tag line

tag line

Khamis, 25 September 2008

Akhirnya bulan jatuh ke riba...

Assalamualaikum...

Hari ini penulis sangat-sangat gembira. Kita bakal menyambut hari raya aidilfitri lebih kurang 5 hari lagi. Manusia yang bernama insan mana yang tidak gembira kiranya berjumpa dengan keluarga yang tercinta. Tajuk penulis adalah agak melampau tapi itu adalah kenyataan bagi penulis. Penulis sudah tidak sabar-sabar nak peluk umi dan abah penulis dan juga jumpa dengan keluarga yang penulis cintai.

Hari ini sudah mencecah 25 September 2008. Hari yang agak bersejarah pada tahun 2008. Kerana penulis akan balik ke kampung berjumpa dengan keluarga yang penulis rinduikan. Penulis adalah salah seorang mahasiswa yang terawal balik. Tetapi ada yang lebih awal daripada penulis, bukan awal 1 atau 2 hari, tetapi seminggu awal daripada penulis. tiada masalah as long as dia happy.

Penulis bertolak dari Kolej Kediaman Indah Permai jam 5.30 pagi. Salah seorang kawan penulis ambil penulis di kolej penulis. Kemudian penulis bertukar kenderaan di kolej AB untuk terus ke terminal 2 KK. Penulis tiba di terminal 2 KK dalam jam 6.15 pagi. tiba sahaja penulis di sana, penulis dan rakan penulis terus check-in. Dalam hati penulis dah tak sabar-sabar nak tidur di rumah penulis. Penerbangan penulis pada jam 7.25 pagi dan dijangkakan sampai jam 10 pagi.

Alhamdulillah penerbangan kami tidak tertunda walaupun beberapa minit. Penerbangan kami dijangkakan 2 jam 35 minit. Dalam kapal terbang penulis agak bosan, maka terus buka laptop tengok cerita. Tak sampai setengah jam tengok cerita, ngantuk pula. Penulis nak off laptop, tapi kawan penulis ingin terus menontonnya. penulis benarkan. Tapi malangnya penulis tidak dapat tidur, kawan penulis kacau. (jahat btol!!)

Jam tangan menunjukkan 9.50 pagi, tiba-tiba pramugari mengumumkan, penerbangan kami tiba lebih awal dan akan mendarat tidak lama lagi. Penulis terus kemas-kemas barang yang berada di atas kerusi sebelah penulis. Kebetulan sebelah penulis tiada orang.

Penerbangan penulis ke Kota Bharu jam 6.35 petang di KLIA. Penulis bakal naik MAS. Awal perancangan penulis ingin terus ke KLIA tapi fikir punya fikir tak best pulak kerana tiada teman untuk penulis di KLIA nanti. Maka penulis lepak bersama-sama kawan di LCCT sampai jam 3 petang. Kawan-kawan penulis balik Terengganu dengan menaiki kapal terbang AIRASIA pada jam 3.30 (penulis lupa lah-lebih kurang lah).

Maka bermula lah perjalan penulis ke KLIA berseorangan. Penulis menaiki bas dengan tambang RM 1.50 dari LCCT ke KLIA. Bas yang penulis naik mendaftarkan nama sebagai City Linear. dari LCCT ke KLIA lebih kurang 15-25 minit sahaja.


Tiba sahaja balai berlepas, penulis cari plug untuk menulis warkah ini. Penerbangan penulis dijangka dari KLIA ke Kota Bharu pada jam 6.35 petang. Bila dapat sahaja plug, penulis download tugasan dan nota kuliah ekonometrik.

Nanti penulis akan check in. Penulis sebenarnya tidak mahu memberi tahu keluarga bahawa penulis akan balik pada jam 6.35 petang tetapi atas desakan keluarga, penulis terpaksa memberi tahu juga. Mungkin tiada rezeki penulis ingin buat kejutan kepada keluarga penulis.

Penulis dijagka akan sampai jam 7.35 petang. Penulis tidak sabar nak jumpa keluarga. Sekarang penulis masih lagi berada di KLIA dan terus menulis warkah untuk dikongsi bersama dengan pembaca sekalian.

Sekarang dah jam 4.45 petang, nampak nya penulis mestilah check in supaya tidak terlepas penerbangan. Akhir kalam penulis ingin memohon maaf zahir dan batin kiranya ada tersalah kata dan perbuatan yang penulis telah lakukan. Penulis doakan kebahagian pembaca sekalian insyaAllah. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!!

