tag line

tag line

Selasa, 8 Disember 2009

Funny story...

Terima kasih datuk part 4

Terima kasih datuk part 3

Terima kasih datuk part 2

Terima kasih datuk part 1

Ahad, 6 Disember 2009

Latihan Industri (LI)

Assalamualaikum......

"Delay" itu adalah perkataan biasa bagi airasia. Memang tak heran kalau once naik flite airasia dan delay. Sekarang aku berada di LCCT menunggu kapal terbang untuk balik ke kelantan. Kapal terbang aku sepatutnya jam 21:30 dan sekarang delay ke jam 22:45. Sabar je lah.

Esok 7 Disember 2009 aku bakal berdepan dengan alam baru, ALAM PEKERJAAN. Esok aku start latihan industri di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Perasaan ini tidak dapat digambarkan dengan perkataan kerana risau dengan keadaan yang bakal aku berdepan nanti. Macam mane dengan persepsi bos aku nanti? Rakan-rakan yang lain? Apa pun aku berdoa semoga semua berjalan dengan lancar dan jayanya. Hope rakan-rakan pembaca sekalian mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Doakan juga semoga aku dapat kerja terus.
Wish me best of luck!!!

Jumaat, 6 November 2009

Manusia, Malaikat dan Syaitan...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patut ke aku sekadar membaca?
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (suh diorang baca)
3. Syaitan - Tak payah (buat tak tau je)

Ahad, 1 November 2009

Jadual Peperiksaan Akhir Semester 09/10...

ASAS KEUSAHAWANAN (BZ30903)
4 November 2009 (Rabu)
9:00 - 12:00
DEWAN CANSELOR
Miss Mok Kim Man

BIOMETRI DAN REKABENTUK EKSPERIMEN (SQ21003)
5 November 2009 (Khamis)
14:00-17:00
DKP 7
Miss Chee Fong Tyng
En. Hairul Hafiz

PRINSIP DAN AMALAN PENGURUSAN (BZ10503)
7 November 2009 (Sabtu)
9:00-12:00
DKP 2; DKP A1; DKP A2; DKP B1; DKP B2
En. Datu Razali Datu Eranza
En. Kamarul Mizal Marzuki
Miss Tini Maizura Mokhtar
En. Wajiran Sinun
Miss Zuraidah BT Jamri

KALKULUS PEMBOLEHUBAH KOMPLEKS (SM30503)
13 November 2009
9:00 - 12:00
DKP 7
Dr. Aini Janteng

KAEDAH BERANGKA (SM30302)
20 November 2009
14:30-17:30
Dewan Canselor
Prof. Madya Dr. Jumat Sulaiman

Jumaat, 16 Oktober 2009

HAPPY DEEPAVALI....

Wishing all of my friends, Mon, Shamala, Gopal, Gana and all indians friends and also my tutor miss khunes HAPPY DEEPAVALI....

Sabtu, 3 Oktober 2009

Makanan laut pupus pada tahun 2048!


Kajian yang disiarkan dalam isu ketiga jurnal penyelidikan Science, menyatakan bahawa banyak spesis yang sudah pupus pada kadar yang semakin cepat. Menurut Boris Worm, penyelidik dari Universiti Dalhousie, Kanada, sekiranya keadaan ini berlarutan, kesemua spesis ikan dan makanan laut akan pupus dalam tempoh hayat beliau. Ini disebabkan oleh hasil tangkapan yang menerun sehingga 90 peratus jika dibandingkan dengan 10 tahun dahulu. Kajian yang juga membabitkan sekumpulan ahli ekologi dan ekonomi ini turut menjalankan kajian tentang bagaimana kepelbagaian bio merin boleh membantu mengekalkan kewujudan manusia.

Worm dan kumpulan penyelidiknya merupakan kumpulan penyelidik pertama yang menggunakan penilaian komprehensif daripada perkhidmatan ekosistem negeri yang disediakan oleh Kepelbagaian Bio Laut Dunia untuk Manusia Sejagat. Kajian ini berdasarkan kepada sejarah yang luas dan teratur dan data daripadaeksperimen sebelum ini. sebanyak 29 peratus daripada spesis ikan dan makanan laut sudah pun pupus.

Menurut beliau lagi, kesan kemusnahan laut bukan sahaja kepada nelayan dan industri perikanan malah produktiviti dan kestabilan ekosistem laut itu sendiri secara keseluruhan. Pengurangan variasi spesis merupakan keadaan yang amat getir untuk mengekalkan kualiti air. ini menyebabkan tiada penapis secara biologi, agen yang melindungi garis pantai, agen yang mengawal pertumbuhan alga yang berbahaya dan kehilangan kawalan tahap oksigen. Sebarang kesan yang berlaku kepada laut akan turut menjejaskan keseluruhan kehidupan di muka bumi.

sumber:
Dewan Kosmik, Januari 2007,33

Ketawa boleh berjangkit!

Kajian dilakukan oleh sekumpulan saintis dari Kolej Universiti London mendapati bunyi positif
daripada ketawa atau kata-kata gembira seperti "Woo hoo!" mencetuskan tindak balas yang kuat dalam oak pendengar.Tindak balas ini berlaku di dalam kawasan otak yang diaktifkan apabila kita tersenyum dan mengarahkan supaya otot bersedia untuk ketawa. Hasil kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Neuriscience seakan-akan menepati peribahasa inggeris yang menyatakan "senyumlah, dan seluruh dunia akan tersenyum kepada anda." Menurut salah seorang saintis, Sophie Scott, kita sentiasa mengenal pasti seseorang daripada tabiat, perkataan yang mereka gunakan dan mimik muka ketika bercakap. kini kita boleh mengesan tahap ketawa dalam otak mereka.

kumpulan saintis ini memainkan beberapa siri bunyi pada sukarelawan yang bersetuju untuk menjadi bahan kajian. Mereka mengimbas otak responden berkenaan dengan fungsi pengimejan resonan magnetik, iaitu sebuah teknologi yang mengukur aktiviti otak berasaskan pengaliran darah dalam otak. Beberapa bunyi memberikan tindak balas positif, seperti bunyi ketawa dan jeritan gembira. Manakala bunyi menegking atau meraung pula memberikan tindak balas yang negatif. Kesemuanya didapati mencetuskan aktiviti dalam rantau krotikal pramotor otak dan mengar4ahkan otot bersedia untuk memberikan tindak balas yang bersesuaian. Tetapi saintis mendapati wujud tindak balas yang lebih besar pada bunyi positif.

Dengan hasil kajian ini, saintis menemui jawapan mengapa kita akan sekurang-kurangnya tersenyum apabila mendengar orang ketawa!

sumber:
Dewan Kosmik, Januari 2007,32