tag line

tag line

Khamis, 27 Januari 2011

Faktor-faktor aku tak suka cita indon....

Ini masalah yang terbaru yang aku kenal pasti dalam kehidupan seharian. Masalah ini yang menyebabkan hidup aku semakin boring..boring...boring dan terus boring. Korunk nak tau ape masalahnya? Rasanya korunk pun mengalami syndrome sama dengan aku kot. Tapi tak tau lah korunk tergolong dalam golongan yang sangat membosankan.

Masalah tersebut adalah dengan rancangan television yang ditanyangkan kepada khalayak umum atau ditandai dengan U. Maksudnya sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat tak kiralah masyarakat yang berumur stgh bulan, setengah hari, setengah abad atau setengah kurun!

Mesti korunk terkial-kial rancangan television ape lak ni sampai mengganggu hidup insan ini? Meh sini aku cite skit. Semenjak dua menjak ni, satu revolusi cerita telah berlaku. Dimana rancangan cerita daripada seberang iaitu cerita indonesia menbolosi semua rancangan atau channel yang percuma di Malaysia. Xde ke cite daripada Malaysia sampaikan cite diseberang berjaya menjelajah channel-channel television di Malaysia?

Ada beberapa sebab yang boleh aku bagitau;

PERTAMA
Cite indon ni susah benor nak tamat. Ada je ketidak sengajaan berlaku. Sampaikan beratus-ratus episod yang dihasilkan. Sedih aku sebagai seorang peminat cerita.

KEDUA
Dari segi pakaian pulak. Dah macam xde kedai nak jual kain dah. Kalau tak pun, kedai tu hadkan kepada setiap pembeli beberapa meter sahaja. Sedih aku sebab x cukup kain.

KETIGA
Perangai pulak satu hal, kalu yang baik tu baik sangat. Kalu yang jahat tu macam iblis. Jahat nak mampus.

KEEMPAT
Pembawakan kamera yang lebih kepada mengada-ngada. Kalu scene yang terkejut, macam-macam dia buat, zoom out perlahan-lahan or zoom out perlahan-lahan. Padahal banyak lagi cara yang tidak mengada-ngada. Buat je lah terkejut biasa je lah.

KELIMA
Mimek muka pelakon yang sentiasa berubah walaupun scene itu bersambung. Contohnya camera ambil dari kanan, muka pelakon cam terkejut ckit ar. Pastu camera sblh kiri, dah mimek muka berubah jadik terkejut beruk. Orang kata tiada kesinambungan yang betol.

KEENAM
Pembawakan watak, kalu yang kaya tu terlampau lah kaya sampaikan rumah tu seluas padang bola sepak. Buat cam biasa-biasa jelah.

Faktor-faktor ini lah yang menyebabkan aku tidak suka cite indon. Tapi ini semua adalah pendapat aku dari kaca mata aku dan persepsi aku sahaja. Tapi ada jugak cerita indon yang best dan mempunyai ciri-ciri bersifat negatif daripada faktor yang aku berikan. Jadi kalu korunk, sendiri pk. Minat masing-masing lah ye.

4 ulasan:

mye berkata...

idea yg bernas jgk tp xleh nafikan my ske tgk citer taubat yg stiap ari jmaat kol 3 stngah ptg tu..
hehe

master mazeen berkata...

oo..ite tu...cite tu xpe..boleh dijadikan panduan hidup xpe ar..

FidDa berkata...

setuju3x :)
memg cite indon teramat lambat nk abes

master mazeen berkata...

saya kalu pasang tv je, tetiba cite indon, terus tutop tv...abes cite..