tag line

tag line

Selasa, 21 Oktober 2008

10 wasiat imam Syafie.

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makan hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Hari yang sedih...

Semalam, tergaris segala garisan dalam hati ini. Pada awalnya takde lah sedih sangat. Tapi nak dijadikan cerita aku habis-habisan ditembak oleh seseorang yang aku kenal. Aku agak malu kerana ditembak dengan bertubi-tubi. Ape pun, hari ini aku agak tenang sedikit selepas hibernasi berjam-jam semalam. Aku ditembak dengan tembakan dengan bazoka yang sangat kuat dan sangat sakit.

Wah!! gempak abes ayat atas tu. Sebenarnya semalam aku ada pembentangan VIVA. Memang aku kena tembak dengan kuat. Ape pun aku realise that i'm quiet not ready to make a book call Thesis.

Semalam nak dijadikan cerita, aku sangat-sangat nerves rasa macam tengok dada pun nampak bergetar. Aku pikir takkan ler jantung aku sangat kuat untuk gegarkan dada aku. Tapi semalam memang sangat pelik dan sangat ganjil. Biasanya aku takde lah berdebar sanagt. Ape-ape pembentangan pun aku agak relax. Tapi kali ini memang ganjil dan pelik.

Jam tepat menunjukkan 11pg. Jeng!! jeng!! jeng!! sampai lah masa aku mesti duk depan. Debaran bukan kepalang lagi ni. selangkah aku berjalan ke depan semakin berdebar. Aku cuba buat selamba, tetapi memng pelik. hari yang sangt pelik semalam. Aku cuba wujudkan konfident, tapi tak berjaya.

"This are my reference." bila habes je aku bercakap, one of the lectrr mula melepaskan berdas-das tembakan. Aku terkaku dan terdiam sekejap. Tembakan makin banyak dilepaskan makin kaku dan otak aku makin ligat how to avoid some bullet. Akhirnya aku pasrah dan reda. Lectrr tu tanya pasal data yang sememangnya data tu diberi bulat-bulat kepada aku. ape aku nak buat??. Pasal Method dan yang lain, aku ok je. Ape-ape hal aku pasrah dan aku reda dengan ketentuan yang Maha Esa. Mungkin hasil dari tembakan yang dilepas kan, Thesis aku akan sangat baik?? (HOPE SO!!) ape pun, Hidup ini mestilah diteruskan!! Kita mesti enjoy!!

Jumaat, 10 Oktober 2008

Tinggal 3 minggu lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Terima kasih pada yang komen secara berdepan. Penulis amat menghargai komen beliau. Komen beliau ialah " Jangan skema sangat!!". Malu penulis rasanya. Sebenarnya penulis buat-buat skema je. Sebab penulis nak tahu ramai ke yang baca blog penulis buat. Tapi ia bergantung kepada point yang penulis nak bincangkan. Kalau point yang santai, penulis akan jadi seperti yang lepas-lepas, kalau tajuk yang tengah tension tu, penulis akan jadi diri penulis. If ada yang terasa dengan kata-kata penulis, penulis mohon ampun dan maaf.

Sekarang agak santai. Kali ini penulis hanya mahu meluahkan berapa risaunya penulis akan 3 minggu lagi. Sebagaimna yang di ketahui umum, 3 minggu lagi warga mahasiswa UMS dan warga mahasiswa universiti di Malaysia akan menghadapi peperiksaan akhir. Padahal penulis belum berkesempatan untuk mentelaah buku pelajaran ekoran daripada tugasan yang diberikan oleh para pensyarah yang terlalu banyak. Ikhlasnya penulis rasa risau dan takut.

Bagi rakan sekursus dengan penulis, mereka tidak terlalu risau dek kerana ada subjek yang diorang dah ambil (basic). Penulis pula terkial-kial kerana tidak tahu basic. Apa pun penulis harus hadapinya dengan penuh cekal dan tabah.

Pada semester ini, penulis mengambil 17 jam kredit, 1 minor dan yang lain adalah mejor. 3 subjek yang penulis paling risaukan, pengoptimuman, matematik kewangan dan matematik lanjutan 1. matematik lanjutan 1 itu yang paling merisaukan samada penulis mampu untuk mendapat A atau pun tidak, kerana penulis ulang Matematik Lanjutan 1 bertujuan menaikkan pointer yang sememangnya teruk. 2 subjek lagi penulis risau takut nanti akan mengganggu pointer nanti.

