Satu hari yang sangat sibuk dengan tesis yang aku berusaha untuk siapkan secepat mungkin, tetiba aku dapat satu SMS dari seorang rakan, persoalan yang ditimbulkan adalah " Senyap je blog?". Aku tergelak sendirian. Apa yang aku boleh kata, aku agak sibuk dengan tesis yang perlu aku laksanakan secepat mungkin. Banyak perlu aku uruskan. Running data pun asyik ada masalah je. Apa yang aku rancang adalah bila aku dah kat UMS nanti, semua dah setel, tinggal buat pembetulan sahaja. Harap-harap apa yang aku cita-citakan termakbul.
Sekarang dah 4 jun 2009. Kejap je masa berlalu. Within a month lagi, aku dah balik UMS. Tapi yang jelasnya, cuti yang sebulan ni bagaikan tak terasa dek kerana kesibukan tesis. Tu lah, sape lah suruh aku bermalas-malasan dulu. Kesan dan akibatnya aku dapat rasakan sekarang. Apa boleh buat, terima jelah. Tetapi, azam aku untuk semester yang bakal aku tempuhi nanti adalah study more harder. InsyaAllah dan ameen.
Cuti ini adalah ada sedikit boring kerana aku sibuk dengan tesis dan member-member aku yang lain contohnya kat UIA, diorang ambik short sem. So tinggal aku sorang-sorang kat sini. Normally bila cuti je menjelang, aku orang pertama rancang untuk bergerak, means hang out, playing boling and lepak-lepak rumah member. Ye lah, jarang-jarang balik. Time ni lah nak berhepi-hepi.
Minggu lepas, aku dapat 1 SMS daripada ALUMNI sekolah menengah dulu AMAL, diorang lantik aku jadi salah satu ahli jawatankuasa pengurusan reunion. Sebab sebelum-sebelum ni, aku agak aktif dengan ALUMNI ni. Tetapi sekarang sibuk dengan tesis aku ni, aku tolak. Apa boleh buat sibuk punya pasal. Ini pun aku ambik ruang sedikit kebetulan aku kat rumah nenek aku, aku pinjam broadband mak sedara aku sekejap. Jadi aku update lah blog yang dah lama tidak bersentuh ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan