tag line

tag line

Khamis, 26 Ogos 2010

Alhamdulillah...


Aku rasa dah berbulan-bulan dah aku tunggu, akhirnya tarikh untuk konvo telah pun keluar. Alhamdulillah seperti yang dijangka HS08 (Matematik dengan Ekonomi), SST akan jatuh pada 10-10-10 iaitu sidang 4 pada sebelah petang. Tapi aku masih bingung dan sangat terkial-kial mengenai kenderaan dan penginapan aku di sana nanti. Orang kata serba tidak kena je. Banyak lagi nak kena fikirkan. Kerja dan keperluan konvo. Dah ler sekarang bulan puasa, jap lagi dah nak raya. Baju raya kompem aku tak sempat beli. Tahun lepas lah jawapannya.

Tapi apa pun aku tidak sabar menantikan hari yang dijangkan itu. Aku mohon semuanya berjalan dengan lancar walaupun perancangan yang aku buat adalah tidak ler seperfect yang diinginkan. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat aku yang bakal menerima segulung ijazah di Konvo ke-12 nanti,TAHNIAH. Manakala kepada rakan-rakan yang masih belum konvo dan akan dijangkan konvo ke-13, tak pe mungkin rezeki korang lambat sikit sekarang, mana tau someday rezeki korang lagi melimpah daripada kami. Pepe pun teruskan usaha yang anda lakukan selagi semuanya dibawah restu ibu dan ayah.

Rabu, 11 Ogos 2010

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..

Pejam celik dan pejam celik, kini tiba Bulan Ramadan 1431 hijrah bersamaan tahun 2010. Kejap sangat masa berlalu. Aku ingin mengambil kesempatan yang terluang ini untuk mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA kepada pembaca blog ini, cpah, hilal azmi, arif lokman, burhan dan kepada semua pembaca blog ini sekalian. Ucapan ini juga tidak ketinggalan ditujukan kepada rakan pejabat aku saufi, emay, kak su, hafizie dan baihaqi. Kepada para pensyarah Matematik dengan Ekonomi (ME), UMS ; Pn. Noraini Abdullah, Prof. Dr. Zainodin Hj. Jubok, Prof. Dr. Amran Ahmed, Miss Khadizah dan semua pensyarah ME sekalian. Buat umi, abah, kak long, abe yus, alya, mak ju dan syakir. Pesanan ini ditujukan kepada diri ini dan kepada semua, ambillah peluang keemasan yang diberikan Allah kepada kita sebaik mungkin. Setahun hanya 30 hari sahaja. Ambil lah peluang ini sebaik mungkin. Jadikan Ramadan 1431 H lebih baik daripada sebelum ini.

Isnin, 5 Julai 2010

<<<--Welcome-->>>

Sebenarnya blog ni telah berwajah baru beberapa hari yang lepas. Sekarang baru
sempat untuk mengwar-warkan kepada pembaca sekalian untuk melihat blog yang sangat simple ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca blog yang sangat ringkas ini kerana mengikuti dan memberi pendapat mengenai blog ini. Diharap komen-komen dapat pembaca berikan agar blog ini menjadi semakin berisi, cantik dan ingin dibaca.

Ahad, 4 Julai 2010

Fakta mengenai kereta

sekadar hiasan sahaja...

Sebuah kereta mampu menghasilkan gas karbon dioksida (CO2) sebanyak empat kali ganda dari beratnya setiap tahun. Manakala secara puratanya, sebuah rumah menghasilkan 50 tan karbon dioksida saban tahun!!

Sabtu, 3 Julai 2010

Fakta mengenai tidur.....

Tidur adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Tapi sesetengah orang tidak ambil peduli mengenai tidur. Bagi yang hangat bercinta, waktu malam adalah sangat diperlukan kerana pada waktu itu adalah masa untuk meluah kan dan bergayut dalam telefon berjam-jam lamanya sehingga habis prepaid!

Dalam Al-Quran pada surah Al-Furqan ayat 47 Allah menyatakan bahawa, " Dan Dia menjadikan malam sebagai pakaian bagi mu dan tidur sebagai istiraeat, dan jadikannya siang untuk bertebaran (mencari rezeki)." Terbukti dengan ayat ini, bahawa Allah menghendakkan makhluknya memperuntukkan masa untuk istirehat iaitu tidur.

Baru-baru ini saya ada terbaca satu majalah iaitu Majalah Remaja bil 567 muka surat 42 yang menyatakan bahawa ada 4 kesan daripada kurang masa untuk tidur.


KESAN 1 : KEGEMUKAN
Apabila seseorang itu mendapatkan waktu tidur yang kurang, hormon yang menyebabkan seseorang itu lapar akan meningkat. Kesannya, nafsu makan akan membuak-buak, perut berbunyi-bunyi kelaparan dan pastinya diri akan makan. Selain itu, kurangnya waktu tidur menyebabkan tubuh sukar untuk mencerna protein, kolestrol dan makanan lain secara sempurna.

KESAN 2 : PEMARAH
Ini disebabkan keadaan kepala yang agak pening. Keadaan ini bakal meberi kesan dalam jangka masa yang panjang terhadap hubungan sosial dimana rakan-rakan akan menjauhi diri kerana menganggap diri adalah sangat 'moody'.

KESAN 3 : KURANG KESEIMBANGAN
Maksud kurang keseimbangan di sini adalah kerana jumlah oksigen yang akan masuk kedalam otak akan berkurangan sekiranya tidak cukup tidur. Otak tidak dapat oksigen yang cukup dan kesannya, minda akan sentiasa lesu, tubuh badan akan sentiasa lemah kerana otak adalah ketua segala tubuh badan.

KESAN 4 : WAJAH KUSAM
Sewaktu tidur, saraf-saraf kulit muka bekerja bagi mengeluarkan bakteria yang terdapat pada wajah. Ia perlukan waktu yang secukupnya untuk mengeluarkan bakteria tersebut sepenuhnya. Sekiranya aktiviti ini terbantut, kesannya adalah pada kulit wajah iaitu masalah jerawat!!

Itu lah kesan kurang nya waktu tidur. Cukup kan tidur anda kerana tidur adalah sangat penting sehingga dikatakan tidur adalah satu ibadat!!

Sumber :
1. Dewan Kosmik, Februari 2007 (m/s 9)
2. Remaja, April 2010 (m/s 42)

Selasa, 8 Jun 2010

Bila hujan nak turun??

Bismillahirrahmanirrahim....

Bila? Itu adalah satu persoalan yang masih belum lagi dirungkaikan oleh institusi ini. Bukan apa, banyak benda yang perlu diuruskan seperti penginapan, makan, minum, tiket dan banyak lagi. Apa yang sangat menyedihkan adalah bukan insan ini sahaja yang akan kesana, tetapi satu airbus yang akan ikut, bak kata Prof. Dr. Zainodin Hj. Jubok sewaktu aku melawat balik ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada satu ketika dahulu.

Pada ketika itu, kira-kira beberapa bulan yang lepas aku menghabiskan banyak duit, tujuan aku bukan untuk makan angin tetapi untuk mencapai beberapa objektif yang aku gariskan (cewah!! bermadah nampak - tandanya tak berapa puah hati ni...mmm~~~). Objektif yang pertama adalah untuk mendapatkan transkrip sementara dek kerana tuntukan dan keperluan untuk memohon kerja. Aku pernah ditawarkan satu kerja tetapi institusi itu perlukan transkrip walaupun transkrip sementara sudah cukup memadai tetapi pelbagai alasan dan serangan balas aku terima. Alasan adalah cukup mudah, kena tunggu mesyuarat senat!. Alasan lapuk la. Jujur nya masing-masing ada sejarah dan pengalaman. Aku ada juga contact beberapa orang senior untuk mengetahui samada transkrip sementara dapat dikeluarkan atau tidak sebelum aku membuat keputusan untuk terbang balik. Mereka akui mereka pernah memohon transkrip sementara dan tiada masalah terus dapat. Jadi di sini, sape bersalah dan harus dipersalahkan? Sendiri mulut sendiri jawab.

Objektif yang kedua adalah untuk mengetahui tarikh konvo ke-12 yang TEPAT!. Tapi malangnya objektif ke-2 pun tidak berjaya di penuhi. Secara logik di fikirkan, untuk tiba ke bumi Sabah adalah dengan penerbangan, dah ler tak bagi orang kerja dulu pastu lambat-lambat pulak nak bagi tarikh konvo, lain lah kalau ada insan yang bermurah hati untuk sponser tiket aku dan keluarga ku!!

Objektif ke-3, adalah untuk mengetahui keputusan Latihan Industri (LI) aku. Point adalah pengalaman, sejarah dan destinasi yang dituju adalah sama, tak dapat dikeluarkan kerana tunggu keputusan senat. Is that, there is no strong ground except 'senat'? Tapi aku cuba cara lain iaitu bertemu dengan pensyarah yang uruskan LI dan dia memberi kata putus bahawa aku dapat A. Tapi bagi aku yang pernah kerja dan ditempatkan di satu-satu institusi, hitam putih adalah sangat penting. Objektif ke-3 separuh tercapai.

Objektif ke-4, menziarah para pensyarah dan rakan-rakan. Tetapi objektif ini aku hanya dapat separuh juga dek kerana kekangan masa yang sangat terhad kerana menghabiskan masa untuk menggapai objektif ke-1, ke-2 dan ke-3. Aku sempat jumpa beberapa orang pensyarah dan beberapa orang rakan kerana mereka sangat sibuk dengan persediaan untuk peperiksaan. Bagi aku sudah cukup kiranya aku dapat berjumpa dua insan yang cukup aku kagumi dan hormati iaitu Puan Noraini Abdullah dan Prof. Dr. Zainodin Hj. Jubok (terima kasih prof dan puan atas motivasi dan pandangan yang diberikan). Kepada insan-insan yang tidak berkesempatan aku temui, aku mohon ampun dan maaf. Objektif ke-4 tercapai (setelah ditambah dan ditolak).

Objektif ke-5 ini adalah objektif yang tidak dirancang iaitu makan angin!. Objektif ini terpaksa di buat setelah objektif pertama, ke-2 dan ke-3 tidak tercapai sepenuhnya. Sekurang-kurang nya perasaan kecewa dapat ditinggalkan ditempat aku lawati!!

Moral of the story, setiap apa yang dirancang tidak semua akan tercapai tetapi usaha mestilah dilipat gandakan untuk mencapainya. Selain daripada itu, back-up plan mestilah ada, sekurang-kurangnya perasaan sedih atau kecewa tidak lah membuku dalam hati yang boleh mengganggu emosi dan orang lain!. Ini adalah sekadar luahan, pendapat dan pengalaman diri ini untuk di kongsi dengan para pembaca sahaja. Tidak bermaksud untuk mengutuk atau memerli mahupun menghina mana-mana pihak. Sekadar meninggalkan saki-baki kecewa di laman ini. Ada kaki, jalan. Ada mulut, tapis-tapis. Ada tangan, gerak-gerak. Ada hati, timbang-timbang dan ada otak fikir-fikirkan dan akhir sekali buat keputusan untuk bertindak!!