Semenjak beberapa tahun ini, aku mula merasakan diri ini semakin matang, banyak yang aku fikirkan dan banyak yang aku perhatikan. Apa yang aku perhatikan dan apa yang aku fikirkan?
Kadang-kadang aku ke Kota Bharu, tengok gelagat orang ramai yang pelbagai, ada yang berjalan macam lipas kudung, ada yang bergelak tawa dengan keluarga, kawan-kawan malahan dengan kekasih!Macam-macam yang berlaku. Ada yang mencuitkan hati ada yang difikirkan tak patut berlaku. Tapi nak buat camne diri masing-masing, kalau berlaku kepada rakan-rakan boleh lah ditegur, tetapi ia berlaku kepada orang lain yang tiada kene mengena dengan aku, kalau silap tegur nanti, masuk ICU lah. Sebab orang sekrang ni tidak boleh ditegur. Merasakan dirinya sentiasa betul. Bukan semua orang yang boleh aku katakan begitu, sesetengah orang, sesetengah lagi yang sedar, dia akan timbang-timbang dan akan berubah sekiranya dirasakan dirinya salah.
Isu nya sekarang, sesetengah orang bangga dengan pangkat yang mereka ada, walhal mereka tidak sedar bahawa pangkat dan jawatan yang diberi itu adalah sekadar sementara sahaja. Once Allah mahu tarik kebanggaan yang dia miliki, kompem dan yakin lah semua itu akan berlaku.
Aku kenal dua orang insan yang sangat rapat dengan aku. Seorang tengah ambil Master dan seorang lagi, tahun akhir dalam bidang perubatan. Kalau nak diikutkan kedua-dua pangkat yang dimiliki mereka memang patut dibanggakan. Bukan senang nak ambil master dan berkecimpung dalam bidang perubatan. Tapi apa yang aku perhatikan kedua-dua insan ini mempunyai dua watak yang berbeza!
Yang memiliki sarjana (master) mesra sekiranya dilihat dengan mata kasar (tersirat), yang doktor ni, macam berlagak saje. Macam x nak jumpa orang, x nak layan orang la. Kadang-kadang aku rasa menyampah dan rasa sangat sial!
Tapi setelah dewasa dan semakin matang ini, baru aku ngerti kenapa semua ini berlaku terhadap kedua-dua insan yang aku kenali ini. Dua sifat bleh aku katakan iaitu EGO dan BANGGA DIRI. Kenapa aku katakan begitu?
Insan yang memegang sarjana : Dia mesra dan baik dengan sesiapa yang penah puji dia yang pegang sarjana. Aku pun ada gak puji dia, tapi setelah aku sedar baru aku buat tak tau je. Dia bangga mungkin sebab dalam keluarga dia, dia seorang sahaja yang mempunyai sarjana (level tinggi dalam keluarga). Itu sekadar andaian yang aku tahu la. Kalu nak fikirkan, apa nak bangga dengan bidang yang dia ambil tu, x bawak kemana pun. Ahhh...Biarlah dia dengan labu-labunya.
Insan yang memegang bidang perubatan: Walaupun dia tidak bergaul dengan orang kerana beberapa sebab yang boleh aku katakan bangga dalam zuhud! Mesti ramai yang tertanya-tanya ada ke dua sifat bertentangan dalam satu sikap? Aku jawab, ADA! contoh pun boleh aku kasi, macam insan ini, pada lahirnya kita nampak dia sombong dan bongkak, tetapi kalau kita selami, fahami dan hayati kepada insan ini bersikap demikan? Apa yang aku perhatikan adalah kerana, dia tidak mahu termasuk dalam golongan yang bangga dengan pencapaian yang dia miliki. Bukti apa yang boleh aku katakan? adakah dia mengkhabarkan sendiri? Jawapannya tidak sama sekali, kerana semasa sekolah dulu-dulu, dia pernah beberpa kali mengkhabarkan bahawa dia akan maju diri demi kebahagiaan keluarganya. Aku kompem fikir, kenapa nak maju diri, tetapi nak banggakan keluarga pulak? Jawapannya, keluarga akan bangga dengan pencapaian yang membanggakan.
Jadi sama-sama kita fikirkan nak tergolong dalam kumplan mana. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera. Pilih hitam atau putih. Semua pilihan dalam tangan anda. Moralnya, sedarlah bahawa dengan jawatan dan pangkat yang kita miliki ini, tidak kemana di pandangan Tuhan, kerana Allah melihat kita sama sahaja, tak de nya kalu ko punya pangkat dan jawatan yang besar ko akan tergolong dalam golongan yang baik-baik. Kata orang mengajar agama di surau dekat rumah aku, di akhirat kelak, kita akan bogel dan sama-sama mengadap Allah, umur pula sama sahaja. Tuhan tau kita penah jadik pengarah, jadi kita berada di sebelah kanan/kiri/kawasan yang lebih selesa/pakai baju, xde maknanya. KITA ADALAH SAMA. Buat pe nak bangga diri. Kita mati pun masuk tanah jugak bukan terbang ke langit! Betol lah ustaz tu kata, kemana kita berada atau jawatan pe yang kita pegang, kita mati, kita akan di masukkan kedalam kubur iaitu tanah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan