tag line

tag line

Khamis, 20 Januari 2011

Bengong ke ape?

Hari ini hari Jumaat yang cukup indah dengan cahaya matahari yang terang dan panas bagi memenuhi tanggugjawab yang telah diamanahkan Allah kepada nya untuk menjayakan proses fotosintesis kepada tumbuh-tumbahan dan juga berkhidmat kepada pemimpin bumi, iaitu insan yang bergelar manusia bagi mengeringkan kain di ampaian dan sebagainya.

Hari ini, aku sembahyang jumaat jauh skit daripada biasa, di Masjid Sultan Ismail, Kubang Kerian. Masjid yang besar dan indah terletak di bandar baru Kubang Kerian. Berduyun-duyun umat islam menunaikan tanggungjawab kepada yang Maha Esa. Dek kerana, USM berhampiran rasa macam duk diluar negara pulak. Bukan ape, ramai warga asing yang berdaftar dan sembahyang di sana. Semua jenis boleh nampak, dari muka ala-ala Shah Rukh Khan ke muka arab.

Setelah selesai sembahyang Jumaat, masing-masing berduyun-duyun untuk balik, bagi yang terpaksa bekerja - menunaikan tanggungjawab dan amanah dan bagi yang cuti, sah-sah lah balik untuk tido dan makan tengah hari.

Nak dijadikan cerita, ada seorang tok seh ni (muka ala-ala arab la) bawak kete Proton Wira. Kalu nak digambarkan kete dia ala macam hidup x tau, mati pun segan dengan lusuhnya, calarnya, tak basuhnya dan sebagainya. Dia sibuk berbual dengan member dia kat sebelah, pastu main undur je. Kebetulan ada pak cik bawak motor kat belakang dia bagi ar hon suh dia berenti daripada undur. Kalu dia undur jugak boleh menyebabkan kete orang lain tercalar atau terlanggar. Boleh dia buat bodoh main undur je. Pastu pak cik bermotor pun ketuk ar bornet kete tok seh tu. Tok seh tu keluar dari kete marah-marah pak cik tu dalam bahasa dia. Aku pun x paham. Pastu ketuk-ketuk seat belakang moto pak cik tu. Aku punya lah geram rasa nak bagi je penampar tu kat tok seh tu. Sepatutnya berterima kasih ar kat pak cik tu sebab bagi tau. Begong betol.

Sepatutnya hari yang mulia ni, reti-reti ar bersabar. Nak kata bodoh, mustahil lah kan sebab kalu bodoh buat pe belajar tinggi-tinggi datang Malaysia membawa pen dan kertas. Bengap ke ape? Entah ler. Kalu dah duk kat negara orang pandai-pandailah bersabar dan belajar hormati orang. Lain lah kalu ko yang tubuhkan negara sendirik, boleh ar ko buat suka-suka hati ko.

Ish! tambah dosa aku pulak hari Jumaat ni. Astaghfirullah Halazim~~~. Tak pe lah, harap korunk jangan sesekali jadik macam tok seh yang xde adab. Sentiasa jaga adab dan tatasusila kita. Okey!

2 ulasan:

mye berkata...

overnya pak arab tu..
huhu V_V

master mazeen berkata...

tu lah...dah lah duk negara orang...kesian pak cik tua tu...