tag line

tag line

Selasa, 18 Januari 2011

Alya versi 1 tahun

13 Januari yang lalu, aku naik kapal terbang ke Bandar Seri Putra, Bangi untuk melihat dan melawat the only one kakak ku, the only one anak sedara aku, alya dan the only one abang ipar aku, abe yus. Bleh dikatakan the only one semua lah. Bukan ape, saje je sambil-sambil nak sambut hari lahir alya. Bila aku tiba dalam kereta Honda Jazz, AFX 47 milik akak aku, anak sedara aku ada dalam kereta menyambut kehadiran aku. Tapi dek kerana lama tidak bertemu, dia macam tenung lama gak aku. Biasalah bapak sedara dia hensem sangat kot (hahaha). Tapi bila dah betol2 kenal baru merenget nak mintak aku dukung.


Alya semakin hari semakin cerdik. Bila ditanya " Siapa nama Nik Aisyah Alya?" dia dengan pantas mengangkat tangan kanan yang kecik molek dan menjawab " uhh..". Orang lain ketawa, dia ketawa jugak dengan menunjukkan 5 batang gigi, 3 diatas dan 2 dibawah. Sekarang ni dah ada bear2 baru, namanya cat, mama dia bgtau alya sendiri yang pilih. Dah jadik ala2 bantal busuk lah. Diheret kemana sahaja. Ada satu lagi rancangan tv kegemaran dia. Setiap nak azan, bukak je channel Oasis, kompem dia duduk, dengar dan cuba untuk ikut. Ala yang zikr-zikir tu. Bab berjalan pulak, alya ni penakut sikit suka carik jari orang lain, suh pimpin dia berjalan. Ops lupa lak, alya suka main penyidai kain yang ada tayar. Dia suka tolak hingga sangkut kat mana-mana pastu pusing-pusing. Tapi yang tak tahan nya orang yang teman dia kat situ, kalu xde orang teman, kalut dia.

Apa yang paling buat aku sedih nak tinggal dia adalah pada hari terakhir aku di rumah nya. Kali ini aku balik naik bas kat Hentian Kajang. Pada ketika itu jam menunjukkan pada jam 7.15 malam lebih kurang ar. Dah nak maghrib ar, aku pun turun dari bilik atas dan ke depan tv sambil2 tgk alya yang asyik menangis. Aku duduk je atas kerusi panjang dan kebetulan channel Oasis, dia merangkak dan panjat kerusi yang aku duduk tu, pastu bersandar dekat dengan aku, pastu tengok dan follow zikir di Oasis. Aduh! sedihnya, maksudnya Alya nak tgk berzikir dengan ayoh ngoh dia rupanya. Adus! miss that moment.

Alya nanti ayoh ngoh p lak dalam bulan 3, insyaAllah....

2 ulasan:

mye berkata...

chumelnya alya tu..
hehehe

master mazeen berkata...

hehehe...that is alya...skrang ni tgh demam dan batuk2...kesian alya..huhu