Jumaat, 19 September 2008

Welcome.......

Assalamualaikum....

Lama sudah penulis tidak mencoret kata-kata dalam blog yang penulis cipta ini. penulis dah tak sabar-sabar nak meluahkan kata-kata yang ada. Untuk pengetahuan umum, blog penulis ini direka khas supaya penulis dan pembaca sekalian dapat memberi pendapat, meluahkan, menceritakan dan sebagainya apa sahaja. Ada kawan penulis wujudkan blog supaya dapat dia glamour. Dia sengaja mewujudkan kontroversi dan sentiasa kontrast dengan orang lain. maka berlakulah pertikaman blog. Bagi pendapat penulis, memang tak salah buat benda-benda macam tu tetapi banyak kesan buruk yang harus mereka tanggung. Biarkan mereka dengan cara mereka. Yang penting penulis tahu apa yang akan berlaku.

Dah habis bab penulis memberi pendapat. Sekarang penulis nak menjemput sahabat-sahabat penulis memeriahkan hari raya ke-3 penulis. Penulis sangat mengalu-alukan kedatangan sahabat sekalian datang ke rumah penulis. Nak tahu ape yang akan berlaku?, datanglah yer. setakat ni raya ke-3 jatuh pada hari jumaat. Penulis harap sahabat sekalian dapat hadir.

Rabu, 10 September 2008

11 hari berpuasa...

assalamualaikum...

Kali ini penulis sekadar nak berkongsi cerita suka duka 11 hari berpuasa. Penulis sudah 3 tahun berpuasa tanpa keluarga yang tercinta di sisi, rasa macam banyak je kosong dalam hidup ini. Tapi sebagai memenuhi tuntutan agama dan juga demi keluarga, penulis tempuhinya dengan penuh reda dan pasrah.

Awal Ramadan, penulis dikejutkan dengan masalah kesihatan yang boleh di anggap agak teruk. Keadaan yang sangat teruk yang dimaksudkan oleh penulis ialah mata penulis sangat merah dan sangat gatal. Sudah dua kali penulis ke klinik tetapi ubat yang diberikan semakin teruk. Akhirnya 5 hari lepas penulis akhirnya memutuskan untuk merujuk ke Hospital Queen Elizabath (QEH). Disana pun beri ubat titis tetapi sekali titis terus sembuh. Tetapi agak sakit jugak lah. Hari ini, penulis baru dapat merasakan kehidupan yang benar-benar sihat. Alhamdulillah....

Setelah seminggu berpuasa pula, dua orang sahabat penulis bergaduh sampai sekarang tidak bercakap. Penulis agak risau dengan perkembangan yang berlaku kepada diorang. Masalahnya ego diorang meninggi langit, hingga niat penulis nak membantu terpaksa dibatalkan kerana ego dan prinsip yang entah apa di pegang oleh diorang berdua. Tetapi insyaAllah, penulis akan cuba satukan kembali. Mana manusia mahu melihat sahabat mereka bergaduh sampai begitu sekali. Jika sorang makan, sorang lagi duk dalam bilik. Adakah mereka lupa akan prinsip yang dibawa islam bahawa, semakin ramai bersahabat, maka pintu rezeki akan terbentang semakin luas dan jika hilangnya seorang sahabat makin tertutup pintu rezeki.

Tinggal beberapa hari lagi penulis akan pulang beraya di kampung berjumpa keluarga yang penulis cintai. Penulis masih ingat sewaktu hari raya pertama pada tahun lepas. Penulis menghadap kedua ibubapa penulis bersalam cium tangan mereka, cium pipi mereka dan memohon maaf kepada mereka. Penulis sangat rindu akan saat-saat macam tu.

Ini baru sahaja hampir 2 minggu berpuasa, tapi macam-macam hal yang berlaku, tapi penulis tidak mahu salahkan sesiapa. Mungkin ini adalah sekadar ujian yang diberikan kepada pencipta yang mahu penulis bersabar dan cuba membantu penulis menambah pahala. Akhir kalam selamat melakukan ibadah dalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini. Wassalam....

Jumaat, 5 September 2008

Salam Ramadan....

Assalamualaikum...

Sekejap sahaja masa berlalu, pejam celik-pejam celik dah masuk bulan yang penuh diberkati oleh yang Maha Esa iaitu Bulan Ramadan. Sedar tak sedar dengan kesibukan penulis dengan tugasan dan tesis, sudah sampai bulan yang dinantikan oleh kebanyakan umat islam sekalian. Seperti semua ketahui, bulan Ramadan ini, kita akan berpuasa, bulan yang boleh dikatakan musim 'menuai'. Pada bulan ini, satu amalan yang kita lakukan, bergandalah pahala yang di kumpulkan.

