tag line

tag line

Khamis, 6 Januari 2011

Hati


Hati ialah salah satu organ utama dalam badan.

LOKASI:
terletak di bahagian kanan atas abdomen dan dilindungi oleh tulang rusuk.

CIRI-CIRI:
- berbentuk segi tiga
- terdiri daripada sekumpulan sel yang berbentuk heksagon (segi enam)
- berat normal : sekitar 1.4 - 1.6 kilogram

FUNGSI:
- menyah bahan beracun dalam badan
- metabolisme darah
- pembentukan hempedu untuk penyerapan lemak
- pembentukan enzim bagi faktor pembekuan darah
- membentuk protein dan glukosa bagi keperluan metabolisme badan

MEKANISME JAUNDIS (KEKUNINGAN)

Normal, hati bekerja tanpa henti (24 jam) bagi mempastikan fungsi badan berjalan sempurna. Sel darah merah yang memebihi 120 hari akan pecah dan membentuk bahan yang dipanggil bilirubin yang tidak larut air dan perlu menjalani konjugasi. Sekiranya hati tidak berfungsi dengan baik, konjugasi tidak akan berlaku - peningkatan bilirubin dalam darah - kekuningan.

Selain daripada itu, berlaku disebabkan oleh saluran hempedu tersumbat. Kejadian ini disebabkan oleh ketepuan bilirubin yang dikonjugasi oleh hati tidak dapat dirembeskan oleh hempedu ke dalam perut. Akibat daripada itu, bilirubin yang telah dikonjugasi meningkat dengan tingginya dalam darah dan seterusnya kesan kekuningan dapat dilihat pada mata, kulit dan air kencing.

Bagi bayi yang baru lahir, ia berlaku pada usia empat hari. Biasanya berlaku bukan disebabkan oleh masalah hati tetapi 2 faktor lain:

Faktor 1:
Sel darah merahnya yang masih muada dan senang mengalami hemolisis (pemecahan) - bilirubin yang tinggi dalam darah.

Faktor 2:
Hati bayi masih belum matang dan tidak dapat melakukan proses konjugasi dengan sempurna.

Sekiranya kekuningan berlaku kepada bayi teramat tinggi hingga melebihi 300 mmol/dl kandungan bilirubin, bilirubin akan memasuki otak bayi tersebut dan mengakibatkan keadaan yang dipanggil kernikterus (kesan : anak tersebut mengalami terencat akal seumur hidup).

Sekiranya berlaku kepada bayi, bayi tersebut akan diletak dibawah sinaran lembayung ungu (ultra violet). Jika bayi tersebut dalam keadaan yang sangt serius, penukaran darah harus dilakukan dengan segera.

sumber:
Dewan Kosmik, Januari 2007, m/s 60



Tiada ulasan: