakin pelik. Aku risau gak dengan penerimaan SMS yang berkali-kali. Aku risau kerana umi+abah aku bukan reti sangat dengan benda-benda ni. Satu lagi penyebab kerisauan aku adalah, musim sekarang ni bukan boleh percaya sangat dengan SMS-SMS ni.
Sebagai meyakinkan aku, aku cuba dapatkan nombor telefon pusat airasia. Tapi malangnya lebih 10 kali percubaan aku tidak berjaya, hinggakan aku habis kredit telefon bimbit ku. Aku agak terkejut dengan apa yang berlaku. Rupa-rupanya aku menghabiskan RM5!! Ini adalah boleh di kelasifikasikan sangat menyedihkan dan meyakitkan hati. Kemudian aku mencuba dengan kaedah yang kedua iaitu dengan menghubungi kat lapangan terbang, tapi satu 'ekor' pun tak angkat. Aku menggunakan telefon kawan aku. Aku tak sangka pulak airasia jadi macam ni. Jujurnya jika dibandingkan staf MAS dan Airasia, MAS punya staff 100 kali lebih baik dan lebih mesra berbanding dengan airasia. Manakala, untuk menghubungi pusat pula, 100 kali lebih baik MAS berbanding airasia.

Sebagai contoh: (masa aku call semalam-lebih kurang lah, tak tepat pun) Selamat datang ke airasia. Perbualan ini akan di rekod untuk tujuan penambah baikan dan untuk train staff. sila tekan satu untuk bahasa inggeris, tekan 2 untuk bahasa melayu,....(aku tekan 2). Untuk sebarang penempahan sila layari www.airasia.com. (BODOH!! kalu xde ape2 buat ape aku call pusat habiskan kredit)....Aku tekan 2 jugak untuk pertanyaan tiket. Airasia jawab, untuk sebarang berkenaan tiket sila layari www.airasia.com. (BODOH kali kedua. buat pe aku call kalu everything setel dengan melayari www.airasia.com). Benda-benda yang macam ni yang menghabiskan kredit aku ni. Tak abis-abis sila layari www.airasia.com.

Sebenarnya banyak penyelesaian boleh buat. Pertama, kalau dah tahu dah flite akan delay letaklah dua orang staff kat telefon kat lapangan terbang. Kedua, ramaikan staff kat pusat center. (ni tak aku dah call lebih 10 kali, asyik cakap staff sibuk). Ketiga, Paparkan pada www.airasia.com yang menyatakan kelewatan penerbangan. Keempat, call penumpang sendiri dan pastikan bila penumpang tengok telefon tu, tulis airasia bukannya 66300.

Pagi tadi aku call umi aku, tanya dia mengenai semalam dan umi aku cakap penerbangan delay lagi sampai 12.30!! Bayangkan orang tua yang nak naik flite tu. Daripada 10.20pm sekarang jadi 12.30am! Hanya mengucapkan maaf? Rasanya tak mencukupi dengan maaf. Sekurang-kurangnya bagilah satu air mineral kepada pelanggan. Bayangkan kalau penumpang tu jauh daripada lapangan terbang (2 jam perjalanan dari rumahnya ke lapangan terbang). Tak ker terkial-kial dia kat sana tunggu awal. Kalau bagi air mineral, sejuk sikit hati pelanggan.