Penulis sekadar ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN. Penulis berharap kepada pembaca semua lakukan banyak ibadat ketika Allah membuka pintu rezeki ini. Penulis juga berharap pembaca sekalian supaya belajar supaya melawan nafsu kerana pada bulan yang mulia ini, Allah telah merantai semua syaitan yang ada supaya tidak mengganggu pemimpin dunia yang bergelar manusia untuk melakukan amal ibadat kepada yang Maha Esa.

Akhir kalam, SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN.

Khamis, 4 September 2008

Tahun 3 yang penat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari ini hari jumaat dalam bulan Ramadan. Maksudnya, kita berada di raja segala bulan dan secara tidak langsung raja segala hari. Hari ini, penulis mengambil kesempatan ini untuk menukilkan sedikit di dalam blog ini. Tujuan nukilan pada kali ini, adalah nak berkongsi bersama pembaca sekalian bagaimana penatnya menjadi pelajar universiti untuk mendapatkan segulung ijazah. Memang bukan senang.
Semester-semester yang lepas, ramai senior yang nasihatkan penulis supaya kalau boleh kurangkan jam kredit untuk tahun 3. Tetapi penulis yang kononnya suka akan kesibukan. Tidak disangka-sangkakan bahawa kesibukan yang dimaksudkan oleh senior itu adalah sangat-sangat-sangat sibuk. Kalau diwujudkan level atau kalau boleh dirankingkan daripada 5, penulis sekarang berada di level yang ke 6. Maksudnya memang sangat penat. Sekarang penulis ambil enam subjek dan ke enam-enam subjek bertindak dengan cara yang memberikan tugasan yang sangat banyak.
Belum sempat penulis siapkan tugasan, tugasan yang lain pula diberikan. Kadang-kadang penulis hantar satu tugasan, sampai pula tiga tugasan yang baru. Hingga wujudnya persoalan dalam minda penulis, adakah pensyarah tidak mahu pelajarnya diberi masa untuk istirehat? tidak berperikemanusiaankah pensyarah sekarang?. Tapi ada juga pensyarah yang bertindak sedemikian dengan memberikan lebih 3 tugasan dari bab yang sama, itu yang menyebabkan penulis sukakannya. Maksudnya kita akan faham dengan jelas subjek yang diajarnya.
Apa pun sebagai seorang pelajar yang inginkan ilmu dari seorang pensyarah atau digelar sebagai sebatang lilin, penulis reda dan pasrah dan menganggap pensyarah itu mempunyai agenda yang tersendiri untuk pelajarnya. Manakan guru atau cikgu mahu melihat kehancuran pelajarnya. Mereka semua lakukan demi kebaikan pelajarnya. Cuma pelajar itu sendiri tidak faham akan agenda yang dibawakan oleh pensyarah mereka. Akhir kata, "KUATKAN SEMANGATMU DEMI ALLAH, AGAMAMU, KELUARGA MU DAN TERUTAMA DIRI MU SENDIRI!!"

Isnin, 25 Ogos 2008

Perjalanan Ke Matopang, Ranau.

Sepanjang percutian untuk Pesta Konvo Tamu Gadang Ke-10 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini, penulis tak berkesempatan untuk memperbaharui isi blog ini, sekali lagi penulis mohon maaf. Ini adalah kerana 3 kekangan utama, masa, pelajaran dan kemudahan internet yang kurang memberangsangkan. Apa pun, terima kasih kepada sesiapa yang membaca blog yang penulis curahkan ini.

Kali ini, penulis ingin menwarwarkan perjalanan penulis ke satu daerah di peta Negeri Sabah. Nama kampung tersebut adalah Kampung Matopang. Kampung ini terletak di Daerah Ranau. Ranau terletak selepas kaki Gunung Kinabalu dan juga berada di atas sedikit dari Poring, kolam air panas dan air terjun di Sabah.
Perjalanan ini bermula dari jam 9.45 pagi. Penulis ditemani oleh tiga orang sahabat serumah. Tujuan dan misi perjalanan kami ini adalah untuk melancarkan perjalanan satu program yang akan bakal dilaksanakan oleh salah seorang sahabat penulis. Bagi penulis, perjalanan penulis kali ini adalah untuk merasai bagaimana kehidupan warga sabah, bagaimana kehidupan mereka, bagaimana keadaan mereka dan macam-macam lagi, dimana penulis ingin belajar dari segala pengalaman yang penulis bakal kutip nanti.