Apa pun penulis akan cuba hadapi dengan penuh keyakinan kerana hanya keyakinan akan menenangkan hati yang gundah gelana supaya tidak menggaggu minda supaya terus fokus kepada pelajaran. Kepada rakan-rakan dan pembaca blog ini, penulis harap doakan penulis agar penulis berjaya hingga mendapat segulung ijazah.

Wassalam.....

Rabu, 8 Oktober 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU!!


Assalamualaikum...

Saje penulis nak wish Selamat Pengantin Baru Kepada Akak penulis dan suaminya
Dr. Tuan Norfadhlina dan Nik Yusri..
Moga bahagia hingga ke anak cucu.....

Khamis, 25 September 2008

Akhirnya bulan jatuh ke riba...

Assalamualaikum...

Hari ini penulis sangat-sangat gembira. Kita bakal menyambut hari raya aidilfitri lebih kurang 5 hari lagi. Manusia yang bernama insan mana yang tidak gembira kiranya berjumpa dengan keluarga yang tercinta. Tajuk penulis adalah agak melampau tapi itu adalah kenyataan bagi penulis. Penulis sudah tidak sabar-sabar nak peluk umi dan abah penulis dan juga jumpa dengan keluarga yang penulis cintai.

Hari ini sudah mencecah 25 September 2008. Hari yang agak bersejarah pada tahun 2008. Kerana penulis akan balik ke kampung berjumpa dengan keluarga yang penulis rinduikan. Penulis adalah salah seorang mahasiswa yang terawal balik. Tetapi ada yang lebih awal daripada penulis, bukan awal 1 atau 2 hari, tetapi seminggu awal daripada penulis. tiada masalah as long as dia happy.

Penulis bertolak dari Kolej Kediaman Indah Permai jam 5.30 pagi. Salah seorang kawan penulis ambil penulis di kolej penulis. Kemudian penulis bertukar kenderaan di kolej AB untuk terus ke terminal 2 KK. Penulis tiba di terminal 2 KK dalam jam 6.15 pagi. tiba sahaja penulis di sana, penulis dan rakan penulis terus check-in. Dalam hati penulis dah tak sabar-sabar nak tidur di rumah penulis. Penerbangan penulis pada jam 7.25 pagi dan dijangkakan sampai jam 10 pagi.

Alhamdulillah penerbangan kami tidak tertunda walaupun beberapa minit. Penerbangan kami dijangkakan 2 jam 35 minit. Dalam kapal terbang penulis agak bosan, maka terus buka laptop tengok cerita. Tak sampai setengah jam tengok cerita, ngantuk pula. Penulis nak off laptop, tapi kawan penulis ingin terus menontonnya. penulis benarkan. Tapi malangnya penulis tidak dapat tidur, kawan penulis kacau. (jahat btol!!)

Jam tangan menunjukkan 9.50 pagi, tiba-tiba pramugari mengumumkan, penerbangan kami tiba lebih awal dan akan mendarat tidak lama lagi. Penulis terus kemas-kemas barang yang berada di atas kerusi sebelah penulis. Kebetulan sebelah penulis tiada orang.

Penerbangan penulis ke Kota Bharu jam 6.35 petang di KLIA. Penulis bakal naik MAS. Awal perancangan penulis ingin terus ke KLIA tapi fikir punya fikir tak best pulak kerana tiada teman untuk penulis di KLIA nanti. Maka penulis lepak bersama-sama kawan di LCCT sampai jam 3 petang. Kawan-kawan penulis balik Terengganu dengan menaiki kapal terbang AIRASIA pada jam 3.30 (penulis lupa lah-lebih kurang lah).

Maka bermula lah perjalan penulis ke KLIA berseorangan. Penulis menaiki bas dengan tambang RM 1.50 dari LCCT ke KLIA. Bas yang penulis naik mendaftarkan nama sebagai City Linear. dari LCCT ke KLIA lebih kurang 15-25 minit sahaja.


Tiba sahaja balai berlepas, penulis cari plug untuk menulis warkah ini. Penerbangan penulis dijangka dari KLIA ke Kota Bharu pada jam 6.35 petang. Bila dapat sahaja plug, penulis download tugasan dan nota kuliah ekonometrik.

Nanti penulis akan check in. Penulis sebenarnya tidak mahu memberi tahu keluarga bahawa penulis akan balik pada jam 6.35 petang tetapi atas desakan keluarga, penulis terpaksa memberi tahu juga. Mungkin tiada rezeki penulis ingin buat kejutan kepada keluarga penulis.

Penulis dijagka akan sampai jam 7.35 petang. Penulis tidak sabar nak jumpa keluarga. Sekarang penulis masih lagi berada di KLIA dan terus menulis warkah untuk dikongsi bersama dengan pembaca sekalian.

Sekarang dah jam 4.45 petang, nampak nya penulis mestilah check in supaya tidak terlepas penerbangan. Akhir kalam penulis ingin memohon maaf zahir dan batin kiranya ada tersalah kata dan perbuatan yang penulis telah lakukan. Penulis doakan kebahagian pembaca sekalian insyaAllah. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!!

Jumaat, 19 September 2008

Welcome.......

Assalamualaikum....

Lama sudah penulis tidak mencoret kata-kata dalam blog yang penulis cipta ini. penulis dah tak sabar-sabar nak meluahkan kata-kata yang ada. Untuk pengetahuan umum, blog penulis ini direka khas supaya penulis dan pembaca sekalian dapat memberi pendapat, meluahkan, menceritakan dan sebagainya apa sahaja. Ada kawan penulis wujudkan blog supaya dapat dia glamour. Dia sengaja mewujudkan kontroversi dan sentiasa kontrast dengan orang lain. maka berlakulah pertikaman blog. Bagi pendapat penulis, memang tak salah buat benda-benda macam tu tetapi banyak kesan buruk yang harus mereka tanggung. Biarkan mereka dengan cara mereka. Yang penting penulis tahu apa yang akan berlaku.

Dah habis bab penulis memberi pendapat. Sekarang penulis nak menjemput sahabat-sahabat penulis memeriahkan hari raya ke-3 penulis. Penulis sangat mengalu-alukan kedatangan sahabat sekalian datang ke rumah penulis. Nak tahu ape yang akan berlaku?, datanglah yer. setakat ni raya ke-3 jatuh pada hari jumaat. Penulis harap sahabat sekalian dapat hadir.

Rabu, 10 September 2008

11 hari berpuasa...

assalamualaikum...

Kali ini penulis sekadar nak berkongsi cerita suka duka 11 hari berpuasa. Penulis sudah 3 tahun berpuasa tanpa keluarga yang tercinta di sisi, rasa macam banyak je kosong dalam hidup ini. Tapi sebagai memenuhi tuntutan agama dan juga demi keluarga, penulis tempuhinya dengan penuh reda dan pasrah.

Awal Ramadan, penulis dikejutkan dengan masalah kesihatan yang boleh di anggap agak teruk. Keadaan yang sangat teruk yang dimaksudkan oleh penulis ialah mata penulis sangat merah dan sangat gatal. Sudah dua kali penulis ke klinik tetapi ubat yang diberikan semakin teruk. Akhirnya 5 hari lepas penulis akhirnya memutuskan untuk merujuk ke Hospital Queen Elizabath (QEH). Disana pun beri ubat titis tetapi sekali titis terus sembuh. Tetapi agak sakit jugak lah. Hari ini, penulis baru dapat merasakan kehidupan yang benar-benar sihat. Alhamdulillah....

Setelah seminggu berpuasa pula, dua orang sahabat penulis bergaduh sampai sekarang tidak bercakap. Penulis agak risau dengan perkembangan yang berlaku kepada diorang. Masalahnya ego diorang meninggi langit, hingga niat penulis nak membantu terpaksa dibatalkan kerana ego dan prinsip yang entah apa di pegang oleh diorang berdua. Tetapi insyaAllah, penulis akan cuba satukan kembali. Mana manusia mahu melihat sahabat mereka bergaduh sampai begitu sekali. Jika sorang makan, sorang lagi duk dalam bilik. Adakah mereka lupa akan prinsip yang dibawa islam bahawa, semakin ramai bersahabat, maka pintu rezeki akan terbentang semakin luas dan jika hilangnya seorang sahabat makin tertutup pintu rezeki.

Tinggal beberapa hari lagi penulis akan pulang beraya di kampung berjumpa keluarga yang penulis cintai. Penulis masih ingat sewaktu hari raya pertama pada tahun lepas. Penulis menghadap kedua ibubapa penulis bersalam cium tangan mereka, cium pipi mereka dan memohon maaf kepada mereka. Penulis sangat rindu akan saat-saat macam tu.

Ini baru sahaja hampir 2 minggu berpuasa, tapi macam-macam hal yang berlaku, tapi penulis tidak mahu salahkan sesiapa. Mungkin ini adalah sekadar ujian yang diberikan kepada pencipta yang mahu penulis bersabar dan cuba membantu penulis menambah pahala. Akhir kalam selamat melakukan ibadah dalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini. Wassalam....