Perjalanan ke Matopang ini, agak susah dengan jalan yang berbukit-bukau dan juga jalan yang sangat tidak rata disebabkan permukanan muka bumi Sabah. Sampai di Pekan Ranau, kami singgah untuk membeli buah tangan kepada ketua kampung dan juga untuk mengisi perut yang telah berbunyi dari pagi lagi. Penulis jangkakan, makanan disana adalah sangat mahal kerana disana adalah kawasan pelancongan dan kondisi yang sangat sejuk kerana berada di kawasan kaki Gunung Kinabalu. Tanggapan penulis adalah salah sama sekali. makanan di satu restoren disana adalah sangat murah dan sangat sedap berbanding di Kota Kinabalu. Perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Kami tiba pada jam 11.15 pagi. Kami disambut oleh seorang ketua kampung disana. Kami dijemput minum air nescafe panas. Kami disambut dan dilayan dengan penuh mesra.
Kami dibawa oleh ketua kampung ke sebuah surau yang berdekatan dengan rumah beliau. Keadaan surau itu adalah sangat daif, serba kekurangan. Bekalan elektrik pula dicatu. Penggunaannya hanya pada waktu malam sahaja iaitu dari jam 6 petang hingga 6 pagi sahaja. Bekalan air pula menjadi salah satu masalah. Surau itu terletak ditepi muara sungai yang telah ditimbus pasir dan batu. Tetapi air sungai tidak dapat digunakan kerana sangat kotor. Sebenarnya batu dan pasir, dimana pembinaan surau dibuat adalah dari sekolah yang berdekatan.
Ketua kampung menceritakan bagaimana susahnya untuk membina sebuah surau yang kecil itu. Kawasan itu diminati oleh Pihak Gereja. Perebutan kawasan yang didirikan surau itu dengan Pihak Gereja. Pihak Kristian inginkan tempat berkenaan untuk mendirikan gereja. Beliau seorang sahaja berani melawan Pihak Kristian yang berpuluh-puluh orang didepannya dalam mempertahankan pembinaan sebuah surau. Beliau nekad untuk meneruskan perjungan untuk membina surau yang satu-satunya berada di kampung bernama Matopang. Ketua kampong menggunakan pihak polis untuk meleraikan kekusutan yang timbul. Akhirnya pihak polis mengishtiharkan tanah yang ditimbus itu bakal dibina surau untuk umat islam disana. Betapa bangganyanya penulis lihat dari air muka ketua kampung tersebut. Dengan kecetekan ilmu Agama Islam yang dianutinya, beliau sanggup untuk mempertahankan kedaulatan Agama Islam yang suci lagi bersih itu. penulis sangat menghormati beliau seadanya.

Beliau juga menceritakan, betapa ramainya umat islam disana bertukar agama disebabkan oleh ketiadan ustaz atau ustazah untuk mengajar penduduk islam disana. Penulis amat-amat sedih dengan kisah yang diceritakan oleh beliau. Selain faktor ketiadan imam disana, faktor kemudahan di dalam surau juga menjadi dinding yang kukuh sekukuh tembok besar di China. Ketiadaan benda asas untuk surau seperti kipas, sejadah, Al-Quran dan sebagainya. Yang paling membanggakan penulis, penghasilan surau itu adalah hasil daripada kutipan derma dan usaha warga islam kampung tersebut memungut derma dan memohon wang dari Jabatan Agama Islam (JAIS) dan MUIS Negeri Sabah. Lagi membanggakan apabila, ketua kampung mengkhabarkan bahawa 90% daripada isi dan wang untuk mendirikan sebuah surau yang kecil itu datangnya dari pihak UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS).

Setelah selesai perbincangan dengan ketua kampung itu, kami perlahan-lahan menundur diri disebabkan oleh kekangan waktu yang sangat-sangat tidak mengizinkan. Kami pulang pada jam 3 ptg. Dalam perjalanan pulang, kami singgah banyak tempat untuk menikmati keindah ciptaan Allah sambil bergambar.
Kami juga beristighfar pada yang Maha Esa dengan kekuatan yang diberikan kepada ketua kampung untuk mempertahankan Agama Islam yang penulis sendiri anuti seorang diri. Kami juga amat bangga dengan kekuatan ketua kampung tersebut. Disini penulis sedar dan insaf betapa nikmat dan bersyukurnya penulis dilahirkan di negeri yang islamnya dijaga. Hanya perlukan kekuatan diri sahaja untuk menjaga iman dalam diri. akhir kata, tepuk dada tanya imam. Kuatkan iman anda.

Rabu, 13 Ogos 2008

Malam penghargaan Debat Alam Sekitar 2008.


Buat kalian yang selalu membaca Blog penulis, penulis amat berterima kasih tidak terhingga kepada pembaca sekalian. Sebarang komen, penulis amat alu-alukan. Pertama sekali, penulis amat kesal kerana sudah seminggu blog penulis tidak di isi dengan maklumat terbaru, ini adalah kerana, penulis amat sibuk dengan urusan akademik penulis yang perlu di lakukan dengan seberapa segera yang boleh termasuk lah tesis.

Kembali kepada tajuk perbincangan yang utama, iaitu mengenai Malam penghargaan Debat Alam Sekitar 2008. Setelah 2 minggu berlalu, pihak Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah (HEP UMS) telah mengadakan Malam Penghargaan dan BBQ buat pengurusan pelajar (AJK) Debat Alam Sekitar 2008 bertempat di Dataran Anjung Siswa pada tarikh 13 Ogos 2008 pada jam 7.30 malam.

Antara jemputan pada malam tersebut ialah TNC HEPA, Prof. Dr. Amran Ahmed, Penolong Pendaftar HEP dan ramai lagi. Tapi malangnya, yang ingin dirai, AJK debat agak tidak ramai. Tetapi yang penting, majlis pada malam itu masih lagi berjalan dengan jayanya dan AJK yang datang pada malam tu sangat gembira kerana mereka diberi peluang untuk makan dengan banyaknya. Terima Kasih AJK yang tidak datang pada malam tersebut!! Aktiviti pada malam tersebut ialah berkaraoke, potong kek dan sesi bergambar bersama VIP (TNC HEPA).

Pada malam itu, macam biasa, ucapan penghargaan oleh En. Latif (Pengarah Debat Alam Sekitar 2008) dan Ucapan oleh Prof. Dr. Amran Ahmed (TNC HEPA UMS). Kemudian makan-makan bermula. Kami AJK pada malam itu, sangat gembira kerana dapat makan dengan kenyangnya, makannya pula sangat-sangat sedap ditambah lagi ayam dan ikan yang dibakar, perh!! sedap geng!! Sambil kami makan, dendangan lagu oleh para VIP berkumandang, termasuklah TNC HEPA UMS!!. Bukan sahaja makan ikan bakar dan ayam bakar, sosej, fish ball, crab, meehon goreng, nasi goreng dan banyak lagi yang penulis tidak mampu senaraikan semuanya.

AJK pada malam itu turut berkaraoke. Kami dibenarkan 'melalak' sampai jam 11 malam sahaja. kemudian, karaoke di hentikan sekejap kerana beri laluan kepada pemotongan kek. Kek coklat yang sangat sedap ini di sponser oleh sebuah syarikat. Juga penyampaian Sijil kepada AJK yang terlibat dengan Debat Alam Sekitar (DAS) 2008. (Afiq je sebagai wakil). Kemudian Sesi bergambar bersama VIP yang datang pada malam tersebut.

Setelah urusan rasmi siap, aktiviti karaoke diteruskan kembali. Ramai yang berkaraoke. Macam-macam jenis lagu di nyanyikan dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris, dari lagu rentak slow kepada dangdut, dari lagu dulu hingga lagu moden. Yang menariknya, bukan sahaja AJK yang mendendangkan lagu, malahan VIP yang lain turut berkaraoke. Tambahan lagi, semua VIP telah balik, tinggal kami sahaja. Lagi lah melalak. Bukan sahaja melalak, penari latar pun ada. Macam-macam gaya mereka tarikan.
Apabila semua selesai, kami diarahkan untuk menyusun kembali semua kerusi dimana kerusi itu diambil. kata orang malang memang tidak berbau, salah seorang AJK yang terlibat hampir-hampir pengsan kerana penat mengangkat kerusi. Bukan kepenatan, tapi sebab penyakit lelahnya datang. kemudian En. Hasmi telah menghantar ke hospital. Apabila semua selesai dan clear, kami pulang dengan pengagkutan yang telah disediakan oleh pihak HEP UMS

kami happy!!

Moral of the story, hati-hati dijalan yang licin dihadapan anda, supaya anda tidak tertidur di hospital!!